Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 7 July 2012

Awas Si Pembakar Satay Politik!!! -Dato Seri @Zahid_Hamidi

Kita sering kali menyebut mengenai tsunami Politik yang melanda Negara pada Pilihanraya Umum ke12 yang lepas...

Apakah ia benar tsunami politik? Apakah penyebab kepada Tsunami Politik itu? Terlalu banyak yang menjadi penyebab kepada tsunami ini... Darilah soal calon parti, media baru yang mula mempengaruhi pola pengundian dan yang lebih teruk lagi kelemahan parti BN itu sendiri...

Pada ketika itu terlalu banyak isu dalaman parti yang sebenarnya memakan parti BN sendiri... JOMO tertarik dengan kata-kata Dato Seri Zahid sempena perasmian Mesyuarat Bahagian UMNO Pasir Gudang, bilamana beliau mengulas mengenai Pembakar Satay dalam Politik...

Isu dalaman parti sebenarnya boleh diselesaikan dengan baik, namun disebabkan adanya tukang bakar yang menjadi penyebab kepada isu dan masalah semakin hari semakin panas dan lalu membakar orang dan parti BN itu sendiri...

Hubungan Suami isteri pun boleh bergelora tatkala ada masalah.. Tapi, ianya boleh diselesaikan dengan baik dengan perbincangan 'dalam kelambu' yang mana mereka sahaja yang tahu akan masalah mereka tanpa mengheboh-hebohkan kepada orang luar... Takut-takut orang luar juga boleh jadi Si Pembakar api @penghasut...

Pengajaran yang boleh kita lihat, UMNO\BN kena bijak menyelesaikan masalah dalaman... Ini amat penting sebelum. UMNO\BN selesaikan masalah luaran yang melibatkan kepentingan rakyat...

Dato Seri Zahid juga menekan aspek Orang UMNO kena sentiasa turun padang sebelum, semasa dan selepas pilihanraya ataupun pemilihan parti... Jangan hanya muncul bila dekat-dekat pemilihan... Ini yang akan membuatkan orang pandang tidalk baik kepada parti...

JOMO Kata: kahadiran Naib Presiden UMNO untuk merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang telah mendapat respon yang baik dari kalangan perwakilan... Terdapat isu di kawasan yang kini dalam pemerhatian dan proses penyelesaian oleh pucuk pimpinan parti...
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

PANAS!!! Nik Aziz Kecewa!!! Anwar Tak faham politik Rupanya....


Nik Aziz meluahkan rasa ketidakpuas-hatiannya kepada Anwar Ibrahim, disebabkan hasrat Anwat untuk bersara dalam Politik jika Pakatan rakyat tidak membentuk Kerajaan pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti...

Bezanya medan politik mengajar rakyat, medan akademik mengajar mahasiswa.

“Justeru, saya kurang bersetuju jika dengan hasrat beliau untuk bersara dan kembali mengajar. Berjuanglah di medan politik dan teruskan perjuangan mengajar rakyat!” katanya dipetik dari laman Facebooknya semalam. -Sinar

Nik Aziz kecewa kerana merasakan Anwar seolah-olah tidak memahami politik... Anwar hanya mahu menang diputarajaya sedangkan politik itu meluas maksudnya...

JOMO beranggapan ini adalah satu signal MARAH Nik Aziz kepada Anwar setelah apa yang PAS beri kepada PKR sebelum ini... PAS telah menggadaikan banyak perkara demi PKR dan Musuh ketatnya DAp... Tapi ini yang dibalas oleh Pak Nuar...

JOMO kata: PKR tiada hasrat Politik baru... Hanya mahukan Putrajaya... JOM TOLAK PAKATAN!!!

Cayalah! Dato Seri @Zahid_Hamidi beri sokongan padu pasukan Bola ATM

Perlawanan liga perdana terakhir malam tadi antara pasukan ATM vs MP Muar telah mencatatkan kemenangan besar ATM... ATM telah menundukkan MP Muar dengan keputusan 8-1...

Perlawanan tadi dihadiri oleh Menteri Pertahanan Malaysia Dato Seri Zahid Hamidi... Beliau telah memberi sokongan padu bukan sahaja kepada pasukan Angkatan Tentera Malaysia tetapi kepada sukan Bola Sepak Negara ini...

Turut hadir pada perlawanan tersebut ialah jurulatih kebangsaan K.Rajagopal... ATM yang dibarisi ramai pemain berbakat akan melangkah ke Liga Super musim hadapan...

Rata-rata pemain mempamerkan permainan yang baik... Pemain ATM juga menghargai kehadiran dan sokongan Dato Seri Zahid Hamidi...

Tahniah semua!
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

HOT!!! Noryn Aziz Masuk PAS...


Terbaharu dari Ladang.... dari sumber yang JOMO perolehi... Noryn Aziz, pelakon seksi yang tak berapa Popular tu telah masuk PAS... Ini disebabkan beliau juga ingin bersama Artis -Artis lain yang masuk PAS untuk berjuang bersama PAS... Nak Tanya, Apa sebenarnya Perjuangan PAS???

Apabila dalam Dewan Undangan Negeri Perak, NIZAR sendiri pernah bertanya kepada Tajol Rosli, dimana tercatat dalam mana-mana dokumen PAS, PAS akan mewujudkan Negara Islam...???

Rasanya banyak perkara yang Artis ni tak tahu... Kesian....

Friday, 6 July 2012

Soalan MAUT!!! Akhirnya Anwar jadi BISU....


Semalam ketika berceramah di Permatang Pasir, datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau menjadi mangsa fitnah dan bersedia menjawab segala tuduhan ke atasnya. Soalnya benarkah Anwar bersedia menjawab kerana sejak 1998 pelbagai tuduhan yang diberi berasaskan fakta tidak pernah dijawab oleh Anwar.

Datuk Seri najib Tun Razak bersumpah tiada kaitan dengan Altantuya. tan sri Muhyiddin menjawab tuduhan kononnya beliau menjual tanah kepada Singapura. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamluddin menjawab isu penggabungan ECM Libra dan Avenue capital, bekas Menteri Besar Selangor menunjukkan bukti pembelian banglonya menggunakan pinjaman bank.

Soalnya Anwar tidak pernah menjawab tuduhan terhadapnya termasuk tuduhan terawal oleh Yahya Ismail bahawa Anwar pernah menerima wang judi untuk membiayai aktiviti pemuda UMNO semasa beliau menjadi ketua Pemuda UMNO. Cabaran bersumpah Yahya tidak pernah disahut Anwar.

Buat permulaan mungkin Anwar boleh menjawab persoalan ini:

1. Mengapa arwah bapanya dilantik menjadi Pengerusi IOI Berhad semasa beliau menjadi Menteri Kewangan? Ketika itu juga banyak tanah di Puchong menjadi milik IOI. IOI juga ketika Anwar mendapat banyak peluang niaga sehingga menjadi konglomerat besar.

2. Apakah kelayakan sahabat baik beliau Kamarudin mohd noor mendapat tiga buah projek iaitu Kuala Lumpur Linear City, KL People-Mover Rapid dan Sabah Shipyard Sdn. Bhd. yang nilai kos keseluruhannya ialah RM11.319 bilion.

3. Sahabat baik Anwar ini juha memiliki saham dalam dua syarikat mengendalikan pembinaan pengangkutan di ibu negara ia itu KL Linear City bernilai RM10 bilion dan KL PRT Sdn Bhd. bernilai RM1,298 juta serta projek Sabah Shipyard Sdn. Bhd sebanyak RM21 juta.

3. Seorang lagi sahabat baik Anwar, Dr. Rahim Ghouse, mendapat projek Express Rail Link bernilai RM2.4 bilion.

4. Bagaimanakah dalam sekelip mata Bapa Anwar Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizon dan Marzukhi yang memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat. Syarikat itu ialah Pengkalen Holdings Berhad (Ibrahim dan Farizon) masing-masing 250,000 saham pada 2 Mei 1998; Nissan Industrial Oxygen Incorporated (Ibrahim) sebanyak 3,790.500 dan Penas Corporation (Marzukhi) sebanyak 2,800,000.?

5. Selain Kamaruddin nama -nama lain yang mendapat faedah ialah Datuk Dr. Wan Hasni Wan Sulaiman, Datuk Anuar Othman, Datuk Ahmad Fuad Ali, Mohd. Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nazri Abdullah, Datuk Khalid Ahmad, Bahrim Ayob dan Datuk Ghazi Ramli.

6. Seorang lagi sahabat baik Anwar, Kamaruddin Jaafar tersenarai sebagai pemegang saham utama dalam dua syarikat iaitu Westmont Land (Asia) Berhad dengan saham sebanyak 4,700,592 pada 13 Februari 1996 dan Malaysian Mosaics Berhad (sebanyak 7.5 juta) yang kemudiannya mendapat banyak projek kerajaan ketika itu.

7. Kita juga ingin tahu bagaimana Anwar Ibrahim seorang bekas banduan tanpa pencen boleh hidup bersenang lenang, mempunyai rumah banglo harga berjuta ringgit dan sentiasa terbang ke luar negara sebelum beliau menjadi ahli parlimen baru-baru ini.


credit: Taiping Mali

WAjib Tonton!!! Jawapan Najib Mengenai Isu SUBSIDI PETROL!!!



TAHNIAH PM!!! Kami akan mendokong dasar perjuangan PM... Kami tidak akan sesekali gadaikan maruah Negara hanya kerana seorang manusia biasa macam Anwar Ibrahim.....

PANAS!!! Malaysia Kini SERANG Exco PKR Kaki Tidur...


Gempar bilamana Portal Malaysiakini menyerang orang Pakatan Rakyat dari PKR yang suka tidur dalam dewan.... Xavier menjadi mangsa serangan Malaysiakini... Inilah dia pemimpin PKR, orang ebrsidang dalam dewan dia tidur lah pulak...



Menghairankan orang-orang macam Xavier diserang... Azmin bagaimana...? Polotik apa ini...?

Fikir-fikirkan.....

Wajah Terbaru! Uncleseekers Jadi Raksasa Bila ditahan...



Ini adalah wajah terbaru blogger dan pengamal paranormal Uncleseeker... beliau ditahan akibat dakwaan menyerang dan menghina kerabat Sultan Johor...

Setakat ini motif serangan beliau masih dalam siasatan... Tapi, JOMO rasa ini lebih kepada isu pribadi beliau...

Apapun, kita tunggu dan lihat WHAT IS NEXT...?

WOW!!! Buaya GERGASI Masuk Jerat!!!


MANILA - Pihak pengurusan Guinness World Records mengisytiharkan bahawa seekor buaya yang dipersalahkan kerana menyebabkan beberapa orang mati di selatan Filipina sebagai yang paling besar pernah dikurung di dunia. Menurut jurucakap Guinness, Anne-Lise Rouse, buaya air masin itu berukuran 6.17 meter (m) panjang dan berat haiwan tersebut lebih satu tan. Buaya itu ditangkap pada September tahun lalu di bandar kecil Bunawan di wilayah Agusan del Sur selepas tiga minggu diburu. Haiwan itu mengambil alih rekod tersebut daripada seekor buaya sepanjang 5.48m yang dikurung di sebuah taman buaya di Australia.

Datuk Bandar Bunawan, Edwin Cox Elorde memberitahu agensi berita AP, beliau diberitahu oleh pihak Guinness tentang rekod tersebut pada bulan lalu. Buaya itu yang bernama Lolong kini menjadi daya tarikan di sebuah pusat taman ekopelancongan dan penyelidikan di pinggir Bunawan. Elorde berkata, pihak perbandaran telah memperoleh AS$72,000 (RM228,729) hasil kutipan tiket di pintu masuk taman tersebut. Sebahagian wang itu digunakan untuk membeli makanan buaya tersebut.

Buaya itu ditangkap dengan menggunakan perangkap besi selepas seorang kanak-kanak terbunuh pada tahun 2009 dan seorang nelayan dilaporkan hilang. Kerbau turut dijadikan umpan semasa usaha untuk menangkap buaya tersebut. Kira-kira 100 orang yang diketuai Elorde menarik buaya tersebut dari sebatang anak sungai dengan menggunakan tali dan diangkat ke atas trak dengan menggunakan kren. - Agensi

Buaya BESAR di malaysia ni Masih ebrgerak BEBAS... Bercakapsana-sini... Fitnah sana-sini... Ramai orang terjerat.... AWAS!!! Katakan Tidak kepada BUAYA ini.... Say No TO PAK NON!!!

PANAS!!! Artis PROPA Tersingkir akhirnya...


Siapa tak kenal Azwan Ali... Sekejap ok... sekejap tak ok... Baru-baru ini beliau mencetuskan konflik dengan isu keluarga mereka... isu melibatkan Anwar Ibrahim... Memang 'real Arti's lah Azwan Ali ni...

tersingkir???

terkejut??? Beliau telah disingkirkan dalam program MasterChef...Ini pun menimbulkan cerita PANAS dikalangan penonton dan pengngajur...

Lanjut baca [ KliK ]

Cayalah Lu Azwan....

Thursday, 5 July 2012

TERKINI! KR1M Sudah ada di Sepanggar!!!


Menjadi Fenomena baru rakyat... semakin disukai... Semakin dihargai... semakin menjadi tempat utama Rakyat... itulah KR1M...

kini dibuka di Sepanggar Sabah!!! Nak tahu, [ KliK ]

terima kasih BN!!!

HOT!!! Mahasiswa Semakin DiHargai, DISayangi dan DiSuap...?





Kad Diskaun pelajar IPT 1Malaysia - KDS1M (Kad  Diskaun Siswa 1 Malaysia)
KDS1M telah dilancarkan bagi meringankan beban lebih 1.5 juta penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara...

Ia diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas...
Turut diberikan kepada penuntut institut latihan perguruan (IPG), politeknik, Maktab Kerjasama Malaysia dan Institut Latihan Perindustrian...

Mahasiswa yang akan menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bakal menikmati diskaun produk sehingga 60 peratus... Namun diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian...

Mula diedar melalui institusi pengajian tinggi masing-masing ketika pendaftaran mahasiswa baharu dan kemasukan semester baharu pada September 2012... Difahamkan, bagi mahasiswa tahun akhir, mereka akan menerima kad berkenaan secepat mungkin supaya mereka tidak terlepas daripada menikmati kemudahan itu....

Cuba pergi ke Website Pangguna 1 Malaysia.....

Bukan Disuap... tetapi inilah komitmen kerajaan kepada Anak-Anak muda Kita...
Enciknakal.blogspot.com


Rupanya AC Mizal Pernah diKAFIRKAN oleh Bob Lokman...?


Siapa kita mahu mengkafirkna orang lain? sedangkan diri kita sendiri bukanlah Sealim manapun... Adakah dengan hanya berpakaian ISLAMIK kita sudah jadi Islamik...? Kita sudah Naik Kepala menuduh orang lain yang bukan-bukan?

Jangnlah terlalu TAKSUB kepada ceramah-ceramah menghasut orang suoaya berpecah belah... ceramah yang menjadikan Orang Islam sukar untuk bersama... Ceramah yang tidak pernah bicara soal muzakkarah sesama Muslim... Sudah-sudahlah....

Syurga Baharu Bagi PEROKOK...


Suatu masa dahulu, merokok di Jepun tiada sekatan mahupun had sehinggakan orang ramai melihat orang yang merokok adalah perkara biasa setiap hari. Dengan harga tembakau yang murah dan memiliki mesin rokok seperti mesin air tin yang berada di mana sahaja, perokok boleh merokok di mana sahaja.

Semuanya berakhir apabila cukai yang tinggi dikenakan kepada rokok dan tempat yang membenarkan perokok menghisap rokok. Maka banyak tempat awam telah bertukar menjadi kawasan larangan merokok. Sehingga di satu masa, merokok telah di haramkan di jalan mahupun di pejabat.

Hal ini sudah tentu telah mengecewakan perokok. Merka tidak mampu lagi meneruskan tabiat menghisap rokok yang bebas sebelum ini kerana larangan serta cukai rokok yang sangat tinggi.
Terbaru, kerajaan Jepun telah mengumumkan satu program berhenti merokok yang bertujuan untuk mengurangkan kadar orang yang merokok dalam masa sepuluh tahun.

Ketua syarikat tembakau holding mengambil tampil sebagai individu yang mempunyai misi untuk menyelamatkan perokok tegar. Individu tersebut telah membina bangunan khas untuk orang ramai merokok di dalamnya. Nama bangunan tersebut dinamakan Ippuku yang bermaksud “CIG”.
Ippuku menawarkan kawasan yang selesa untuk perokok. Bangunan tersebut di buka setiap hari dari 6 pagi hingga tengah malam. Ippuku dilengkapi dengan kipas untuk pengudaraan, anti bau rokok, mesin minuman, tv, muzik dan cybercafe.

Syarikat tersebut sebelum ini telah menjalankan kajian yang mendalam untuk mewujudkan suasana yang selesa kepada pelanggannya walaupun mereka terpaksa membayar, mereka tetap memilih Ippuku.

apelak.blogspot.com

SULIT! Artis Lelaki Malaysia Bogel di Phuket???



Petikan Emel Dari Pengirim

“Pelakon ni seorang yg baik, sangat friendly tetapi saya agak terkejut bila mendapat email dari kawan saya tentang gambar seksi pelakon baru itu semasa sedang bercuti di phuket thailand. Persoalannya, sebagai pelakon baru kenapa dia berani mendedahkan gambar-gambar sebegitu. Kami sebagai peminat agak hampa kerana  pelakon yang baru nak menapak, dia seharusnya menjaga tatasusila sebagai pendatang baru. Ini nama pun baru nak berkembang tapi dah membuatkan peminat berasa jijik dgn gambar tersebut. Jadi tolong dapatkan penjelasan daribeliau tentang gambar-gambar ini,” kata pengirim emel tersebut.

Sumber: Gambar Artis Bogel Pakai Spender Di Pantai Phuket Thailand | melvister.com

Pssttttttt..... Ada juga artis bangang macam ni kan..... Mohon untuk disiasat... takut-takut balik malaysia masuk PAS kononnya takut berdosa jika berada diluar PAS.... Zzzzzz....

Wednesday, 4 July 2012

Dagang Air Liur: 'Saudagar Janji' Jual Sampai SAMPAH BASI!



Bisnes Air Liur Manyak untung... Boleh cakap apa saja... cakap itu-cakap ini, yang terjual hanyalah Air Liur... Pelik! pembelinya pula sering tergoda dan selalunya membeli dengan harga yang MAHAL, asalkan saja si Penjual pandai Jual, semua boleh jalan.... Tapi barangnya, langsung tak boleh PAKAI...

Hari ini, trend jualan air liur sudah semakin hari semakin berleluasa... Bak kata orang, ada gula ada semutnya... Air Liur Sedap, ramailah pula pembelinya...

Senario politik tanahair juga tidak terlepas dengan trend tersebut... PAS, PKR punyai ramai penjual air liur yang masih bertenaga, bercakap dan menabur apa saja janji asalkan saja rakyat membeli dengan mengundi mereka dalam Pilihanraya...

JOMO bersetuju dengan kata-kata Dato Seri Zahid Hamidi, Orang lain yang berjanji, Orang Lain yang menabur bakti... yang pelik dan ajaibnya! ada juga rakyat yang suka kepada mereka yang kaya dengan taburan janji-janji ini berbanding mereka yang sentiasa menabur bakti demi Agama, Bangsa dan Negara...

Lihat saja kerajaan pakatan pimpinan PKR di selangor, apa sudah jadi? Janji itu janji ini, berapa banyak yang mereka laksanakan bila sudah jadi kerajaan? Kalau dahulu kata nak bayar RM100 kepada warga emas berumur 60 tahun, hari ini nak bayar terpaksa bergadai asset miliknya, nampak sangat TIDAK PANDAI MEMIMPIN... Nak bagi budak pra-sekolah RM50.00 pun terlalu banyak berdolak-dalik... sampai hari ini, oleh kerana nak jimatkan peruntukan, hanya pelajar yang ibubapanya berpendapatan RM1500.00 sahaja yang layak, yang lain? lu Fikirlah sendiri.... Baru RM50.00!!!

Di Kedah, kalau dahulu janjinya bukan main, beri itu dan ini... hari ini, berapa banyak janji mereka yang tidak tertunai? Nak bagi subsidi Air kepada Masjid berdaftar pun tak boleh buat...

Di Pulau Pinang lagilah... Cuba tanya apa sudah jadi sama orang melayu di sana? terutamanya di pulau? Nak selesaikan masalah kampung pun RIUH SEKAMPUNG! sampai orang kat pedalaman SABAH pun tahu isu Buah pala yang tak selesai... Orang ni kita nak harapkan selesaikan isu Negara? Palis-palis... Nak tanya Kerajaan DAP, mana janji nak beri BONUS RM6000.00 kepada keluarga keluarga bergali RM6000.00 sebulan...?

Di Kelantan? Tak perlu cakap banyak... PAS telah berjanji berpuluh tahun di sana... Janji PAS lebih diminati berbanding BAKTI BN yang selama ini banyak membantu kerajaan PAS Kelantan... Percaya atau tidak, Kerajaan BN telah menyalurkan lebih 5 billion kepada kerajaan PAS kelantan dalam tempoh 2 tahun semenjak RMK10 yang lepas...? bagaimana PAS kendalikan duit? Asyik cakap pasal Royalti saja kerja mereka...

Apa yang menarik kata Zahid sempena merasmikan Mesyuarat UMNO Kulim Bandar baru "Jika kerajaan tidak cekap menguruskan kewangan negara tentu rakyat tidak akan menikmatinya. Kita kena bersyukur. Alasan tidak mau berterima kasih kepada kerajaan yang memerintah kerana duit itu adalah 'hak' kita semata-mata bertentangan dengan fitrah manusia,"
Akhirnya, Pembangkang banyak mendapat kebaikan daripada BAKTI kerajaan BN buat... Inilah bisnes AIR LIUR yang semakin mendapat permintaan terutamanya kepada pembeli yang tidak dapat menilai yang mana emas dan yang mana pula kaca...

Akhirnya mereka terpaksa membayar dengan harga MAHAL walaupun HAKIKATnya barang yang mereka beli sangatlah tidak berharga... yang menakutkan lagi, semakin lama mereka simpn semakin BASI AIR LIUR tersebut... makanya, sudah tiba masa untuk BERTUKAR kepada yang BARU!!!

PANAS! Nafsu SEKS Macam Binatang! -Welcome To Shah Alam

hiasan

SHAH ALAM: Malang bertimpa buat seorang gadis berusia 23 tahun apabila tetap dirogol sekumpulan lelaki bernafsu binatang walaupun datang haid dalam kejadian samun dan rogol di sebuah rumah sewa di Jalan Haji Termidi, Rantau Panjang, Klang, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang juga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) diculik di Seksyen 7, di sini, oleh sekumpulan lelaki berusia 20 hingga 33 tahun dipercayai Geng Nuar Rantau Panjang yang menjadikan pelajar IPT sebagai mangsa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa yang berasal dari Kelana Jaya dibawa ke rumah sewa berkenaan sebelum dirogol bergilir-gilir. “Mangsa ketika itu berjalan kaki sendirian berhampiran hentian bas didatangi lelaki terbabit yang menaiki kereta Toyota Vios berwarna perak sebelum mangsa ditarik memasuki kereta berkenaan,” katanya. Katanya, suspek mengikat tangan dan menutup mata mangsa dengan pita pelekat kuning sebelum membawa mangsa ke sebuah rumah papan satu tingkat itu dan merogolnya.

“Di rumah itu mangsa dibawa masuk ke bilik dan dipaksa baring di atas tilam nipis. Seorang daripada suspek membuka ikatan dan merogol mangsa dua kali.

“Suspek terus merogol mangsa dalam keadaan mata ditutup walaupun ketika kejadian mangsa sedang haid,” katanya.

Zahedi berkata, mangsa ditinggalkan berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, jam 3 pagi Sabtu lalu dalam keadaan mata tertutup selain tangan turut diikat.

Katanya, selepas ditinggalkan, mangsa yang membuka ikatan terus mendapatkan bantuan seorang pengawal keselamatan masjid yang bertugas sebelum membuat laporan polis jam 7.30 pagi hari yang sama.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapatkan rawatan lanjut dan laporan perubatan mendapati mangsa memang dirogol berdasarkan terdapat kesan luka kecil pada kemaluannya.

Beliau berkata, berdasarkan laporan, sejam kemudian sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam menahan seorang lelaki berusia 21 tahun di Persiaran Masjid, Seksyen 2, di sini.

“Hasil pemeriksaan, kami menjumpai satu beg kecil mengandungi kad pengenalan, kad pelajar serta lesen memandu milik mangsa.

“Selain itu, hasil soal siasat juga, jam 10 pagi, pasukan sama menyerbu sebuah rumah dipercayai dijadikan tempat rogol mangsa di Rantau Panjang dan menahan seorang lagi lelaki yang tidur di ruang tamu rumah berkenaan.

“Dalam masa yang sama, tiga lagi lelaki yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri tetapi dua daripadanya ditahan manakala seorang lagi meloloskan diri dengan lari ke dalam semak berhampiran rumah,” katanya. Beliau berkata, polis kini mengesan dua lagi suspek yang masih bebas iaitu Anuar Mohamad, 33, atau dikenali dengan nama Bro dan Muhammad Nashazrin Abd Rahsid, 21, yang turut dikenali sebagai Tiger.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan Isnin lalu, kumpulan yang sama merogol pelajar perempuan berusia 17 tahun secara bergilir-gilir di tempat sama.

Zahedi berkata, dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa berbual-bual dengan teman lelakinya di blok Wisma Mais, Seksyen 3, di sini sebelum didatangi kumpulan lelaki terbabit yang menariknya ke dalam kereta.

Katanya, teman lelaki mangsa cuba mengejar dengan motosikal tetapi gagal.

Zahedi berkata, hasil siasatan mendapati suspek yang merogol mangsa adalah kumpulan sama yang menjalankan kegiatan samun dan rogol pelajar IPT berkenaan.

“Saya ingin menasihatkan wanita terutama pelajar sekitar Shah Alam sentiasa berhati-hati. Jangan sesekali keluar bersendirian terutama pada waktu malam dan kalau terpaksa keluar dalam kumpulan yang besar supaya jika berlaku sesuatu rakan membantu,” katanya. -Metro


Jom Tukar Kerajaan Selangor! Semakin Menakutkan kita.....

Bahlul! MENTERI BESAR DI SANJUNG, SULTAN DIHINA...?

Menghina Sultan... Wajib disiasat... Inikah MAKHLUK Ajaran PAS...?




http://kelateloni.blogspot.com/2012/07/bila-sultan-kelantan-dipanggil-ayahmat.html

Siapa Penyerang SENSASI Yang Naik Mendadak ni...?

Namanya kini disebut-sebut bakal menggantikan Safee Sali....


Gambar Dan Biodata Rozaimi Abdul Rahman Harimau Muda. Nama Rozaimi Abdul Rahman tiba-tiba naik apabila beliau meledak 4 gol dalam perlawanan menentang pasukan Filipina U22 pada 25 Jun yang lepas.

Biodata Dan Kejayaan Rozaimi Abdul Rahman

Pemain yang dilahirkan pada 11 Jun 1992 di Bongawan, Sabah mula disenaraikan oleh Ketua Jurulatih Harimau Muda pada Julai 2011 untuk perlawanan persahabatan menentang Chelsea.

Rozaimi memulakan karier bola sepak profesional beliau bersama pasukan Sarawak setelah bermain untuk pasukan Piala Presiden Sabah pada peringkat remaja tetapi hanya membuat satu penampilan bersama pasukan Sarawak pada tahun 2010. Beliau kembali ke pasukan Sabah pada tahun 2011 dan membuat penampilan pertama Liga Super ketika Sabah tewas dengan Terengganu 2-1. Gol Liga Super pertama beliau hadir ketika pasukan Sabah seri 1-1 dengan Perak.

Pada 28 April 2012, Rozaimi telah membuat penampilan pertama beliau bersama pasukan senior Malaysia ketika perlawanan menentang pasukan Sri Lanka. Rozaimi juga menjaringkan gol kedua pasukan Harimau Muda yang merupakan gol pertama beliau untuk pasukan Harimau Muda pada perlawanan persahabatan menentang pasukan Qatar U22.

Empat gol dengan dua gol pada setiap separuh masa oleh Rozaimi memastikan kemenangan selesa pasukan Harimau Muda dan menghidupkan kembali saingan pasukan Harimau Muda untuk layak ke saingan AFC bawah 22 tahun. Kecemerlangan Rozaimi pastinya memberi kelegaan kepada pasukan Malaysia. Beliau pastinya bakal memberikan saingan kepada barisan penyerang lebih senior seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha untuk mendapatkan tempat di kesebelasan utama pasukan kebangsaan.

Sumber: Biodata Rozaimi Abdul Rahman Pemain Harimau Muda | melvister.com

Foto PANAS Sekitar Majlis Perkahwinan IRMA HASMIE...


Selebriti yang turun naik dalam dunia hiburan Tanahair, Irma Hasmie, selamat diijab-kabulkan dalam satu resepsi baru-baru ini... Dinikahkan dengan dua kali lafaz, Irma kini SAH menjadi ISTERI kepada Sdr Redza...

Walaupun beliau dikaitkan dengan sebuah parti politik pembangkang tanahair, Irma nampak semacam tidak peduli tentang itu... Tapi, kalau sudah namanya selebriti, tetap selebriti... manatau, lepas ini boleh jadi selebriti Politik macam Nik Aziz pula kan... (rujuk kata-kata mahfuz...)




JOMO Kata: Tahniah... Kurangkan syak wasangka manusia dengan ikatan pernikahan... semoga bahagia ke akhir hayat....

Tuesday, 3 July 2012

TERKINI!!! DS Rosmah DiSERBU Mat Rempit...?


Kejadiannya berlaku semalam bilamana sekumpulan Mat Rempit telah berpeluang untuk bersama Isteri perdana menteri malaysia, Datin Seri Rosmah mansor dalam satu program di UKM Bangi...

Mereka tidak menyangka akan bersama DS Rosmah pada program tersebut... Difahamkan, rata-rata mereka teruja dengan kehadiran DS Rosmah dan terkejut dengan keprihatinan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh DS Rosmah terutamanya kepada Mat Rempit...






JOMO Kata: Jangan kita Nilai seseorang dari luaran semata... Cuba kita buka mata hati kita, apakah yang kita lontarkan itu Betul...? TAHNIAH ISTERI PM!

Lanjut baca PK

WAJIB TAHU! Perkara yang Kita TIDAK Tahu...


Propaganda pembangkang sangat mudah... Apabila banyak Janji mereka TIDAK DITETAPI, dekat-dekat nak Pilihanraya ini mereka mainkan semula Isu Nik Aziz yang zuhud, mereka secara terus menuduh BN RAHSUAH (Walaupun mereka LANGSUNg tiada Bukti...) dan mereka canangkan Pakatan Rakyat bagus (Walupun HAKIKATNYA Retak menunggu untuk RUNTUH...)...

PM Najib yang bertungkus lumus mentadbir Negara tidak kira penat lelah kenapa kita Lupa...? Cuba bayangkan jika kita berada ditempat BELIAU, amat berat peranan sebagai Ulil Amri sebuah Negara seperti Malaysia... Allah jadikan Malaysia sedemikian rupa, berbilang Bangsa dan Agama, cara hidup dan budaya... Seiring dengan semangat 1 Malaysia, hari ini kita sudah tidak boleh berada pada tahap Toleransi semata, namun kita perlu anjakkan diri kita kearah PENERIMAAN terhadap semua ini...

Jangan Kita Lupa, BN yang lakukan semua ini... BN adalah part yang memupuk perpaduan secara Bijak... Bukan macam MAMAT PKR tu, sanggup menggadai apa saja, hatta prinsip yang selama ini kita jaga demi kepentingan dan agenda politik sempit mereka...

Apakah PM Najib punyai penjawat Awam yang bersama dengan Beliau? Penjawat awam sebagai jentera ampuh dalam memastikan keberkesanan penyampaian kepada rakyat... Ada yang setiap bulan MAKAN GAJI kerajaan (yang dikatakan HARAM oleh PAS....), tapi, sentiasa MENGUTUK Kerajaan... Macam ANJING.... dah lah di bagi makan, tapi, menggigit pula JARI tuannya...

Lanjut baca juga SanggahTokJanggut

Tweet Semakin SASAU! Hairie Dalam Bahaya...?

hiasan

Seperkara yang kita lupa, tanya hati dan nurani kita, apakah HIJRAH yang terbaik dalam hidup kita...? HIJRAH kearah yang lebih baik... Bagaimana HIJRAHnya? dari mana ke mana HIJRAHnya? jawapannya, itu kita kena muhasabah diri...

Kalau sebelum ini JOMO pernah menulis isu yang mana HAIRIE ini bukanlah suka sangat dengan PAS.. Tapi, kerana bencikan PKR yang semakin hari semakin BENGONG, beliau memilih PAS untuk meneruskan kehidupannya... $$$$$$$$$$$$.... Apatah lagi saat dan ketika ini Pilihanraya semakin hampir, pasti JOB nya juga semakin MASYUK.... Tak percaya?? INilah diantara ARTIS yang ditarbiah oleh PAS... Baca tweet di bawah....




JOMO Kata: Tepuk dada tanya Iman kita... Kita HIJRAH bagaimana...? Hanya Allah yang tahu... Biarla dia dengan Labu-Labunya.... Ingat! Dunia POLITIK berbeza dengan dunia ARTIS.,...

PANAS! DAP Dalang Palsukan Sijil Degree Pelajar USM...?


Kecoh di Pulau Pinang bilaman terdapat 3 Orang pelajar ditangkap kerana cuba memalsukan sijil Degree dan menjualnya kepada pelanggan yang menginginkan kelulusan degree secara HARAM... Siapa Dalang?

GEORGETOWN: Tiga ahli sindiket yang cuba mengaut keuntungan dengan menawarkan ijazah palsu untuk dijual menerusi laman web, ditahan sepasukan polis di sebuah rumah di Kampar, Perak, malam kelmarin.

Dalam operasi yang dilakukan sepasukan polis Pulau Pinang jam 8 malam itu, tiga ahli sindiket terbabit iaitu masing-masing dua wanita dan seorang lelaki berusia 20-an, ditahan selepas Universiti Sains Malaysia (USM) membuat aduan berhubung kegiatan itu sebelum ini.

Difahamkan, ahli sindiket terbabit menjual ijazah palsu itu dan menawarkannya melalui laman web dengan harga yang mencecah hingga RM5,000. Sasaran mereka adalah pelajar yang tidak perlu bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran dan juga orang awam yang mahukan ijazah dengan mudah tanpa perlu menduduki peperiksaan atau mengikuti kelas. FK

JOMO Kata: Apa tindakan kerajaan negeri DAP mengenai isu ini...? kenapa berdiam diri...? Takkan mereka yang jadi dalang untuk memperbodohkan pelajar USM yang rata-rata Orang Melayu...? Mohon untuk Siasat lim Guan Eng....

Bapa Jahanam! Bapa Rogol Anak Sampai 'Bunting'...


hiasan...

Seorang isteri masyarakat Orang Asli di sini terkejut apabila mengetahui anak gadisnya berusia 16 tahun 5 bulan berbadan dua hasil hubungan dengan suaminya sendiri. Wanita berusia 35 tahun yang mempunyai empat cahaya mata itu hanya mengetahui mengenai bayi dikandung anak keduanya apabila membuat pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan dekat Alor Gajah, 28 Jun lalu.

Pemeriksaan itu dibuat selepas dia sering melihat kemerosotan tahap kesihatan anaknya, selain anaknya mengadu lemah badan. Menurut sumber, kandungan yang sudah mencecah usia lima bulan itu diketahui adalah hasil hubungan mangsa dan bapanya sendiri selepas diminta memberitahu perkara sebenar.
“Selepas pemeriksaan dijalankan, pihak klinik memaklumkan mangsa mengandung lima bulan, lalu ibu mangsa memaksa mangsa menceritakannya.

“Mangsa kemudian memberitahu telah beberapa kali dirogol bapanya iaitu suami kepada ibunya yang telah dua bulan tidak pulang ke rumah,” katanya kepada Sinar Harian
di sini, semalam. Berikutan itu, katanya, mangsa dan ibunya mambuat laporan di Balai Polis Tebong, Alor Gajah pada hari sama.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. “Mangsa dirogol bapanya yang berusia 40 tahun dan sehingga kini polis masih cuba mengesan suspek yang dipercayai telah lari ke dalam hutan.
“Setakat ini polis telah meminta bantuan golongan Orang Asli, selain Tok Batin untuk mengesan suspek,” katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.- Dedah Kini

Pssttttt..... Sangat JAHAT... Sama macam Pak Non....

GOSIP! Beego Nafi BerSKANDAL dengan ROZITA diluar SET...


Pokok takkan bergoyang kalau tiada angin... Itulah kejadiannya dengan beego, apabila dikatakan beliau berpegang tangan dengan Rozita Che Wan diluar set pengambaran... Ada yang kata mereka ini bercinta... Betulkah? Semua tuduhan tersebut telah dijawab oleh Beego sendiri...



Monday, 2 July 2012

TUN MAHATHIR PERCAYA BN dibawah NAJIB BOLEH MENANG!


TAIPING 30 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Datuk Seri Najib Tun Razak mampu membuat keputusan tepat sama ada mahu mengadakan pilihan raya lebih awal atau memanfaatkan sepenuhnya mandat lima tahun untuk memantapkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
Menurut beliau, dari satu segi, keputusan untuk menghabiskan baki tempoh pemerintahan lima tahun mampu memberi keyakinan lebih tinggi mengenai kemampuan serta keprihatinan kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat.

"Tetapi kemungkinan pula kalau bagi masa yang panjang, desakan atau tuntutan termasuk yang bukan-bukan kepada kerajaan akan bertambah, mereka akan ugut kerajaan kalau tidak bagi (maka) mereka tidak sokong.

"Itu pun kita kena tengok. Tetapi saya rasa Najib akan memberi keyakinan kepada rakyat mengenai kemampuan kerajaan yang dipimpinnya," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan kebangsaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) ke-51 di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Naib Yang Dipertua Perkim, Datuk Seri Shahidan Kassim; Pemangku Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Muhammad Rais Abdul Karim serta para pemimpin gabungan pertubuhan itu.

Akhbar hari ini memetik kenyataan Najib bahawa keputusan beliau masih berteka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak bermakna kerajaan tidak yakin untuk menang, sebaliknya ia demi menghormati mandat yang diberi rakyat.
Perdana Menteri berkata, walaupun mendapat sokongan padu, BN mahu menggunakan baki mandat yang ada untuk berkhidmat dan terus membela rakyat melalui pelbagai program yang telah dan bakal diadakan.
Ditanya persepsi mengenai pelbagai bantuan serta inisiatif kerajaan termasuk pemberian wang ringgit yang dilihat sebagai 'suapan' politik, Dr. Mahathir berkata, adalah tidak adil untuk membuat kesimpulan sedemikian.

"Anda boleh anggap itu sebagai satu sebab tetapi kita tahu kos hidup semakin meningkat, soalnya bagaimana kerajaan hendak bantu golongan yang terlibat. Misalnya jika hendak hapuskan tol, orang miskin tidak merasainya kerana mereka mungkin tiada kenderaan pun.

"Begitu juga jika hendak subsidikan sepenuhnya petrol, maka orang kaya juga menikmatinya. Tapi kalau kita boleh beri wang untuk golongan ini ringankan kos hidup misalnya tanggung yuran sekolah anak, beli buku dan sebagainya, maka itu penjelasan yang boleh diterima," ujarnya.

Dr. Mahathir menambah, jika di bandar ia mungkin berbeza, tapi jika orang miskin di kampung-kampung diberi RM500, ia sangat besar ertinya bagi mereka dan beliau tidak fikir itu satu suapan. Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Dr. Mahathir yang juga Yang Dipertua Perkim menggesa semua pihak termasuk badan berkuasa agama supaya menjayakan proses dakwah secara berhemah, bukannya dengan kekerasan.-Utusan Malaysia

JOMO kata: Kepercayaan Tun Mahathir Kepada BN tidak berbelah bagi... Beliau sebagai negarawan Ulung Negara sudah arif dengan sepak terajang Politik...

Fakta Scorpene Kini tersebar! "Anwar Penipu BESAR..."


Scorpene Fact Reveals Anwar's Big Lie



There are no other Prime Ministers in this country had to suffer such evil deeds from the opposition other than Datuk Seri Najib Tun Razak. He was not just accused, insilted and turned to a political target from the opposition, they also dragged his wife and family members who did not do anything wrong.


From the death case of former assistant of Selangor Exco until the submarines issue, all were blamed to the PM. The one who planned such cunning propaganda would be none other than Anwar Ibrahim who leads three parties with different ideologies, mission objectives and political interests.


But the statement made by Independent Parliament member, Datuk Seri Zahrain Hashim two days ago regarding the issue of Scorpene had cleared the PM's name from any corruption charges in the transaction of the submarines.


This somehow had destroyed Anwar's strategy to exploit an NGO, Suaram to turn the issue into something big to accuse the PM. The MP saud that all these while Suaram has been used by Anwar to lie to rakyat by making up issues. First, he said, the investigation made by French Police revealed that there are no immigration records which showed that a woman named Altantuya Shaariibuu ever entered the country from 1999 until 2006.


This means that opposition's claim that Datuk Seri Najib was seen together with the women and Abdul Razak Baginda is mere lie. Once again, the actions of PKR's Deputy President, Tian Chua who made up the picture which showed that the PM was eating with Altantuya and Abdul Razak by using photoshop has been revealed a long time ago.


The second fact which showed that the claim made by the opposition were lies would be the fact that Altantuya do not know French language like what they have mentioned.


This clearly showed that the claim saying that the woman was the middle person in the transaction of the submarines between Malaysia and France was false.


According to Datuk Seri Zahrain, all of the official talks done by both sides were done in English and they do not need any translation service. His statement has clearly showed the real motives of the opposition in bringing down the government;s image by spreading rumors around the world.


Anwar thought that Scorpene issue would be his ultimate political weapon to challenge the PM, too bad, it ended up embarrassing himself. As a PM who is responsible for the betterment of rakyat, Datuk Seri Najib kept on working as hard as he can to develop the country.


The result, rakyat is beginning to fully support him because of his various programs and policies which was implemented by the government so that it would benefit rakyat. The opposition in the other hand, are running out of issues to play.


They had to depend on the Scorpene issue to cover the chaos that is happening in PKR Selangor. PKR Selangor is getting weaker by the day because of the clash between Azmin Ali and the Chief Minister, Khalid Ibrahim.


The clash only confirms that the opposition -  PKR, PAS and DAP - only wanted power and when they are in power, they would fight among one another for their own selfish desires.


The political turmoil which is happening in Selangor and the big lie in the Scorpene issue is the best recipe for disaster which would bring them down in the coming GE

credit: Malaysia News

TAK MALU! Kaitkan Diri dengan Ikhwan Mulslimin...




kemenangan parti Ikhwan Muslimin di Mesir telah membuka sejarah politik baru di Negara itu... Perdana Menteri Malaysia juga telah mengucapkan TAHNIAH di atas kemenangan itu melalui Wisma Putra...

hari ini, kemenangan di mesir itu juga telah dipolitikkkan oleh Pihak pembangkang... Samada PAS dan PKR masing-masing tidak lepas untuk mengaitkan diri mereka dengan Ikhwan Muslimin...

Ingat! terlalu banyak perbezaan Parti Ikhwan Muslimin dengan PAS... Paling penting Ikhwan Muslimin tidak pernah menggadaikan prinsip perjuangan mereka hanya kerana bergabung dengan Parti KAFIR sepertimana PAS lakukan dengan DAP...

Pemimpin Ikhwan Muslimin ebrkhlak mulia bukan macam Anwar Bin Ibrahim... Bukt demi bukti disebarkan mengenai beliau yang mengaitkan dengan isu Akhlak, Akidah dan lain-lain lagi...

Lanjut boleh baca di sini

Akibat tersampuk ARTIS! Mahfuz COP Nik Aziz sebagai SELEBRITI...

sumber

Trend Artis jadi Penceramah PAS walaupun kecil namun memberi IMPAK BESAR kepada PAS... Biasalah... Kalau dahulu mereka inilah yang mengutuk artis-artis ini tapi kini mereka sambut seperti raja dan pemaisuri demi UNDI PILIHANRAYA...

Bila dah jumpa artis perangai pun jadi lain... begitulah alkisahnya dnegan MAFUZ OMAR ni... Naib Presiden yang kadang-kadang pemikirannya lebih rendah dari ahli biasa PAS...

Terbaru beliau tidak menganggap Nik Aziz itu Sebagai Ulama dalam Politik. tetapi dek kerana SYOK dengan Atrtis-Artis join Politik ni, beliau juga menganggap Nik Aziz sebagai Selebriti politik sama macam Estrada di Filipina, Ronald Reagan di Amerika dan lain-lain lagi... Pusing sana Pusing sini Mahfuz Omar ni...

Sah! Mereka-mereka inilah yang sedang dalam usaha untuk mengubah PAS dan tidak terlalu berpandukan Ulama macam nik Aziz...

JOMO Kata: Biasalah.... Ulama yang tak Sokong PAS pun mereka TENDANG... Tapi kepada Artis, please jaga-jaga.... POLITIK ini bukannya mudah... Nanti bila dah terasa sepak terajang politik jangan pula masa tu baru nak sedar....

Nenek Jadi Mangsa Kes SALAH CABUL... -Welcom To KEDAH!


KULIM - Hendak melepas nafsu kepada cucu tetapi yang jadi mangsa, nenek. Itulah yang berlaku dalam kejadian cubaan cabul di daerah ini kira-kira jam 6.30 pagi semalam. Dalam laporannya kepada polis, mangsa yang berusia hampir 70 tahun memberitahu, dia sedang berwuduk dalam bilik air di luar rumahnya ketika dipeluk dari arah belakang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki.

Menurutnya, lelaki itu menciumnya bertubi-tubi sebelum cuba menanggalkan kain basahan mangsa. Suspek kemudian mengarahkannya supaya diam.

Namun mungkin setelah mendapati ada kelainan pada fizikal nenek itu yang berbeza daripada sangkaannya, suspek berbisik dan bertanya mangsa: "Tak kerja ka?"

Mangsa yang ketakutan menjawab pertanyaan itu dengan berterus-terang bahawa dia sudah lama tidak bekerja kerana usianya pun sudah melebihi 60 tahun.

Suspek yang baru tersedar dia tersilap sasaran, segera melepaskan mangsa dari pelukannya Dia mengarahkan mangsa mandi sebelum segera berlalu meninggalkan tempat itu.

Nenek malang itu kemudian dibawa anggota keluarganya ke balai polis untuk membuat laporan. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh yang mengesahkan kejadian itu berkata, golongan wanita seharusnya lebih berhati-hati ketika berada di dalam bilik air terutama bagi mereka yang menggunakan bilik air di luar rumah.

"Keadaan bilik air yang tidak sempurna terutama di kampung-kampung boleh mengundang pelbagai perlakuan jenayah, terutama kes cabul dan rogol," katanya.

Menurutnya, bilik air mesti dipasang lampu termasuk di luar bangunan rumah. "Jangan bergelap. Ada orang sengaja mandi dalam gelap untuk mengelak diintai tetapi dalam keadaan gelap, ia sebenarnya mendorong jenayah lebih serius. Perkara paling utama pastikan keadaan dinding dan persekitaran selamat. Pintu mesti ditutup dan dikunci dengan sempurna," katanya.

credit: DEDAH KINI

erm.... Bahaya.... Sangat bahaya..... Negeri kedah BAHAYA...? JOM TUKAR!

GOSSIP PANAS! Benarkah Imran Curang Belakang Erra Fazira...?



PETALING JAYA: Selepas berbulan berdiam diri, akhirnya suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin tampil menjelaskan mengenai desas-desus kononnya dia berkahwin dua dan menafikan segala cerita itu.

“Demi Allah, isteri saya hanya Erra seorang. Kalau betul saya kahwin lagi, mestilah sekarang sudah ada gambar-gambar upacara itu dikeluarkan di Internet.

“Saya pernah dengar pasal gosip ini sejak tahun lalu, tetapi saya anggap ia tidak serius dan sebahagian mainan dunia hiburan.

“Tetapi lama-kelamaan ia semakin besar dan saya ingin jelaskan yang gosip saya menduakan Erra sama sekali tidak betul. Yang penting Erra, keluarga saya, keluarga mentua tahu perkara sebenar.

“Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil,” kata Emran. HM

erm.... Trend Artis sekarang kalau tak dapat apa yang dia nak, dia akan join pembangkang sebagai tanda protes... dah ramai dah... yang pelik, ada yang kahwin, bercerai, cerita bersama skandal... then, tup tap... Masuk PAS....ehe Jangan marah.....

Sunday, 1 July 2012

KANTOI! DAP/PAS Rosakkan Minda Belia Melayu UiTM/Shah Alam...?


JOMO hairan, kawasan parlimen Shah Alam ini dahulu adalah kubu kuat UMNO/BN... Namun, perubahan pola pengundian akibat banyak isu pada PRU12 yang lepas membuatkan PAS memenangi kerusi ini... (Itupun Dr.Hassan Ali banyak membantu, sekarang beliau pula ditendang oleh PAS...)

Hari ini apa berlaku di Shah Alam... Kalau dahulunya ini adalah kawasan parlimen yang sangat dijaga kesuciannya oleh UMNO/BN... Tapi bila PAS dah dapat apa yang terjadi...? Kawasan yang dahulunya tempat Melayu sekarang apa sudah jadi...? PAS kerjanya asyik berceramah di Surau/Masjid sekitar Shah Alam, siapa yang mahu turun padang tarbiahkan anak-anak muda yang tidak ke Surau/Masjid...? hari ini Pusat Karaoke pun dah ada... Yang mengaibkan, pusat rumah urut yang berleluasa di Selangor turut menghantui Shah Alam... DAP apa cerita???

Hari ini PAS di Shah Alam sangat penakut dan mandul dalam gerakan mereka... Langsung tidak dapat berbuat apa-apa... Inilah akibatnya kalau bersekongkol dengan KAFIR DAP yang punyai agenda tersendiri... Akhirnya, Melayu yang merana...




JOMO Kata: Tingkatkan usaha kita Pastikan PAS dan DAP akan lingkup pada PRU13 nanti...!

lanjut baca PapaGomo