Friends Of Jomo Malaya

Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 30 June 2012

Bukti Status Facebook! sah PAS ada gangguan SYIAH...


Tatkala kita berbangga lahirnya Malaysia di atas tanah Alhi Sunnah WalJamaah... Hari ini Malaysia terus dibawah perlindungan Allah yang Maha Esa... Rupanya, ramai yang tengah berusaha untuk menusuki Jantung Umat Islam di malaysia...

Sangat takut, Bilamana ada orang Islam sanggup bersekongkol dengan kafir menghancurkan saudara islamnya yang lain hanya kerana KUASA POLITIK DUNIA.... Apakah kita sanggup melihat ada orang islam sanggup menghancurkan saudara sesama islam sepertimana ada orang orang yang sanggup merendahkan martabat Rasulullah s.a.w...? Sedangkan Nabi Allah mereka rendah-rendahkan, apatah lagi umat Islam golongan Marhein ini...

Anasir-anasir ini semakin hari semakin menjadi-jadi... ulasan boleh baca Blog ini

JOMO Kata: JOM TOLAK KAFIR JAHANAM... TOLAH JUGA SYIAH... PAS dalam bahaya... Patutlah perjuangan tersasar jauh...

LAKONAN??? Beza Dia Depan belakang Yang Kita Perlu Tahu...



Nilailah sendiri akan hakikat kehidupan ini... Mana yang benar mana pula yang salah... Alangkah cantik bila Saudara sesama Islam ini bersama atas nama Islam untuk menundukkan orang Kafir yang semakin hari semakin bermaharajalela...? Salah umat Islam sendiri yang menjadikan Umat Islam itu lemah... Terlalu memberi muka kepada Orang Kafir...

JOMO kata: Fikir-fikirkan... Mana kaca mana pula intan...?

PRU13! Ini Jawapan Najib... Anwar semakin Lesu...


Anwar semakin lesu... Tanda PRU13 milik BN...
 

HOT ARTIS! Dulu Jadi Ustazah, sekrang jadi pelacur...


TIDAK sampai dua tahun berlakon, nama Shima Anuar sudah mula menjadi perhatian ramai pengarah dan peminat. Lakonannya dalam filem 7 Petala Cinta terbitan MIG Production awal tahun ini misalnya, mendapat perhatian ramai.

Walaupun berpurdah dan hanya menampakkan mata sahaja, tetapi lakonan Shima dalam filem bertema keislaman itu menyentuh hati para penonton.
Tidak cukup dengan satu genre, pelakon berusia 21 tahun itu melebarkan lagi bakat menerusi filem terbaru berjudul 2 Kalimah.

Filem cinta arahan Eyra Rahman itu yang kini sedang menjalani penggambaran di Kemaman, Terengganu merupakan cabaran terbaru buat Shima. Kali ini dia bukan lagi melakonkan watak wanita alim seperti dalam filem 7 Petala Cinta.

Sebaliknya, pelakon asal Rawang, Selangor itu melakonkan watak yang kontra dalam filem 2 Kalimah iaitu menerusi watak Maria yang merupakan seorang pelacur. Menurut Shima, filem ketujuh lakonannya itu paling mencabar berbanding sebelumnya kerana ia memerlukan penghayatan dan kajian yang terperinci.

"Dalam filem-filem sebelum ini, saya hanya sekadar membaca skrip dan cuba menghayati watak-watak lakonan saya kerana ia tidak berapa susah untuk dibayangkan. Tetapi untuk melakonkan watak Maria dalam filem 2 Kalimah ini, saya terpaksa melakukan sesuatu agar lebih faham dan dapat menghayati watak seorang pelacur yang cuba digambarkan oleh Eyra.

"Untuk itu, saya ada juga cuba meninjau-ninjau suasana di kawasan yang dikatakan menjadi tempat pelacur seperti di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Saya mahu tengok bagaimana gelagat mereka bagi menghayati watak Maria dalam filem ini. "Saya dapati watak ini sangat mencabar di mana ia berbeza dengan filem 7 Petala Cintatermasuklah daripada segi penghayatan dan berpakaian.

"Dalam 2 Kalimah contohnya, saya lebih banyak memakai skirt pendek dengan kasut bertumit tinggi bagi menyesuaikan dengan watak Maria. Ia berbeza dengan lakonan saya dalam 7 Petala Cinta yang mana dari mula hingga akhir saya berpurdah," katanya kepada Hits sewaktu ditemui selepas pelancaran penggambaran 2 Kalimah di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Selain Shima, filem ke-80 terbitan MIG Production itu turut menampilkan ramai pelakon popular antaranya Shaheizy Sam, Nora Danish, Mikael Andre, Siti Aziz, Adiba Yunus dan Niezam Zaidi.
Filem kedua arahan Eyra yang menelan kos produksi dan promosi mencecah RM1.6 juta itu dijangka menjalani penggambarannya selama 18 hari termasuk di Cherating, Pahang.

Jelas Shima, dia berfikiran positif setiap kali mendapat tawaran berlakon termasuk watak seperti Maria yang mampu mencetuskan kontroversi. Malah dia juga menyerahkan kepada penerimaan para penonton apabila melakonkan watak seperti itu kerana ia secara tidak langsung akan menguji kemampuannya sebagai pelakon pelapis yang akan mewarnai dunia perfileman tempatan.

"Saya lakukan semua ini demi kerjaya sebagai pelakon di mana asalkan ia tidak melampaui batas maka tiada sebab orang hendak memandang saya secara negatif. "Apatah lagi filem ini sarat pengajaran terutamanya melalui watak itu. Lagi pun, inilah masanya mahu menunjukkan kepelbagaian watak lakonan saya sama ada dalam filem ataupun drama televisyen.

"Saya sendiri tidak menyangka telah mula diberikan watak utama dalam filem seperti 7 Petala Cinta walaupun ketika itu saya menjadi pelakon dalam masa tidak sampai enam bulan. "Mungkin pengalaman saya yang banyak berlakon dalam drama dan telemovie sebelum ini sedikit banyak membantu serta menyakinkan penerbit ataupun pengarah filem ini," tuturnya.

Menyorot tentang pembabitannya sebagai pelakon, pemilik nama sebenar Noor Hashimah Anuar ini berkata, segala-galanya bermula selepas dia menghantar biodata kepada MIG Production. Dengan bersandarkan pengalaman sebagai pelakon drama sebelum itu, ia seakan membuka peluang kepadanya untuk menceburi layar perak di bawah syarikat produksi tersebut. Shima yang mendapat kepercayaan daripada pemilik MIG Production, David Teo ternyata tidak mensia-siakan peluang keemasan itu. LJ

Pssttt... Ini kehebatan orang Melayu... cumanya, nasihat JOMO, Bakat yang ada jangan disia-sia... Jaga tingkah laku... Kita bawa nama Melayu ke pentas antarabangsa...

SAH! Video Hangat Tiz Zaqyah Kini Tersebar...!!!


Nama nya semakin meningkat naik... Namanya terus menjadi bualan mulut peminat industri tanahair... Itulah di Tiz Zaqyah... Bilamana mula mencuri tumpuan peminat dalam Drama/Filem Nur Kasih...


Friday, 29 June 2012

Bangang! Baring Berbogel Halang Ambulan...



Anggota polis terpaksa dihubungi untuk menangani seorang wanita bogel yang berbaring di depan sebuah ambulans bagi menghalang kenderaan itu membawa kekasih suaminya yang cedera ke hospital semalam. 

Zhang Shih, 38, dari Linyi, wilayah Shandong di timur China melanggar jirannya, Wang Lu dan anak perempuannya berusia empat tahun ekoran berang wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya.

Namun, ketika petugas khidmat kecemasan tiba, dia melakukan apa saja yang boleh bagi menghalang dua beranak itu mendapatkan rawatan walaupun selepas polis mengacukan pistol ke arah tubuh bogelnya.

“Dia menghalang semua orang daripada memberikan bantuan,” kata jurucakap polis. “Kemudian apabila ambulans tiba, dia menanggalkan pakaiannya dan berbaring di depan kenderaan itu bagi menghalang ia membawa mangsa ke hospital,” katanya.

WANG yang cedera terbaring di jalan selepas dilanggar Zhang, manakala seorang petugas mengangkat anaknya yang parah. Zhang yang berang didakwa melanggar Wang dan anak perempuannya dengan keretanya selepas bertengkar dengan suaminya mengenai kecurangan lelaki itu.

Menurut polis, ibu dua anak itu kemudian berdiri mengawal dua mangsa yang cdera parah itu bagi menghalang sesiapa pun menawarkan bantuan kecemasan kepada mereka. Dia juga dituduh menumbuk seorang petugas paramedik yang merawat anak perempuan Wang menyebabkan petugas terbabit membiarkan kanak-kanak itu yang kemudian mati akibat kecederaan dialami.

Zhang yang juga seorang guru sekolah rendah kini berdepan dengan tuduhan membunuh, kata pendakwa raya. Sekiranya disabitkan bersalah dia mungkin berdepan hukuman mati. “Ini bukan jenayah mengenai cemburu. Dia menghalang dua mangsa menerima rawatan perubatan selama hampir setengah jam,” kata pendakwa raya. - DM - BEIJING

Macam-Macam dunia sekarang..... Teringat bila Orang PAS berbaring ditengah jalan kat Perak dulu... Bangang....

Altantuya! Tangan Halus Suruh Kaitkan PM dan Wife... -Petra

PAS dipermainkan oleh DAP... Rupanya DAP dipermainkan Oleh PKR....aha

Sangat malang mereka yang mengaitkan PM dan isteri yang langsung tiada kaitan dalam isu ini....


Esok! Pak Non Bakal di Nisankan... Pendedahan @Permatang Pauh...


Jom kita datang ramai-ramai... Orang Permatang Pauh sila sebarkan....

Bongkar! Janji PAS di kelantan... Orang Kelantan Takkan Diam kot?


Janji mestilah dipenuhi... Lidaj ringan untuk berjanji... Tapi, perlaksanaan....? Hancur....

Jom bersama BN 'Janji Ditepati...'

Bini Pregnant 6 Bukan, Ex-Bini Bersama PAS...


Difahamkan Memey isteri kepada Norman Hakim sedang hamil 6 bulan... Perkahwinan NNorman kali kedua selepas bercerai dengan Abby Abadi ini bakal menimang anak sulung mereka...

Tahniah diucapkan kepada mereka di atas rezeki yang mereka perolehi ini...

Bagaimana dengan Ex-Wife dia...? Dengarnya Abby Abadi giat bersama PAS dalam siri ceramah PAS bersama penyokong (bukan Rakyat...)... difahamkan dia nak bersama perjuangan PAS kerana merasakan kehidupannya dalam kepura-puraan sebelum bersama PAS... betul ker...??> Nak tanya Norman...

JOMO Kata: Tahniah.... Jaga-jaga...

Thursday, 28 June 2012

Malu Dapat Sedap...

JOMO baru berbincang dengan rakan-rakan seperjuangan bagaimanakah mengendalikan kelalukan anak-anak masa kini yg sifatnya lebih terbuka berbanding anak-anak terdahulu...

Keadaan sosial yang menakutkan... Pengaruh barat tanpa ada kawalan... Pergaulan bebas... Sedangkan di sekolah. kita telah diajar untuk berkelakuan baik...

JOMO percaya, rata-ratA ibubapa juga runsing memikirkan anak-anak mereka,.. Ini kerana, segala apa yang terjadi adalah melalui pembentukan akhlak manusia bermula dari rumah...

JOMO Kata: sangat takut dengan keadaan anak-anak kita masa kini... Berzina... Berkhalwat... Noda dan dosa dianggap ringan sekali... Mau sedap haram, tapi malu bila ditangkap...

Hindari Zina dekati Jimak...
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

PANAS! Nurul Izzah Bisu Seketika Mendengar Jawapan DS Zahid... cc @NajibRazak



TEKS UCAPAN YB MENTERI PERTAHANAN BAGI MENJAWAB UCAPAN PENANGGUHAN YB LEMBAH PANTAI BERKAITAN ISU KOMISEN DAN PENJUALAN DOKUMEN RASMI KES KAPAL SELAM PADA 26 JUN 2012

Tuan Yang Dipertua,

Sekali lagi saya ingin maklumkan Dewan Yang Mulia ini bahawa kontrak Perolehan dua buah kapal selam BARU Scorpene telah ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS ( Perancis ) dan NAVANITA ( Sepanyol ) selaku pembekal kapal selam dan Perimekar Sdn Bhd sebagai Project Services Provider. Nilai kontrak ini ialah EURO 1.084 bilion. Skop kontrak ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:


a) Bahagian Pertama: Antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS ( Perancis ) dan NAVANITA
( Sepanyol ) merangkumi perolehan dua buah kapal selam jenis Scorpene, pakej Integrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam Scorpene. Nilai bahagian ini ialah EURO969.15 Juta.


b) Bahagian Kedua: Antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar Sdn Bhd merangkumi perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek dan pelatih pelatih kapal selam di Perancis dan Sepanyol. Nilai bahagian ini ialah EURO114.96 Juta.


Tuan yang di-Pertua,


Sekali lagi dinyatakan di Dewan Yang Mulia ini, Kementerian TIDAK PERNAH membayar sebarang bayaran komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana mana syarikat dalam perolehan Kapal Selam Scorpene. Perolehan kapal selam tersebut telah dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan Kerajaan dengan Syarikat Pembuat iaitu Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan Kerajaan masing masing. Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli dari Syarikat Thales International adalah TIDAK BENAR.


Kementerian Pertahanan TIDAK mempunyai sebarang maklumat mengenai DAKWAAN penjualan dokumen yang dikatakan RAHSIA oleh Syarikat Terasasi ( Hong Kong ) kepada Syarikat Thint Asia
( Thales International ) yang didakwa bernilai EURO36 Juta. Kementerian juga TIDAK mempunyai maklumat DAKWAAN bayaran secara berkala daripada hint Asia kepada Syarikat Terasasi ( Hong Kong )


Tuan Yang di-Pertua,


Ahli Parlimen Lembah Pantai telah menyarankan supaya Kerajaan dan Kementerian Pertahanan perlu mengambil beberapa langkah antaranya;


1) menjelaskan apakah benar maklumat dikesan keluar daripada Malaysia;


Sepanjang pengetahuan Kementerian, sehingga kini TIADA maklumat yang dikesan keluar dari Malaysia.


2) samada Kerajaan Malaysia akan memohon untuk menjadi wakil pemerhati di Mahkamah 'Tribunal de Grande Istance' Perancis untuk mendapat akses kertas pembuktian yang dirujuk oleh SUARAM;


Kerajaan Malaysia difahamkan TIADA PERBICARAAN berlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene. Justeru, TIDAK TIMBUL soal Kerajaan akan memohon menjadi pemerhati.


3) menubuhkan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat proses pembelian Scorpene jika terdapat unsur rasuah dan penjualan rahsia sulit negara;


Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pembelian kapal selam memandangkan pembelian kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini dibuat mengikut Tatacara Pelaksanaan Kontrak Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara. Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM. Selain itu rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan keatas klausa klausa kontrak tersebut. Semua terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian kewangan untuk kelulusan.


4) Kerajaan Malaysia juga perlu menyokong usul reformasi Parlimen agar sistem Jawatankuasa Tetap termasuk untuk Pertahanan diwujudkan demi menjamin segala urusan penting Kerajaan bebas dari rasuah dan pengkhianatan;


Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU untuk menubuhkan Jawatankuasa Tetap Parlimen untuk Pertahanan. Ini adalah kerana sebarang rancangan pembelian kelengkapan tentera adalah dinyatakan dalam anggaran belanjawan pembangunan yang mana dibahas dan diluluskan oleh Parlimen. Proses perolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Prosedur Kewangan. Manakala itu, setiap perbelanjaan adalah tertakluk kepada pemeriksaan atau teguran Jabatan Audit Negara. Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yang melibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkan secara terbuka.


Sekian terima kasih


YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pertahanan Malaysia

JOMO Kata: Nurul Izzah jadi kelu mendengar jawapan bernas Menteri Pertahanan malaysia ini... Beliau yang dari awal lagi suka memainkan isu ini dalam usaha untuk mengaitkan kerajaan malaysia yang kononnya tidak telus dalam isu komisen dan dokumen rasmi pembelian kapal selam ini...

JOMO pasti, akhirnya kebenaran akan muncul mengatasi tuduhan palsu yang direka-reka oleh Nurul Izzah ini hanya kerana ingin melihat kerajaan sedia ada terseungkur...


SAH! DACING PILIHAN ORANG ISLAM...




Rakyat Mesir telah memilih... Sebuah kerajaan Baru pimpinan Ikhwanul Muslimin yang memperjuangkan Islam di mesir... kemenangan kepada PArti yang cekal dalam memperjuangkan Islam... (Bukan macam PAS di Malaysia, Nama Islam, bila bersama Anwar semua dah hilang...)

Yang cantiknya... Dacing menjadi Pilihan Orang Mesir...

KES KHALWAT! Satu Rumah 3 pasangan...


KLUANG - Tiga pasangan remaja ditangkap berkhalwat oleh Penguat kuasa Jabatan Agama Johor daerah Kluang di sebuah rumah sewa yang terletak di Taman Kluang Barat, di sini, pagi Jumaat lalu.

Ketiga-tiga pasangan itu ditahan pegawai penguat kuasa di rumah berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi ketika orang lain sibuk keluar bekerja.

Pegawai Tadbir Agama daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, serbuan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam sebelum ini.
“Ketiga-tiga pasangan yang ditangkap berusia dalam lingkungan 17 hingga 27 tahun dan dua remaja yang berusia 17 tahun itu dipercayai sudah berhenti sekolah hasil soal siasat yang dijalankan.

“Kesemua mereka didapati hanya bekerja sambilan di sekitar bandar Kluang dan tidak tinggal bersama keluarga disebabkan masalah keluarga bahkan ada juga yang tidak sempat untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mohd Khalil berkata, kebanyakan mereka menghadapi kesukaran untuk dijamin kerana ibu bapa mereka tidak dapat hadir sebagai penjamin disebabkan mereka sudah lama tidak tinggal bersama keluarga berikutan ada ibu bapa yang sudah bercerai.

Beliau berkata, pasangan terlibat akan didakwa di mahkamah syariah di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor iaitu khalwat.
“Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. “Dalam pada itu, saya mahu mengingatkan sekiranya orang ramai ada maklumat mengenai maksiat boleh membuat  aduan atau datang ke Pejabat Agama Daerah Kluang, atau boleh menghubungi terus di talian bebas tol 1-800-88-3072.

“Saya juga menasihatkan penduduk beragama Islam di daerah ini sentiasa menjaga maruah diri serta keluarga dan tidak hanya mengikut nafsu semata- mata dan sekiranya ada aduan boleh menghubungi kami kerana talian kami  dibuka 24 jam bagi seluruh negeri Johor,” katanya.

Sinar

Pssstttt.... JAUHI ZINA!

Wednesday, 27 June 2012

"Siapa ISTERI Saya Mahu Ugut Ali Tinju...?" -DS Zahid


"JOMO pasti ramai pemvaca tidak kenal dengan Ali Tinju ni... Memang tak popular pun... Kononnya berjuang atas nama Ahli Bekas Tentera, Ali Tinju nampak longlai dalam pentadbirannya... Apa kerjanya? Difahamkan, hidupnya hari ini pun disebabkan sifat KAKI BODEK beliau kepada pemimpin tertentu..."

Ali nampak sungguh DESPERATE untuk mempertahankan kerusi yang diduduki olehnya... Difahamkan ramai bekas-bekas tentera telah memeprsoalkan kredibilitinya membela nasib Tentera... Sehingga beliau sukar untuk bezakan mana permata mata pula kaca... Kenapa?

Tahukah Ali bahawa, kerajaan telah memberikan banyak insentif kepada Bekas-Bekas Tentera...? Bukankah itu tujuannya membantu bekas tentera? Amat daif kepada seorang yang kononnya menjaga hal ehwal bekas tentera tidak tahu akan bantuan yang telah diberikan kepadabekas-bekas tentera...

Hari ini, beliau pula mengaitkan Isteri kepada Menteri Pertahanan malaysia dengan menuduh Datin Seri mengugut beliau dalam isu tentera ini... Apakah perlu seorang presiden mengaitkan isu tentera dengan Isteri Datuk Seri Zahid...? Bukankah itu sudah terdesak bilamana orang lain sudah tidak memandang beliau dan tidak mengambil peduli tentang beliau... Beliau faham akan dasar kerajaan mengenai pencen tentera tapi kenapa beliau masih berdegil... Nak tanya dengan Ali Tinju ni, berapa LAMA sebenarnya beliau berkhidmat dalam tentera...? Dengarnya hanya 8 Tahun... betul kah?

Ali Tinju salah menduga air yang tenang... Salah dalam percaturan politik murahan beliau... Beliau menghunuskan pedang kepada Menteri Pertahanan yang sudah arif dalam sepak terajang Politik dan permainan politik Ali ini...

Mahukan ulasan lanjut dan Pedas [ Klik ]

Ini Barisan Kita! Agama Nusa dan Bangsa!


Kita tetap bersama Barisan yang telah menjadikan kita warganegara yng berdaulat dan merdeka... Kita tetap bersama Barisan walau Ribut datang melanda... Kita tetap bersama barisan walau apapun rintangan yang melanda...

Tetaplah IMAN KITA BERSAMA BARISAN ISLAM! Tetaplah SEMANGAT KITA BERSAMA PENDOKONG BANGSA, AGAMA dan NEGARA!

BN Pilihan Kita semua....

BEZA UMNO dan PAS...?


Siapa ambil duit rakyat sebenarnya ni...? Inilah bezanya UMNO dan PAS... Cakap bukan main, itu dan ini.... Tapi hakikatnya.... Orang PAS kena Fikirlah sendiri....

BONGKAR!!! Warga Asing MASUK Malaysia Nak Balajar atau melacur...?




KUALA LUMPUR – Sekumpulan 33 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing yang turut menawarkan khidmat seks kepada pelancong di sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang di sini dicekup semalam.

Kesemua pelacur, masing-masing 15 wanita Uzbekistan, Tajikistan (15), Kyrgyzstan (1) dan Thailand (2) ditahan dalam serbuan oleh polis Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 1.30 pagi.

Ketika ditahan, kesemua warga asing yang berusia 23 hingga 36 tahun itu menunjukkan pas pelajar beberapa buah kolej swasta di ibu negara.

Bagaimanapun, Ketua Penolong Pengarah D7 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, semakan polis dengan pihak pengurusan kolej-kolej terbabit mendapati kumpulan warga asing itu tidak pernah menghadiri sesi pembelajaran walaupun mendaftar masuk ke negara ini untuk belajar.

“Kumpulan warga asing itu hanya memohon untuk mendapatkan kad perakuan pelajar untuk bekerja sebagai GRO atau pelacur dan bukan untuk belajar,” kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman.

Kosmo

Bersama kita cegah jenayah.....

WoW! WANITA memang SUKA dirogol...?



Adakah benar wanita sebenarnya suka dirinya dirogol ?

Apa yang membuatkan lelaki boleh terangsang nafsu seksnya sehingga sanggup melakukan jenayah ROGOL wanita??

Lelaki dijadikan sebegitu rupa, dimana nafsu seksnya boleh terangsang dengan hanya memandang pada wajah atau bentuk tubuh wanita sahaja.

Apatah lagi wanita yg mempunyai rupa paras yg cantik dan bentuk tubuh yang mengiurkan.

DItambah pula wanita yang mengenakan fesyen pakaian yang tidak menutup aurat seperti yang memampakkan sebahagian dari bahagian Buah-dada, Betis dan Paha, Perut dan Pusat dan bahagian punggung (seluar dalam).

Jika kita perhatikan sekarang terlalu ramai wanita2 yg mengenakan pakaian
1) Yang menampakkan bahagian atas buah dadanya (alur),
2) Memakai baju yg singkat sehingga menampakan bahagian pusat dan perut,
3) Memakai seluar yg apabila bertinggung akan menampakan bahagian alur punggung dan seluar dalamnya.
4) Yang memakai skirt2 pendek yang menampakankan bahagian betis dan pahanya.
5) Memakai baju yang jarang sehingga menampakan bentuk buah dada dan warna bra yang dipakainya.
6) Memakai kain yang jarang sehingga menampakan seluruh bentuk kakinya hingga ke pangkal paha.

Maka semua ini akan menaikan nafsu seks kaum lelaki.

Lelaki memang sentiasa bernafsu apabila melihat wanita2 yang berpakaian sebegini. apatah lagi yang berpakaian separuh bogel. seksi n seksa.

Bagi lelaki yang boleh menahan nafsunya, maka itu semua hanya sekadar menjamu mata.

Tetapi bagi lelaki yg tidak dapat menahan nafsunya:-

Ada yang akan melepaskan nafsunya dgn cara lain. (Dengan isteri atau pasangan atau dot dot dot).

Ada juga lelaki yang ingin melepaskan napsunya pada wanita yang dilihatnya itu sendiri. dengan cara memaksa, maka rogol terjadi.

Ada juga lelaki yang tidak dapat melepaskan nafsunya pada wanita yang dilihatnya itu tetapi pada wanita lain (walaupun wanita ini tidak seksi) dengan cara memaksa, maka rogol terjadi.

Lelaki yang sanggup merogol adalah lelaki yang kurang waras, tapi bukan Gila, cuma tidak dapat menggunakan otaknya untuk berfikir secara rasional.

Dengan menggunakan kekuatan fizikal yang ada pada lelaki dan di dorong oleh napsu yg meluap-luap dan tanpa menggunakan otak untuk berfikir, lelaki sanggup mengambil risiko untuk melakukan jenayah rogol.

Setelah merogol dan melepaskan napsu baru lah boleh berfikir. Tapi cuma berfikir bagaimana nak lepaskan diri supaya tidak dapat ditangkap oleh pihak berkuasa.

Maka dengan menggunakan otak yang kurang waras tersebut, perempuan yang dirogol itulah yang menjadi mangsa sekali lagi. Cuma nak tutup mulut tapi tertutup nyawa terus. 
MPP

Pesanan...

Kawallah NAFSU kita....

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. "

Riwayat al-Bukhari

Tuesday, 26 June 2012

BONGKAR!!! RUPANYA KHALID GAGAP PERNAH RAYU LANGSAIKAN HUTANGNYA...

TONTON DAN NILAI SENDIRI.....

TERSEPIT! Hadi KESAKITAN, Lim Kit Siang KETAWA...


Apa dah jadi dengan perjuangan PAS ini... Nampak sangat putar-belit demi UNDI PILIHANRAYA... Hari cakap lain, esok cakap lain...  Apa cerita???

PANAS! Rafizi Sindir 'Anwar' Sebab Pengecut...



Rafizi Ramli menafikan sekerasnya-kerasnya tindakan beliau meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor minggu lalu disebabkan krisis dengan pemimpin PKR dan sanggup untuk "bersumpah" menyangkal tanggapan sedemikian.-Sinar Harian AS

Setelah Meletakkan Jawatan yang disandangkan secara paksa rela... Rafizi terus menerus menyindir ramai orang dalam PKR yang selama ini dianggapnya sebagai abang-kakak-adik-saudara-sepupu an sebagainya... Almaklumlah, Orang seperti dia ni hanya pandai bercakap namun ilmu Politiknya belum cukup didada...

Beliau berani BERSUMPAH? Wah... Kalau isu ini dianggap remeh sampai nak bersumpah bagaimanakah isu yang melibatkan BOSS Besar PKR Anwar berkenaan VIDEO SEKS...? Ini perkara besar melibatkan manusia yang mahu menjadi PM dan melibatkan soal AKHLAK...? ini tidak termasuk isu RASUAH berbillion ringgit lagi....

JOMO Kata: Rafizi anggap semua orang sebagai rapat dengannya.... Tatkala namanya meningkat naik, senang saja orang PKR cantas dia kan....ehe

Surat Terbuka Kepada PM!




Bersama-sama kita hayati dan renungi SURAT TERBUKA KEPADA PM...
Klik [ di sini ]

RM100 untuk Berpakaian Separuh Bogel...


Hanya kerana bayaran RM100, empat wanita Islam sanggup memakai pakaian tidak sopan sambil mempersembahkan tarian kepada pengunjung sebuah pusat hiburan di sini ketika kelab itu diserbu oleh  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) malam tadi (ahad...).

Seorang daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Baby, 27, berkata beliau hanya datang ke pusat hiburan sekiranya mendapat undangan dan menari hanya untuk suka-suka disamping menambah wang saku kerana  kebetulan, beliau mengambil jurusan tarian ketika belajar di sebuah institusi pengajian swasta satu ketika dulu.

Katanya, ada ejen yang ditugaskan untuk mencari penari dan membayar mereka mengikut ketetapan yang ditentukan. "Kalau ada undangan, baru saya datang menari kerana bayaran juga mahal untuk 10 ke 15 minit. Saya tidak tertumpu pada pusat hiburan ini saja namun kalau ada undangan di tempat lain dengan bayaran lumayan juga, saya akan sertai," katanya kepada pemberita setelah diambil keterangan oleh pegawai penguatkuasa Jawi ketika serbuan itu.

Seorang lagi wanita yang enggan dikenali berkata beliau menari atas desakan hidup untuk mencari wang saku disamping menghiburkan pengunjung biarpun beliau menyedari tindakannya itu salah di sisi agama Islam. "Saya hanya menari untuk mencari wang saku dan bukan untuk disentuh oleh pengunjung dan jauh sekali untuk menggadai maruah diri," katanya sambil menambah bahawa beliau menari sejak setahun lalu.
Dalam operasi itu yang bermula pada 10.30 malam dan berakhir 2 pagi itu, 40 anggota penguatkuasa JAWI dengan kerjasama polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Chulan dan dua lagi di Jalan Dooraisamy.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi Wan Jaafar Wan Ahmad berkata dalam serbuan itu 10 notis pemberitahuan hadir ke JAWI  dikeluarkan untuk siasatan lanjut atas beberapa kesalahan terhadap enam lelaki dan empat wanita beragama Islam.

Katanya, enam lelaki yang berumur lingkungan 25 hingga 45 tahun itu diberikan notis kerana melanggar Seksyen 19 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 iaitu meminum minuman keras manakala empat wanita berumur lingkungan 18 hingga 27 tahun tersebut pula diberi notis menurut Seksyen 29 akta yang sama iaitu melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam.
"Kami menerima banyak aduan daripada orang awam berhubung salah laku orang Islam di sekitar Lembah Klang seperti minum minuman keras dan wanita menjadi pelayan pelangggan (GRO)," katanya kepada pemberita  selepas serbuan itu.

Wan Jaafar berkata tujuan serbuan dibuat adalah untuk menyedarkan orang Islam bahawa perbuatan mereka itu salah di sisi agama dan sesi kaunseling akan diberikan untuk mendidik mereka agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

"Sekiranya mereka tidak hadir ke sesi kaunseling tersebut tanpa sebarang sebab yang paling munasabah, kami akan buat tindakan susulan dengan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka," katanya.- Bernama PPJ

Welcome to Lembah Klang.... Selangor....

TERKINI! Aaron Aziz Warganegara Malaysia...???



Populariti ada habuan kepada pemiliknya. Baik atau buruk, populariti menjadikan seseorang artis itu berada di satu tempat istimewa berbanding artis yang kurang popular. Seperti yang berlaku kepada Aaron Aziz, 36, sejak memenangi hati rakyat Malaysia sehingga bergelar Artis Paling Popular 2011, apa sahaja cerita terbaharu dirinya akan mendapat perhatian ramai.

Isu artis luar yang dibangkit oleh Zed Zaidi, kini Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) serta status permohonan Taraf Penduduk Tetap (PR) selama ini menjadi dua cerita yang saling berkait dengan Aaron. Namun, perkara itu barangkali bukanlah lagi satu beban yang merunsingkan buat Aaron. Persoalan tentang status PR Aaron yang selama ini dibangkitkan bukan lagi satu tanda tanya.

Pertengahan minggu lepas, satu sumber Sensasi Bintang membongkar status permohonan PR oleh Aaron yang didakwa telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Turut dilampirkan dalam e-mel tersebut ialah salinan kad MyPR milik isteri Aaron, Diyana Halik. Jumaat lalu, Sensasi Bintang berjaya menghubungi Aaron Aziz untuk mendapatkan pengesahan.

Bercakap kepada Sensasi Bintang, kata Aaron mengesahkan dia dan isterinya kini pemegang MyPR.
"Saya minta maaf kepada semua pihak kerana dari awal lagi tidak menghebahkan kelulusan permohonan PR saya kepada umum. Saya fikir, perkara itu tidak perlu dikecoh-kecohkan. Tetapi, apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengirimkan salinan dokumen sulit saya itu kepada umum, barulah saya rasa perkara itu perlu dijelaskan.

"Saya sudah memegang kad MyPR sejak awal Jun. Saya harap pengakuan saya ini akan menjelaskan segala persoalan semua pihak," akui Aaron setelah meneliti semula gambar kiriman e-mel sebelum memberikan keterangan lanjut.

Ditanya mengenai proses permohonan PR olehnya yang cepat mendapat kelulusan kerajaan Malaysia, Aaron menyerahkan perkara itu kepada pihak KDN untuk memberikan penjelasan.
"Saya tidak rasa cepat atau lambat kelulusan permohonan itu akan menjadi satu isu. Saya tiada hak untuk bercakap tentang rasional atau alasan bagaimana permohonan saya diluluskan. Mungkin saya telah menepati syarat yang ditetapkan," katanya.

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz turut meluahkan rasa syukur kerana berbekalkan bakat seni yang dimiliki, dia kini boleh bekerja dan menjadi sebahagian daripada penduduk Malaysia. Dia berterima kasih kepada semua pihak atas rezeki dan penerimaan semua terhadap kehadirannya menjadi salah seorang pelakon di Malaysia.

Sebagai rekod, Aaron sebelum ini mendakwa Malaysia dekat di hatinya. Itulah antara sebab mengapa pelakon yang hangat menerusi filem KL Gangster itu memohon PR. Pelakon yang berasal dari Singapura itu memohon taraf penduduk tetap pada Ogos 2011.

Populariti serta aura Aaron semakin mendapat perhatian usai menjulang anugerah tertinggi dalam majlis Anugerah Bintang Popular 2011, April lalu, nama aktor sasa Aaron hangat dengan isu PR yang dipohonnya. Isu itu menjadi kecoh apabila kemenangan Aaron dipertikaikan Zed Zaidi yang ketika itu bercakap atas kerusi Timbalan Presiden Seniman itu meluahkan rasa kurang senangnya kerana pemenang anugerah berdasarkan populariti itu dimenangi pelakon warga Singapura.

Isu itu berlarutan sehingga memaksa Aaron bercakap soal status dan warganegara sehingga terkeluar berita bahawa permohonan PR olehnya sudah mendapat kelulusan dan sedang menunggu waktu untuk diambil daripada KDN. Namun, selepas berita itu disebarkan oleh portal Gua.com, Aaron dalam satu kenyataan menafikan pengakuannya tentang kelulusan status PR berkenaan.

"Sebelum ini orang pernah menyebarkan salinan kad pengenalan palsu saya. Kad itu yang sengaja dicipta untuk memburuk-burukkan saya. Sekarang salinan MyPR saya pula disebarkan. Saya rasa ini kerja orang dalam dan saya tidak tahu apa niatnya menjadi penyebar kepada dokumen sulit pihak lain," kata Aaron sedikit kesal tetapi berterima kasih kepada Kosmo!

Akhiri Aaron: "Saya juga mengucapkan terima kasih kepada anda dan Kosmo! disebabkan berusaha mendapatkan pengesahan daripada saya sendiri dan tidak menyiarkan gambar kiriman e-mel tersebut tanpa kebenaran daripada saya."


Read more: http://www.nescafeais.com/aaron-aziz-sah-warganegara-malaysia/#ixzz1ynLu501Y

Monday, 25 June 2012

18sx! Wanita Mengandung 7 Bulan diTangkap Khalwat dengan DUDA... -Welcome To Selangor




Seorang duda dan pasangannya yang sarat mengandung 7 bulan ditahan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.

Penguat kuasa agama mendapati lelaki berusia 35 tahun itu berseluar pendek tanpa baju, bersama pasangannya berusia 25 tahun memakai kemeja dan berseluar panjang ketika serbuan dijalankan di rumah sewa mereka di Pandan Indah dekat sini, kira-kira jam 3 pagi.

Wanita terbabit yang juga isteri orang, telah bersembunyi didalam bilik air ketika pemeriksaan dilakukan.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, pasangan berkenaan tidak mempunyai pekerjaan.

“Duda itu pernah dicekup sebelum ini dan tidak hadir ke mahkamah syariah dan waran tangkap telah dikeluarkan untuknya,” katanya. MPP
psssstttt.... Mana Exco Agama Selangor...??? Welcome to selangor....

VIDEO PANAS! "BUAT Khalid 'Gereja' & PAS Huru Hara... "


PAS sudah tidak relevan... PAS sudah jauh terpesong... PAS bukan PAS... PAS untuk PARASIT....





Jeram! YB Zul Mahu Anwarinas TerDUDUK Terus...



Jom Datang Ramai-Ramai! Kita dengar pembongkaran beliau mengenai PARASIT, Al JUBURI dan Anggota Anwarinas....

Terkini! Artis Masuk Wad! Akibat Letih Jual 'Kopi Jantan'...?


Siapa tak kenal Bob Lokman Artis yang menyertai PAS kerana tidak mahukan ahli keluarganya masuk Neraka... Perseolannya, bagaimana pula Umat Islam di Luar Malaysia seperti di Jepun, Korea, China yang tiada Parti PAS?

Difahamkan Bob telah dimasukkan dalam Hospital akibat keletihan dan sesak Nafas...

Semoga Cepat Sembuh... Kalau dah sembuh tu, berjuang cara betul, Bukan nak maki Muslim yang bukan Ahli PAS....

Teringat Bob jual kopi semasa perhimpunan Hijau kat Kedah bulan lepas tu...

Sekolah Agama Rakyat! Perjuangan Bakul SAMPAH PAS...



PAS semakin hari semakin kalut dalam perjuangannya... Ya! mungkin masih ada yang berjuangan ikut perjuangan asal namun oleh kerana terlalu banyak percampuran politik BUSUK DAP yang sekian lama menjadi musuh mereka, hari ini PAS semakin tidak keruan... Tambahan pula dengan kehadiran PKR yang semakin hari semakin lesu dalam memperjuangkan Anwar, terpaksa menumnpang kepada kekuatan PAS yang menyebabkan PARASIT-PARASIT juga sudah merebak luas di dalam PAS...

PAS menentang Sekolah Agama Rakyat? Apa pasal?

Kalau sebelum ini PAS secara kerasnya menuduh UMNO itu dan ini (Isu sekolah Agama Rakyat)... Namun hari ini PAS sudah mula berubah secara total angkara PARASIT-PARASIT yang sudah meresap jauh dari akar hinggalah ke Pimpinannya...

MANDUL...

Hari ini isu Sekolah Agama Rakyat sudah mula KABUR dalam perjuangan PAS... PAS sudah tidak lagi memperjuangkan SAR yang difikirkan remeh berbanding mempertahankan Anwar Ibrahim... PAS sudah mula bersekongkol bersama KAFIR yang pernah mereka tentang sebelum ini dek kerana tidak setuju dengan penubuhan Negara Islam Ciptaan PAS... Hari ini KAFIR DAP berjaya menjauhkan dan langsung menghilangkan semangat PAS dalam memperjuangkan Negara Islam, apatah lagi memperjuangkan SAR dalam isu hari ini... UMNO telah lakukan banyak usaha dari Perlis sampailah ke Sabah dalam isu penubuhan sekolah-sekolah agama Rakyat ini... PAS???

Apa yang terjadi di taman Pegoh Perak? Bilamana PAS bersekongkol bersama DAP tidak bersetuju terhadap penubuhan SAR... lanjut [ Klik ]... Kenapa? Atas sebab apa? PAS Perak sememangnya mandul....

JOMO Kata: Tepuk dada tanya Iman....

HOT! Bila Puluhan Ribu Anak Dara Mahu Serahkan DARA...?




Bagaimana jika hampir 80,000 orang wanita yang masih dara berbaris sambil menari dan sanggup menyerahkan mahkota diri mereka kepada anda?Mahu pengsan sekejap silap hari.

Inilah yang berlaku di  Swaziland, salah sebuah wilayah berautonomi di Afrika Selatan. Setiap tahun,  puluhan ribu anak gadis serta wanita yang belum berkahwin dan masih dara sanggup datang dari pelusuk kampung untuk menyertai upacara tarian Reed, atau juga dipanggil ‘Umhlanga’.

Gadis-gadis yang menyertai majlis itu akan memakai skirt pendek bermanik, barang kemas dan aksesori berwarna warni serta kelihatan seksi. Menjadi tarikan kepada majlis ini apabila persembahan tarian ala-ala separuh bogel dipersembahkan di hadapan Raja Mswati III iaitu pemerintah Swaziland.

Upacara yang berlangsung sekitar akhir Ogos atau awal September setiap tahun itu adalah bertujuan untuk memberi penghormatan kepada ‘Queen Mother’ mengikut kepercayaan mereka.

Selain itu, majlis ritual itu dianjurkan dengan objektif lain adalah untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat Swaziland.Namun, objektif terpenting puluhan ribu anak gadis masih suci berkenaan menari separuh bogel di padang yang luas adalah untuk menarik perhatian raja mereka. Andai terpilih sebagai isteri, maka itu akan menjadi jalan keluar dari kemiskinan kepada mereka.

Dalam erti kata sebenar, majlis itu sebenarnya menjadi medium untuk pemilihan isteri kepada Raja Mswati III. Baginda akan melihat setiap seorang gadis yang membuat persembahan dan akan memilih sesiapa sahaja yang diminati baginda untuk dijadikan isteri.

Kini, Raja Mswati III dipercayai mempunyai lebih dari 14 isteri, dan jumlah itu tidak termasuk gundik-gundiknya.Sikap beliau itu berbeza dengan peraturan yang ditetapkan beliau sendiri di negara berkenaan di mana seorang lelaki hanya dibenarkan mengahwini paling ramai dua orang wanita sahaja.

Mengikut rekod, Raja Mswati III adalah antara raja terakhir yang mengamalkan sistem pemerintahan monarki di Benua Afrika, mengamalkan cara hidup yang mewah, berpoligami walaupun undang-undang Swaziland menetapkan hanya dua isteri sahaja.

Selain itu, Swaziland merupakan antara negara termiskin di dunia akibat dari penyelewengan kewangan yang didakwa banyak pihak dilakukan oleh Raja Mswati III.- ApaKerPelik

"Gambar Separuh bogel Artis Malaysia dalam Men'sHealth..."




Jika sebelum ini Zarina Anjoulie mencetuskan kontroversi apabila tampil seksi dalam majalah FHM Indonesia, kini nama pengacara dan pelakon Julie Woon menjadi bualan hangat di beberapa forum hiburan tempatan apabila gambar aksi beraninya menjadi penghias majalah. 

Beberapa keping foto telah dirakamkan menunjukkan Julie Woon tampil seksi di sisi seorang model lelaki. Dalam majalah Men’s Health keluaran Februari 2012, wanita berusia 27 tahun ini mempamerkan gaya separuh bogel dengan hanya memakai pakaian dalam dan beraksi ghairah di samping seorang model lelaki.

Walaupun bukan berbangsa Melayu dan sememangnya terkenal dengan penampilan seksi sebelum ini, namun namanya cukup sinonim di kalangan komuniti Melayu kerana pernah muncul dalam drama bersiri “Blogger Boy” di samping Qi yang merupakan bekas teman lelakinya ketika itu.
kudin


JOMO Kata: "Pak Non Suka yang ni... Nasib baik tak jadi Timbalan Perdana Menteri Lagi... Kalau Tak.... tuuuuuuttttttttttttttttttt....."

Sunday, 24 June 2012

PANAS! "Ini Calon harapan @NajibRazak di Sepanggar..."

Siapa dia?
Siapa sebenarnya calon boleh menang? Apa ciri-cirinya? Apa terjadi di Parlimen Sepanggar? Lanjut [ Klik ]

CERITA HOT! Pak Non.... Attartuk....!!!




Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan Presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin. Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah.

Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Dosa Mustafa Kemal:
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang Barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara Islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “Siapa Tuhan dan di mana Tuhan tinggal?”. Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab “Kamal Atartuk adalah Tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui 


PANAS! "DOKUMEN RAHSIA yang PAS Buat-Buat Lupa...?"




Apa jadi dokumen negara Islam?
DR MASHITAH IBRAHIM

22 Jun 2012

Tahun ini genap satu dekad Dokumen Negara Islam. Ketika dilancarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada November 2003, ia dicanangkan sebagai “usaha serius menangani kegagalan akal manusia” berhubung pelbagai masalah dalam negara. Dokumen ini kononnya merangkumi semua aspek negara Islam berasaskan al-Quran dan Sunnah, yang disediakan tenaga pakar Pas.

Dokumen ini diterbitkan sebagai reaksi kepada cabaran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kritikan seorang wakil Pemuda Pas terhadap kepimpinan parti di muktamar ke-49. Selama puluhan tahun Pas menuduh kerajaan sebagai sekular, Perlembagaan Persekutuan sebagai jahiliah, mahkamah sebagai toghut dan Umno sebagai “kafir berikat” kerana hubungannya dengan parti MCA dan MIC dalam Perikatan-Barisan Nasional.

Cerdik pandai Pas mengambil masa dua tahun setengah menyediakan dokumen 53 muka surat ini, atau purata sebulan untuk menyiapkan 1.8 muka surat.

Sepuluh muka surat pertama dihiasi tiga ayat al-Quran mengenai kerajaan, bersifat umum dan boleh diguna pakai sesiapa.

Empat muka surat selanjutnya ialah kata-kata aluan Abdul Hadi.

Mukadimah pula lima muka surat menjelaskan ideologi Pas. Isi sebenar cuma 32 muka surat, terbahagi kepada empat bahagian: tasawur (gambaran) negara Islam, dasar utama pemerintahan, ciri-ciri utama dan beberapa polisi umum negara Islam.

Dari segi ilmu, perbincangan dalam dokumen ini sangat tohor, tidak ilmiah dan terlalu umum untuk dijadikan panduan.

Penghasilannya bagai melepaskan batuk di tangga. Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas berpendapat isi buku ini bagaikan khutbah biasa selain penjelasan yang banyak berselindung, banyak kesalahan bahasa dan lebih cenderung menimbulkan kekeliruan daripada penerangan.

Sebaik sahaja diterbitkan, dokumen ini menerima pelbagai kritikan. Paling lantang ialah pucuk pemimpin DAP. Karpal Singh kata, “langkah mayat dia dulu” jika Pas mahu wujudkan negara Islam. Lim Kit Siang berkata, dokumen ini tidak boleh diterima langsung kerana bercanggah dengan Perlembagaan dan manifesto bersama Barisan Alternatif 1999. Ia juga bercanggah dengan prinsip demokrasi, hak asasi, pluralisme, hak wanita dan modenisme.

Kit Siang tuduh Pas tidak boleh dipercayai kerana bersikap ‘lidah bercabang”. Jaminan Pas tidak meneruskan perjuangannya membentuk negara Islam diisytiharkan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Persidangan Gereja-Gereja Malaysia di Petaling Jaya pada Mei 2000 dan Naib Presiden ketika itu Datuk Mustafa Ali dalam wawancara BBC pada September 2003. Kit Siang menarik perhatian mengenai perbezaan kandungan dokumen ini dalam versi bahasa Melayu dan Inggeris – satu cubaan Pas untuk memberi mesej berbeza kepada pengundi Melayu-Islam dan pengundi bukan Melayu-bukan Islam.

Pemimpin veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, partinya tidak akan menyokong hasrat Pas menubuhkan negara Islam kerana ia hanya senjata Pas berebut agenda agama dengan Umno. Dokumen Negara Islam bersifat superfisial, kurang substance dan Malaysia tidak boleh dikuasai pemerintahan ala Ayatollah Khomeini, tegasnya.

Pemimpin sekutu termasuk Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan Dr Syed Husin Ali jelas tidak selesa dengan pendirian Pas.

Mereka mengeluarkan kenyataan akhbar menghormati hak Pas tetapi menegaskan bahawa “sebarang perubahan sistem perundangan dan pengenalan undang-undang hudud perlu mendapatkan sokongan majoriti rakyat.”

Tahun ini sepatutnya Pas meraikan sambutan tahun ke-10 dokumen ini diterbitkan kerana ia hasil cerdik pandai Pas mengenai matlamat perjuangannya.

Namun, semua orang tahu Pas hari ini sudah banyak berubah dari segi prinsip, cara dan asas perjuangan politiknya.

Yang penting bukan lagi negara Islam tetapi kuasa semata-mata. Buku kecil ini pun tidak boleh didapati lagi, baik di pasaran mahupun pejabat Pas. Saya percaya pemimpin Pas sendiri lebih senang jika isu dokumen ini dikuburkan saja. Ia sudah diganti dengan buku lain iaitu perihal negara berkebajikan yang sudah pun saya ulas dalam ruangan ini. Sama-samalah kita tengok apa jadi buku negara berkebajikan ini, adakah nasibnya seburuk Dokumen Negara Islam?

http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/dr-mashitah-ibrahim/apa-jadi-dokumen-negara-islam-1.59024