Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 26 May 2012

@BeeAntBlues dipenuhi Anak Kampung...

Keseronokan dan keriangan di Himpunan Jutaan Belia diteruskan buat hari keempat... BeeAntBlues terus dipenuhi oleh ramai orang... Jenama ini telah menarik ramai orang untuk ke Booth yang telibat....
belia sabah...













Kehadiran PM juga memeriahkan BeeAntBlues....

JOMO Kata: "Mantaplah Orang Sabah.... Lagu Anak Kampung berjaya mengumpulkan ramai Belia Sabah di sini... GOOD JOB!"

PANAS! "Mat Bangla Khayalkan GADIS INDON...?"



Berperwatakan menarik, hidung pula mancung bak pelakon ternama Bollywood! Mungkin itulah persona dimiliki seorang lelaki warga Bangladesh sehingga membuatkan wanita tidak keruan. 
Berbekalkan kelebihan yang ada, daya penarik itulah digunakan untuk memikat kaum hawa tanpa mengira status mangsa sama ada bujang atau isteri orang.
Malangnya, hubungan terlarang pastinya tidak berpanjangan dan itulah yang berlaku kepada pasangan kekasih di sebuah hotel bajet di sini, awal pagi semalam. 
Hubungan intim seorang wanita warga Indonesia berstatus isteri orang dengan seorang warga Bangladesh sejak enam bulan lalu hingga terlanjur ke bilir tidur berakhir selepas dicekup penguat kuasa agama. 
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, wanita berusia 34 tahun dan teman lelakinya berusia 30 tahun itu hanya memakai tuala ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah menyerbu bilik hotel berkenaan.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah itu berkenalan dengan lelaki terbabit yang bekerja sebagai kontraktor mengubah suai rumah majikan wanita berkenaan. 
“Difahamkan wanita yang mempunyai empat anak itu lari daripada majikannya, manakala suaminya tinggal di Indonesia bersama anak mereka,” katanya.
Di hotel berasingan, seorang ahli perniagaan dicekup bersama seorang pelajar yang menuntut di salah sebuah kolej di Ipoh, Perak. 
Ahmad Nawi berkata, duda berusia 42 tahun bersama wanita yang berusia 28 tahun itu berpakaian lengkap ketika ditahan.
Kedua-dua pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh di denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. sumber

JOMO Kata: "Menakutkan.... Mereka membuatkan wanita khayal dengan Hidung mancung seperti Sharukh Khan.... Awas! Gadis Malaysia jangan terperangkap dengan mereka... Jaga kesucian diri...."

PANAS! "Jangan Jadi USAHAWAN WAHUI...."





Majlis Perjumpaan Usahawan Tekun Kawasan Sepanggar telah membheri kesan yang mendalam kepada hadirin yang hadir... Rata-rata yang hadir adalah mereka yang terlibat dengan keusahawanan dari pelbagai sektor perniagaan di Sepanggar... Mereka mendapat bantuan daripada TEKUN NASIONAL samada untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan lagi perniagaan mereka... 
Timbalan Pengerusi TEKUN NASIONAL, Datuk Jumat Hj Idris menjadi Jemputan Khas ke Majlis tersebut... Beliau yang sangat menekankan keberjayaan Peniaga dalam terutamanya Bumiputera dalam memastikan pola pendapatan mahupun Distribution of Wealth di Malaysia dan di Sepanggar khususnya adalah sekata dan FAIR... 
Dalam Ucapannya, beliau menyatakan supaya Usahawan Sepanggar untuk menjadi Usahawan yang sebenar bukannya Usahawan WAHUI yang menjadi KEGILAAN segelintir masyarakat pada hari ini... Ini sangat penting dalam memastikan jumlah usahawan Bumiputera terutamanya di Sepanggar terus meningkat dan sebolehnya dapat bersaing diperingkat tempatan... 
APS Kata: "Sesungguhnya 9/10 rezeki itu datangnya dari berniaga.... Jadilah Peniaga yang HEBAT! Skong sepenuhnya program-program anjuran TEKUN NASIONAL...."
JOMO Kata: "Sepanggar kian MANTAP.... Teruskan Sokongan Kepada BN...." 

VIDEO PANAS VC UiTM! @datosahol @JelajahDestini




JOMO Kata: "Teruskan Perjuangan Jelajah Destini Anak Bangsa.... Tiada yang lebih berharga selain melihat Anak Bangsa ku Di Bela...."


lanjut baca JDAB

SANTAI! "Boobs PECAH Akibat GUSTI..."




STOCKHOLM – Seorang peserta siri realiti televisyen Sweden terpaksa dikejarkan ke hospital apabila implan dalam buah dadanya meletup gara-gara aksinya bergusti dalam lumpur, lapor media semalam. Lina Hellqvist (gambar) menyertai siri Djungelns Drottning (Ratu Hutan) yang mengisahkan kehidupan sekumpulan 10 peserta hidup dalam hutan tanpa bantuan sebarang teknologi. 

Ketika kejadian, Lina, 24, sedang bergusti dengan beberapa peserta lain apabila dia berasa satu daripada buah dadanya berbunyi. Sumber berkata, bimbang dengan keadaan itu, kakitangan produksi Djungelns Drottning menggunakan helikopter untuk memindahkan Lina ke hospital. 

Menurut Lina, dia tidak menyangka sama sekali implan pada buah dadanya boleh meletup tiba-tiba. “Apabila ia meletup, peserta lain benar-benar bimbang dan saya pula berasa sangat tidak selesa,” katanya. Masih mendapatkan rawatan, Lina berkata, dia masih berasa ada yang tidak kena pada buah dadanya. 

Lina – turut menganggap dirinya seorang bloger – kini menunggu masa sesuai untuk menjalani pembedahan bagi membetulkan semula implan berkenaan. Djungelns Drottning adalah siri realiti yang mencabar kemampuan wanita hidup dalam serba kekurangan. Antara tugasan mereka dalam hutan ialah menghidupkan api menggunakan perapi rambut. 

Walaupun sesetengah media melaporkan insiden itu berlaku dalam hutan di Malaysia, media lain mendakwa, penggambaran dibuat di Thailand. Ogos tahun lalu, seorang wanita Britain mengalami nasib sama apabila implan buah dadanya meletup terkena tembakan peluru paintball. - 
http://apekepelik.blogspot.com/2012/05/payudara-meletup-gara-gara-bergusti.html

JOMO Kata: "Jangan GANAS Saangat...... Nasib BAIK CHINA DOLL punya tak PECAH, Kalau Tak memang PECAHlah Abang NON...."

RUGI TAK DATANG! "Jadual Hari ke-4 @BeeAntBlues..."



JOMO Kata: "Jom Hadir Beramai-Ramai.... Meriahkan BeeAntBlues.... BN Pilihan 'Anak Kampung'"

Konsert malam 25 Mei 2012 #HBN2012 #BeeAntBlues

JOMO Kata: ramai-ramai datang... Jom! Pastikan anda ke Booth BeeAntBlues
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Friday, 25 May 2012

PANAS! "Neelofa GURIS Hati Lembut Rafizi..."






sumber

JOMO Kata: "Contoh Artis yang tahu tinggi langit dan Bumi... Tahu bahawa Janji Bulan dan bintang hanyalah palsu belaka.... Tahu Hakikat! Pakatan rakyat tidak akan ke mana... Hanya tahu berJANJI tapi tidak ditepati.... TAHNIAH NEELOFA!"

Cyberteroopers Pemuda Sabah: "Baru Sedar dari Mimpi Lena...?" cc @jamawijaafar



PERGERAKAN pemuda BN Sabah akan mengadakan bengkel 'Cyber Troopers' bagi memantapkan persediaan menghadapi pilihan raya umum di 1Borneo, Likas dekat Kota Kinabalu selama tiga hari bermula 25 Mei ini.
Ketua Penerangan Pemuda BN Sabah Sh Sahar Sh Anding berkata bengkel yang akan disertai 85 anggota Pemuda BN termasuk Pemuda Umno seluruh Sabah itu merupakan anjuran Unit Media Baru Pergerakan Pemuda Umno Sabah.
Beliau yang mengetuai unit berkenaan berkata bengkel berkenaan akan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Penyelaras BN Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak pada 25 Mei; manakala majlis penutupan akan disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada 27 Mei ini.
Menurut Sahar, program tersebut antara lain bertujuan memberi pendedahan serta penerangan tentang tugas menyelaras dan mengemas kini unit gerak saraf media baru BN termasuk penggerak secara individu atau kumpulan supaya berjalan dalam arah dan matlamat yang sama.
Selain meningkatkan kemahiran penggunaan aplikasi media baru seperti Facebook, blog, Twitter, Youtube serta teknik-teknik propaganda, mereka juga didedahkan dengan kefahaman tentang ruang dan batas operasi serta kaedah sesuai dengan peraturan dan undang-undang berkaitan sedia ada, kata Sahar dalam kenyataan di Kota Kinabalu Rabu. (Bernama) Sumber
JOMO Kata: "TAHNIAH! ada kesedaran diperingkat pimpinan pemuda Negeri Sabah mengenai kepentingan media baru dalam penyebaran maklumat dan isu-isu semasa... Jangan hanya semangat awal tapi bila habis kursus semua tidur... Pimpinan Pemuda 'Yang Bertanggungjawab' itu sendiri pun perlu terlibat sepenuhnya dalam 'peperangan politik' melalui Siber bukan hanya tengok dari luar suruh anak-anak buah yang buat kerja... Semoga kursus ini melahirkan ramai Cybertroopers Sabah yang Konsisten dan berjuang demi Alif Ba Ta..."

"Rebut Peluang Pekerjaan @HBN2012 "


Gerbang Kerjaya adalah program yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia dan ia adalah salah satu program Hari Belia Negara – Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan diadakan di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012.
Belia-belia lepasan SPM, Diploma dan Ijazah serta kelulusan lain yang diikhtiraf boleh berkunjung ke Gerbang Kerjaya bagi mendapatkan maklumat dan info serta khidmat nasihat yang berkaitan dengan kerjaya. Sebanyak 100 Booth pameran di mana melibatkan lebih 70 agensi / syarikat yang akan bersama-sama menyertai program ini.
Para pengunjung boleh mendapatkan segala info dan maklumat yang berkaitan seperti, bengkel motivasi kerjaya, panduan & khidmat nasihat kerjaya, kaedah menulis resume, kaedah temuduga & etika berpakaian dan sebagainya. Gerbang Kerjaya juga turut menawarkan temuduga secara terbuka kepada semua selain daripada permohonan secara kaedah online.
Bagi membantu para pengunjung yang hadir, JobsMalaysia turut menawarkan khidmat perunding kerjaya dan padanan kerjaya kepada bakal pekerja. Kepada semua rakyat Malaysia dan bakal pekerja, datanglah beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia 2012 di Gerbang Kerjaya untuk mendapatkan info dan maklumat berkaitan pekerjaan dan peluang kerjaya yang bakal ditawarkan kepada anda. Datanglah beramai-ramai di Presint 3 Putrajaya!
Untuk Lebih Lanjut sila hubungi EN.NORAZMI MOKNI (019-9710776)
Seketeriat HBN 2012
sumber
JOMO Kata: "Jom Hadir ramai-ramai.... Jangan lupa ke Booth #BeeAntBlues "

"Kekasih GELAP Dia Bisu@BABAU..."


Antara yang mencuri perhatian semasa prosiding pendakwan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali kerana kes Bersih pagi Selasa tentulah kehadiran Shamsidar Taharin dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sama.
Isteri Azmin Ali itu tampil dengan pakaian warna cream hampir sama dengan warna dipakai suaminya.
Sewaktu di bilik mahkamah beliau asalnya tidak duduk sekali dengan Wan Azizah.
Beliau duduk di barisan belakang wartawan bersama beberapa penyokong pembangkang lain di situ.
Ini sehinggalah ada anggota keluarga Anwar bagi isyarat memanggilnya agar duduk sama dengan Wan Azizah.
Gerak geri mereka terus menjadi perhatian wartawan yang membuat liputan.Mereka nampak bersembang beberapa ketika semasa duduk bersama.
Kemudian kedua mereka ikut serta suami masing-masing semasa hendak membayar wang ikat jamin RM500 yang dikenakan untuk pertuduhan pertama kes itu.
Ditemui wartawan Agendadaily untuk mengulas dakwaan adanya skandalnya dengan Anwar yang heboh kebelakangan ini,Shamsidar dengan nada bersahaja kata..."saya tak mahu komen...saya tak mahu komen".
Sementara itu Wan Azizah yang lihat wrtawan Agendadaily hendak menyapanya terus lambai tangan isyarat tak mau cakap.
- Petikan agendadaily sumber
JOMO Kata: "Datang nak sokong kekasih... Kantoi BINI betul... Kekasih Buat Deeeeee'...."

TerBAHARU! "Rapiji diTelanjang Sebab Mengarut....?"


hiasan....
Oleh Helmi Effendy

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sememangnya debat antara Saudara KJ dan Rafizi mengenai topik PTPTN sangat hangat dibualkan. Ada yang mendakwa bahawa KJ memenangi perdebatan itu, ada yang mendakwa Rafizi yang menang, dan sebagainya. Di sini, izinkan saya menulis analisis saya mengenai debat tersebut. InsyaALLAH, saya akan mendedahkan fakta-fakta yang tepat dan benar mengenai debat itu.

1. Sikap Rafizi yang cuba mengubah topik yang tidak berkaitan dengan topik perdebatan itu sangat mendukacitakan. Pertanyaan yang tidak berkaitan dengan topik bagi saya tidak usahlah dijawab oleh saudara KJ. Kalau perlu pun, itu mungkin dalam perdebatan yang lain.

2. Saudara Rafizi kelihatan memilih perbandingan yang langsung tidak munasabah untuk menyokong pendapatan beliau mengenai  pendidikan percuma.  Malah, beliau memberi fakta yang salah kepada umum dan KJ tidak berkesempatan untuk membidas fakta Rafizi.

3.  Maka, tugas saya di sini untuk membidas saudara Rafizi. (Sebenarnya, saya sangat berkobar-kobar untuk duduk di tempat KJ kelmarin, hehehhe...) Pertama, Rafizi mendakwa bahawa negara Finland yang lebih miskin daripada Malaysia dan hanya bersumberkan satu sahaja sumber ekonomi iaitu Nokia yang itu pun sedang mengalami masalah kerana penguasaan Blackberry mampu memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya, mengapa tidak Malaysia. Benarkah dakwaan itu? Sini, Kapten Malaysia (hensem?) mahu menidakkannya. :)

4. Finland sebenarnya mempunyai banyak sumber ekonomi. Saya sertakan statistik sumber ekonomi Finland untuk tatapan umum:

RALAT: Statistik yang awal telah dikeluarkan selepas beberapa penemuan dalam sumber dan statistik yang baru disertakan di bawah. Terima kasih pada orang yang sudi menegur dan berkongsi dengan saya. Apa-apa pun, ianya tidak mengubah apa-apa bahawa sumber ekonomi Finland bukan hanya bergantung kepada Nokia sahaja.

A.) Electronics (21.6 percent)

B.) Machinery, Vehicles and other engineered metal products (21.1 percent)

C.)Forest industry (13.1 percent)

D.)Chemicals (10.9 percent).

Apa-apa pun, di bawah ialah statistik daripada sumber saya sendiri.

A) Agriculture and forestry 4.5%,

B.) Industry 18.3%

C.) Construction 7.3%

D.) Commerce 16%

E.) Finance, Insurance, and Business services 14.5%,

F.) Transport and communications 7%

G.) Public services 32.4%


Sekarang ni, mana datangnya sumber dakwaan Rafizi yang mengatakan bahawa Finland hanya bersumberkan ekonomi daripada Nokia sahaja?

5. Benarkah Finland lebih miskin daripada Malaysia? Saya nak tergelak mendengarkan dakwaan saudara Rafizi itu. Hehehehe... (gelak malu). Menurut data daripada Bank Dunia, Malaysia jauh ketinggalan dalam ranking GDP. Finland menduduki tangga ke-17. Malaysia punya kekayaan menduduki ranking ke-68. Apa kejadahnya nak bandingkan Malaysia dengan Finland yang lebih kaya daripada Malaysia. Bahkan dengan kekayaan negara yang ke-17 terkaya di dunia, Finland hanya perlu menangung 5 Juta rakyat Mereka sedangkan Malaysia yang mempunyai kekayaan yang ke 68 dunia, perlu menanggung 30 Juta rakyat Malaysia.


Perbandingan ini sangat tidak relevan. Anda cuba membandingkan epal dengan rambutan (bak kata saudara KJ).  Saudara Rafizi ni, awak kena adil tau. Jangan nak spin fakta macam ayahanda Anugerah Tuhan kamu itu. Hehehehe.. tak baik tau. Kita ambil epal kalau nak dibandingkan dengan Epal. Erm... nak ambil contoh apa ya ?

7. Dah dapat! Apa kata kita ambil Brazil yang menduduki di tangga yang lebih kurang sama dengan kita. Brazil ialah salah satu daripada negara yang mendirikan pendidikan percuma. Ya, pendidikan percuma tetapi tahukah saudara Rafizi bahawa cukai di Negara Brazil ialah antara yang tertinggi di dunia? Tak..tak... saya tak buat spesikulasi saya sendiri tau Pak Fizi ya? Tak percaya? Mari-mari, kita mengembara lagi. Biar celik mata semua.


"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes."

Kenyataan itu dipetik daripada orang Brazil sendiri. Lihat betapa tingginya dan banyak cukai di negara mereka untuk menampung pendidikan percuma. Rafizi kena terima hakikat nothing is free  dalam dunia ini. Ada harga yang perlu dibayar sekiranya mahukan pendidikan percuma. Dan harga yang perlu dibayar untuk pendidikan percuma ialah CUKAI YANG TINGGI.

9. Tak puas hati lagi? Mari-mari menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi artikel yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai. Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:

" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

Nak link ke ? Takut saya menipu? Ehh, jangan tuduh tau.
Saya ni sesuci Anugerah Tuhan dan Pak Rafizi ye? (sarcasm). Nah, ambil ni:


10. Saudara Rafizi mengatakan bahawa pendidikan di Turki itu percuma. Heheheh, kaki kelentong betul lah awak ni. Awak fizi yang comel, tak nampak ke apa yang berlaku di Turki? Kalau pengikut-pengikut kamu, bolehlah kamu tipu ye? Tapi, tidak saya.


Eh, apa benda tu? Kata Turkey ni menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, tetapi kenapa sebaliknya?  Sampai kena tangkap tu Mahasiswa Turkey. Hehehehe... Abam Rafizi, udah-udahlah tu ya menjadi penipu ?

11. Kalau kita lihat pada permulaan debat, kita dapat melihat statistik dan nombor yang dikeluarkan oleh KJ mengenai perbelanjaan yang sedang ditanggung dan bakal ditanggung oleh kerajaan sekiranya mahukan pendidikan percuma. Kemudian, Rafizi membidas bahawa fakta itu penipuan dan mereka membuat kiraan mereka sendiri lalu menampilkan nombor mereka sendiri.

12. Sekarang, saya mahu bertanya kepada semua, anda percayakah fakta daripada Rafizi ini sedangkan dia sudah menipu kita dengan teori Finland dan Turkinya? Sekali menipu, dua kali menipu, tak mustahil dia akan menipu untuk sekian kalinya memandangkan penipuan itu ialah darah dagingnya.

13. Perkara lain, saya tak perlu saya ulas pajang lebar. Isu hutang dan sebagainya, saya rasa dah dijawab dengan kemas oleh saudara KJ.

14. Oh ya, ada lagi yang saya nak perkatakan. Rafizi suruh sifu kamu tu tunaikan janji bulan bintangnya pada penduduk Selangor. Bukan satu dua ye, berbelas tau. Ini janjinya pada penduduk Selangor pada PRU  yang lepas pun tak habis ditunaikan, ada hati bercakap mengenai topik yang lebih besar.

15. Meh, saya senaraikan janji-janji puak anda yang tak tertunaikan sebelum nak menabur janji lain.

- membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran selangor.
-memberi bantaun RM 75.00 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nuseri.
-memberi bantuan RM 50 kepada seorang bagi pendidikan pra sekolah.
-memberi hadiah tawaran RM 1000 kepada setiap anak selangor yang masuk ke universiti.

Dan belasan lagi janji-janji2 yang terabai.

Kesimpulannya ialah kebanyakan daripada fakta yang dibentangkan oleh Rafizi sebenarnya lebih kepada puta belit yang dipelajari daripada sifunya Anwar Ibrahim. Dan motif artikel ini ditulis untuk menjawab tuduhan tidak berasas Rafizi. Setakat ini sahaja yang mampu saya nukilkan, InsyaALLAH kalau ada kesempatan, saya akan kembali menyambung artikel ini, mungkin dengan analisis yang lebih padat dengan fakta.

Akhir kata daripada saya, TAHNIAH SAUDARA KJ KERANA berani berdepan dengan orang seperti Rafizi Ramli yang suka lari daripada tajuk dan kaki spin ini. Hehehehe.... Assalamualaikum.- Sumber 

JOMO Kata: "analisa menarik yang membuatkan Rafizi TerBOGEL.... Sila Jawab bangsa-Bangsa PKR..."

Thursday, 24 May 2012

"Benarkah Muka Ini Wanted...?"


sumber

JOMO Kata: "Difahamkan Manusia ini adalah Orang yang ebrtanggungjawab membawa Irshad Manji Penulis Kontroversi dengan kerjasama Setpol kepada Nurul Izzah... Siapa Manusia ini? Dengarnya anak kepada Zaid Ibrahim... Namanya, Ezra Zaid...."

Tak guna! "Samseng BETINA Pukul Gadis Sekolah..."


KLANG: Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cedera di dada dan bahagian badan selain trauma selepas dibelasah sekumpulan gadis ‘samseng’ yang juga rakannya di sebuah sekolah menengah di sini, baru-baru ini.Gambar fail.
Mangsa, Siti Nor Lela Muhammad Zambri, 17, tidak hadir ke sekolah dan membuat tiga laporan polis selepas dia sudah tidak tahan dipukul sekumpulan 10 pelajar perempuan sejak tiga minggu lalu.
Dalam kejadian pertama jam 11 pagi tiga minggu lalu, Siti Nor Lela berada dalam kelas bersama rakan lain sementara menunggu kedatangan guru sebelum didatangi sekumpulan pelajar terbabit dan memukulnya tanpa sebab.
“Tanpa bertanya apa-apa mereka menendang dan menumbuk saya berkali-kali di bahagian badan, tengkuk dan perut. Menurut Siti Nor Lela, selepas kejadian itu, dia mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan terpaksa memakai alat pendakap leher akibat cedera.
“Saya tidak hadir ke sekolah selama empat hari kerana tengkuk sakit,” katanya yang membuat laporan kali ketiga di Balai Polis Pandamaran, semalam.
Dalam kejadian kedua pada Isnin lalu, jam 1.15 tengah hari, Siti Nor Lela dan rakannya menunggu bas di hadapan sekolah sebelum didatangi lima pelajar perempuan dan bertanyakan namanya.
Apabila dijawab, pelajar itu menyepak dan menumbuknya beberapa kali selain perutnya dipijak seorang daripada mereka.
Katanya, akibat kejadian itu, tisu dadanya terkoyak selain sukar bernafas.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Muhammad Mat Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit. -hm sumber
JOMO Kata: "Ganasnya... Macamana PKR jaga mereka ni...? Tukar Kerajaan Selangor...."

PANAS! "Pasar TOMOHON INDONESIA Menakutkan..."


Pasar Tomohon di Sulawesi Utara kelihatan seperti pasar tradisional biasa. Ada yang menjual ayam, sayuran, dan berbagai jenis keperluan dapur yang lain. Namun, melangkah lebih jauh lagi ke dalam pasar ini, anda akan menjumpai tapak yang menjual haiwan yang tidak dimakan oleh kebanyakan orang.Antara haian eksotik itu ialah babi hutan, kelawar, tikus, ular, anjing dan kucing.Kucing dijual pada harga Rp 100 ribu. Sumber
pasar tomohon [duniaq-duniamu]

pasar tomohon [duniaq-duniamu]

pasar tomohon [duniaq-duniamu]


JOMO Kata: "Sangat Menakutkan.... Nasib Baik Tak Jual China Doll..."

PANAS! Pahang Cemerlang #JDAB2012 Hangat! cc @NajibRazak @datosahol @JelajahDestini

"Pahang adalah destinasi yang sangat ditunggu-tunggu oleh JM dalam memerhatikan kerja yang dibuat oleh team Jelajah Destini Anak Bangsa bagi membantu mereka-mereka yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat Universiti namun tidak punyai peluang terutamanya disebabkan kemiskinan dan keputusan yang kurang memberansangkan...."

Berikut adalah Foto sekitar Pahang yang menjadi tumpuan team JDAB2012 ini:

1) Kuantan.







2) Pekan:








3) Temerloh.






JOMO Kata: "Tahniah! Teruskan perjuangan mengubah Destini Anak bangsa.... Hidup UiTM!"

Cerita PANAS! "Lagi Pendedahan GAP pasal 'I'..."




Buku “The ‘I’ Files:  Lagi Pendedahan Mengenai Anwar 

Beberapa blog berbahasa Inggeris telah mula memperkatakan tentang sebuah buku bertajuk “The “I” Files” tulisan Jonathan Smith.   Setakat ini, prolog serta bab 1 hingga 4 boleh dibaca secara ‘online’ di  https://ifilesjs.wordpress.com.   Berdasarkan bacaan penulis, “I” pada tajuk buku ini mungkin membawa makna “Ibrahim” atau “Anwar Ibrahim” bagi orang Malaysia. 

Tidak dapat dipastikan siapa Jonathan Smith dan tidak dapat dipastikan juga sama ada itu adalah nama sebenar.   Motif beliau menulis kisah Anwar juga samar.   Setahu penulis, “John Smith” adalah nama samaran yang sering digunakan oleh orang Amerika atau British apabila mereka enggan mendedahkan identiti sebenar.  

Namun, siapa penulis tidak penting, yang penting ialah apa yang diperkatakannya sama ada benar atau penipuan.  Setakat bab 1 – hingga 4, kebanyakan yang didedahkan oleh Smith adalah rahsia umum, atau sekurang-kurangnya bagi kalangan pengikut politik veteran.  Namun, ada juga beberapa kisah yang agak sulit dan tidak pernah lagi diketahui umum. 

Jonathan Smith mengaku bertanggungjawab mengumpul maklumat berkenaan Anwar bagi ‘Ketuanya.’   Bagi sesiapa yang jarang menonton atau membaca novel perisikan, mungkin tidak dapat menghayati tulisan beliau dengan baik atau tidak dapat memahami tugasan beliau.  

Penulisan beliau berbentuk penceritaan pengumpulan maklumat risikan sambil beberapa kali menyentuh sepintas lalu peranan-peranan agensi dan agen-agen risikan seluruh dunia termasuk KGB, MI6, CIA dan yang sewaktu dengan mereka. 

Kisah dimulakan dengan karakter golongan ‘expatriates’ di Malaysia dan bagaimana mereka bertukar-tukar maklumat negara ini untuk kepentingan perdagangan, perniagaan dan politik masing-masing.    Dari karakter-karakter itu Smith secara perlahan-lahan mula memfokuskan kepada dirinya dan bagaimana “Anwar Ibrahim” menjadi subjek pemantauan dan kajiannya pada tahun 1981. 

Smith jelas mempunyai pengetahuan yang amat mendalam mengenai politik dan pemikiran rakyat Malaysia sehinggakan kadangkala terasa seolah-olah beliau adalah sebenarnya rakyat negara ini, dan berbangsa Melayu.   Tidak tahu sama ada ini adalah hasil dari pengalaman beliau atau kerana beliau benar-benar seorang perisik yang hebat atau kerana beliau sememangnya bukan orang yang digambarkannya melalui penulisannya.

Namun, jelas dari segi cara penulisan, beliau bukan orang tempatan dan bukan dari negara ini walaupun pengetahuannya mengenai rakyat dan negara ini menjangkaui rakyat negara ini sendiri. 

Apa yang pasti, Smith telah pun membuat kesimpulan siapa Anwar iaitu manusia tanpa wajah, lama sebelum Malaysia atau pun Tun Dr. Mahathir mengenali beliau.   Smith telah terlebih dahulu membaca kesilapan Tun Dr. Mahathir sejurus selepas mendapat ura-ura bahawa Anwar akan dibawa masuk ke dalam UMNO. 

Menurut Smith, Anwar boleh menjadi sesiapa saja mengikut arus, mengikut persekitaran dan mengikut suka hatinya.   Pada satu masa, Anwar adalah seorang Muslim fanatik yang mengimpikan negara Islam ‘sempurna’ ala Iran, berkiblatkan Saudi, berfahaman Wahhabi dan tiada tolak ansur dalam menangani kemungkaran.  Kaum Cina dan barat semuanya adalah ancaman kepada Islam.  Sehinggakan, kata Smith, Hasan Ali juga tidak dapat menyaingi ‘mimpi’ Anwar pada waktu itu!

Tetapi pada satu masa lain pula, Anwar adalah orang UMNO dan pengikut tulen Tun Dr. Mahathir dari hujung rambut ke hujung kaki dan dari segala segi - kecuali satu, iaitu di hati sanubarinya. 

Di mana Tun Dr. Mahathir melihat Melayu perlukan perlindungan, Anwar melihat Melayu Islam perlu ‘disempurnakan’.  Jika Tun Dr. Mahathir adalah Melayu ultra, Anwar berpegang kepada Ketuanan Melayu dengan sebenar-benarnya! 

Bagaimanapun, seperti yang kita semua sedia maklum, itu adalah kisah lama.  Namun, ia tetap wajar ‘dikhatam’ semula kerana ia mampu memberi pengajaran baru.   Apa yang lebih menarik adalah cara penceritaan mengenai kisah lama ini yang disampaikan dari sudut yang belum pernah kita dengar serta dari kaca mata orang luar. - Sumber
 
JOMO Kata: "jangan hanya tengok apa yang dia buat... Tapi, pandanglah disebalik perbuatannya... Ketaksuban kepadanya hanya menjadikan kita ketidak-tentuan..."

PANAS!!! "Siapa @BeeAntBlues ni...?"

Foto sekitar Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya.... Sedang Berlangsung!





Lelaki BeeAnt blues tu DRI rupanya... Tahniah Sokongan yang mantap!

JOMO Kata: "Pakat Ramai-Ramai datang memeriahkan lagi program ini... BN Pilihan Orang Muda..."