Friends Of Jomo Malaya

Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 17 March 2012

MAKLUMAT 'Bodoh' TerBongkar! "PKR Habis Peluru...?"

"Satu demi satu kebodohan Pakatan pimpinan PKR (mungkinlah...) terbongkar oleh kerana ketidak-cekapan pentadbirannya... PKR semakin hari semakin hilang sengatannya, bilamana begitu banyak perkara yang membebani Pakatan Rakyat pada hari ini adalah disebabkan oleh parti itu..."


"Ketaksuban + kebodohan dalam berpolitik menyebabkan rakyat mula sedar akan hakikat, PKR ini tidak punyai halatuju yang jelas dalam membawa pentadbiran negara ini... Cara politik mereka juga sangat bertentangan dengan politik baru yang dicanang oleh Anwar... Politik apa ini? Ini Politik Fitnah... Ini Politik Taksub... ini Politik menipu rakyat...."


Sumber
Menyatakan nperkara yang salah dan memburuk-burukkan lawan dengan perkara yang tidak benar menjadi mainan politik murahan mereka... Apabila sesuatu yang dikatakan tidak betul, apa maksudnya? Bukankah itu politik TIPU dan FITNAH? apa pula komen PAS selaku kononnya parti yang mendokong Agama Islam...? Ini semua disebabkan politik dan Kuasa... Apabila, hal ini berlaku dan kena pada mereka mereka sembunyikan dan diam membisu, namun, apabila hal ini pula dikaitkan dengan UMNO, macam-macam mereka kata.... 

JOMO Kata: "Rakyat Malaysia! Sedarlah PKR dalam Pakatan hanya palsu belaka... Ini semua hanya perjuangan untuk jadikan Anwar Perdana Menteri Malaysia... bila dah jadi? Habis Negara...."

PANAS! "Terkucil Anwar Tengok Foto ini..."



Bila orang yang dibuang oleh orang yang dalam hatinya hanya melihat syurga dunia, patinya yang membuang itu akan merasa tertekan bilamana yang dibuang itu mendapat sokongan besar dari luar.... Apabila Ustaz hassan Ali bertemu mesra dengan Ustaz Harundin, apa komen Anwar dan puaknya Anwarinas tentang Hal ini....?

JOMO Kata: Mesti tak senang tidur Anwar dibuatnya... Mat Sabu sila Komen...

PANAS! "Ketua Bahagian Merembat Bola di Sepanggar...?"

Dari blog Anak parlimen Sepanggar


Program-program santai bertemu rakyat terus mendapat perhatian dikalangan warga Sepanggar... hari ini, program kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Piala Datuk Jumat hj Idris, mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya belia-belia di Kg Inanam...

Difahamkan, ini adalah antara pengisian kepada program Bola-Bola Sepanggar yang kini mendapat sambutan sangat menggalakkan dikalangan warga Sepanggar terutamanya belia dan beliawanis... APS sempat menemurah seorang peserta di mana beliau sangat berpuas hati dengan program seperti ini dan mengharapkan agar program seperti ini terus dijalankan di masa akan datang terutamanya dalam menggalakkan belia beraktiviti dan mengamalkan hidup sihat...
Datuk Jumat Hj Idris ketika merasmikan kejohanan tersebut....
Turut hadir ke Majlis Perasmian adalah timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua Pemuda UMNO Sepanggar... Ianya bagi menunjukkan bahawa, UMNO Sepanggar komited dalam memberi perkhidmatan dan turun padang bersama warga Sepanggar diseluruh pelusuk parlimen Sepanggar...
Kaunter SPR juga dibuka dan Berjaya mnendaftar seramai 65 pemilih baru... TAHNIAH kepada UMNO/BN Sepanggar di atas initiatif ini...
Sekitar perasmian kejohanan....
Datuk jumat merembat Bola ke pintu gawang... Kelihatan Naib Ketua Pemuda, Sdr. razali @Bob (sebelah kiri sekali) dan timbalan Ketua Bahagian (sebelah kiri datuk Jumat)...

Penyerahan Cenderahati...

Pserta yang terlibat... Nampak semangat walupun terik panas...


VIP yang turut hadir...

APS Kata: Keyakinan APS semakin kuat bahawa UMNO/BN akan menjadi pilihan kepada warga Sepanggar pada PRU-13 akan datang... TAHNIAH!


JOMO Kata: TAHNIAH! Teruskan Perjuangan... mangan Niya Mangan. Asal jo kitei Kurung-kurung....

"JANDA & RM250...? Tanya Anwar... Mahal atau Murah....?"



“Memang saya tak bertamadun, sebab itulah kerja macam ini,” demikian pengakuan selamba seorang pelayan pelanggan (GRO) apabila dia dan rakannya ditahan dalam serbuan selepas mempersembahkan tarian bogel di sebuah pusat hiburan di Jalan Datuk, di sini, jam 1 pagi semalam.

Bagaimanapun, janda berusia 26 tahun itu merayu dibebaskan dengan memberi alasan terpaksa menjadi GRO untuk membesarkan dua anaknya. Difahamkan, janda itu dan rakannya berusia 27 tahun sanggup berbogel di pentas tarian atas permintaan pelanggan dengan upah RM250.

Mereka menari di pentas dengan membuka satu demi satu pakaian diiringi rentak muzik disko hingga berbogel selama 15 minit. Ketika ditahan, kedua-dua GRO itu dalam keadaan mabuk serta mengaku tidak keberatan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan caj RM500.

Difahamkan, khidmat seks dilakukan di dalam tandas pusat hiburan terbabit tanpa menghiraukan bau busuk dan keadaan tidak selesa, malah pemeriksaan polis turut menemui kondom yang sudah digunakan.

Pegawai Turus, Cawangan Kongsi Gelap Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Deputi Superintendan Mohammad Abd Hamid berkata, ujian dilakukan terhadap dua wanita itu menunjukkan mereka berada di bawah pengaruh alkohol yang tinggi.

Katanya, turut ditahan ialah seorang wanita yang juga pelayan dan didapati berada di bawah pengaruh alkohol serta seorang penjaga premis, termasuk ibu ayam berusia 46 tahun.

“Siasatan awal mendapati wanita berkenaan baru beberapa bulan bekerja sebagai GRO, namun dia cuba menafikannya dan mendakwa datang bersama pelanggan bagi mengelak dicekup. Semua itu hanya helah kerana kami ada bukti dia bekerja di pusat hiburan terbabit dan turut disyaki menawarkan khidmat seks serta tarian bogel kepada pelanggan,” katanya.

Mohammad tidak menolak kemungkinan wanita terbabit sedia dibawa keluar pdengan membayar hingga mencecah RM1,000 semalam.

“Walau apa alasan diberi, kami tetap menahan wanita terbabit. Resit, wang tunai RM500 serta kondom turut dirampas, manakala semua wanita tempatan itu ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 b Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi maksud persundalan serta melakukan perbuatan lucah, manakala penjaga premis disiasat mengikut Seksyen 372 (1) (F) kanun sama.

Operasi turut disertai sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Agama Johor (JAJ) dan mereka menahan empat GRO dipercayai mabuk mengikut Seksyen 19 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana meminum minuman keras.

sumber

JOMO Kata: Mana PAS untuk Tarbiahkan Mereka? Asyik kutuk orang jer... Kalau betul berjuang, mai datang sini, bantu.... Tapi, jangan sampai ditangkap khalwat pula...?

LIVE@UMS! "Tahniah di atas kehadiran.... SABAH Bagus Bah...!"


Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia, mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, bilamana kehadiran lebih kurang 1500 orang telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan... pengumpulan seramai ini memberi isyarat yang sangat baik mnenunjukkan orang Sabah juga punyai fenomena sama dalam menghadapi gelombang media baru pada hari ini....

Live @UMS, pada pagi tadi, Timbalan Menteri Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Joseph Salang dan wakil Ketua Menteri Sabah Datuk Salleh Tun Said juga turut hadir semasa majlis perasmian pagi tadi... Nampaknya, rakyat Sabah telah memberi isyarat bahawa, mereka juga tidak boleh diketepikan dalam isu media baru sebagai medium alternatif dalam penyebaran maklumat...

Isu Borneonisasi telah menjadi isu hangat dibincangkan... Nanti, JOMO akan ulas mengenai isu ini...

JOMO Kata: TAHNIAH PENGANJUR! TAHNIAH SABAH!

LIVE @UMS... "Konvensyen Media Sosial Negeri Sabah..."

Hari ini berlangsung Konvensyen Media Sosial 1 malaysia peringkat Negeri Sabah di UMS, yang terletak di kawasan parlimen Sepanggar Kota Kinabalu Sabah...


Dijangka seramai 1500 Orang pemain media baru akan menghadiri Majlis ini... Ini adalah program yang julung-julung kali dibuat di negeri ini... Alhamdulillah mendapat sambutan yang sangat baik dikalangan mereka yang 'engage' dengan Media Baru sebagai media alternatif yang kian meningkat naik...

JOMO Kata: TAHNIAH kepada Penganjur! Tahniah kepada mereka yang telah menjayakannya! Tahniah kepada semua yang terlibat!

Friday, 16 March 2012

PANDANGAN DAIM! "Diam dan Berbisa... Jangan pandang Rendah..."

dari Jendelamy

TERJEMAHAN WAWANCARA EKSKLUSIF SINCHEW DENGAN TUN DAIM ZAINUDDIN 15 MAC 2012Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meramalkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakah pada tahun ini.Sekiranya PRU semakin lama ditangguhkan, Barisan Nasianol (BN) bakal mewujudkan kesilapan yang lain, sementara Pakatan Rakyat (Pakatan) bakal menghadapi pertikaian dalaman yang semakin banyak sesama komponen parti.

Dalam PRU yang akan datang ini, tanpa mengira BN atau Pakatan, masing-masing tidak mempunyai masa yang cukup. Tetapi untuk pertama kali BN yang diketuai oleh Najib, masih mempunyai kelebihan mengekalkan dominasinya. Namun wawasan BN mengambil alih majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen sukar dicapai.

Menurut Daim Perdana Menteri tidak mungkin membubarkan parlimen pada bulan Mac atau April. PRU13 dijangka diadakan pada hari cuti sekolah sekiranya cuti sekolah kali ini terlepas, kemungkinan pada cuti sekolah yang akan datang (26 Mei – 10 Jun).

Walaupun Daim berkata BN mempunyai kelebihan dalam PRU ini, namun mereka tidak mempunyai ruang untuk melakukan kesilapan kali ini. Kemenangan dalam PRU ini bergantung kepada pihak yang mana kesilapannya adalah kurang.

UMNO tidak faham, anggap dapat sokongan orang Melayu.

Bekas Menteri Kewangan itu juga berpendapat, apa yang diminta oleh golongan Melayu, Cina dan India di kawasan Bandar adalah sama, mereka mahukan persekitaran hidup yang lebih baik, letih dengan kesesakan trafik, bimbang akan gejala jenayah, dan marah dengan kos hidup yang tinggi.

Katanya dalam era di bawah kepimpinan Mahathir, kelima-lima pilihan raya yang telah dihadapi beliau meraikan kelebihan majoriti dua pertiga. Hal ini demikian kerana beliau memastikan masalah yang diperhatikan oleh rakyat dapat diselesaikan dan membolehkan mereka rasa selesa (feel good) sebelum plihan raya.

“Kamu seharusnya memahami perasaan rakyat, golongan muda, penduduk Bandar, orang Melayu yang mendiami di rumah pangsa, orang Cina dan India, permintaan mereka adalah sama. “

Akan tetapi, penduduk kampung adalah berbeza. Oleh itu Najib melawat mereka, berbual-bual dengan mereka, memahami keperluan mereka”.

Najib mungkin hilang kuasa sekiranya keputusan bertambah buruk

Daim berpendapat, walaupun BN menikmati kelebihan dalam pilihan raya yang akan datang, namun bagi Najib yang buat kali pertama mengetuai pasukan, beliau seharusnya berjuang bersungguh-sungguh supaya mencapai kemenangan.

Apabila ditanya tentang adakah BN mampu menawan semula kelebihan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya yang akan datang, beliau hanya menyatakan bahawa kemenangan dengan majoriti dua pertiga itu adalah suatu wawasan yang amat baik, tetapi hendaklah lebih praktikal.

“Sekiranya Najib kehilangan lebih banyak kerusi, maka beliau akan diturunkan daripada tampuk pemerintahan. Inilah realiti politik.”

Mengulas mengenai calon yang paling berkemungkinan menjadi pengganti, Daim berkata, seperti kata pepatah “patah tumbuh, hilang berganti”, tetap akan adanya pengganti, biarlah baik atau buruk, apabila seorang pemimpin menurun dari tampuk pemerintahan, ada orang menggantinya.

Walau bagaimanapun, menurut analisa beliau, jika prestasi ekonomi memuaskan, UMNO bersatu padu, BN pulih sebagai satu pasukan, bolehlah Najib menguasai kelebihannya.

Sekiranya Najib tidak dapat memperolehi kemenangan dan terpaksa turun dari tampuk pemerintahan, keputusan tentang siapakah yang akan menjadi pengganti harus dibuat oleh UMNO, ataupun melalui pemilihan parti. Mengikut tradisi, Timbalan Pengerusi akan mengisi jawatan tersebut.

Namun apa-apa pun mungkin berlaku, mungkin juga terdapatnya pihak yang mencabar, hal sedemikian bukanlah sesuatu yang baru, beginilah politik, setiap orang berangan-angan menjadi perdana menteri.

Memuji prestasi Najib lebih baik daripada mantan (PM)

Bekas Menteri Kewangan itu juga berkata, ia adalah amat berbahaya sekiranya pemerintah bersikap seperti “tutup mulut! Baik ikut saja kami, kami adalah yang terbaik,”.

Masyarakat kini bukan lagi golongan yang hanya taat mengikuti, informasi bebas disebar di luar, mereka boleh membuat keputusan masing-masing.

Sebagai seorang pemimpin, patutlah memberi penerangan kepada masyarakat supaya mereka memahami sebab-sebabnya.

Beliau turut mengatakan bahawa program transformasi dan transformasi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan Najib menuju ke arah yang tepat.

Beliau berpendapat, transformasi Najib boleh dibahagi kepada dua jenis, yang pertama ialah pembaharuan secara radikal manakali yang jenis kedua ialah reformasi secara beransuran, sesungguhnya pembaharuan memerlukan masa.

Dilema yang dihadapi Najib buat sekarang ialah, reformasinya yang terlalu pantas mungkin menghadapi tentangan dan pergolakan manakala yang terlalu lambat pula membazirkan masa.

Tsunami 2008 tidak akan berulang

Dalam pilihan raya yang lalu, kesalahan yang dilakukan oleh UMNO ialah keangguhan, mereka tidak mendapatkan pandangan daripada cawangan dan menyebabkan berlakunya ketidakpuasan di kalangan ahli parti dan seterusnya tidak mengundi UMNO.

MCA juga mengalami masalah yang sama, mereka memberi peluang kepada ahli parti baru untuk bertanding dalam pilihan raya tanpa perundingan dengan cawangan. Jikalau MCA melakukan kesalahan yang sama, maka mereka akan dilanda masalah.

Skandal lembu lebih berpengaruh berbanding isu Lynas

Lazimnya topik atau isu yang biasa akan dilupai dalam tempoh 14 hari, tetapi isu ‘cowgate’ adalah luar biasa. Orang Melayu, orang Cina, dan orang India jelas dengan isu ini, malah penduduk kampung turut menyedari nilai lembu. Oleh itu, beliau mengingatkan Najib supaya berwaspada dengan isu tersebut kerana ia akan menjadi faktor yang bakal menjejaskan undi.

Beliau berpendapat bahawa sebagai seorang ahli parti dan juga pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyatnya. Shahrizat harus membuat keputusan untuk sendirinya secara wajar dan bukannya bergantung kepada keputusan yang dibuat Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, sedangkan isu ‘cowgate’ mampu mempengaruhi undi, ia tidak akan menjadi faktor utama dalam menentukan masa bagi pilihan raya.

Mengulas mengenai gelombang anti-Lynas, Daim berpendapat ia tidak akan menjejaskan keadaan pengundian di kawasan lain.

BN jangan lagi ada berita negatif

Dalam soal perkara negatif, contohnya Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang terlibat dalam skandal NFCorp, kerajaan sepatutnya memberi penjelasan secepat mungkin. Informasi menyebar dengan pantas sekali pada era ini dan hal ini menyebabkan pengurusan krisis lebih mencabar.

Menurut Daim, rakyat sekarang mahukan perubahan, walaupun mereka tidak semestinya inginkan menukarkan kerajaan, tetapi sememangnya mereka mahukan perubahan dalam cara mengambil tindakan.

Beliau berpendapat, seorang pemimpin yang baik merupakan seorang yang tegas dalam membuat keputusan. Sebagai seorang pemimpin, dia hendaklah berani membuat keputusan, sekiranya melakukan sebarang kesilapan, bolehlah diperbaiki.

Apa yang berbahaya ialah pemimpin yang tidak sanggup membuat keputusan.

Kualiti parti politik adalah lebih mustahak daripada sistem dua parti

Daim juga menegaskan bahawa walaupun sistem dua parti penting, namun apa yang lebih penting ialah kualiti parti politik.

“Adakah kamu mahukan parti yang mengingini membina negara Islam? Atau parti yang diketuai oleh seorang pemimpin yang asyik berangan-angan menjadi Perdana Menteri? Ataupun DAP yang dilihat oleh orang Melayu sebagai parti anti-orang Melayu? Pengundi harus memikir dengan teliti, bukannya semata-mata menyatakan keinginan untuk berubah.

BN harus ”menstabilkan Semenanjung sementara menyerang Sabah Sarawak”

Menurut Daim, BN seharusnya mempergiat usaha memperjuangkan Sabah dan Sarawak, pada masa yang sama mempertahankan kerusi yang sedia ada di Semenanjung Malaysia, tambahan pula memerhatikan kerusi yang tercicir dengan kesalnya akibat kehilangan hanya beberapa undi. Dengan ini, BN dapat mempertahankan kuasanya.

Dalam analisisnya tentang ramalan kemenangan pelbagai negeri, Daim menegaskan ia adalah amat sukar bagi BN memenangi semula negeri Pulau Pinang dan Kelantan, Kedah dan Selangor pula mempunyai peluang ditawan semula.

Beliau menekankan bahawa jikalau BN dapat mencarikan pemimpin yang bersesuaian di negeri Kedah dan Selangor, dan dapat menaikkan semangat keyakinan di kalangan rakyat pada pemimpin tersebut, tambahan lagi ahli parti bergading bahu dan bersatu puda, serta memastikan ahli parti yang tidak terpilih sebagai calon tidak memberi undian kepada parti yang lain, maka berkemungkinan BN dapat menguasai Kedah dan Selangor semula.

"Di Selangor, saya tidak berasa bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid mempunyai prestasi yang sangat baik, tetapi sekurang-kurangnya beliau menonjolkan imej yang berintegriti.”

Mengenai negeri Perak pula, Daim berpendapat BN yang merampas kuasa dalam pilihan raya yang lalu telah menimbulkan emosi negatif di kalangan rakyat Perak dan menyebabkan mereka lebih berpihak kepada pembangkang, oleh itu diramalkan amat sukar bagi BN untuk terus mempertahankan kuasa di Perak.

Apabila ditanya tentang negeri Kelantan, Daim berkata selagi Kelantan masih di dalam kepimpinan Menteri Besar Kelantan Pas, Datuk Nik Aziz, tiada harapan untuk BN menawan negeri tersebut.

Jika MCA dan GERAKAN kalah teruk...

Daim berpendapat, jika UMNO mencapai kemenangan dalam pilihan raya yang akan datang manakala MCA dan GERAKAN menghadapi kekalahan, ia adalah perkara yang amat malang lagi menyedihkan.

Bagi beliau, situasi sebegini akan menjadi ’racial voting’, di mana rakyat tidak mengundi atas premis sebagai seorang Malaysian, negara akan sentiasa diasingkan oleh perbezaan antara kaum.

Tsunami politik 2008 telah mengubahkan pandangan rakyat terhadap sistem dua parti pada tahap yang besar, turut munculnya kemungkinan bagi penukaran rejim. Akan tetapi, sehingga kini Pakatan Rakyat masih tidak dapat menubuhkan Kabinet bayangan (shadow cabinet), oleh itu rakyat seharusnya menelitikan hakikat ini dan membuat pertimbangan sewajarnya.

Daim turut menunjukkan bahawa meskipun kerajaan telah dengan gigihnya mendekati masyarakat Cina dan apa-apa jua usaha yang dapat diambil telahpun dilakukan, namun beliau percaya bahawa sekurang-kurangnya 70% daripada pengundi Cina telah membuat pilihan yang muktamad iaitu tidak akan lagi mengundi BN dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Beliau mengingatkan pengundi Cina bahawa sebarang tindakan yang negatif akan mengundang reaksi negatif; sebab inilah beliau menyaran pengundi membuat pertimbangan yang sewajarnya. Sekiranya masyarakat Cina cuma semata-matanya menunjukkan perasaan ketidakpuasan tanpa memikirkan akibat, ia adalah amat berbahaya.

Orang Melayu juga merupakan orang Malaysia

Daim berkata, Kita adalah orang Malaysia. Orang Malaysia diutamakan, kedua dan ketiga juga adalah orang Malaysia. Daim berpendapat sebahagian besar orang Melayu menganggap dirinya orang Malaysia kecuali orang yang bersifat perkauman.

Semua orang meminta keadilan, kerajaan juga berusaha dalam mengurangkan ketidaksamaan. Semasa DAP mengkritik bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir bahawa kesilapan Dasar Ekonomi Baru (DEB), ini adalah kenyataan yang emosi.

Dasar Mahathir bertujuan membasmikan kemiskinan, dan hakikatnya, kita berjaya pencapaian.

Dasar Ekonomi Baru tiada unsur perkauman

DEB tidak membezakan kaum, oleh itu pembangunan kampung cina tidak diabaikan. Namun, sebahagian dasar tidak dilaksanakan dengan baik, ini adalah masalah pelaksanaan, bukan masalah dasar.

Daim berasa, Model Ekonomi Baru yang dilancarkan oleh Najib pada ketika ini juga tiada sebarang unsur perkauman. Setiap dasar dihendaki masa untuk membawa perubahan. Sekiranya kesilapan wujub boleh memberi pembetulan, ini adalah demokrasi.

Perkasa hanyalah NGO

Perkasa hanyalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ia boleh menjerit atau membuat perkara lain tapi tidak boleh melangkaui Perlembangaan Persekutuan.

Dari perspektif orang Malayu, orang Cina mempunyai NGO berjuang untuk hak orang cina seperti Dong Zong dan pertubuhan Cina yang lain.

NGO tersebut telah lama mewujud di negara ini. Tapi masyarakat orang Melayu hanya mempunyai Perkasa yang baru-baru ditubuhkan sahaja.

Walaupun Perkasa dilihat berhubung rapat dengan UMNO, tapi Daim berasa yang terpenting adalah dasar kerajaan. Dasar-dasar dirangka oleh kabinet yang ditubuhkan oleh pelbagai kaum, bukan dari orang di luar.

Mahathir tidak miliki kuasa sebenar

Tun Mahathir tidak mempunyai kuasa sebenar selepas beliau berundur. Pengaruhnya hanya adalah beliau seorang bekas Perdana Menteri. Rakyat mahu pandangan yang berbeza, orang Melayu suka mendengar pandanganya.

Daim tidak berasa Mahathir masih boleh mempengaruhi dasar kerajaan. Dalam UNMO juga tidak mempunyai kuasa Mahathir. Kerajaan mementingkan pandangan Mahathir hanya kerana warga Malaysia menghormati orang tua.

Orang Cina tidak percaya Anwar!

Pergerakan Reformasi mengakibatkan DSAI menjadi Ketua Pembangkang dan juga tokoh digemari oleh belia. Namun begitu, Daim tidak berasa DSAI adalah tokoh golongan belia. Menurutnya, orang Cina di malaysia tidak percaya DSAI. Orang Cina hanya mempergunakan DSAI untuk mengubah rejim, dan DSAI mempergunakan orang Cina untuk mengambil alih Putrajaya.

Kepimpinan dan dasar merupakan elemen terpenting bagi memerintah sebuah negara. Sekiranya DSAI mengagihkan 20 peratus – 50 peratus pendapatan cukai minyak kepadaTerengganu, Sabah dan Sarawak. Dimanakah dapat wang untuk pembangunan?

”BN memberi RM500 kepada rakyat dikatakan tindakan rasuah, tapi DASI berkata nak memberi RM1000 setiap tahun kepada rakyat tidak seorang kata ini tindakan rasuah. Beritahu saya, apakah perbezaannya? ”

”Semasa berada di parti pembangkang, anda boleh memberi apa-apa perjanjian. Tapi semasa mengambil kuasa pemerintahan, anda kena berfikir, kemanakan wang itu datang?”

PAS akan laksana hudud?

Menurutnya, PAS dilihat kesederhanaan, tidak lagi menyebut negara Islam tapi hanya negara kebajikan, dan juga bekerjasama dengan DAP. Namun begitu, pasti mengambil perhatian bahawa selepas mengambil kuasa pemerintahan, PAS akan melaksanakan hukum hudud dan islamisasi.

Pengundi cina adalah pragmatik, mereka mengenai ancaman pakatan antara PAS dan DAP. Meskipun mereka tidak memuaskan UMNO, tapi apa yang mereka nak adalah kemajuan dan pembangunan secara kemakmuran, kestabilan, keamanan.

Anwar hanya ingin jadi Perdana Menteri

Daim turut menyatakan bahawa keinginan DSAI hanya adalah menjadi Perdana Menteri. Beliau tidak mempunyai dasar bagi negara ini. Sekiranya Pakatan memenang PRU, anda tidak akan tahu dasar beliau dan juga arah masa depan. Ini kerana DSAI tidak mempunyai dasarnya.

Apakah bentuk demokrasi yang rakyat mahu? Bentuk demokrasi Parti Keadilan? Pengundinya lebih daripada ahli parti semasa pemilihan parti. Bentuk demokrasi DAP? Kuasa kepimpinan berpindah daripada ayah kepada anaknya. Bentuk demokrasi PAS? Pelaksanaan dasar islam adalah demokrasi mereka.

”Adakah perubahan rejim membawa manfaat? Adakah perubahan semestinya menukar rejim? Pengundi harus faham, sekiranya perubahan secara besar-besaran akibat bergelora, ini adalah perubahan yang mereka mahu?”

"N.A. lulus Lesen Arak? CAKAP TAK SERUPA BIKIN! Adakah itu Munafik..?"

sumber

sumber
"JOMO terus menerus merasa hairan, tatkala PAS yang kononnya ingin menegakkan negara Islam dan tidak mahu bersama saudara islamnya sendiri (Parti UMNO), namun bersekongkol dengan DAP parti yang terang-terang menolak negara Islam..."

"Orang PAS tolak Arak? Kita tahu akan Arak itu haram... Bila haram maka Haram... tapi, menghairankan, bilamana Ostad-Ostad ini menuduh UMNO/BN yang bukan-bukan, tapi, Nik Aziz sendiri mengaku meluluskan lesen menjual arak... Bukankah itu menggalakkan lagi gejala sosial dikalangan rakyat? Kalau UMNO/BN yang lulus terus dituduhnya MUNAFIK sehingga ada yang mengkafirkan pula... Tapi, bila puak PAS ni buat, apa macam?"

JOMO Kata: Apa Maksudnya MUNAFIK ya OSTAD?

TAKJUB BEB!!! "PASIR dan SAMPAH Tarikan Baru Pelancong...?"

sumber

"Keadaan kacau bilau yang membuatkan masyarakat mula naik muak dengan kerajaan Pakatan di Selangor ini terus-menerus mengundang kemarahan rakyat.... Rakyat seprti dipermainkan dengan propaganda politik seperti EMAS tetapi keadaan realitinya hodoh dan busuk seperti Sampah..."

Bagaimana mahu mengurus negara Malaysia, bilamana pengurusan Sampah dan PASir pun tak boleh diselesaikan? Nak tunggu berapa lama?

JOMO Kata: Sedikit KOMPIUS! Adakah sampah ini boleh menarik pelancong? Malu Kita.....

INFO PANAS! "Pengiraan gaji Baru....?"

Ini adalah pengiraan gaji bagi mereka yang berada pada gred 17 dalam SSM yang baru.... (kenaikan 13%)...



lebih lanjut baca penerangan Di sini 

Tahniah The Plain Yard di atas inisiatif ini.... Cuma kita akan tunggu JPA untuk pengesahan kiraan yang sebenar....

JOMO Kata: Apapun TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada kerajaan di atas initiatif dan keputusan bijak ini....

PROTON BARU GEMPAK!!!! TAHNIAH PROTON! TAHNIAH MALAYSIA!



KUALA LUMPUR 14 Mac - Harga model kereta terbaharu Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton) P3-21A yang dijangka diperkenalkan kepada umum pada penghujung bulan ini berada sekitar RM62,000 hingga RM75,000 sebuah, berbeza mengikut varian yang ditawarkan.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, tempahan model itu juga telah dibuka kepada orang ramai dengan harga tempahan awal serendah RM500.
"Tempahan ini juga boleh dilakukan di seluruh gerai pameran Proton di seluruh negara," katanya semasa berucap bagi merasmikan Pameran Automotif Proton, POWER OF 1, di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

Model P3-21A akan ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.6L CFE Premium, 1.6L CVT Executive dan 1.6 MT dengan menawarkan enam warna iaitu Merah, Hitam, Putih, Perang, Biru dan Perak.

PANAS!!! "Protes DIAM Dalam PAS... PKR...?" Geram Nak MampuS!

"Kekalutan yang berlaku dalam pakatan terutamanya PKR yang langsung tidak tahu ke mana hendak dituju, terus menerus meningkatkan kemarahan penyokong malahan ahli mereka sendiri... Di mana silapnya??? keadaan PAS yang kian hari kian uzur, disebabkan campurtangan Makhluk Ghaib yang punyai kuasa besar menentukan halatuju PAS juga menimbulkan terlalu banyak curiga dikalangan penyokong dan ahlinya..."



"Protes dalaman ujud tanpda pengetahuan pemimpin mereka... Sedangkan mereka tahu akan hakikat bahawa, penyokong totok PAS yang selama ini berjuang menentang KAFIR jahat kini serba salah dalam perjuangan mereka.... Tiba-tiba, kali ini PAS nak lantik pemimpin parti dikalangan orang Bukan Islam???? Ini perjuangan APA????"

JOMO Kata: Tak tahu Komen... Hancur lagi baik kot... Kan RAFIZI???

HABIS! "Anak Muda Kita Bangga GIRLPRENG bawa Tidur Sekali...?"

Terlalu banyak dan menakutkan keadaan anak-anak muda kita pada hari ini... Umpama keadaan sosial yang sukar untu dibendung... Inikah yang diajar oleh IbuBapa kita di rumah? Mana nilai-nilai murni agama? Semacam agama itu sudah dipermainkan oleh anak-anak muda yang tidak bertanggungjawab ini... Salah siapa?
"
"
Mohon disiasat....?

JOMO Kata: Bila agama sudah boleh dibuat main-main, masakan kita mahu melihat orang lain untuk menghormati agama kita... Sedarlah kita akan hakikat, agama hanya boleh disebarkan melalui dakwah bukannya dengan mempolitikkan agama atau menggunakan agama sebagai dividen mendapatkan kuasa politik... Ajarilah anak-anak kita menganai pengamalan agama yang sebaiknya...

Bersama Hindari SEKS Bebas! Junjung JIMAK, cegah ZINA!

Buat Apa Dik? Khalwat Ker?

Sangat menakutkan bilamana kanak-kanak sendiri sudah tahu akan SEKS dan kemaluan?
sumber
JOMO Kata: Kalau sebelum ini sudah ada kanak-kanak bercumbuan (luar negara) , tak mustrahil anak kita di sini pun boleh jadi seperti itu andai tiada kawalan dan didikan agama yang cukup.... Kurangkan MEMPOLITIKKAN AGAMA , Mantapkan DAKWAH AGAMA....

Thursday, 15 March 2012

GEMPAK! "Malaysia Kedudukan No.3 'Pasangan' Curang...?"

JOMO terkejut membaca artikel ini... Apakah benar seperti yang dinyatakan? Masakan Begitu???

JOMO Kata: "rm.... Mungkin jugalah... Orang Curang ni mana mau bagitau... Tengok kes Video main dengan China Doll tu... Ada nak Ngaku??? Dengarnya ada video lain lagi.... Betulkah??? Mesti GEMPAKKKKKKK!!!! Itu tak masuk yang diTANGKAP BERKHALWAT BEB....."

- Rakyat Malaysia di tangga ketiga sebagai pasangan paling curang di dunia seperti yang dilaporkan oleh China Press.

Menurut tinjauan yang dilakukan, 33% lelaki di Malaysia mengaku bahawa mereka tidak jujur kepada pasangan-pasangan mereka. Negara Thailand pula 54% di tempat pertama di ikuti oleh Korea Selatan dengan peratusan 34%.

Russia dan Hong Kong di tangga ke-empat dan ke-lima dengan peratusan masing-masing 32% dan 29%.

Sebilangan 39% wanita di Malaysia juga mengaku bahawa mereka pernah mengkhianati pasangan. Dua negara di tangga teratas pula ialah Nigeria 62% dan Thailand 59%.

Wanita Russia di tangga ke-empat paling suka berlaku curang di dunia sementara Singapura di tangga ke -lima.

Tinjauan itu dilakukan oleh sebuah syarikat pengeluar kondom, Durex berdasarkan tinjauan terhadap 29,000 orang di 36 buah negara seluruh dunia.

Tinjauan itu juga mendedahkan bahawa secara purata, lelaki Malaysia mempunyai 3 orang pasangan seks sepanjang hidup manakala Hong Kong dan Singapura di tangga teratas dengan jumlah 16 orang pasangan seks sepanjang hidup. Data ini adalah yang tertinggi di Asia.
-sumber

BONGKAR! "YB.ZUL Akui PKR telah Terima Bantuan YAHUDI..." Jahanam kita....



"Sanggupkah kita terus diperdaya oleh tokoh tukang karut tanahair Anwar Bin Ibrahim... Partinya yang seolah-olah suci dari dosa terus menerus menjadi duri dalam daging kepada kehancuran Pakatan Rakyat.... Sedar atau tidak, anda lihatlah sendiri video ini...."

Penglibatan badan-badan asing dalam pakatan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dah lama berlaku sebab saya sendiri ketika bertindak sebagai peguam dia pun, kita menerima bantuan asing. Kita menerima input, khidmat nasihat dan lain-lain daripada pihak luar dan sebagai wakil rakyat sendiri pun banyak program-program yang dianjurkan pihak asing ini,” ujar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin.... GPB



SUBAHANALLAH! "Azan Mengembangkan Bunga @Azerbaijan...?"

Inilah antara kebesaran Allah yang pastinya menjadikan kita sedar akan hakikat kejadian ini... Allah itu maha Besar... Inilah yang berlaku di Negara Azerbaijan, bilamana bunga mekar ketia azan dilaungkan...





EKSLUSIF! "Anifah Jelaskan 'Kekalutan Pakatan' Tentang Isu Malaysia-Israel..."

"Nampak sangat kebodohan pemimpin pakatan ini semakin hari semakin teruk....? Anwar dah nyanyuk....?"



"kah Kah Kah..... Cerita 3 Budak Bengong....?"


JOMO Kata: Apa lagi... Ketawa lah.... tak faham pun tak pa... :)

PANAS! "PKR KANTOI LAGI! Gadis Hotel Sebagai Dalang...?"

Sekadar Hiasan... Siapa Dalang?

Pakatan Rakyat melalui PKR, parti yang sah-sah menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat yang kian rapuh telah memcanangkan isu Invoice dari Hotel Shangri-la kepada Pejabat Perdana Menteri kononnya Perdana Menteri telah menggunakan dana kerajaan untuk menampung majlis pertungangan anaknya...


Cubaan demi cubaan untuk mengaibkan Perdana Menteri yang kita tahu sedang meningkat naik dihati rakyat telah menyebabkan mereka seperti Meludah Ke Langit diaman Ludah itu menimpa wajah mereka sendiri... Bagaimana?

"Maklumat terbaru yang JOMO dapat, pihak Hotel sendiri tidak tahu-menahu akan invoice tersebut... Dikatakan juga, ada 'Orang' di dalam hotel itu sendiri yang telah mengeluarkan satu invoice terus kepada Pejabat Perdana Menteri dan menghilangkan invoice tersebut (original) demi menunjukkan Perdana Menteri menggunakan duit kerajaan untuk membiayai majlis anaknya...? Walhal PM sendiri pun tidak tahu menahu akan kejadian ini.... Orang ini dibayar oleh sesorang yang bekerja keras untuk melihat nama Perdana Menteri jatuh....? Siapakah yang membayar? Berapa Jumlah wang yang dibayar? Yang paling penbting, siapa dalangnya?"

Dalang ini masih disiasat identitinya.... Semua maklum bahawa, pembiayaan kos majlis anak Perdanaq Menteri ini dibiayai oleh Perdana Menteri dan keluarganya... Langsung tiada kaitan dengan Pejabat Perdana Menteri...

JOMO Kata: Dah tahu ketika ini informasi bergerak laju... Takkanlah PM nak buat kerja macam ini... Ada gerakan yang ingin menjatuhkan PM.... Pengarah Strategik Pilihanraya PKR rafizi sila Jawab....

baca juga Khazanah


"ZINA SEMASA KONSERT! Jahanam...."


"Dunia makin hari semakin tua nampaknya bilamana aktiviti dosa semakin berlaluasa seperti dunia ini DIA YANG PUNYA.... Yang ni satu lagi, berlaku dinegeri Orang Putih bilamana konsert telah pesongkan dengan aktiviti tidak bermoral yakni ZINA... Ianya dilakukan oleh sepasang kekasih yang tidak ada rasa malupun, malah bangga dengan apa yang mereka lakukan.... Apakah ini yang kita mahukan?"


JOMO Kata: Bersama kita berdoa Malaysia dijauhi perkara sebegini.... TOLAK JUGA LGBT!

Wednesday, 14 March 2012

BONGKAR LAGI! "PERANGAI SEBENAR ANWAR..."

"Inilah perangai sebenar 'Makhluk Hina' yang diangkat oleh Isterinya sebagai  Anugerah Tuhan....?"






PANAS ESKLUSIF! "Banner Pemaisuri di HINA Negeri DAP...?"


"Gambar ini JOMO perolehi dari seorang kawan dari Negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP... Beliau berasa bertanggungjawab terhadap Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong sebagai Wanita Utama Negara ini..." Apa yang pelik?

"Persoalannya, kenapa Banner Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong sengaja diletakkan di bawah Banner Promosi Jualan Murah? Bukankah ini menghina darjat Pemaisuri Agong sebagai simbol kepada Negara kita? Apakah ini agenda DAP di Pulau Pinang untuk menghina Pemaisuri Agong dan agenda busuk mereka tidak menghormati KEDAULATAN Institusi DIRAJA di NEGARA ini...?"

"Sangat menakutkan agenda busuk DAP yang menjadi dalang disebalik isu ini... langsung tidak sensitif terhadap orang Melayu dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.... Nampak sikap kurang Ajar parti Chauvinis ini.... Apakah ini antara propaganda mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Republik @ Tidak beraja...??? "

TEPUK DADA TANYA IMAN KITA....

DAP sila Jawab!

JOMO Kata: Daulat Tuanku! Menjunjung Kasih Tuanku! 

BONGKAR! "Ini BUKTI Anwar Kerap ke Israel... Lawat Bini Muda Ker...?"

Hensem Pak! sumber

Bila rakyat bersuara menyatakan kebencian kepada Anwar di atas kenyataannya untuk mempertahankan keselamatan Israel, rakyat terus dituduh yang bukan-bukan... Anwar dan konco-konconya terus menerus mengalihkan isu ini  dengan mengatakan orang tak tahu membaca dan kerajaan kononnya sengaja putar belit....

Bila rakyat dikatakan tidak faham apa yang diperkatakan olehnya, rakyat menuntut beliau untuk SAMAN Wall Street journal, kerana kenyataannya itu diambil dalam artikel yang disiarkan oleh Wall Street Journal... tapi, dia langsung tidak mengambil tindakan yang dikehendaki oleh rakyat... Dikatakan pula, Blogger Pro-Kerajaan putar-beit isu...

Apa ni? Kesi akaun anak-beranak beliau di Israel pernah dibangkitkan oleh beberapa orang Blogger sebelum ini baca (di sini) langsung tidak pernah di respon olehnya, tapi, apa pula kali ini? Anwar dan konco-Konco Sila Jawab!

JOMO Kata: Persoalannya! "Apa tujuannya ke Israel? Apa kaitannya dengan Israel? Apa dia buat di Israel? Takkan Nak Lawat Bini Muda Kot? Kalau Bini Muda Takkan YAHUDI?" Kali ni Nik Aziz Nak kata apa pulak?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

"Indahnya Kehidupan Berbaik-Baik..."

sekadar hiasan....

Malaysia telah merdeka lebih 54 tahun, alhamdulillah kita hidup aman dan damai... Walupun tidak dinafikan keeratan antara kaum masih boleh ditambahbaik, namun, kehebatan Malaysia hari ini yang didiami oleh penduduk berbilang kaum dan agama telah menjadi contoh kepada ramai negara diluar sana...

Hari ini kelihatan keeratan itu nampak semacam rapuh atas kerana perbezaan politik sempit beberapa orang dan pihak... Kenapa begini? Bukankah datuk dan nenek kita dahulu bersusah payah membina negara ini sehingga berada ditahap ini hari ini?

JOMO Kata: Jadinya, janganlah kita gadaikan apa yang telah kita kecapi hari ini hanya disebabkan perbezaan politik dan ketamakan kuasa yang teramat sangat.... HINDARI PERPECAHAN, HAYATI PERBEZAAN!

KANTOI LAGI!!! "ANWAR TIPU NIK AZIZ dan RAKYAT..."

baca Kedah Ke KL

"Dalam setiap ceramahnya, dia akan menggunakan nama Pak Sheikh itu Pak Sheikh ini... Kalau dahulu beliau ingin menjatuhkan kerajaan BN zaman pak Lah, dia gunakan nama pemimpin itu pemnimpin ini... Sampai semua orang terpesona... Walaupun pada hakikatnya semua itu adalah omong-omnong kosong demi kuasa Putrajaya...."

Menjaga keselamatan Israel...? Guna Nama HAMMAS? Ini dia jawapan Biro Politk HAMMAS....






"TERKENCING BEB, OLEH KJ...?"

Hiasan...

"Anwar sekali lagi dikenakan oleh Khairy jamaluddin mengenai kenyataannya untuk melindungi keselamatan israel... Beliau yang sebelum ini pandai memutar-belitkan fakta, hampir-hampir saja terkucil oleh sentapan daripada Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu...?"

Persoalannya, Anwar tahu akan hakikat soalan itu? Maksudnya juga berbeza? Ataukah dia yang pernah menjawat Timbalan Perdana Menteri Malaysia tidak tahu berbahasa Inggeris?

KUALA LUMPUR 13 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersentak apabila menerima serangan balas daripada seorang penyokong kerajaan yang membuktikan bahawa sokongan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terhadap usaha melindungi keselamatan negara Israel adalah bersifat mutlak dan bukannya bersyarat.
Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) (gambar) ketika mendedahkan perkara itu berkata, ia jelas kerana maksud contingent (syarat) oleh The Wall Street Journal (WSJ) bukan merujuk kepada sokongannya melindungi keselamatan Israel, sebaliknya merujuk kepada pertanyaan sama ada Anwar mahu mengiktiraf negara Israel atau sebaliknya.
Menurut beliau, kenyataan Anwar seperti disiarkan di WSJ pada Januari lalu terbahagi kepada dua iaitu pertama mengenai sokongan Ketua Pembangkang itu terhadap usaha melindungi keselamatan Israel dan kedua, pengiktirafan negara Israel. UM
JOMO Kata: Anwar dah kena... Apa lagi nak diputarnya selepas ini?

Pergh! "AMOI dan GADIS Promo Sarung Tangan Di Parlimen...?"

Sekadar hiasan...

JOMO pun tak tahu lah nak kata apa... Masa-masa nak dekat pilihanraya nbi, macam-macam perangai pemimpin pembangkang yang kita lihat.... Tak hormat YDPA dan Parlimen, dengan tidak memakai pakaian rasmi pun ada... Takkanlah baju basah der?


Yang satu ni lain pula.... Pergi promo sarung tangan memasak dan berkebun kat parlimen... Inikan dewan mulia, apalah mereka buat mencari publisiti murahan ni ya?

"*Macam kenal amoi dan gadis tu kan? Opsss.... Amoi ker? Gadis ker? Dah macam Mak tuuuuuuttttt JOMO tengok....."

JOMO Kata: HORMATILAH PARLIMEN.... Buat perangaipun biarlah bertenmpat....

baca juga di sini

"HENTIKAN GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP LELAKI..."

Mungkin ramai yang tidak sedar akan hakikat bahawa pemakaian wanita sangat sensitive di mata lelaki... kenapa? Wanita ini sifatnya adalah cantik, jadinya apa saja yang mereka lakukan akan memberi perhatian kepada kaum lelaki....
Sumber FB

Sedarkah kita, pemakaian seksi dikalangan wanita ini juga menyebabkan jantina 'lawan' terseksa? Kena fikirlah sendiri... 

JOMO Kata: Sekarang ni banyak isu sosial melibatkan gangguan seksual lelaki kepada perempuan... Jadi, Kurang-kurangkanlah seksi tu yer... :)

Tuesday, 13 March 2012

"Payu Dara Besar di Hollywood...?" Bakal Naib Presiden PAS macamana ya?

"Ah... Laju jer kan tangan....? Dah-dah.... Jangan nak fikir yang lain-lain..... Orang ni namanya Rachel Aldana... Baru 24 tahun... Tapi, Punyai Payudara besar beb....."

contoh.....

JOMO Kata: Pak Nuar tak minat ker ni? Abang Bard cane? Eli Wong pun kalah kalau perempuan macam ni? lePAS ni PAS dah boleh lantik jadi Naib Presiden dari kalangan BUKAN ISLAM kan....? jadi, nak lantik yang macamana ya? jeng... jeng... jeng..... Tungguuuuuu...... 

BINGAI! "Bob Lokman Nak Zamry Mati, Dia Nak Jadi MB Ker...?"

Aku tak tahulah apa nak jadi dengan Bob Lokman ni.... Dulu kata nak masuk PAS selamatkan akidah keluarga....? sekarang ni doakan orang bagi Mati pulak? Alahai......



WAJIB TAHU! "BONGKAR ASAL LOGO JATI Yang diTuduh Tiru YAHUDI...?"

Terbongkar! kalau sebelum ini ada suara-suara sumbang yang menyatakan bahawa logo JATI diambil dari logo Yahudi... Di sini JOMO sertakan Bukti asal usul logo JATI...

Pembentukan Nebula Asas Logo JATI

Apa yang menakjubkan di sini adalah proses kehancuran bintang sehingga bertukar menjadi bentuk bunga ros ini dinyatakan oleh Quran. Dalam surah ar-Rahman ayat 37, 
فَإِذَا انشَقَّتِ السَّمَاء فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَان 
Maksudnya:”Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah mawar seperti kilapan minyak, maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu ingin dustakan?”
Ayat ini menceritakan mengenai langit yang sedang melalui proses kehancuran dan pada masa itu berubah menjadi merah seumpama bunga ros yang menyinar. 
Pembentukan Nebula yang sangat indah membuktikan kekuasaan Allah Yang Maha Kuasa yang menjadikan setiap sesuatu dengan penuh hikmah untuk kita gali.
Semoga perjuangan menegakkan IMR ini akan terus mantap dan menyumbang dan kami seru perdamaian dan perpaduan atas Nama allah dan RasulNya. Mari bersama menggalas perjuangan ini dan siap-sedia berhadapan dengan musuh-musuh islam. Takbir! Allahuakbar!!


JOMO Kata: Ini jawapan kepada mereka yang bangsat menuduh tanpa bukti....

"Demonstrasi Di Sabah Di Kutuk..?."

Dari Blog APS


Hari ini KECOH Sabah bilaman ada satu demonstrasi jalanan di Hadapan bangunan Innoprise pejabat Ketua Mentei Sabah... Pehimpunan yang tidak mendapat sambutan rakyat di Negeri Sabah ini tetap diadakan walaupun mendapat cemuhan oleh penduduk sekitar kerana menyebabkan kesesakan lalu lintas bagi pengguna jalanraya di sana... 
Seorang sahabat APS sempat memberi sms ringkas "Perhimpunan demonstrasi jalanan yangdisertai tidak sampai 100 orang ini dianggap menyusahkan rakyat dan penduduk sekitar..." Ini bukan budaya kita, kenapa perlu ikut budaya semenanjung yang tidak baik ini? 
Difahamkan demonstrasi ini didalangi olehg pemimpin PAS Sabah yang diketuai oleh Hishamuddin Sulaiman, Lahiru Latigu tidak mendapat sambutan dan sokongan daripada parti komponen pembvangkang yang lain terutamanya dari SAPP dan DAP... Nampak seolah-oleh pembangkang di Sabah sangat rapuh dengan tiadanya kesefahaman dikalangan mereka... 
Dikatakan juga, mereka yang menyertai perhimpunan ini adalah daripada penyokong PAS dari pedalaman sepertri rawau, Lahad Datu dan Sandakan... Namun, yang menghairankan mereka tidak pula menyerahkan memorandum kepada wakil Ketua Menteri Sabah semasa perhimpunan itu... Kenapa? 
APS Kata: macam buat kerja sia-sia... sudahlah dikutuk... Menyusahkan rakyat lagi.... Alahai pembangkang.... RAKYAT SABAH TOLAK DEMONSTRASI JALANAN!

JOMO Kata: Kesiannya.... Jagalah Sabah baik-baik... Jangan ikut budaya luar....

"SANTAI BR1M... Dah Habis Der...?"


Alahai.... Kalau sebeloum ini pemimpin-pemimpin pembangkang ini heboh 1 malaysia kononnya pengunguman PM untuk memberi rtakyat bantuan RM500 dianggap sebagai rahsuah... Masalahnya... Ramai juga dikalangan penyokong pakatan ni ambil dan guna duit tu....

Hairankan... Kalau UMNO/BN je semuanya RAHSUAH, yang pembangkang dok bagi duit dengan rakyat tu apa? sedekah? Kesiannya..... macam-macamlah..... 

JOMO Kata: Kena batang hidung depa baru tengada.....

PANAS! "Akhirnya Gambar 'SECRET' Abg Bard yang dibongkar....?"

Dari Blog sahabat JOMO My Massa


Ada apa dengan gambar ini?..


Cuba bandingkan dengan bukti yang ini...

Bini nombor berapa ni wak?

Bagaimana pula dengan yang ini?...

Ina Fiona ni bini nombor berapa pulak?

JOMO Kata: Inilah manusia hipokrit... Memang betulah.... Ketuanya begitu, pengikutnya juga begitu.... Ada yang main sama China Doll masih tak mengaku lagi....