Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 3 March 2012

Sekitar Kejohanan Bola Jaringn Puteri UMNO... Mantaplah Puteri ku....


Selama 2 hari sehingga esok.... Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia 2012 diadakan di Stadium Juara Bkt Kiara, K.Lumpur Seramai 80 pasukan yang menyertai kejohanan ini mewakili pasukian seluruh  Malaysia....










JOMO Kata: perasmian disempurnakan oleh Dato Seri Raja Nong Chik.... Siapa Menang? TAHNIAH PUTERI! Dekati Rakyat.....

ORANG SEPANGGAR! "TOLAK SAPP, SOKONG UMNO/BN..."

Memalukan....


"Sedarkah kita siapa ini Datuk Yong Teck lee? Bekas ADUN LIKAS mulai tahun 1985 hingga 2002 dan pernah menjadi Ahli Parlimen Gaya 1999-2002... Pada ketika itu rakyat kononnya terpedaya dengan perjuangannya bersama BN... Namun, akhirnya bilamana partinya SAPP menang 2008 melalui BN, beliau telah mengkhianati BN dan kepercayaan rakyat sepanggar atas dasar TAMAKKAN KUASA...."

Apa jadi baru-baru ini...
TV3








Pengundi Sepanggar Patut Tolak Yong Teck Lee dan Parti SAPP...

"Kesinambungan daripada kes saman sejuta terhadap Yong Teck lee oleh Datuk Harris, hampir rata-rata pengundi dan penduduk di Sepanggar Parlimen P.171 yang diwakili oleh YB Eric Majimbun SAPP sangat kecewa dan terkilan buat kesekian kalinya dengan SAPP yang kini semakin hari semakin tersasar jauh daripada perjuangan membela Rakyat... Apatah lagi setelah mengkhianati kepercayaan Rakyat Sepanggar dengan meninggalkan BN..."

Apa yang dibuat untuk Sepanggar?

"Selain hadir majlis kahwin apa yang dia buat untuk rakyat sepanggar? Masalah rakyat apa yang dia lakukan? Pengundi bumiputera yang semakin hari dihimpit dengan mnasalah hidup di Sepanggar apa yang dia buat? semuanya terpaksa ditanggug oleh UMNO Sepanggar untuk melaksanakan harapan dan amanah rakyat.... SAPP? jadinya Rakyat Perlu TOLAK SAPP...."

Sangat Memalukan! rupanya dia ini adalah kaki fitnah bilamana pada 29 Februari 2012 lepas Mahkamah telah memerintahkan beliau akibat FITNAH terhadap Mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Salleh berhubung mahas pesawat pada 6 Jun 1976 yang telah mengorbankan ketua Menteri Sabah pada ketika itu...

Apa kaitan dengan Sepanggar?

Walaupun beliau bukanlah MP Sepanggar, Namun, oleh kerana parti SAPP yang diketuainya dan YB Eric Majimbun sebagai orang nombor 2 dalam SAPP kes ini sebenarnya telah menyebabkan kesan yang mendalam terhadap penduduk di parlimen Sepanggar... Kasihan Sepanggar....

bercakap dengan beberapa penduduk Sepanggar.... "Rakyat Sepanggar sudah tidak tahan dengan permainan politik murahan SAPP... mereka mengharapkan terutamanya kepada UMNO di Sepanggar untuk tidak lari dari perjuangan membela nasib rakyat... Kebanyakan mereka mahu agar SAPP akan hilang dihati dan mata penduduk sepanggar kerana rakyat diSepanggar sangat benci kepada pemimpin yang tidak pandai bekerja, hanya tahu memfitnah dan suka mengadu domba....."

APS Kata: "Perlunya Pengundi parlimen Sepanggar perlu menolak pemimpin semacam Yong Teck Lee dan konco-konconya pada Pilihanraya UMUM akan datang...."

JOMO Kata: Sedarlah wahai penduduk Sepanggar.... Jangan dikhianati lagi....

WOW! "Israel Bina Pelindung BOM... Takut Batu palestin ker?"



TEL AVIV, Israel – Israel membina sebuah pusat perlindungan bom di bawah bangunan sebuah plaza dekat Teater Kebangsaan Habima di sini.
Kerja-kerja bagi membina pusat perlindungan itu kini memasuki peringkat terakhir.

Pusat perlindungan itu mempunyai tempat tinggal untuk lebih 1,600 orang.
Ia merupakan sebahagian daripada infrastruktur pertahanan di sini.
Pusat perlindungan itu mempunyai sistem penapisan bagi memastikan orang ramai yang berlindung masih dapat menghirup udara yang tidak tercemar walaupun terdapat satu serangan kimia.

Ia dibina sebagai sebahagian daripada kerja-kerja pengubahsuaian sebuah bangunan pawagam yang siap dilakukan pada lewat tahun lalu.
Jurucakap Kementerian Pertahanan, Roi Flyshman berkata, pusat perlindungan itu amat canggih.

Pusat perlindungan itu merupakan tempat meletak kereta bawah tanah yang telah diubahsuai.
“Sejumlah tempat meletak kenderaan di negara ini boleh menjadi pusat perlindungan dan kami akan mencontohi pembinaan pusat perlindungan bom itu,” katanya.

Ketua Pengarah Pusat Perubahan Sourasky di sini, Gabi Barbash berkata, sebuah tempat meletak kereta bawah tanah boleh diubah menjadi sebuah wad kecemasan dengan 1,000 buah katil dalam tempoh 48 jam.
Pusat perlindungan bom itu dibina ketika timbul spekulasi bahawa Israel akan menyerang Iran ekoran isu program nuklear. – Agensi - Kosmo

JOMO Kata: "Alahai.... Takkan Batu Rakyat Palesti pun takut.... tunggulah di Akhirat nanti...."

Friday, 2 March 2012

WOW! "Blogger NO.1 UMNO Akhirnya Mengganas Macam Singga...."


Akhirnya blogger no.1 'numoro uno' yang menulis melalui blog PapaGomo yang sangat kebal kerana mendapat 'perlindungan khas' dari individu tertentu di Kementerian Pertahanan Malaysia menjawab 'fitnah' saya berhubung persaraaan awal Laksamana Madya Dato Wira Jamil Osman melalui tulisan saya yang boleh di baca [SINI]


Jika bukan kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman, saya yakin sampai ke sudah PapaGomo diam dan tidak akan menjawab apa-apa berhubung isu tersebut. Sebagaimana beliau gagal menjawab cabaran yang dilaungkan oleh Anuar Mohd Nor sebelum ini tentang tuduhan 'Trojan Horse'.


Pertama sekali saya tetap mempertahankan apa yang saya nyatakan dalam tulisan sebelum ini bahawa salah satu sebab Dato Wira Jamil Osman bersara awal adalah kerana kes seorang blogger no.1 'numoro uno' yang menaiki Scorpene tanpa kebenaran bertulis dari Kementerian Pertahanan Malaysia.


Saya tidak rasa individu yang bertaraf Panglima Armada akan mengaku bahawa itu salah satu punca beliau bersara awal kepada umum kerana kita tahu bahawa jika itu alasan dikemukakan kepada umum, ianya akan memperlihatkan Dato Wira Jamil Bin Osman terlalu 'bodoh' bersara awal hanya kerana seorang blogger. Sedangkan kita tahu tidak lama lagi beliau akan menjawat jawatan Panglima Tentera Laut.


Tak gitu Dato Wira Jamil Bin Osman?


Baiklah tidak mahu mengulas panjang-panjang kerana saya melihat PapaGomo sendiri pun tidak mampu menjawab atas beberapa perkara yang berbangkit. Jadi jika bukan seorang Panglima Armada TLDM dan pihak TLDM yang memberikan PapaGomo kebenaran memasuki Scorpene sebagaimana ditulisnya :


Persoalannya siapa yang membenarkan PapaGomo memasuki Scorpene, dan mendedahkan rakaman serta identiti kru KD Tun Razak kepada umum?


Siapa yang lagi berkuasa dari Panglima Armada TLDM, kerana kita tahu Menteri Pertahanan sendiri menafikan bahawa beliau memberi kebenaran kepada blogger menaiki Scorpene sebagaimana beliau nyatakan :
"Jika kita membenarkan mana-mana blogger untuk pergi, orang lain akan minta juga," - Zahid Hamidi.
Nampaknya banyak pihak terpaksa menjawab, adakah begitu mudah orang awam menaiki KD Tun Razak lalu memaparkan segala rakaman dan wajah kru?


Jika begini mudah sistem keselamatan negara dan segala kelengkapan KD Tun Razak 'diakses' oleh orang awam berstatus blogger no.1 'numoro uno' nampaknya lemah benarlah sistem keselamatan negara kita sekarang ini.


Saya risau selepas ini berduyun-duyun rakyat Malaysia ingin menaiki KD Tun Razak atas alasan mahu melaksanakan 'misi sulit' yang amat penting sama sekali. Tetapi akhirnya memaparkan segala rakaman, wajah-wajah kru di laman blog yang mana ianya boleh di akses oleh rakyat dari seluruh negara.


Adakah sesiapa mahu mengatakan tindakan PapaGomo memaparkan segala wajah-wajah kru serta keadaan dalaman ruang sulit KD Tun Razak adalah perkara yang dibenarkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia?


Jadi saya bagi PapaGomo 3 hari untuk menjawab saya, siapa lagi berkuasa yang membenarkan PapaGomo memasuki ruangan sulit KD Tun Razak selama 5 jam serta merakamkan segala wajah-wajah kru KD Tun Razak?


Akhir sekali PapaGomo usah khuatir atau gusar, status blogger no.1 di Malaysia tetap menjadi milik PapaGomo, tiada siapa mampu merampas takhta tersebut.


YY : Selamat bersara Dato Wira Jamil - Kalau tak boleh jawab gua dalam masa 3 hari, gua nak panggil lu pondan bro PapaGomo boleh? hehehe...


JOMO Kata: Siapa betul? Tepuk dada tanya diri kita.... Siapa makan cili dia rasa pedasnya.....

rujuk Y-Y

"APA??? POLIS KUANTAN JADI MUTANT....?"

Kasihan dengan anggota Polis... Niat mereka untuk menjada kemanan Negara sering disalah tafsirkan oleh pihak pembangkang.... Ada saja yang tak kena... Tengok semasa himpunan bersih dahulu, tak habis-habis hentam polis... tapi, bila masalah dihadapi oleh puak-puak pembangkang ini, polis juga yang mereka cari untuk bantuan.... Kenapa tak suruh jer pengawal pribadi tu jaga? bangangnya......

Jom tengo gambar-gambar polis berjaga semasa himpunan Hijau di Kuantan....








































 



Dibawah ini pula gambar yang diambil setelah pendemo bersurai dimana Himpunan Dosa 2.0 tersebut gagal.










Tahniah PDRM!




JOMO Kata: TAHNIAH kepada pihak polis di atas pengawalan yang baik.... Orang Luar kuantan jer yang ramai masa tu....

baca juga keris



Dan ada juga pantauan daripada udara oleh pihak PDRM.

HAMBIKKO LYNAS!!! "Buat Mereka Yang Bodoh dan Pura-Pura Bodoh....?"

hiasan....
"Himpunan Hijau bukanlah satu kumpulan yang mahu mengharmonikan dan menyelamatkan Malaysia seperti yang mereka dakwa, sebaliknya ialah adalah sebuah agenda bersifat ‘anti-ekonomi’ oleh pihak-pihak tertentu yang bertujuan menakut-nakutkan pelabur asing dari terus melabur di Malaysia.


Antara produk yang menggunakan bahan dihasilkan dari tanah jarang

Para pelabur antarabangsa memerhati tindakan Kerajaan Malaysia menangani desakan puak pelampau yang berselindung diatas matlamat kononnya menyelamatkan alam sekitar. Apakah Kerajaan Malaysia cukup kuat untuk mempertahankan kemasukkan pelaburan asing atau akan menjadi longlai dan tunduk kepada tekanan puak pelampau ini.

Penentang pelaburan kilang pemerosesan kimia oleh Lynas Corporation adalah golongan pelampau yang didalangi oleh beberapa kerat ahli politik songsang.
Kilang pemerosesan Nadir Bumi atau dalam bahasa hari-hari boleh disebut sebagai ‘tanah jarang’ ini adalah tidak lebih dari sebuah kilang kimia. Di negara asalnya, pengangkutan bahan tanah jarang ini boleh dilakukan seperti anda mengangkut anak dan isteri anda pulang ke rumah mertua, tiada spesifikasi khas apa lagi memerlukan label bahan radioaktif.

Pada sidang medianya di Shah Alam hari Jumaat lepas, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat , YB Che Rosli Che Mat, seorang pakar di dalam bidang nuklear sekali lagi menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa, kilang kimia Lynas adalah selamat.
“Pendirian saya tetap sama seperti yang pernah saya cakapkan sebelum ini, iaitu projek ini perlu diteruskan dan saya akan tetap menyokongnya selagi Lynas selamat dan dipantau sepenuhnya,”
ujar bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu.
Rosli yang merupakan lambang kecendikiawanan di dalam Parti Islam Malaysia (PAS) diatas ketinggian ilmu sainsnya merupakan kelulusan doktor falsafah di dalam bidang Sains Nuklear daripada University of Lancaster di United Kingdom.


YB Che Rosli, Saintis Nuklear tempatan, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat.

Rosli juga berkali-kali menjelaskan bahawa kilang Lynas di Gebeng bukanlah kilang nuklear atau loji nuklear maupun makmal penguraian dan mengayakan uranium.

Kadar radiokatif yang bakal dikeluarkan oleh kilang Lynas di Gebeng secara teorinya tidak lebih daripada kadar radiasi yang dikeluarkan oleh kebanyakan kilang-kilang lain di sekitarnya.

Rosli berkali-kali menegaskan bahawa tanah jarang adalah bahan ‘tabii’ dan  lombong tanah jarang di Mount Weld, Australia adalah jauh lebih rendah keluaran radiasinya daripada lombong bijih yang peninggalan legasinya menjadi taman tema dan kawasan perumahan di merata-rata tempat di Malaysia.


Baru-baru ini Kerajaan Malaysia secara adil telah meluluskan Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas Corporation dengan syarat-syarat ketat. Tujuan pemberian lesen operasi sementara ini adalah bagi membenarkan Lynas memulakan operasinya dan pada waktu yang sama pihak-pihak terbabit di Malaysia dapat memantau operasi Lynas sama ada benar-benar selamat seperti yang tercatat di dalam semua laporan.

Tanpa membenarkan Lynas beroperasi, Kerajaan Malaysia dan pihak pemantau tidak dapat melihat kesahihan dakwaan Lynas mahupun dakwaan puak pelampau.
Pemberian lesen ini bukan berisiko tinggi kerana pada waktu ini berdasarkan segala laporan dan kajian yang telah dibuat oleh pelbagai agensi terbabit bersetuju bahawa operasi Lynas akan selamat dan mengikuti piawaan antarabangsa.


Namun tanpa membenarkan Lynas beroperasi, ia kekal sekadar di atas kertas.
Walaupun lesen sementara itu telah diluluskan buat Lynas bagaimanapun Lynas hanya boleh menerima lesen itu setelah ia memastikan ia patuh kepada syarat-syarat khas pengeluaran lesen tersebut. Itulah yang dikatakan sebagai risiko rendah.

Untuk Lynas beroperasi sementara, Lynas diwajibkan oleh Kerajaan Malaysia mengeluarkan satu surat akujanji bahawa segala lebihan dan sisa buangan dari kilang itu hendaklah di bawa keluar dari Negara Malaysia.

Lynas juga dikehendaki untuk menyerahkan satu pelan pembinaan dan pengurusan kemudahan pelupusan kekal (PDF) yang berlokasi di kawasan tidak berpopulasi.

Kerajaan Malaysia juga mengkehendaki Lynas memastikan segala sisa cecair dan gas hendaklah terlebih dahulu dirawat oleh Lynas bagi memastikan ia mencapai tahap piawaian keselamatan yang diterima pakai antarabangsa sebelum dibebaskan dari kilang tersebut.

Hanya setelah Lynas membuktikan bahawa operasinya adalah selamat seperti yang didakwa dan diperakui oleh semua pihak berwajib, barulah lesen sebenar akan dikeluarkan.

Ini merupakan sesuatu yang amat waras. Lebih waras lagi ialah nasib 420 anak tempatan yang hampir kesemuanya anak Melayu kini mencari makan dengan Lynas. Kos pengurusan yang melebihi RM400 juta setahun adalah sesuatu yang amat tinggi dan diperlukan di dalam menjana ekonomi hari ini. Oleh itu adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan untuk mengabaikannya dengan mudah semata-mata ada penentangan yang tidak berasas.

Penentangan terhadap Lynas boleh menggugat kemasukan pelaburan asing. Para pelabur mahu kepastian bahawa pelaburan mereka selamat dan kerajaan hari adalah kerajaan yang mengotakan janjinya.

Ketakutan pelabur adalah sesuatu agenda yang baik buat pembangkang. Kekurangan pelaburan adalah juga sesuatu yang boleh dimanipulasikan oleh pembangkang yang bijak. Tetapi mengatakan Lynas adalah sebuah kilang yang menghasilkan radiokatif yang merbahaya adalah sesuatu yang bodoh bagi pembangkang.

Saya masih rasa pembangkang di Malaysia tidaklah berdiri begitu rendah apalagi sesuai disebut sebagai bodoh.
Ustaz Hadi, Presiden PAS berkata dalam ucapannya pada 5 Jun 2011 di Terengganu yang antara lainnya menyeru perwakilan PAS bertindak secara bijaksana.
Kata Ustaz Hadi,
“Saya hendak membangkitkan isu Lynas yang dibangkitkan oleh perwakilan. Saya minta isu ini dirujuk kepada pakar. Kita ada pakar nuklear, Dr. Rosli Che Mat. Dia mempunyai PhD dalam bidang nuklear….”
Dan Dr. Rosli sudah memberikan penjelasannya kepada kita. Dr. Rosli juga berkata bahawa dakwaan-dawaan terhadap kilang Lynas hari ini adalah, “tidak saintifik dan tidak akademik”. Bagaimanapun ada diantara kita masih mahu mendengar dakwaan yang tidak saintifik dan tidak akademik itu.
Ustaz Hadi turut membuat kesimpulan berikut,
“… nak tahu pasal kelapa sawit jangan tanya pakar getah,”.
Fuziah Salleh orang paling kehadapan dengan pelbagai dakwaan tidak saintifik dan akademik merupakan Ahli Parlimen PKR dan bukan pakar getah, tetapi Fuziah juga bukan pakar nuklear. Mungkin Fuziah adalah mutasi hasil ujikaji berlebihan Anwar Ibrahim di dalam politik Malaysia.

Langkah wajar boleh diambil oleh pengarah filem tersohor Malaysia, saudara Mamat Khalid untuk memasukkan watak Fuziah di dalam filem Zombie nya yang baru. Mungkin menerusi watak itu, Fuziah boleh menjadi ‘zomba terlampau’."


JOMO Kata: Alahai... mana Kawan-Kawan yang tak faham lagi ni.... Cuba-Cuba lah Bertobat... Jangan jadi PEKAK! Pura-pura tak faham......

PERGH! Kemuliaan Cinta....? jaga-jaga Ostat!


Bagaimana kita memaknai cinta? Cinta punya pelbagai telahan dan tafsiran. Walaupun sudah pelbagai buku terbit bicara akan cinta, maknanya masih tetap luas seluas pemilik cinta itu; Allah SWT. Malahan Imam Ibnul Qayyim sendiri pernah berkata sukar untuk mendefinasikan cinta itu. Ibnul Qayyim berkata, terkadang cinta membawa maksud al luft (kelembutan). Terkadang cinta satu makna dengan rahmah atau kasih sayang. Kadang cinta bermakna thadiyah atau pengorbanan. Kadang cinta dekat dengan itsar iaitu mendahului orang lain walaupun dirinya amat memerlukan.

Pengaruh Cinta

Begitu dalamnya makna cinta ( Al Mahabah) sampai-sampai ada yang mengeluarkan pendapat tentang makna cinta seperti “Hati yang buta untuk melihat selain orang yang dicinta, tuli untuk mendengar selain yang dicinta”. Seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadith:

“Kecintaanmu terhadap sesuatu mampu membuat buta dan tuli” (HR. Ahmad).

Menurut Imam Ibnu Jauzi pula, cinta adalah kecondongan jiwa yang sangat kuat kepada satu bentuk yang sesuai dengan tabiatnya, maka jika pemikiran jiwa itu kuat mengarah kesana, ia akan selalu mengharapkannya. Oleh kerana itu pula, biasanya penyakit baru akan selalu muncul bagi orang yang sedang jatuh cinta, demikian huraian beliau dalam kitab Dzammul Hawa.

Demikianlah impak cinta, pengaruhnya boleh menjadi positif bahkan mampu mengheret kita kepada negatif.
Abu Umar az-Zajaji pula berkata, aku pernah bertanya kepada al-Junaid, tentang definasi cinta, lalu ia berkata, “Cinta adalah anda mencintai semua yang dicintai Allah pada hamba-hamba-Nya dan membenci semua yang dibenci Allah pada hamba-hamba-Nya.” Inilah benchmark kalau mahu bercinta. Kayu pengukur samada cinta kita itu benar atau tidak, ianya merujuk kepada matlamat cinta itu. Apakah ia selari dengan kehendak Allah SAT atau sebaliknya.

Cinta berbeza dengan syahwat. Cinta itu mesti baik, suci, bersih dan mendapat redha Allah. Sedangkan syahwat adalah cinta yang ternoda. Cinta yang ternoda akan membawa kita kepada kehancuran, kelalaian dan terhalang dari menerima petunjuk Allah SWT. Namun cinta syahwatlah yang menjadi arus cinta anak muda hari ini. Apabila bicara cinta sahaja, kita akan melihat anak-anak muda terpesona dengan keindahannya sehingga melupakan kebesaran Allah SWT. Apabila cinta kita mengenepikan kebesaran Allah SWT kita akan kehilangan keindahan yang paling besar, iaitu keindahan syurga. Justeru kalau kita terlepas keindahan syurga, ke mana kita akan pergi nanti di akhirat?

Kemuliaan Kita Bermula Dengan Keimanan

Kemuliaan cinta yang bersih kerana Allah akan membawa kemuliaan buat diri kita di akhirat dengan meraih syurga. Dalam sahih al-Bukhari, Rasulullah SAW menjelaskan kemuliaan cinta yang melayakkan seseorang meraih syurga Allah SWT. Ada seorang arab badwi bertanya kepada Rasulullah SAW. “Ya Rasulullah, bilakah hari kiamat?” Kemudian Rasulullah bertanya, “Apakah yang telah kamu persiapkan untuk menghadapinya.” Lalu arab badwi itu menjawab. “Aku tidak menyiapkan sesuatu untuk menghadapi kiamat, kecuali hanya cinta Allah dan Rasul-Nya.” Lalu Rasulullah SAW menjawab, “Fainnaka ma’a man ahbabta, sesungguhnya engkau kelak di hari kiamat berada bersama dengan apa yang engkau cintai.”

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda; “Demi Zat yang jiwaku ada dalam genggamanNya, kamu sekalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai”. HR Muslim.

Dalam hadith di atas, persiapan keimanan menjadi asas kepada pembinaan cinta sesama manusia. Bermakna, proses pembinaan iman adalah yang paling asasi sebelum membina cinta yang Allah redha. Tanpa keimanan yang benar, maka manusia akan terjebak dengan cinta syahwat. Inilah permasalahan kita, kita mahu merasai keindahan dan kebahagiaan cinta, tetapi kita tidak bersedia menyiapkan diri kita untuk beriman dengan Allah SWT dengan sebenar-benar iman sehingga melahirkan perasaan cinta berpaksikan wahyu. Hari ini ada yang rela melanggar syariat demi cinta, mengapa? Kerana hatinya tidak disiapkan dengan iman.

Kalau begitu, dalam Islam susahlah nak bercinta? Ada pula yang merasakan cinta sesama manusia (antara lelaki dan wanita) itu haram atau tidak digalakan dalam Islam. Ini pandangan yang salah. Allah menuntut kita sebagai muslim saling mencintai kerana Allah. Namun, Allah membimbing kita agar membina cinta berasaskan iman bukan nafsu. Lihatlah di Barat hari ini, mereka memperjuangkan kebebasan dalam berhubungan baik antara sesama jantina mahupun berlainan jantina, Akhirnya hari ini mereka menghadapi masalah kelahiran anak luar nikah dan berkesedudukan antara lelaki perempuan sehingga merosakan insitusi kekeluargaan mereka.

Makin parah mereka menghalalkan perkahwinan sesama jantina atas dasar kebebasan individu. Situasi ini akan melahirkan generasi masa depan yang celaru dan hilang makna kemanusiaan sebenar. Di negara kita juga saat ini kelahiran anak luar nikah semakin berkembang, penceraian rumahtangga kalangan yang baru berkahwin semakin meningkat. Bahkan ribuah perkahwinan dibina atas asas syahwat justeru berlaku porak peranda dalam institusi kekeluargaan. Apakah hal ini kita sedari?

Jalan Meraih Cinta Allah

Islam tidak pernah menghalang cinta. Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW;

“Barangsiapa ingin memperoleh kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya kerana Allah SWT.
Luarbiasa, Islam telah mendepani garis panduan dalam persoalan cinta kerana Allah amat memahami akan naluri manusia. Islam tidak pernah memisahkan persoalan cinta dengan persoalan iman. Masalahnya kita yang memisahkannya kerana kelemahan jiwa kita yang tidak diisi dengan keimanan. Atau kita tidak membesar dengan biah (suasana) keimanan.

Mencintai seseorang kerana Allah merupakan sebahagian dari proses meraih kenikmatan iman. Justeru siapa kata Islam melarang cinta, bercintalah kerana Allah kerana ianya akan menyuburkan iman.

Dalam hadith Qudsi Allah berfirman; “CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang saling berkorban keranaKu, dan CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang menyambung hubungan keranaKu”.

Indahnya bila cinta kita berpaksikan iman. Hanya kerana mencintai seseorang kerana Allah, maka Allah akan mencintainya pula. Subhanallah. Inilah rahsia kenapa para sahabat Muhajirin dan Ansar diiktiraf sebagai sebaik umat. Mereka membina cinta sesama mereka kerana Allah. Mereka meletakkan iman mereka kepada Allah dan Rasulullah SAW di hadapan dalam membina kecintaan. Mereka bahagia dalam cinta yang hakiki. Kehidupan mereka penuh dengan kasih sayang dan kecintaan pada yang satu, Allah SWT.

Hiduplah di bawah naungan cinta dan saling mencintailah kerana keagunganNya, nescaya akan mendapatkan naungan Allah, yang pada hari itu tidak ada naungan selain naunganNya.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda; “Pada hari kiamat Allah berfirman: Dimanakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari yang tiada naungan selain naunganKu ini, Aku menaungi mereka dengan naunganKu”. (HR Muslim)

Mari kita membina cinta yang membangkitkan prestasi terbaik kita di akhirat kelak. Kita meletakkan aspirasi cinta agung kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW kemudian untuk orang-orang soleh, untuk keluarga kita, untuk sahabat-sahabat kita yang ikhlas bersahabat dengan kita, dan kita cinta akan diri kita.
Jangan sampai cinta yang bersih yang seharusnya dapat menghantarkan kita ke syurga, dikotori dengan tindakan kenistaan kita akibat gejolak hawa nafsu. Dalam sebuah hadith qudsi, Allah berfirman pada hari kiamat, “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku, pada hari ini aku akan lindungi mereka pada hari tidak ada perlindungan kecuali perlindungan-Ku.”

Energi Cinta Yang Mendasyatkan Peribadi

Mari kita arahkan energi cinta kita untuk berprestasi sebagai hamba Allah. Mari menjadi hamba Allah kerana kita cinta kepada Allah, insyaAllah kita akan mudah berprestasi sebagai hamba-Nya yang baik di dunia. Mengapa para sahabat RA memiliki prestasi yang luarbiasa sehingga memberi implikasi besar kepada sejarah ketamadunan manusia? Kerana cinta mereka yang begitu besar kepada Allah SWT. Lantas mereka dicintai oleh Allah, Rasul, para malaikat dan seluruh penduduk bumi.

Dalam sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang menyatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda;

“Kalau Allah sudah mencintai seorang hamba, Dia memanggil Jibrail dan berkata, ‘Aku mencintai fulan, cintailah dia.’ Jibrail pun mencintainya, kemudian Jibrail pun berseru di tengah penduduk langit, ‘Diumumkan bahawa Allah mencintai si fulan, kerana itu cintailah dia.’ Maka seluruh penduduk langit mencintainya.

Lalu disampaikan kepada penduduk bumi, dan seluruh penduduk bumi mencintainya.Inilah penangan cinta hakiki, mendasyatkan peribadinya di sisi Allah dan makhluk-Nya. Tidak teringinkah kita membina cinta kita atas paksi ini, samada kita membina cinta sesama manusia apatah lagi cinta kepada suami, isteri dan anak-anak. Jom meraih cinta yang mendasyatkan di sisi sang pemilik cinta…Allah SWT.!

Sumber

PANAS! "Ustaz Kazim Kelakar Jadi Pondan...?"



cayalah ustaz! Mantap! :)

RAHSUAH: TIADA BERAT SEBELAH! "Datuk Rahman Di Dapati Bersalah..."

SHAH ALAM 29 Feb. - Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantu khasnya, Rosli Busro didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan rasuah membabitkan lapan tuntutan palsu bagi program yang tidak dijalankan, empat tahun lalu.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap lapan pertuduhan itu.
Beliau bagaimanapun menetapkan esok untuk mendengar rayuan bagi meringankan hukuman oleh kedua-dua tertuduh melalui peguam mereka sebelum menjatuhkan hukuman.

Terdahulu, peguam Afifuddin Hafifi memohon agar rayuan dan hukuman ditangguhkan esok kerana kedua-dua anak guamnya memerlukan masa untuk membuat persediaan bagi membayar denda yang dianggarkan sebanyak RM400,000. UM

JOMO Kata: "Yang Salah tetap Salah... Tapi, ada ruang untuk merayu... Ada Sorang tu, Dia Salah dia Tuduh Orang lain Salah... Apa Kes?"

GEMPAR!!! "MAYAT BINI KEBUMI BAWAH MEJA...?"

JOMO Kata: Macam-macam benda pelik orang akan buat kalau dah terlalu sayangkan... Ikutlah Landasan dan syariat agama....
Macam-macam giler ler manusia sekarang nih..mari kita ikuti kisah seorang suami yang tidak dapat menerima realiti kematian isteri kesayangannya.Oleh kerana terlalu mencintai isterinya,Jeff Green,32,yang menetap di Arizona,Amerika Syarikat amat menderita dan mengalami tekanan perasaan yang serius apabila isterinya telah meninggal dunia.Untuk mengatasi penderitaannya Jeff telah melakukan sesuatu yang sungguh luar biasa dan gila. Isterinya yang bernama Lucy telah meninggal dunia akibat penyakit jantung pada usia 29 tahun. Kata-kata terakhir Lucy sebelum kematiannya ialah,"Kita akan bertemu lagi di syurga"Tetapi kata-kata terakhir dari isterinya itu tidak cukup untuk menyakinkan Jeff.

Semasa urusan pengkebumian hendak dijalankan tiba-tiba Jeff mengambil keputusan untuk tidak membiarkan Lucy pergi meninggalkan dirinya begitu saja.Dengan kebenaran pihak berkuasa Jeff telah di benarkan untuk membawa mayat isterinya pulang ke rumah.Oleh kerana semasa hayatnya Lucy amat menyukai sesuatu yang lucu,maka Jeff mendapat idea yang pasti disukai oleh mendiang isterinya iaitu menjadikan mayat Lucy sebagai meja kopi untuk diletakkan di ruang tamu rumahnya.Untuk memenuhi idea gilanya itu Jeff telah menempah satu meja kaca khas berharga US$ 6000.00 yang berupaya menghilangkan bau busuk mayat isterinya itu.

Bagi Jeff ianya satu pelaburan yang berbaloi.Beberapa rakan-rakan dan saudara-maranya begitu takut untuk pergi kerumahnya selepas kejadian itu.Tetapi ada juga beberapa orang kawan-kawan baiknya tetap menghormati keputusan beliau itu dan terus melawat beliau. Apesal


Thursday, 1 March 2012

"Ust.Azhar Menganjingkan Orang....? BENGONG!"





JOMO Kata: Janganlah kita menganjingkan sesiapa... Apatah lagi 'AWAK' itu Ustaz.... Masy'Allah....

Kau LIKE, Aku BENCI! "Apa Maksud LIKE DALAM FB...?"

LIKE & SUKA..
actually banyak la maksud bila LIKE status di fb..






LIKE tanda suka..
'suke2'


LIKE tanda berbalas like mereka
'die da like kt wall aku, aku kne balas like'



LIKE tanda terima kasih
'tq so much'




LIKE tanda 'ok saya faham maksud awak'
'cyan nye kau,xpe ak paham..'




LIKE tanda 'malasnye nak komen..like jela..'
'apa aku nak komen nih..? like je la..'




LIKE tanda pemberi semangat..
'owh..semangat aku datang balik'




LIKE tanda perli..grrr
'senang la sangat...macam bagus..'




LIKE tanda puji
'setiap kata2nya ade maksud..bagus2!'



LIKE tanda friendship n tanda berjinak2 untuk berkawan..



LIKE tanda 'aku dapat ilmu baru..'
'ohhh..baru ku tahu..'




LIKE tanda minta maaf setelah melukakan hati orang tu..
'sorry awak,,saya terlepas cakap tadi.. '




LIKE tanda xde kerje lain da nak buat kt fb tu..
'apa die merepek ni..like je la..'




LIKE tanda 'untungla..'
'untungla..'




LIKE tanda benci..mcm ni pon ade..
'hate this status!'



dan banyak lagi maksud2 tersirat dan tersurat...


rupanya banyak maksud disebalik LIKE status fb..
pada di luar sana sedarlah hakikat maksud LIKE jangan terlebih perasan pulok
LIKE bukan hanya untuk suka tapi boleh membawa maksud yang lain..





tapi ade gak orang yang macam ni..

'when Mina Mono like this


JOMO Kata: "Kadang-kadang Orang LIKE FB Kita adakah dia SUKA? Orang LIKE Anwar adakah Orang SUKA dia? Bla lah....."

Sumber