Friends Of Jomo Malaya

Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 25 February 2012

"Chegu Bard Menjerit depan Seratus Orang...?"

"Himpunan Hijau anti-Lynas yang kononnya ingin membantah kilang Lynas di Gebeng... Malam ini satu ceramah perdana di kuantan untuk menarik sokongan penduduk kuantan datang esok pagi telah mencapai kegagalan..."

Kenapa?

"Ceramah yang kononnya akan dihadiri oleh 10 ribu orang hanya omong2 kosong banner... Beliau menjerit melalak sampai tak ingat dunia, rupanya depan kurang 1ribu orang penonton... Alahai... Mana 9 ribu yang lain?aha"

Ceramah Anwar menipu?

"JOMO sangat kasihan dengan Anwar ini... Tatkala rakyat sudah mula meninggalkan beliau, beliau masih terus menggunakan pendekatan lama menipu lama berceramah... Menggunakan nama orang lain yang kononnya menyokong beliau dan kerap kali merayu sokongan rakyat untuk menyokong beliau menjadi perdana menteri... Persoalannya, adakah orang PAS dan DAP mahu dia yang jadi PM? Atau hanya melalak sendiri tanpa mengetahui bahawa rakyat sudah tahu akan kebohongan dia selama ini...?"

JOMO Kata: "Dia sibuk melalak ceramah tapi lupa orang dia ditangkap berkhalwat di kuantan... Dengan bini orang lagi tu? Apa crita?..."

TOLAK Pakatan!

Bodoh Panas! "Apa Yang @Fuziah99 Tidak Tahu pasal Lynas...?"

Tahukah Fuziah bahawa peralatan elektronik yang amat anda hargai mengandungi bahan dari Nadir Bumi@Rare Earth...?"

"Langkah-langkah penting telah diatur bagi memastikan pemprosesan Nadir Bumi di Kilang Lynas di Gebeng selamat dan Tidak memberi ancaman kepada manusia dan alam sekitar..."

"Kilang Lynas bukan ancaman nuklear, ia hanya menghasilkan sebahagian kecil dari keperluan untuk menghasilkan peralatan elektronik kesayangan anda wahai Fuziah..."

Jadi Fuziah apa lagi? Hentikan HIPOKRASI anda!

JOMO Kata: "Bersama kita menyokong Lynas! Katakan Tidak kepada mereka yang HIPOKRIT menentang Lynas...!"

"Rupanya Fuziah Penyebar Radioaktif di Kuantan...?"

JOMO nak tanya, adakah Fuziah Tahu apa itu 'rare earth'...? Antara kegunaan Rare earth ini adalah sebahagian daripada 'part' untuk mobile device terutamanya bagi pengguna smart phone di seluruh dunia... Ia juga digunaka dalam banyak benda yang kita guna seharian seperti TV, aircon, lcd, dan banyak lagi...

"JOMO nak tanya, Fuziah ni guna hp apa erk? Apa dia guna untuk tonton movie di rumah?..."

"Secara asasnya, Fuziah telah membuat keputusan yang sangat kurang bijak apabila mahu menyekat sebuah kilang yang ingin membantu malaysia dalam pembuatan rare earth yang digunakan oleh semua orang hari ini..."

Fikir2kan...

"Cinta Kerana ALLAH!" "POLITIK PUN SAMA! BUKAN KERANA PUTRAJAYA!"

hiasan semata.....

Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.” Mendengar itu, isterinya bertanya lagi “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?” Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang. “Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhluk-Nya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah.”

Tiada satu pun perkara dalam dunia ini terlepas dari ciptaan Allah. Seandainya kita mencintai seseorang, sedarlah bahawa orang itu juga adalah ciptaan Allah. Maka yang manakah perkara yang lebih layak dicintai? Penciptanya atau penghasilan-Nya? Sudah tentu penciptanya kerana kita sendiri adalah makhluk yang diciptakan-Nya. Mana mungkin kita mampu mempunyai rasa cinta dan kasih sayang seandainya diri tidak dilahirkan ke dunia ini.

Oleh itu, adalah satu kesalahan andainya kita tidak sandarkan rasa suka, kasih sayang dan cinta yang kita miliki ini pada Allah yang menciptakan kita semua. Seharusnya rasa cinta yang hadir kepada manusia itu menambahkan lagi rasa cinta kita kepada Allah kerana hal itu telah menyempurnakan hidup kita.

Apabila kita mencintai seseorang kerana Allah, kita akan mendekatkan dirinya kepada Allah. Kita juga mahu dirinya mendekatkan diri kita kepada Allah. Segala salah silap ditegur demi mendapat keredhaan Allah. Bukan membiarkan dirinya hanyut dan leka dalam nikmat dunia. Kita dapat perhatikan ramai manusia membiarkan pasangannya bergelumang dalam kehidupan penuh maksiat sedangkan dalam masa yang sama dia mengaku mencintai pasangannya. Cinta seperti ini bukanlah cinta yang dikehendaki dalam Islam dan inilah contoh gambaran cinta kepada manusia bukan kerana mereka mencintai Allah.

Menurut Syeikh al-Kubrawiyyah, asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar.

Allah telah berfirman dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud:

"Pasti mendapat kecintaan-Ku bagi dua orang yang sayang menyayangi kerana-Ku, dua orang yang duduk bersama-sama kerana-Ku, dua orang kunjung-mengunjungi kerana-Ku, dan dua orang yang tolong menolong kerana-Ku."

Firman-Nya lagi dalam hadis Qudsi yang lain bermaksud:

"Mana dia orang yang bercinta kerana keagungan-Ku? Hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah naugan-Ku, iaitu hari yang tiada naungan selain dari naungan-Ku."

Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:

"Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah."

Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu kerana membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya ataupun barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan dalam hal ehwal kehidupannya yang menerusinya ia mampu hidup senang lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta tabii, cinta biasa yang tiada kena mengena dengan Allah. Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata-mata dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya, tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan.

Allah Taala telah berfirman yang bermaksud:

"Sahabat-sahabat pada hari itu, satu sama lain akan bermusuhan kecuali orang yang bertaqwa."
(Az-Zukhruf:67)

sumber
JOMO Kata: JANGAN MELAYU LAWAN MELAYU.....

Friday, 24 February 2012

POLITIK Ker PANAS! Rupanya KECEWA DENGAN LISA? Aiman tak Kisah!!!"

"Bengonglah mamat Sorang ni! Ada pulak kecewa.... Daulu time Lisa tak kahwin taknak pula pikat dia, sekarang ni pula frust menonggeng! BONGOK!aha...." Kisah dongeng mamat frust.... Tapi, Aiman Tak Kisah....

JOM layan foto-foto perkahwinan penerima Anugerah Khas Puteri UMNO Malaysia baru-baru ini... puan Lisa Surihani.... TAHNIAH LISA! teruskan perjuangan dalam seni bersama si Abang!












JANGAN MELAYU LAWAN MELAYU.....

INI BARU PANAS! "GAJI-GAJi-GAJI-GAJI.... YAHUUUU NAIK!!!!..."


"Baru-baru ini, Cuepacs dan JPA telah berbincang dan menangguhkan SBPA bagi menilai semula insentif kepada kakitangan lain. Terkini, Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.
 
Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Tuntutan Kenaikan Gaji

  1. Gred 1 hingga Gred 16  (RM700)
  2. Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000)
  3. Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500)
  4. Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) 
  5. Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500)
"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs di mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di Putrajaya hari ini.

Tangga Gaji Maksimum/Mati

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.
"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500," katanya.
Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.

SBPA Tidak Adil

"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji.
"Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.
Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA.

Menuntut Kesaksamaan Jurang Antara Pegawai Rendah Dan Atasan

"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.
Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.
"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya. Sumber"


JOMO Kata: Tunggu yang terbaik.... Jangan hampakan hati penjawat awam yer....

FAHAM TAK? "BUKAN MELAYU PUN DAPAT RASA DEB..."

hiasan......
KUALA LUMPUR 24 Feb. - Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah untuk semua rakyat Malaysia dan bukan hanya untuk orang Melayu atau Bumiputera sahaja.

Beliau berkata, semasa pentadbirannya, DEB juga memberi manfaat kepada orang bukan Melayu yang menjadi jutawan dan bilionair.
"Kawan baik saya (pengerusi Berjaya yang bersara baru-baru ini) Tan Sri Vincent Tan, beliau menjadi bilionair semasa pentadbiran saya, malah (yang berpangkalan di Hong Kong) Robert Kuok menjadi multi-bilionair semasa pentadbiran saya, apabila kami melaksanakan DEB.

"Saya boleh namakan sejumlah besar orang yang menjadi bilionair semasa pentadbiran saya, ia kerana DEB. Jika DEB ini sesuatu yang tidak baik bagi mereka, mereka tidak akan menjadi jutawan dan mereka tidak akan diberikan sebarang peluang langsung,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk “Transformasi Kepimpinan Belia: Meniti Cabaran Wawasan 2020” di Pusat dagangan Dunia Putra di sini.

Dr. Mahathir mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razeleigh Hamzah hari ini bahawa DEB tidak pernah bertujuan melahirkan satu kumpulan kapitalis Melayu tetapi bagi menangani masalah kemiskinan dan meningkatkan penyertaan orang Melayu dalam ekonomi. - BERNAMA

JOMO Kata: "Secara realitinya ini yang berlaku.... Persepsi mengatakan hanya orang melayu dapat untung hanyalah mainan politik pembangkang sejak sekian lama... Pak Nuar dahulu pun menyokong kepada Dasar ini selama 16 tahun dalam kerajaan... jadi sekarang?"

"JANGAN MELAYU LAWAN MELAYU...."

Jangan Main API! "RESTOREN IBLIS MASAK GUNA KAWAH API BUMI...?"

"Ini dia sebuah restoren yang dinamakan sebagai restoren Si Iblis yang menggunakan api daalm perut bumi untuk memasak...."


hiasan.....

ANAK KECIL MAIN API, TERBAKAR HATINYA YANG SEPI... AIR MATA DARAH, BERCAMPUR KERINGAT BUMI DIPIJAK MILIK ORANG....

JANGAN MAIN APAI SAUDARA! KELAK BINASA DIRI!

"MELAYU JANGAN LAWAN MELAYU....."

Sembang Jumaat! "Confirm DAP masuk PAS...?"

"Yahuuuu.... Apa yang UMNO/BN kata semua tak betul.... semua tak benar..... semua salah.... tapi bila sekutu kafirnya? semua ok.... mereka masih baru... ok.... tidak salah....."

Sumber


"MELAYU JANGAN LAWAN MELAYU....."

Thursday, 23 February 2012

JAHANAM! "VIDEO WANITA DISEMBELIH SELEPAS DIROGOL..."

Dari Blog Jiwakacau


Terjah 21SG – Video Wanita Kena Sembelih Selepas... by Rabiatul_Adawiyah

Andai ini benar... maka, mintalah kita semua untuk berhati-hati dan berjaga-jaga.... Awas Kaka, Adik mahupun Anak Perempuan kita... Dunia semakin Gila....

JOMO Kata: Gila betul.... "Macam Ketua Umum yang bukan Ahli PKR tu....?"

Adik Faris Pergi Selama-Lamanya- AL-FATIHAH

dari Blog mazidul


“Salam Mazidul, Faris telah pergi buat selama-lamanya. Mohon maklumkan kepada semua, wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital’

Itu pesanan ringkas dihantar kepada saya oleh ayah Faris pada jam 10.18 pagi tadi.

Takziah Sham, Zuraine dan ahli keluarga.

Ternyata Allah lebih sayangkan Faris Nur Daniel, di syurgalah tempat anak itu, InsyaAllah.

Mewakili keluarga Faris, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada setiap pembaca blog ini dan semua sudi menyumbang, membantu membiayai kos rawatan arwah sewaktu dirawat selama 23 hari.

**Faris Nur Daniel, 6 tahun dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center) sejak 1 Februari. Ketika itu anak kecil berkenaan terkena sawan otak dan kesan pada otak.

Namun, hari ke-4 doktor mengambil air tulang belakang, arwah dikesan mempunyai penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah.

Sebelum ini, selepas 21 hari dimasukkan ke Sime Darby Medical Center, keluarga terbabit menanggung bil berjumlah RM96,957.68.
Kisah Faris asalnya diketengahkan bagi membantu keluarganay menjelaskan bil hospital apabila jumlah insuran kedua ibu-bapanya tidak mencukupi.

*Penulis mungkin tak layak nak cakap banyak, tapi sebagai seorang wartawan, penulis ucap terima kasih pada Mazidul yang dengan tulus hati tidak putus-putus menulis kisah arwah di blognya sebelum ini. Contoh kewartawanan yang prihatin.


JOMO Kata: Setiap yang hidup pasti akan meninggal dunia... AllahuAkbar.... Tapi, kenapa kita masih tidak mengambil Ikhtibar???

"Apa Barang Nik Ajis...?" -Rosnah

sekadar hiasan....

"Pemimpin PAS Lemah....' Kata-kata Spontan dan pedas Ketua Puteri UMNO Mayasia datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlen mengulas keadaan kucar-kacir pembangkang terutamanya PAS yang tidak konsisten terhadap kenytaan Anwar Bin Ibrahim.... "Anwar jumpa Nik Aziz kelentong sana kelentong sini, nada Nik Aziz yang pada awalnya tegas terhadap Anwar sudah jadi lembut macam tahi lembu....?"

Tambah Datuk Rosnah lagi: "Kenyataan Anwar kononnya Datuk Nik Aziz Nik Mat mendengar dan memahami penjelasannya berhubung isu itu juga membuktikan betapa pandangan Mursyidul Am Pas dipandang remeh oleh Ketua Pembangkang,"

"Putar alam yang dibuat oleh Anwar ke atas media sudah diketahui ramai... Wall Street journal yang tulis begitu, dia kata Media UMNO yang salah... Alangkah Kelentongnya Pakatan rakyat ini.... :)"

JOMO Kata: Sana sini tipu.... Jadi Apa lagi??? Bersama tolak PAKATAN!


baca juga PapaGomo

HOT! "CELAKA KAMU...."

sekadar hiasan....

"Hari demi hari sata demi saat JOMO MALAYA melihat PAS seakan sudah tidak bertaring... (Walaupun hakikatnya memang tidak bertaring pun....).. Banyak sekali isu yang dibawa oleh PAS ini menumpang kepada isu yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.... Isu yang ada dengan PAS hanyalah, maki hamun orang Melayu yang tidak sealiran, Hentam sana sini, respon kenytaan Anwar, salah cakap, dan bayak lagi isu-isu bodoh yang lain...."



Bia'ah!

Heboh seantero negara PAS rekrut ahlinya untuk berbai'ah... Masalahnya bai'ah bagaimana? Pemimpin sendiri pun tidak senada dalam soal Agama? Agama bukanlah semata-mata pandangan Politik, tapi, ianya lebih dari itu, kerana ianya melibatkan Tauhid kepada Allah yang SATU!!! Ini tidak, bila ditanya, PAS mengamalkan kebebasan bersuara dalam parti, jadi, kalau macm tu Parti PASOK  MOMOGUN di Sabah pun macam itu... Apa bezanya???

JOMO Kata: "Semakin Hari semakin Celaka....."

PANAS PAGI! Hati-Hati....



Bekerja, bekerja juga... jaga keselamatan diri.... jangan sampai dihempap yer.... :)

JANGAN MELAYU LAWAN MELAYU!!!

Wednesday, 22 February 2012

"BOGEL!" "Cara Orang China Promote Sabun? Apa??? DAP Nak Ikut???"




"Sebuah perusahaan Cina mempekerjakan tiga wanita muda untuk tampil telanjang bulat untuk mempromosikan produk-produk gel Mandi.seperti di nukil dari May Daily,Dengan hanya handuk melilit kepala mereka, mereka mempertontonkan keindahan tubuhnya tanpa malu sama sekali. Sebaliknya, mereka malah mengundang anggota penonton laki-laki untuk membantu menerapkan produknya di tubuh mereka.Aksi pemasaran hanya bekerja sekali, setelah perusahaan yang menyadari bahwa mungkin itu tidak tepat."
 sumber: beritaserius.blogspot.com

JOMO Kata: Mahukah Malaysia Jadi Sepeti Ini??? Mudah-Mudahan TIDAK akan Terjadi!!!

"KATAKAN TIDAK KEPADA SEKSUALITI MERDEKA DAN KEBEBASAN BERSOSIAL TAHAP SYAITAN...."

WAJIB BACA! "TIADA GANTI SUDIRMAN...."

PETALING JAYA: Hari ini (Rabu) bersamaan 22 Februari 2012, genaplah 20 tahun pemergian Sudirman Hj Arshad, penghibur nombor satu Asia. Beliau pergi meninggalkan kita ketika berusia 37 tahun.

Biarpun jasadnya sudah tiada, namanya tetap terpahat di sanubari terutama sekali kepada mereka yang pernah membesar ketika zaman kegemilangan beliau.
Berita kematian Allahyarham diumumkan ke seluruh negara oleh Radio Malaysia Rangkaian Nasional, pada satu pagi, waktu subuh.

Ia amat mengejutkan seluruh peminat tanah air. Ada yang menitiskan air mata kerana tidak percaya akan berita yang didengar itu.
Dan ternyata, pemergian Allahyarham sehingga kini masih tiada penggantinya. Tiada insan yang mampu menandingi kehebatan Allahyarham.
Beliau bukan sahaja penghibur tetapi boleh diumpamakan sepohon rendang yang lebat buahnya.

Pohon itu menjadi tempat bertaut dan tempat untuk menumpang teduh kerana sifat Allahyarham yang gemar menolong. Malah kebaikan beliau sering digunakan oleh sesetengah pihak untuk mengambil kesempatan.
Penulis lirik dan juga penerbit filem Habsah Hassan antara individu yang amat akrab dengan Allahyarham.

Lirik-lirik lagu yang dihasilkan oleh Habsah biasanya mempunyai makna tersirat menggambar hati naluri Allahyarham.
Habsah dalam diri Sudirman bagaikan kakaknya sendiri. Segala masalah di kongsi termasuklah kisah-kisah peribadi.

“Dia antara artis yang benar-benar rapat dengan saya. Dia tidak pernah menyembunyikan kisah peribadinya selain selalu meminta nasihat saya jika berhadapan dengan apa juga masalah.

Sudirman mengadakan sidang media selepas menjadi penghibur nombor satu Asia pada tahun 1989.
 
“Saya benar-benar sayangkan dia kerana dia adalah anugerah Tuhan yang amat luar biasa sekali,” ujar Habsah kepada mStar Online dalam satu temu bual sebelum ini.

Allahyarham adalah manusia yang amat istimewa dan antara artis contoh yang bukan sahaja berjaya dalam kerjayanya tetapi dalam pelajaran.

Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang dan membesar dalam keluarga yang aktif berpolitik menerusi Umno.
Ibunya Romlah Dahalan merupakan wakil rakyat wanita pertama di kawasan Temerloh. Beliau meninggal dunia ketika Sudirman berusia lima tahun.
Kematian ibunya itu menyebabkan bapanya Arshad Hassan berkahwin lain sebekum meninggal dunia pada tahun 1978.

Anak bongsu daripada enam beradik ini melanjutkan pelajaran dalam bidang Undang-Undang di Universiti Malaya pada tahun 1976 sehinggalah berjaya mendapat ijazah dalam bidang berkenaan pada tahun 1980.
Beliau menjalani latihan amalan guaman pada tahun 1984 dan layak menjadi peguam bertauliah. Namun minatnya dalam bidang seni menyebabkan Allahyarham meninggalkan kerjayanya itu.

Sejarah dalam bidang seni Allahyarham terbuka luas apabila beliau berjaya menyandang Johan Bintang RTM yang diadakan di Melaka pada 11 Ogos 1976.
EP pertamanya dihasilkan pada tahun 1977 berjudul Teriring Dosa dan Suratku Yang Initerbitan Warnada Records. Ia diterbitkan ketika beliau masih lagi menjadi penuntut di Universiti Malaya.

Kerjayanya seninya terus berkembang apabila EMI menawarkannya kontrak sebagai artis rakaman pada tahun 1978.

Beliau bukan sahaja mempunyai lagu-lagu yang menyentuh jiwa sebaliknya Allahyarham turut berkeupayaan menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti 31 Ogos, Tegakkan Bendera Kita dan Warisan.

Paling membanggakan pada tahun 1986 Allahyarham dilantik sebagai Duta Nyanyian Pelancongan apabila berjaya mempopularkan lagu Cintai Malaysia, Kenali Malaysiaciptaan Carol Connors dari Amerika Syarikat yang dijadikan tema Tahun Melawat Malaysia pada 1986.

Gegarkan Chow Kit
Kehebatannya tidak terhenti apabila mampu menjadi artis pertama negara dalam sejarahnya yang berjaya menarik lebih 100 ribu warga kota untuk menyaksikan konsertnya di Chow Kit, Kuala Lumpur secara percuma.
Penghasilan konsert itu adalah sebahagian daripada keluhuran budi Sudirman yang sanggup melayan peminatnya tanpa mengira pangkat atau darjat.
Chow Kit adalah simbol untuk mereka yang kurang berkemampuan dan di lokasi itulah Allahyarham memperdagangkan bakatnya untuk para peminat golongan tersebut supaya dapat mendekatinya dalam satu persembahan percuma.
Chow Kit dipenuhi kira-kira 100 ribu orang yang mahu menyaksikan persembahan Sudirman pada tahun 1986.
 
Kemuncak keagungan Allahyarham apabila beliau diumumkan sebagai Penghibur Asia Terbaik, Asia Popular Music Awards Festival yang berlangsung di Dewan Royal Albert Hall, London pada 19 Mac 1989, mengalahkan lapan peserta negara Asia termasuk Anita Sarawak yang mewakili Singapura.
One Thousand Million Smiles dan Send In The Clown menjadi tuah kepadanya dalam pertandingan itu.

Sementara menerusi pertandingan Juara Lagu pada tahun 1987, Sudirman memenangi persembahan terbaik dengan lagunya Merisik Khabar apabila tampil menggunakan pemetik api sebagai simbolik dalam persembahan itu.

Runtuhnya Istana Cinta
Seperti insan lain, Sudirman juga mahu memiliki keluarga dan memilih tarikh 14 Februari 1981 untuk mendirikan rumah tangga dengan Kamariah Jamaluddin tetapi sayangnya, mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa memiliki anak.
Penceraian itu disaksikan oleh rakan Sudirman sendiri iaitu penyanyi Norkumalasari yang menyifatkan suasana sayu menyelubungi perpisahan itu apabila pasangan tersebut tidak dapat membendung tangisan air mata tatkala cerai dilafazkan.

Dua perkara yang benar-benar menyentuh hati Sudirman dalam hidupnya iaitu kematian ibu tersayang dan kegagalan perkahwinan yang dibina.

Bukan Kerana HIV
Kematian Sudirman dikaitkan dengan pelbagai spekulasi sehinggalah ada pihak yang membuat tuduhan kononnya beliau dijangkiti HIV.

Allahyarham sebenarnya meninggal dunia akibat penyakit paru-paru yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna selain turut dikaitkan dengan penyakit misteri.
Malah Habsah Hassan dan juga wartawan veteran Utusan Malaysia, Bahyah Mahmod antara individu yang diberi peluang menatap jenazah Allahyarham pada hari kematiannya.

Imej Jalur Gemilang begitu sinonim dengan Sudirman ketika membuat persembahan.
 
Kata Habsah , tubuh Allahyarham begitu kecil seperti seorang kanak-kanak. Mungkin atas sebab itulah dia enggan gambarnya dirakamkan sewaktu sedang sakit kerana tidak mahu peminatnya meratapi ujian yang dihadapi itu.
Sudirman bagaikan sudah mendapat petanda dia sebenarnya tidak boleh hidup lama. Lagu Salam Terakhir yang ditulis oleh Manan Ngah sementara lirik oleh Habsah itu menggambarkan yang dia akan pergi buat selama-lamanya.

Kemuncak kejatuhan Allahyarham dalam kerjaya seninya bermula pada 17 Julai 1991 apabila dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Tawakal, Kuala Lumpur selama empat hari selepas dikatakan pengsan akibat terjatuh.

Selepas peristiwa itu, Sudirman sukar dijejaki apabila keluarganya merahsiakan lokasi tempat beliau mendapatkan rawatan.
Selama tujuh bulan peminat tertanya-tanya ke manakah hilangnya Allahyarham, akhirnya persoalan itu terjawab apabila beliau dilaporkan meninggal dunia pada 22 Februari 1992 di rumah kakaknya, Datin Rudiah Arshad di Lucky Garden, Bangsar Park.

Dalam suasana pilu, jenazah Allahyarham dikebumikan bersebelahan pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh, Pahang.
Ribuan peminat menziarahi jenazah Allahyarham termasuklah Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Kejayaan Allahyarham dalam dunia seni sehingga berjaya mengharumkan nama negara membuatkan beliau dikurniakan pingat kebesaran Darjah Johan Mangku Negara oleh yang Dipertuan Agong pada tahun 1992 yang membawa gelaran Datuk.

Sudirman, engkau pergi meninggalkan nama bersama jasa yang akan dikenang buat selama-lamanya. Al-Fatihah. Sumber

Mana Parasit??? "MELAYU JANGAN LAWAN MELAYU...!"


UiTM terus memacu kehadapan terutamanya dalam menggalas agenda Melayu/Bumiputera supaya dapat bersaing dengan orang lain bukan sahaja di malaysia malahan diperingkat antarabangsa... Kebanggaan kita kepada UiTM sebagai lambang kepada Institusi pendidikan Melayu terbesar di Dunia ini telah memberikan banyak faedah kepada bukan sahaja orang melayu malahan kesannya turut dirasai oleh semua rakyat di malaysia ini....

Ketelusan dalam pentadbiran yang diamalkan oleh Dato' Prof. Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM pada hari ini telah menimbulkan iri-hati kdikalangan bebebrapa pihak yang dikatakan yang punyai kepentingan dan agenda tersendiri... Mana tidaknya, cara pentadbirannya yang dilihat lebih mesra kepada pelajar dan seluruh warga UiTM kemungkinan tidak disukai oleh mereka-mereka ini...  kalau tidak, masakan pokok bergoyang jika tiada angin...???

Serangan demi serangan dibuat ke atas Dato' Sahol, namun ketabahannya dan kesabarannya telah berjaya menepis satu demi satu serangan pribadi ke atasnya.... JOMO MALAYA masih ingat katanya 'Melayu jangan Lawan melayu', jika Melayu lawan melayu siapa lagi yang boleh mengangkat martabat orang melayu di negara ini...?
“Mereka mewawancara beberapa pegawai UiTM dan memeriksa sistem pemilihan biasiswa (universiti). Didapati tiada bukti salah guna kuasa. Tetapi mereka buat beberapa cadangan untuk menambah baik sistem untuk menjadikannya lebih telus,” kata Shad Saleem. -Sumber
Terbaharu serangan kepadanya, kononnya terdapat ketidak-telusan dalam pemberian biasiswa kepada anaknya... Andai kita faham isi kandungan surat tersebut, sebenarnya ianya memfokuskan kepada keperluan terhadap suatu sistem yang lebih baik agar dapat diamalkan oleh UiTM untuk mengelak daripada tuduhan-tuduhan oleh mereka yang mungkin tidak berpuas-hati terhadap sistem yang sedia-ada...

Secara jelas, Dato' Sahol tidak terlibat dalam pemilihan Calon TPM yang melibatkan anaknya... Anak-anaknya juga mengikuti prosedur dan proses yang telah ditentukan oleh pihak Universiti dan mereka layak untuk diberikan biasiswa tersebut...

Sumber


Inilah akibatnya jika 'Melayu Lawan Melayu'... Irihati terhadap seseorang membuatkan seseorang itu tidak akan senang duduk selagi dia melihat orang lain berjaya dan sukses...

Persoalannya... Bagaimana Dokumen Super Sulit ini terlepas ditangan lain...? Adakah mungkin parasit sedang bermaharaja-lela dalam sistem yang ada....? mungkinkah parasit ini pembunuh dalam senyap....?

JOMO Kata: Teringat seorang pelajar UiTM berkata : "Dato VC adalah Ayahanda kami,siapa yang kacau VC bererti mkacau kami dan UiTM...." Betapa sayang dan hormatnya pelajar dan Warga UiTM terhadap Dato' Sahol....

MEMBISU SERIBU BAHASA!!!


Cintailah Allah Melebihi Segalanya..... Hindari Zina... Hindari hasad Dengki... Hindari kemusnahan.... Hindari MELAYU LAWAN MELAYU!!!

PANAS! "Bengong Tahap BABAN...?"

Sekadar Hiasan.....


Orang PAS Kata : "PAS itu ISLAM dan ISLAM Itu PAS...." Siapa Masuk Islam bererti dia Masuk PAS...? Kenyataan luar kotak macam tiada Otak...?

bagaimana Pula Orang Islam di Negara Yang tiada PAS? DI Jepun? Di Korea? DI China? Dan lain-lain lagi.... Mereka ini Bukan Islam?

JOMO Kata: Lucu Pula bila dengar Artis kata : Dia Masuk PAS pasal nak jaga Akidah dan Iman Keluarganya..... Bukankah iman itu tidak Boleh DIWARISI, walaupun daripada Seorang AYAH yang bertakwa??? Bengong Tahap BABAN....

JANGAN PANAS! Happy Lunch!


Jangan Makan Darah Daging Keluarga Sendiri... Jangan Tikam Belakang.... Jangan Kawan Makan Kawan... Jangan Gigit Tangan Orang yang Memberi....

MELAYU JANGAN LAWAN MELAYU!!!!

Tuesday, 21 February 2012

"Lidah Ular? Tak Boleh Nak Kata Apa?..."

"Putar belit nya semakin hari semakin menjadi-jadi... Terbaharu katanya dia tidak akan menyaman Wall Street Journal kerana menyiarkan kenyataannya menyokong mempertahan keselamatan Negara Israel..."

Beliau terus diserang dari segenap lapisan dan penjuru... Jawapannya senang "kenyataannya telah diputar belit oleh media UMNO... Senangkan?" Masalahnya, kenyataannya dilaporkan ooleh WSJ dan kebanyakan media mengambil bukti daripada akhbar ini...

Ingat kita ni bodoh macam dia ker? Beliau telah berjumpa Nik Aziz dan menyatakan WSJ tidak bersalah... Alahai.... Laporan yang sama oleh media Malaysia, dan dia katan WSJ tidak bersalah... Kalau tak bersalah, kenapa ramai orang yg membaca menyatakan WSJ itu adalah bukti Beliau@paknuar memberikan kenyataan yang jelas menyokong mempertahankan keselamatan Negara Israel...

JOMO Kata: Persoalannya... "Bagaimana dengan Palestin? Untuk menampakkan paknuar tidak bersalah, dia pancing pula PM Najib nak diajak bertdebat isu palestin..." "Alahai lidah bercabang...."

MASYA'ALLAH! "Quran DI Buang Dalam Guni...?"

JERANTUT – Tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif. Itu yang berlaku apabila penduduk di sekitar Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut di sini dikejutkan dengan penemuan naskhah al-Quran, muqaddam dan kitab agama dibuang bersama dengan sampah.

Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati mereka apatah lagi kitab suci berkenaan ditemui terbiar dalam guni besar di celah longgokan sampah di hadapan sebuah premis di kawasan tersebut petang kelmarin.

Selain 15 naskhah al-Quran, turut ditemui bersama longgokan sampah berkenaan ialah surah Yasin, serta kitab ilmu Tauhid dan Fiqah yang mengandungi ayat suci al-Quran.

Kesemua kitab suci itu ditemui bersama dengan buku rampaian sekolah, kertas dan fail yang dibuang di kawasan berkenaan.
sumber: kosmo.com.my Sumber

Panas! "IniKah Perangai Bakal Ustaz/Ustazah KUIN...?"

Sumber

Hairan dengan Perangai Anak-Anak muda hari ini... Yang lebih memilukan hati ialah anak-anak muda Muslim di KUIN Kedah... Mereka ini belajar Agama... Kenapa sanggup buat Gambar Rektor macam itu? Bukankah Contoh terbaik itu adalah Rasulullah...? Kenapa sampai macam ni mereka buat kepad ayahanda mereka di universiti, hanya kerana membantah AUKU dilaksanakan di KUIN...?

JOMO Kata: Ingat kisah Rasulullah bila dilempar Batu sampai berdarah? Sampai Malaikat kata 'katakan Saja Rasulullah apa yang kami perlu buat untuk musnahkan mereka ini...' tapi, Apa Baginda buat? Ada Baginda Balas dengan kekarasan...? bukankah kata Baginda 'Kalau dimusnahkan mereka ini, siapa lagi nak angkat syiar Islam /Agama Allah?... bukankah rasulullah ini contoh terbaik? Apa mereka belajar di universiti ni?

WOWBillioN! "Robert Kuok kekal Lelaki Paling KAYA di Malaysia..."

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Robert Kuok dari Kumpulan Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM45.70 bilion, meskipun kekayaannya susut 8.0 peratus.

Kekayaan Kuok gagal disaingi oleh pemilik sebuah syarikat telekomunikasi, T. Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank.
Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd., pula terus mengekalkan kedudukan di tempat keempat, manakala usahawan bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, berada di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 orang terkaya di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pula berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.
Malaysian Business berkata, aset 40 orang terkaya di negara ini adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian awam sehingga 20 Januari 2012.

Ananda merapatkan jurang dengan Kuok dengan memiliki kekayaan bernilai RM42.99 bilion, tetapi ia menyusut kira-kira 6.0 peratus tahun ini berbanding 2011.
Hong Piow secara relatifnya mengekalkan kekayaannya berjumlah RM12.64 bilion, susut satu peratus berbanding sebelumnya.

Walaupun kekayaannya merosot 10.8 peratus kepada RM11.36 bilion, Shin Cheng (IOI Corp) mengekalkan kedudukan di tempat keempat, manakala Syed Mokhtar dari Yayasan Albukhary — dengan syarikat utamanya DRB-Hicom Group — menambah kekayaannya sebanyak 8.0 peratus kepada RM9.53 bilion.

Penerbitan itu melaporkan gabungan aset 40 orang terkaya di Malaysia itu merosot tahun ini akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang lemah.
Nilai aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Januari, susut 7.0 peratus berbanding RM206.37 bilion setahun lepas, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Februari.

Bagaimanapun, pada tahun ini terdapat kemasukan tiga jutawan di dalam senarai tersebut berbanding 27 pada 2011.
Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat keenam, dengan aset merosot 25 peratus kepada RM8 bilion.
Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) turun dua anak tangga kepada tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira-kira 30 peratus.
Ibunya Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tangga kelapan dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11 peratus.

Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat kesembilan dan 10.
Aset Hiew King dianggarkan bernilai RM6.41 bilion manakala Beng Seng menokok 23 peratus kepada RM4.92 bilion.

Tiga jutawan baharu yang menyertai senarai 40 orang paling kaya itu ialah Datuk AK Nathan dari Eversendai Corporation Bhd., dan Ngau Boon Keat (Dialog Group Bhd.), yang pertama kali tersenarai, manakala Datuk Abdul Hamed Sepawi (Ta Ann Holdings Bhd.) kembali tersenarai selepas empat tahun.
Senarai penuh 40 jutawan dan maklumat mengenai kekayaan mereka dimuatkan dalam majalah itu. Ia juga menyiarkan senarai 10 jutawan paling kaya di Pasaran Ace. - UM

JOMO Kata: "Siapa Kata kerajaan tindas kaum Minoriti....? Nak Buat DUIT Buatlah... Tapi, Please kepada MEREKA yang tak FAHAM! tolong Jangan Ganggu Hak Orang Melayu/Bumiputera yang sedikit ini...."

ApaBila ROCKER Bersuara? "SINDIR DAP Pasal Tak Kenang JASA..."



"Tersedak Lim Guan Eng kalau Baca Tweet Amy ni.... Yalah... DAP dah tak ingat tanah yang dipijak ini adalah Tanah Melayu....?"

JOMO Tanya: "Kenapa Pemimpin DAP tak terima pingat daripada Raja-Raja Melayu...???" Lu Fikirlah Sendiri...

PANAS PAGI! "ULAR Besar DiTemui...?"

Apa Komen Anda...? Sumber
"JOMO pun masih tidak pasti kebenaran Ular dalam Foto ini... tapi, jika ianya benar pihak bertanggungjawab perlu tindakan segera.... Difahamkan ianya ada di negeri Johor..."

JAHANAM! "YAHUDI Laknatullah..."

Monday, 20 February 2012

"PENIPU? SAKIT BELAKANG KONON..."

"Alahai... Hairankan... Kata sakit belakang... Tapi, boleh pula layan rempit.... Lepas tu muka cuak nak naik motor... Adoyai Anwar.... Kaulah juga penari... pengtuuuuuut.... Kaulah juga rempiiiiiitttttt...."



"ASAL BUKAN ANWAR BIN IBRAHIM..."
"(ABABI)"

JANGAN POLITIKKAN! "Adakah Dia Masih Isteriku Di AKHIRAT...?"

sekadar hiasan...


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda:”Tiada si bujang di dalam syurga” ~ (HR Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak b’kahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda:
“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”

Sumber

PERGH! "ROADSHOW HASSAN ALI 'Bogelkan' parasit Jahat...?"

"JOM Datang beramai-ramai... Kita lihat dan tonton Bukti demi bukti dibongkarkan mengenai kebobrokan Parasait dan Pakatan rakyat..."

SAH! "DAP Memang Nak Jadi Perdana Menteri..."


Sumber

"Orang yang mengenali siapa DAP ini mesti tahu akan hakikat parti ini dari dahulu tidak akan merestui Orang Melayu/Islam menjadi Perdana Menteri malaysia sampai bila-bila...." "kecenderungan kenyetaan yang dibuat sentiasa menimbulkan pertikaian oleh orang Melayu yang memahaminya..."

"Mereka tahu akan hakikat bahawa, Orang Cina yang minoriti amat sukar untuk menjadi Perdana Mneteri malaysia memandangkan Melayu/Bumiputera adalah yang majoriti.. tetapi inilah dia politik, matlamat menghalalkan cara, apa saja yang menguntungkan mereka walaupun ianya menyebabkan orang Melayu berpecah terus menjadi senjata ampuh mereka untuk menguasai negara ini..."

"JOMO tidak ingin mengulas lanjut, cuma mengharapkan orang melayu/bumiputera faham akan hakikat ini... Agenda mereka sangat halus dan tajam... Demi Agama Bangsa dan Negara, Melayu/Bumputera perlu bersatu...."

JOMO Kata: "Nak tanya, Kenapa Pemimpin DAP tak mahu terima pingat daripada Raja-Raja M elayu erk...?"

PANAS! RAJA PETRA BONGKAR! NOH dan KHALID DEBAT...?

Khalid Jadi Bengong...?

Dua tiga hari ini ISU DEBAT pemimpin telah menjadi isu panas malaysia... 2 hari lepas debat Datuk Seri Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng... Kali ini difahamkan, NOH OMAR akan berdebat dengan KHALID IBRAHIM dan ianya disambut baik oleh jentera BN di Selangor... Persoalannya, apa kesannya DEBAT terbuka ini? Dapatkah ia menyelesaikan kes kepada isu yang ingin diperdebatkan?

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Negeri, Datuk Satim Diman berkata, perdebatan di antara Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung skandal pasir wajar diadakan .
Katanya, Umno Selangor akan memastikan segala bukti penyelewengan Kerajaan Negeri berjaya didedahkan sepanjang debat berlangsung.
 
“Saya tidak mempunyai masalah dengan berdebat, kami amat bersetuju jika ianya berjaya diadakan.
 
“Namun, Kerajaan Negeri perlu selesaikan dahulu janji mereka dalam isu pasir ini, termasuk membersihkan diri dari tuduhan blogger Raja Petra Kamaruddin,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Beliau berkata demikian ketika mengulas kesediaan Umno Selangor berdebat dengan Abdul Khalid bagi membuktikan bahawa wujud penyelewengan dalam isu pasir di negeri itu.
 
Satim berkata, menteri besar perlu membuktikan terlebih dahulu janji untuk menjana keuntungan sebanyak RM150 juta setahun menerusi industri perlombongan pasir di Negeri Selangor.
 
“Ini adalah janji yang bukan sahaja diberikan kepada rakyat tetapi juga dibacakan oleh menteri besar di hadapan Sultan Selangor,” katanya.
 
Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang itu turut mencabar Kerajaan Negeri memfailkan saman terhadap Raja Petra atas dakwaan dua adun PR terlibat dalam penyelewengan pasir.
 
Menurutnya, Raja Petra adalah punca utama mengapa isu pasir ini timbul semula, oleh yang demikian, sekiranya dakwaan itu tidak benar, Kerajaan Negeri perlu membersihkan nama mereka. - SH

JOMO Kata: Carilah yang terbaik... Apapun, kemungkaran tetap akan dibongkar... AwaS!!!

APA? "BANGSA MELAYU ADALAH BANGSA YANG MUDAH KECUNDANG...?"


Kata Usman Awang, Melayu itu bangsa yang bijaksana, Melayu berani kerana benar, Melayu pengembara, kaya falsafah, menolak permusuhan serta baik hati. Kata Usman Awang juga Melayu itu kuat bersorak dan masih tetap bermimpi walau jatuh berkali-kali.

Penyair seperti Usman Awang seperti juga pemimpin, cendekiawan serta pemikir Melayu sepanjang zaman sudah puas berdebat mengenai Melayu. Mereka berusaha memberi kritikan membina untuk melihat Melayu menjadi lebih baik. Orang-orang tua Melayu juga kini sering berkeluh kesah mengenang nasib dan sikap Melayu.

Secara jujur seluruh umat Melayu mengakui apa yang diperkatakan mereka benar belaka. Tetapi, setiap dari kita bercakap seolah-olah kita hanya merujuk kepada Melayu lain, bukan kita.

Di kala kedudukan Melayu semakin tercabar diasak dan ditekan dari berbagai sudut dan sebelum kita mengasak kembali serta bertarung habis-habisan, mungkin kita patut bertafakur sebentar, berfikir sedalam-dalam dan memahami diri sendiri. Benarkah kita begitu teruk sekali?

Sebagai Melayu dari golongan rakyat biasa, penulis dengan penuh kesedaran telah cuba sedaya upaya yang termampu untuk menjadi Melayu yang baik. Penulis biasa bersaing dengan bangsa lain, dan penulis kira penulis mampu duduk dan berdiri sama tinggi dengan mereka di mana saja. Penulis juga dengan sedaya upaya cuba mendidik anak-anak agar mampu berbuat yang sama.

Namun, agak sukar kini kerana anak-anak tidak punya peluang untuk bersaing dengan bangsa lain di sekolah kerana bangsa lain lebih suka bersekolah berasingan. Satu-satunya peluang anak-anak untuk bergaul dengan bangsa lain ialah semasa di tadika, itu pun jika kita memilih untuk menghantar mereka ke tadika swasta yang dimiliki oleh bangsa mereka. Jika tadika tersebut diuruskan oleh bangsa Melayu, mati hidup balik pun bangsa lain tidak akan menghantar anak mereka ke sana.

Penulis kira, kebanyakan dari kita orang-orang Melayu dari golongan rakyat biasa, golongan pertengahan dan pertengahan atas berkongsi kesedaran ini. Kita mampu bersaing sekiranya diberi peluang. Malangnya, memandangkan syarikat-syarikat besar di Malaysia adalah milik bangsa Cina, maka peluang ini sering ditutup sejak dari awal lagi.

Dan sekiranya syarikat tersebut bukan milik mereka pun, dan merupakan syarikat multinasional diterajui oleh bangsa asing, tetapi selagi jawatan-jawatan tinggi dijawat oleh bangsa mereka, maka peluang untuk Melayu untuk bersaing akan ditutup serapat yang boleh.

Melayu yang dibiarkan melepasi sekatan peluang ini pula sering kali hanya Melayu yang dilihat mereka sebagai boleh diperalatkan iaitu yang tiada semangat kemelayuan yang kuat, sepertimana semangat mereka terhadap bangsa mereka. Jika ada seorang dua Melayu yang bersemangat Melayu dapat lepas ke atas, ia hanyalah untuk memenuhi syarat kuota ataupun kerana jawatan tersebut perlu berhubung dengan kerajaan dan pelanggan Melayu.

Kerana itu, Melayu sering kalah sebelum bersaing.

Tidak dapat tidak, jika Melayu ingin meningkatkan taraf ekonomi mereka secara keseluruhan, Melayu harus menjadi pemilik syarikat-syarikat besar, bangunan-bangunan perniagaan serta perniagaan-perniagaan sokongan secara meluas seperti mereka juga.

Majoriti Melayu sedar akan hal ini dan Melayu yang terdiri dari peniaga-peniaga sememangnya telah berusaha merealisasikan perkara ini. Namun, membesarkan perniagaan bukan sesuatu yang boleh berlaku dalam masa setahun dua. Selalunya, peniagaan Melayu tidak mampu pergi lebih lama dan lebih jauh. Kita melihat satu demi satu syarikat yang dibangunkan Melayu, apabila sudah menempa nama, tiba-tiba bertukar milik kepada bangsa lain.

Kita akui, masih ramai peniaga Melayu, walaupun bergelar peniaga, tetapi mereka sebenarnya masih belum pandai berniaga. Kebanyakan mereka melihat perniagaan mereka sebagai cara untuk mendapat wang untuk keperluan jangka pendek. Mereka tidak punya cita-cita untuk melihat perniagaan tersebut berkembang menjadi empayar. Kebanyakan sudah merasa puas jika perniagaan mereka mampu memberi anak isteri makan dan menampung anak-anak belajar untuk masa ini.

Jika ada yang bercita-cita tinggi pula mereka terlalu gelojoh dan ingin mencapai cita-cita itu dalam masa yang singkat tanpa mengira cara dan akibat. Sering kali, mereka silap perkiraan atau tamak. Perniagaan dikembangkan dan aset peribadi serta aset syarikat ditambah secara berlebih-lebihan dalam masa yang singkat, tanpa berfikir panjang.

Peniaga Melayu juga amat lemah dalam menguruskan rekod perniagaan. Perniagaan yang baik tidak akan kelihatan baik jika tidak dapat dibuktikan dengan penyata bank yang baik, simpan kira yang tersusun serta akaun perniagaan dan kunci kira-kira semasa dan tahunan yang tepat. Ramai yang masih tidak memahami bahawa rekod perniagaan yang baik adalah satu-satunya kunci yang akan membolehkan perniagaan itu dikembangkan di masa hadapan.

Namun, apa yang lebih menyukarkan perniagaan Melayu untuk berkembang ialah apabila mereka terpaksa bergantung kepada bangsa lain untuk menjadi pembekal atau menyediakan perkhidmatan sokongan. Pembekal dari bangsa lain akan memberi tekanan langsung dan tidak langsung seperti tidak memberi kemudahan kredit atau harga yang lebih mahal bagi menyukarkan Melayu tadi berniaga dan bersaing sama dengan bangsa mereka.

Selain itu, pengguna bangsa lain juga tidak akan sekali-kali membeli dari peniaga bangsa Melayu selagi mereka punya pilihan.

Ini adalah hakikat.

Dan hakikat juga bahawa kerajaan, cendekiawan, pemimpin, penyair dan pemikir Melayu juga tidak mampu menangani masalah ini membuatkan Melayu terus menerus menjadi bangsa yang kalah.

Sebenarnya, kebanyakan Melayu seperti penulis, sentiasa belajar menangani kelemahan dan tabah menerima tekanan dari bangsa lain sebagai cabaran untuk terus berjaya. Kebanyakan kita telah berjaya mencapai kehidupan yang baik secara individu. Tetapi, Melayu sebagai satu bangsa, masih jauh dari berjaya.

Ini kerana, walaupun Melayu rakyat biasa sedang mencuba sedaya upaya untuk berubah, tetapi apakan daya kita apabila pemimpin kita sendiri sama ada pentingkan diri atau terdiri dari orang-orang yang suka mengalah.

Walaupun bangsa lain sedikit pun tidak membuka peluang kepada Melayu, tetapi pemimpin Melayu tetap membuka peluang dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (Melayu) kepada mereka sedikit demi sedikit.

Dan mereka tidak akan berhenti setakat ini, mereka akan terus berjuang sehinggalah mereka menguasai semuanya sementara pemimpin Melayu hanya membiarkan sahaja. Petronas hanyalah permulaan bagi mereka menguasai kita sepenuhnya dan pemimpin Melayu hanya membutakan mata. Bukannya Melayu di Petronas tidak bangkit menentang, bukan Melayu rakyat biasa seperti kita tidak membangkang, tetapi apa yang boleh kita lakukan jika pemimpin kita yang membantu mereka mengalahkan kita?

Sekali lagi ditekankan bahawa Melayu majoritinya sudah berubah yang tak berubah hanya pemimpin – tak kira dalam UMNO, PAS mahupun PKR. Semuanya hanya ingin mengalah bila berhadapan dengan tuntutan dan cabaran kaum lain demi undi dan kepentingan diri.
Ini berlaku bukan sahaja dalam isu-isu dalam negeri, tetapi pemimpin Melayu mengalah dan dikalahkan termasuklah dalam isu antarabangsa.

Pemimpin kita mengalah dan dikalahkan oleh Singapura dalam isu Batu Putih, Air dan ruang udara. Walaupun rakyat menempelak dan mempertikai cara pemimpin kita menangani perkara ini, namun, kelantangan dan keberanian kita tenggelam dalam gelombang pengecut pemimpin kita sendiri.

Malaysia juga mengalah dan dikalahkan oleh Brunei dalam isu Limbang. Rakyat Malaysia tidak dapat menerima kekalahan mudah tanpa penjelasan konkrit. Rakyat inginkan pemimpin kita agar berjuang mempertahankan khazanah negara, tetapi pemimpin kita seperti malas untuk memanjangkan isu apatah lagi memperjuangkannya. Itu semua perkara kecil mengikut mata pemimpin.

Dan kini kita nampak seperti akan mengalah lagi dengan Indonesia dalam isu amah. Tidakkah terdapat sedikit pun perasaan ingin membela rakyat sendiri dalam diri pemimpin (Melayu) dalam isu ini juga? Atas dasar apakah maka Malaysia bersetuju menimbang kenaikan gaji dan memberi hak yang sama kepada amah seperti mana-mana pekerja yang berkelayakan?

Tahukah pemimpin (Melayu) kita bahawa masih ada anak-anak kita berkelayakan SPM menjawat jawatan kerani di syarikat-syarikat swasta dengan pendapatan RM700 – RM800? Apakah kelayakan seorang amah? Apakah mereka mendapat sijil pembantu rumah professional? Jika ada siapa yang mengeluarkannya? Dan atas standard apakah ianya dikeluarkan?

Purata seseorang majikan di Malaysia yang mempunyai pembantu rumah berpengalaman menukar pembantu rumahnya 3-4 kali. Penulis dan ramai di kalangan rakan penulis sendiri telah berpengalaman dengan lebih dari 4 orang pembantu. Ada juga yang sudah serik sama sekali hanya selepas mencuba 1 – 2 orang pembantu.

Pembantu rumah Indonesia walaupun dikatakan melalui latihan tetapi latihan yang diperolehi mereka adalah terlalu asas dan tidak banyak membantu dalam menguruskan rumahtangga. Mereka tidak diajar tentang etika dan ‘common sense’ untuk membolehkan mereka menjadi pekerja yang boleh diharap, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

Jika mereka inginkan hak yang lebih sebagai pekerja, maka seharusnya pemimpin kita menjadi pembela dan berjuang untuk rakyat Malaysia agar Indonesia memastikan bahawa pembantu yang mereka bekalkan itu benar-benar berkualiti dan layak diberikan hak sebegitu.

Seorang ketua pejabat tentu merasakan yang dia kerugian jika setiausahanya tidak mampu berbuat kerja-kerja kesetiausahaan, tidak dapat berfikir sendiri dan sering memerlukan tunjuk ajar dalam kerja-kerja paling asas sekalipun.

Begitu jugalah halnya dengan pembantu rumah. Lebih buruk, pembantu rumah tidak boleh dimarahi sepertimana kita memarahi setiausaha di pejabat kerana sikap mereka yang tidak berpelajaran, amatlah tidak dapat dijangka. Latarbelakang yang susah dan bermasalah juga mempengaruhi pembentukan peribadi dan mentaliti mereka.

Dengan keselamatan anak-anak terletak dalam tangan mereka, majikan perlu memikirkan berbagai risiko sebelum memarahi pembantu rumah yang tidak dapat bekerja dengan baik itu.

Maka, akhirnya majikan terpaksa mengalah dan menelan segala karenah pembantu rumah demi anak-anak. Apabila sudah tidak sanggup lagi menghadapinya, maka majikan akan terpaksa memperjudikan wang dan nasib sekali lagi, untuk menukar kepada pembantu rumah yang lain.

Semua ini kini harus dilalui oleh majikan di Malaysia kerana pemimpin kita yang rata-ratanya Melayu, amat suka mengalah. Pemimpin Melayu bercakap tentang Melayu baru yang berani, maju, bijak dan lantang tetapi mereka sendiri masih pasif bila berjuang menegakkan hak, takut bila bila dicabar, lembab bila bertindak serta segan untuk bersuara bila ditawarkan wang dan kuasa.

Kita sayang pemimpin kita dan kita tidak mahu pemimpin kita dipijak, diperalat dan dipermainkan oleh sesiapa. Jika pemimpin kita diperlakukan begitu, bermakna kita juga diperlakukan begitu kerana pemimpin kita mewakili kita semua. Tetapi kita tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya jika dia sendiri pasif, takut, lembab dan segan silu tak menentu.

Kami orang-orang Melayu hanya memberi pandangan jujur agar pemimpin Melayu tidak tersungkur dan bangsa kita tidak hancur. Pandangan rakyat biasa seperti kami adalah ikhlas dari hati kerana kami sayangkan pemimpin seperti sayangkan bangsa kami sendiri.

Kami bukan terdiri dari mereka-mereka yang dibayar untuk menasihat dan kami juga tidak terlibat dengan mereka-mereka yang hanya menunggu masa untuk menjadi Perdana Menteri. Nasihat orang jauh, adakalanya lebih baik dari yang dekat kerana skop pandangan dari jauh adalah yang lebih luas dan menyeluruh. -
Sumber

Melayu itu bangsanya ingin berubah
Berusaha sudah, berdoa pun sudah
Namun,usaha Melayu itu tidak berbuah
Kerana pemimpin suka mengalah
JOMO Kata: Melayu Jangan Mudah Lupa Lagi....