Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 11 February 2012

Bola-Bola Sepanggar...

Kini sedang berlangsung program Bola-Bola sepanggar... Datuk Jumat Hj Idris bersama belia-belia di Sepanggar...

Siapa yang akan menang antara Man Utd vs Liverpool? Saksikan bersama kami di Universiti Apartment, Restoren Hameed...

JAHANAM! "Akibat Salah Guna Twitter, Penghina Rasulullah di TAHAN...?"




KUALA LUMPUR - Seorang penulis Arab yang dikehendaki pihak berkuasa Arab Saudi kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW akan dihantar pulang ke negara itu selepas proses dokumentasi terhadapnya selesai.

Mohammad Najeeb A. Kashgari (gambar semasa, di Balai Berlepas Lapangan) atau lebih dikenali sebagai Hamza Kashgari, 23, ditahan pada pukul 9.40 pagi di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang kelmarin ketika dia mahu meninggalkan Malaysia.
Sebelum ditahan, dia yang merupakan kolumnis akhbar Al-Bilad di Arab Saudi dipercayai telah berada di negara ini sejak dua hingga tiga hari lalu selepas melarikan diri dari negaranya.

"Hamza ditahan polis negara ini atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW pada sambutan Hari Maulidur Rasul baru-baru ini," kata satu sumber di sini semalam. (IH/Kosmo) sumber


JOMO Kata: "Padahya menghina Rasulullah dan Islam... Hina Rasulullah bererti Hina Islam.... Bersama kita mantapkan AKIDAH dalam memerangi MUSUH-MUSUH Islam.... Tidak kira siapa dan di mana jua... AllahuAkbar!!!!"

PANAS! "Talam 2 Muka Tukar Jadi" "Kuali 10 Muka.... Berkerak Hitam...?"


JOMO Kata: Depan cakap lain, Belakang Cakap lain.... Depan Melayu cakap lain depan cina india cakap lain... Pagi cakap lain malam cakap lain... lidah bercabang.... Talam dua muka sudah jadi kuali 10 muka berkarat.... Pastikan orang semacam ini tidak akan menang PRU13 nanti.... TAKBIR!!!

PANAS! Bola-Bola Sepanggar CETUS Fenomena Baharu...?




Dalam usaha mendekati semua jenis golongan rakyat di Sepanggar, Inisiatif UMNO Sepanggar dengan mengadakan program 'Bola-Bola Sepanggar' kini telah menimbulkan fenomena baru warga sepanggar... 

Dengan hanya berbekalkan Skrin Besar, orang ramai (terutamanya warga sepanggar) tanpa mengira siapa, dapat duduk bersama menonton bola dan merasai keseronokan bilamana ramai warga yang hadir menonton dan sekaligus memberi sokongan kepada program seperti ini... Ini fenomena baru di Sepanggar... Ini membuktikan UMNO Sepanggar tidak melupai golongan muda dalam setiap program yang mereka adakan...

Menurut Ketua UMNO Sepanggar, Datuk Jumat Hj Idris: 

"Ianya adalah strategi baru UMNO Sepanggar untuk mendekati golongan muda dan setakat ini ianya nampak berkesan dalam menarik minat orang muda di Sepanggar dalam program anjuran UMNO... Kita mendapati golongan belia lebih suka dan berminat kepada program santai seperti ini... Ini amat penting dalam menyebarkan maklumat mengenai perjuangan UMNO/BN dan informasi terkini kerajaan..."


Hari ini penulis dimaklumkan oleh Setiausaha UMNO Encik Razali@Bob bahawa program santai seterusnya akan diadakan seperti berikut:

Program BBS : Manchester United VS Liverpool
Tempat : Restoren Hameed Univ.Apaartment
Masa/Tarikh: jam 7.30 malam / 11 Februari 2012 (MALAM INI)
Masuk Free: makan-Minum Sendiri-sendiri... (macam selalu di kedai mamak tu...ehe)
SAKSIKAN SAMA-SAMA SIAPA MENANG!!!


Penulis minat Manchester United.... Confirm esok Liverpool gigit jari...ehe


Anak Parlimen Sepanggar

TIDAK BERJAWAB! "Ulasan Ustaz Hassan MENARIK untuk Lelaki itu...."



JOMO kata: "Sebelum ini dikeluarkan pemimpin PAS yang tidak berpendidikan... Tapi, gayanya, macam ada PHD... Yang ini pula, ulasan orang berpendidikan terhadap ISU VIDEO yang pastinya terjawab.... Tengok atau tak tengok terpulang dengan kalian... Tapi, susah nak katakan itu bukan dia...."

PANAS! "Ini Risalah Pendek WAJIB Baca..."



JOMO Kata: "Tokoh Ilmuan Ulama PEWARIS PAS....Hebat!!! TAKDIRRRR!!! Patutpun Uztaz hadi pun jadi Bengong...."


Baca Sumber

PANAS! "Pakai Tudung" "Cantiknyer, Alhamdulillah...."

ZULKBO

Penyanyi yang bakal ke jinjang perkahwinan pada 25 Februari ini, Ana Raffali, mengambil keberkatan Maulidur Rasul untuk mengenakan hijab serentak kehadiran hari besar junjungan Nabi Muhammad SAW. Sebelum ini, Ana biasanya memakai tudung untuk majlis-majlis keagamaan dan sepanjang zaman persekolahannya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Tolong Ingatkan Aku' ini menegaskan keputusan diambil bukan atas desakan sesiapa namun  keinginan itu lahir atas kesedaran diri sendiri. Tanpa berselindung Ana juga menjelaskan dirinya semakin tenang walaupun kini sibuk menguruskan majlis perkahwinannya yang berbaki dua minggu sahaja lagi.
Ana juga menjelaskan tiada sebarang keraguan yang bermain dalam fikiran untuk bertudung malah bersyukur keinginan itu mendapat sokongan ramai terutama daripada keluarganya. Ibu bapa Ana turut gembira melihat anak perempuan mereka berubah menjadi lebih baik.

JOMO kata: Berubah menjadi lebih baik.... TAKBIR!

Friday, 10 February 2012

"Pembohongan B.A.B.I......?"

VIDEO WAJIB TENGOK! 'MAPPUS PAKATAN..?"




JOMO Kata: "Jangan Gigit Jari Yang Memberi..." "Siapa Bangsat....?"

PANAS! "Kenapa Mereka Pilih 'ANWAR' Sebagai Aset...?"

DarahSatria



                                 

1. Ramai pengkaji membuat analisis mengapa Amerika pilih Anwar sebagai aset antarabangsa sedangkan beliau bukan pakar ekonomi kerana hanya kelulusan general degree, Sastera dan Sains Sosial dari UM dan bekas aktivis Islam ABIM,WAMY dan IIT


2. Barangkali latar belakang itulah disimpulkan oleh pemikir-pemikir Yahudi, termasuk Paul Wolfowitz bahawa Anwar boleh 'diperalatkan' kerana melihat pontensi Anwar sebagai seorang yang mempunyai keupayaan berpidato (orator) tetapi 'opportunist' yang bercita-cita tinggi. Bahkan Anwar dilihat berpontensi boleh memanipulasikan agama serta mudah berkawan termasuk Yahudi dan Nasrani. 


3. Menurut laporan "Jewish Political Studies Review" (Oktober 2006), peranan Anwar adalah tukang lapor kepada American Jewish Organizations (AJO) mengenai negara-negara Islam yang telah kritik regim Israel. 


4. Pada 1997, Anwar melaporkan kepada AJO bahawa Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia telah membantu pihak Islam di Palestin serta mengkritik rejim Israel, pimpinan Netanyahu. 


5. Laporan itu menyebut,"The Malaysian UN ambassador and Anwar Ibrahim explained that Malaysia supported Palestinian rights and censured the Netanyahu government. The time was not right to continue working to improve relations, and Malaysia was not ready for normalization. Additional Jewish organizations condemned Mahathir as an anti-Semite, as did the U.S. State Department. The World Jewish Congress announced that it would file a complaint with the UN Council on Human Rights in Geneva. The U.S. House of Representatives passed a resolution condemning Mahathir for his anti-Semitic remarks". Baca laporan lengkap di sini.

Gambar ini dari tulisan penulis Barat, Mike Billington mengupas hubungan Anwar dengan Yahudi Amerika.


6. Menurut Mike Billington, dalam mengulas buku tulisan Anwar, "The Asian Renaissance" (Kuala Lumpur: Times Books International,1996) lebih membela dasar-dasar penjajahan Barat ke atas Asia. Bermakna buku tulisan Anwar itu sendiri telah meletakkan dirinya sebagai pro-Barat dan mengharapkan beliau dipilih Barat sebagai'pemimpin agung' di rantau Asia.

7. Kesungguhan meletakkan diri sebagai 'pemimpin agung' Asia, jelas terpancar lagi apabila beliau mengarahkan badan pemikirnya, Institut Kajian Dasar (IKD) menganjurkan program 'lobi nama Anwar' di Amerika melalui Dailog Pasifik bermula 1994-1998.

Dari kiri Kamaruddin Jaafar, dulu Pengerusi Institut Kajian Dasar (IKD). Sekarang Setiausaha Agung PAS. Manakala sebelah kanan ialah Douglas H. Paal, dulu Pengerusi Asia Pacific Policy Center(APPC), sekarang 'vice president for studies at the Carnegie Endowment' dan 'special assistant to President George H. W. Bush for National Security Affairs and senior director for Asian Affairs on the National Security Council'


8. Program 'lobi nama Anwar', Dailog Pasifik adalah anjuran IKD (diketuaiKamaruddin Jaafar) dengan kerjasama Asia Pacific Policy Center(APPC),Washington DC, pimpinan Douglas H. Paal 

Sebagai Menteri Kewangan, Anwar sanggup membazir wang rakyat dengan memmbayar RM 38 million kepada Asia Pacific Policy Centre (APPC) untuk membawa Yahudi Amerika, William Cohen, ketika itu Setiausaha Pertahanan Amerika. Apakah lobi Anwar kepada Amerika sebagai persiapan menjadi PM. Ketika itu, Anwar sebagai TPM..satu tapak lagi jadi PM..


9. Malah menurut pengakuan bersumpah DATO' ABDUL MURAD BIN KHALID, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Anwar telah mengarahkan beliau membelanjakan RM 38 million kepada Asia Pacific Policy Centre (APPC) dan USD 10 Million kepada Douglas H. Paal.

10. Begitu besar Anwar membazirkan wang rakyat semata-mata untuk mencipta nama di kaca mata Amerika. Barangkali ketika itu Anwar sudah pasang cita-cita untuk bertakhta di mahligai PM Putrajaya.

11. Hasilnya dalam "Program Dailog Pasifik" anjuran IKD & APPC, di Pulau Pinang pada 1994 telah mengundang tokoh-tokoh Amerika pro parti Democrate, Presiden Bill Clinton seperti Senator Sam Nunn (Pengerusi senat Jawatankuasa Perkhidmatan Senjata) dan Senator William Cohenke Malaysia.

12. Manakala dalam "Program Dailog Pasifik II", anjuran IKD & APPC, di Kuala Lumpur pada 1996 sekali lagi tokoh-tokoh Amerika parti Democrate seperti Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika) datang ke Malaysia.

13. Sekali lagi IKD & APPC menganjurkan "Program Dailog Pasifik III"pada 1998, di Kuala Lumpur. Tokoh Yahudi Amerika yang hadir ketika ituHenry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika) dan William Cohen, yang telah dilantik sebagai Setiausaha Pertahanan Amerika, di bawah Presiden Clinton.

14. Sebab itu tidak hairan, apabila Anwar ditangkap 1998 dua tokoh Yahudi parti Democrate, Presiden Clinton iaitu Al Gore (ketika itu Naib Presiden Amerika) dan Madeline Albright (ketika itu Setiausaha Negara Amerika) menyokong perjuangan "Reformasi" Anwar di Malaysia.


Kepimpinan Anwar di institusi antarabangsa dari 1998-2004

1. Seorang lagi kenalan Anwar ialah Paul Wolfowitz yang asalnya penyokong parti Democrate mula beralih sokongan kepada parti Republican, apabila parti Bill Clinton (Democrate) tewas pada 2001.

2. Parti Republican, Presiden Bush telah mengambil Paul Wolfowitzsebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika dari 2001-2005.



3. Ketika WTC diserang pada 11 September 2001, Anwar dari penjara Sungai Buloh telah menulis surat peribadi kepada Wolfowitzmengutuk Sadam Hussein dan Iraq sebagai faktor serangan tersebut. Tulis PETER J. BOYER, dalam artikelnya "THE BELIEVER", "Three years later, just after the September 11th attacks, Ibrahim, still in a Malaysian jail, wrote an impassioned essay condemning the attacks as an abomination and lamenting the Muslim world’s failure to address “the suffering inflicted on the Muslim masses in Iraq by its dictator as well as by sanctions"

4. Apabila Paul Wolfowitz serang Iraq pada 2003, kawan baik Anwar iaituPaul Martin (Ketika itu Perdana Menteri Kanada-2003-2006) 
menjadi sekutu utama Presiden Bush memusnah umat Islam di Iraq.


Kepimpinan Anwar di institusi antarabangsa dari 2004- sekarang

1. Apabila Anwar dirawat di Munich, Jerman (2004) Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika merupakan orang pertama melawat Anwar. Menurut Mike Billington dalam artikelnya 'Anwar:
Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back,
, Wolfowitz merupakan pencatur karier politik Anwar di peringkat Antarabangsa, terutamanya di Amerika Syarikat.

2. Paul Wolfowitz telah catur Anwar sebagai pensyarah pelawat di John Hopkins Georgetown UniversityKonsultan Bank Dunia danPengerusi Foundation For The Future

3. Menurut laman web 'moon of Alabama', antara lain fungsi penubuhan Foundation For The Future yang pernah dipengerusikan Anwar adalah menyalurkan dana dan bekal senjata kepada kumpulan FATAH berperang dengan kumpulan HAMAS di Palestin. Perkara ini semakin terdedah apabila Anwar menandatangani Deklarasi sokong "Annapolis Summit 2007" yang iktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.

4. Walaupun Anwar berasal dari Malaysia tetapi beliau tetap dipilih Amerika sebagai Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future meskipun asas penubuhan badan itu hanya untuk Timur Tengah dan Afrika Utara. Sepatutnya wakil dari Timur Tengah atau Afrika Utara yang perlu dipilih menerajui badan itu. Kenapa Amerika pilih Anwar ?

5. Berkaitan dengan hubungan Anwar dengan Paul Martin, Michel Camdessus dan James Wolfensohn masih diteruskan semenjak 2004 hingga sekarang. 

Gambar ini membayangkan begitu rapat hubungan Tian Chua, Ketua Penerangan PKR dengan tokoh Yahudi, George Soros yang memiliki institusi dananya iaitu Open Society Institute. Kalau dengan Ketua Penerangan PKR sudah begitu rapat, bagaimana pula hubungan Soros dengan Ketua Umum PKR ?


6. Anwar, Paul Martin dan James Wolfensohn sama-sama terlibat dalam"Managing Global Insecurity (MGI)" satu institusi yang berpengkalan di New York. Institusi ini mendapat dana Yahudi Amerika termasuk Madeline Charitable Trust, George Soros Foundation (Open Society Institute), Rockefeller Brothers Fund, Brookings Institution dan lain-lain. 

7. Matlamat utama MGI adalah untuk mengenal pasti 'rakan kongsi'(networking) dari pelbagai negara bagi memastikan Amerika sebagai kuasa unggul di dunia

8. James Wolfensohn pula dianggap salah seorang penaja Yahudi yang kaya dan terlibat dalam key player dalam politik Amerika. Beliau menjadiBoard of director Rockefeller Foundation, CBS, Bilderberg dan the Council on Foreign Relations (CFR). Badan-badan ini juga mempunyai kaitan rapat dengan penajaan Anwar.

9. Pada 2005, Condoleezza Rice, Setiausaha Negara Amerika lantikWolfensohn "special envoy" di Gaza bagi membantu memperkuatkan kedudukan Israel di kawasan itu.


"PATRICK DIBUNUH? Mohon SIASAT..."



"JOMO Kata: Apa juga Dakwaan Mesti di Siasat... Bukan Main Tuduh jer, macam sesetengah pihak tu... Orang lain punya salah dituduhnya Orang lain.... Begitulah Lumrah, kalau asyik membangkang jer...."


PAKATAN MEMBER KLIK INI Sumber

PANAS! "Tanda-Tanda Kiamat Kecil 'Selesai Sudah...'"

Sumber FB

JOMO Kata: Dunia sudah hampir ke Penghujung... Kita Bagaimana? Ya Allah.... Engkau tempatkanlah kami dikalangan manusia yang dalam hatinya masih ada Iman.... Amin.... AllahuAkbar! Jangnalah kami Asyik bersengketa hanya kerana KUASA dan HARTA Dunia...

Timbalan Menteri Pertahanan Bersama Warga TLDM...

Bertempat Di Pengkalan Tentera TLDM Teluk Sepanggar... Satu Perjumpaan dan sesi dialog antara Timb.Menteri Pertahanan Datuk Dr. Latif bersama warga TLDM telah diadakan disini... Ianya bertujuan untuk melihat sendiri keadaan Pengkalan yang dilihat sebagai benteng Negara ini...

Turut hadir Tim.Ketua Bahagian UMNO Sepanggar untuk bersama-sama berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai tugas dan tanggungjawab Tentera Laut yang berpangkalan di Teluk Sepanggar ini...

JOMO Kata: Teruskan perjuangan mempertahankan Negara daripada Ancaman Musuh...

"Bersatu Kita Teguh, Bercerai...?"

"JOMO menulis hanya semata untuk berkongsi dan kalau boleh dapat mendidik Bangsaku bahawa inilah saja tempat yang kita ada..." Malaysia tanahair kita... Tiada dua hanya satu... Janganlah kita timbulkan persengketaan sesama kita hanya kerana POLTIK 'sempit' orang-orang tertentu...

Sekadar hiasan.... Orang Negro and Putih pun boleh bersama...?

JOMO kata: Malaysia TanahAirku.... pelbagai bangsa... pelbagai budaya... pelbagai warna kulit.... "BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI HANCUR NEGARA...." Siapapun Kit, Kita Tetap 1 Malaysia.... Kuat Kerajaan Kuatlah Negara....

Thursday, 9 February 2012

LAPOK? "Ini Jawapan Tun kepada Orang Itu..."



1. Anwar telah menyatakan kepada BBC, iaitu kepada bangsa Barat, bahawa undang-undang Malaysia lapok, ketinggalan zaman.
2. Tentulah Anwar tahu bahawa lapok dan ketinggalan zaman, bagi orang Barat bermakna tidak seperti apa yang terdapat di Barat sekarang. Sejak revolusi Perancis, slogan Liberte`, Egalite`, Fraternite`, iaitu Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan menghantui fikiran Barat sehingga apa sahaja yang tidak menepati slogan ini mesti ditukar atau dihapus.
3. Oleh kerana BBC bertanya berkenaan kes liwat Anwar, maka undang-undang yang didakwa jumud oleh Anwar tentulah berkenaan larangan terhadap hubungan seks di luar nikah.
4. Apakah undang-undang yang tidak lapok berkenaan seks yang terdapat sekarang di Barat? Bermula dengan keagongan konsep “freedom” atau bebas dan persamaan, mereka menjunjung tinggi hak yang sama antara lelaki dengan perempuan. Yang mula dituntut oleh kaum perempuan ialah hak mengundi dalam pilihanraya. Dan hak ini telah diberi kepada mereka seperti yang diberi kepada lelaki.
5. Kemudian ia melarat kepada hak yang sama dalam pakaian. Ini dituruti dengan kebebasan seks. Jika lelaki sebelum atau selepas kahwin boleh adakan seks dengan mana-mana perempuan kenapa perempuan tidak boleh dengan mana-mana lelaki. Atas nama kebebasan dan persamaan maka masyarakat pun memberi hak ini kepada mereka. Maka siapa sahaja, lelaki atau perempuan boleh tidur dengan siapa sahaja bila-bila sahaja. Dengan ini institusi perkahwinan antara lelaki dengan perempuan dianggap tidak penting lagi.
6. Sebaliknya institusi perkahwinan dan kekeluargaan di beri makna yang baru. Bersekedudukan di takrif sebagai berkeluarga. Bila bosan dengan pasangan, tukar sahaja. Penceraian tidak diperlukan lagi. Siapa yang menjadi bapa kepada anak tidak penting.
7. Dimasa yang sama, sekatan terhadap apa jenis seks yang boleh memuaskan nafsu dihapuskan juga atas nama kebebasan. Dengan itu lelaki boleh meliwat lelaki dan perempuan mengadakan hubungan seks dengan perempuan.
8. Kenapa harus hubungan seks dilakukan antara dua orang sahaja? Kenapa tidak beramai-ramai. Dan seks beramai-ramai pun diadakan.
9. Kemudian diadakan pula perkahwinan antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan. Pendek kata apa sahaja yang dilarang oleh agama, adat atau undang-undang yang menyekat nafsu, hendaklah dihapuskan. Segala yang menghalang dianggap lapok dan tidak sesuai dengan kebebasan dan persamaan. Dengan bangganya orang Barat mempamirkan pengamalan seks mereka sebagai hak asasi manusia.
10. Seperti biasa apa yang dicipta oleh Barat dianggap oleh mereka sebagai baik bagi semua manusia. Dengan itu mereka melancarkan usaha untuk mengembangkan konsep kebebasan dan persamaan mereka berkenaan seks.
11. Tentangan yang terkuat terhadap seksualiti merdeka ini datang dari orang Islam. Untuk mengatasi tentangan ini mereka mengenalpasti orang Islam yang boleh menjayakan perjuangan mereka. Bermula dengan tuntutan kebebasan yang mudah diterima, umpamanya hak asasi manusia, hak memilih Kerajaan (demokrasi), hak bersuara, kebebasan media, kempen Barat sudah sampai kepada serangan terhadap nilai-nilai moral orang Islam, pegangan mereka kepada agama, adat dan undang-undang yang menghalang kebebasan hubungan seks.
12. Undang-undang biasa dan undang-undang Islam digambarkan sebagai jumud dan perlu diganti dengan undang-undang Barat. Berzina dan meliwat disaran supaya menjadi sebahagian daripada hak asasi manusia termasuk hak asasi orang Islam.
13. Kita dapati Barat dengan kerjasama orang Islam tertentu sudah berjaya kerana di Malaysia sudah ada orang Islam yang anggap segala sekatan terhadap aneka jenis seks sebagai menidakkan kebebasan semulajadi manusia, sebagai zalim, terutama kepada pembesar politik. Dan ramai sudah orang Islam di Malaysia yang percaya ahli politik seperti inilah yang patut dipilih untuk memerintah negara Malaysia. Dengan kuasa yang diberi kepada mereka ini maka segala yang lapok di negara ini akan diganti dengan pendapat semasa termasuk merdeka seks.
14. Walaupun Barat menerima zina dan liwat sebagai perkara biasa, tetapi mereka tidak dapat terima paksaan keatas mangsa zina atau liwat. Sebab itu apabila seorang wanita melaporkan yang pengarah IMF Strauss Kahn telah merogolnya pihak berkuasa terus tangkap Strauss Kahn dan jawatannya dilucutkan.
15. Di Malaysia juga apabila lapuran diterima dari mangsa yang dianya telah di liwat, tentulah wajar tertuduh dikenakan tindakan undang-undang. Ini sudah tentu tidak lapok kerana Barat juga mengamalkannya.
16. Disini ingin saya jelas bahawa “teknikal” bukan bermakna tidak. Jenayah berlaku, bukan tidak berlaku. Hanya hakim tidak dapat hilangkan keraguannya terhadap bukti yang tertuduh melakukannya. Mungkin orang lain!! Kenapa mangsa tidak menuduh orang lain, wallahuwalaam.

P.S.
a. Newsweek melaporkan berkenaan tuduhan merogol yang dibuat oleh Diallo, perempuan kulit hitam yang bekerja sebagai pencuci bilik hotel terhadap Dominique Strauss-Kahn, pengarah IMF, seorang orang besar berkulit putih.
b. Walaupun Strauss-Kahn ditangkap kerana merogol dan ada bukti yang mangsa telah dirogol, tetapi pendakwaraya tidak membawa kes ini untuk dibicara dalam mahkamah.
c. Kononnya Diallo suka membohong. Apakah pembohongan yang dibuat? Kononnya dia membohong tentang apa yang dilakukan olehnya selepas dirogol, bilik mana yang dia pergi dan berapa lama.
d. Kononnya dia (biasa) membohong berkenaan duit yang diberi kepadanya dan lain-lain pembohongan lagi. Akhbar melapor oleh kerana dia biasa membohong, panel hakim tidak akan percaya yang dianya telah dirogol. Sebab itu Strauss-Kahn tidak dihadapkan ke mahkamah.
e. Tanya penulis rencana dalam Newsweek, “apakah panel hakim tidak tahu yang perempuan yang membohong juga boleh jadi mangsa rogol?”
f. Di Malaysia soalannya ialah apakah orang yang melafazkan sumpah dengan menjunjung Quran dalam masjid juga tidak boleh dipercayai? Sebaliknya orang yang tidak berani bersumpah boleh dipercayai.


Sumber