Friends Of Jomo Malaya

Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 4 February 2012

#MPMALAS? Pastikan "UNDI KELUAR PRU13...!!!" Jaga-Jaga Tresa



Tun Faisal - Sebelum ini kita dah ceritakan kisah Azmin Ali yang GAGAL bantu rakyat di kawasan Parlimennya (di sini). Hari ini kita cerita pula tentang Teresa Kok. Ini membuktikan ramai wakil rakyat PR yang berperangai seperti ini. Misalnya, Khalid Samad yang pernah dikritik penduduk Seksyen 23 Shah Alam apabila tidak memperdulikan rintihan mereka tentang pemindahan kuil sehingga akhirnya mereka sendiri menunjuk perasaan. Macam yang pernah saya sebutkan sebelum ini, sebelum ini terdapat Ahli Parlimen PR yang pernah menyatakan bahawa mereka hanya suka berdebat dan memutuskan polisi di Parlimen.

Hal hal rakyat sepatutnya diserahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan, agensi dan jabatan kerajaan. Wawancara ini pernah disiarkan oleh portal pro-pembangkang, The Nutgraph. Kalau setakat nak menjadi Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri sebab nak berdebat dan buat sarkis kat Parlimen, DUN atau berdemo sana sini, eloklah tak payah jadi wakil rakyat. Ikuti laporan blogger Rezqeen Hill dan KL Chronicle yang tentang sifat MALAS Teresa Kok. Tidak heranlah kenapa di kalangan orang Cina, DAP dikenali sebagai Disappearing Act Party atau Talk Only Party. PR memang hancus! - Keris7Lok


JOMO Kata: Kalau nak berdebat mereka Nombor satu.... Kalau nak berdemo mereka nombor satu... Kalau nak jadi hero terhadap satu isu yang membolehkan mereka jadi popular mereka juga nombor satu... kalau bekerja bantu rakyat??? Merek nombor berapa??? Tepuk dada tanya iman kita....

"INI SEMUA SALAH UMNO..."



PETALING JAYA: Sebuah kereta BMW milik Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad hangus terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai perbuatan khianat di kediamannya di Taman Universiti, Gelang Patah, Johor Baru, awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku pada pukul 3.40 pagi itu turut mengakibatkan tingkat bawah rumahnya terbakar.

Dzulkefly yang dipetik Harakahdaily sebagai berkata, ketika kejadian beliau dan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas.

"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.

"Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," katanya.

Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.

"Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya. -mstar

Polis dan unit forensik dari Balai Polis Impian Mas yang datang sejurus kemudian telah menemui satu tong di hadapan rumah mangsa yang dipercayai digunakan untuk mengisi minyak petrol.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah cubaan membunuh.

Menurutnya, Dzulkefly sebelum ini banyak mendedahkan isu-isu panas di Johor dan dikhuatiri ada pihak yang tidak senang dengan tindakan beliau. - 1Peluru

JOMO KATA: Kebebalan dan kebodohan orang PAS kini semakin menjadi-jadi....? Budaya 'ANWARISME' dengan mengaitkan semua angkara buruk ini dengan UMNO semakin subur dalam PAS... Apa saja dikaitkan dengan UMNO.... Yang Jahat semuanya UMNO yang baik semuanya DAP.... Yang IKHLAS semua DAP... Yang ALIM semua PAS... Inilah budaya  dan politik baru pembangkang yang akan sentiasa mengalihkan kesalahan an keburukan mereka kepada orang lain....

"PAS kini hidup dalam kepura-puraan..." apapun JOMO juga tumpang bersedih dengan apa yang dialami oleh Timbalan Persuruhjaya PAS Johor tersebut...

#Aman Kampus! Mahasiswa Aspirasi Sedia Dekati Rakyat...



Feb - Seramai 100 orang sekretariat induk program aman Kampus telah diberi taklimat penyelarasan oleh pihak penganjur mengenai modul yang akan dijalankan sepanjang program berlangsung bermula daripada 6 - 19 Feb 2012.


JOMO Kata: Baru-baru ini JOMO sendiri berkesempatan bertemu dengan Presiden ASPIRASI berbincang mengenai program ini... secara asasnya, progrm ini sangat baik dalam usaha mendekati rakyat melalui platform mahasiswa... Hari ini mahasiswa yang kononnya di katakan tidak menyebelahi keajaan ternyata tidak berasas... 19 NGO yang terlibat dalam program ini semuanya telah memebrikan KOMITMEN yang jelas dalam memastikan mahasiswa itu juga adalah berjiwa rakyat.....


Sesi pada pagi semalam telah dimulakan dengan sesi pendebatan antara dua kumpulan sekretariat yang mana tajuk pendebatan ialah 'AUKU menyekat kebebasan mahasiswa berakademik' dan 'Demonstrasi mengancam keselamatan negara'. Penganjuran pertandingan debat dalaman tersebut bertujuan untuk melihat sejauh mana pemahaman sekretariat yang terlibat dalam mematahkan hujah-hujah yang melibatkan kedua-dua isu yang dinyatakan.

Seterusnya, kursus penyelarasan telah diteruskan dengan penerangan modul 'Info Siswa'. Modul penerangan ini bertujuan untuk memberi pemahaman lanjut tentang modul ini yang mana akan dilaksanakan sepanjang program dilangsungkan. Info Siswa merupakan suatu elemen yang terkandung sepanjang program yang mana bertujuan untuk memberi maklumat kepada pelajar sekolah serta masyarakat sekeliling tentang persekitaran dalam kampus sewaktu program berlangsung.

Sesi pada sebelah malam telah diadakan sesi penerangan tentang konsep '1 Malaysia' dan isu-isu semasa dalam negara. Sesi ini dikendalikan oleh jawatankuasa pelaksana program. Tujuan modul ini adalah untuk memberi penerangan dan pemahaman lanjut tentang konsep gagasan 1 Malaysia yang menjadi teras kestabilan negara untuk hidup dalam masyarakat berbilang kaum. Sesi diteruskan lagi dengan penerangan isu-isu semasa dalam negara. Sesi ini telah menumpukan kepada Kerelevanan Akta Universiti Kolej Universiti (1971) kepada mahasiswa. - DoubleY

ZAID: "Semua Tak Betul"....




Perjuangan Zaid umpama lalang... di mana angin pergi, di situ dia menghala.... angin ribut dia pun jadi ribut.... tiada angin? Dia pun buat-buat diam.... 

Dalam UMNO dia kata UMNO tak betul.... Dalam PKR dia kata PKR juga tak betul.... Dalam KITA dia kata "ini salah saya".... jadinya? penghujungnya bagaimana?

JOMO Kata: Tak tahu nak kata... rasanya dia nak masuk PKR semula kot.... adakah Anwar akan menerimanya semula? Jangan percaya dengan pemimpin lalang macam dia ni.....


baca juga berkaitan

"Kelantan jangan tipu Rakyat...." Ubah Sekarang...

KUALA KRAI 2 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kelantan tidak lagi membiarkan mereka terus ditipu kerajaan negeri pimpinan Pas, sebaliknya memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk membela nasib mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Muhyiddin berkata, janji-janji Pas pada rakyat Kelantan sejak 1990 iaitu selepas parti itu menawan negeri ini ternyata satu pembohongan dan kerana itu. Pas perlu ditolak pada pilihan raya umum (PRU) nanti.

"Kalau berjanji tidak laksanakannya itu adalah `belawok” (pembohongan). Kalau dalam Islam apa hukumnya kalau berbohong?

"Soal duniawi dan ukhrawi mesti selari. Ini tuntutan agama dan kalau tidak ada keupayaan tuntutan agama ini tidak kesampaian. Kita (BN) akan buat lebih berkesan daripada Pas. Ini bukan cakap besar atau sombong,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini, hari ini.

Lebih 15,000 rakyat berbilang kaum hadir pada majlis itu di mana Muhyiddin turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 30 penduduk di jajahan itu. – BERNAMA
keris7Lok

JOMO Kata: Rakyat sudah tahu dan faham.... JOM Berubah!!!!

"Islam Di Hina"... Mangkuk Tanda Sebagai Bukti....


JOMO Kata: Foto ini masih disiasat kesahihannya... Namun, andai ianya betul, satu lagi tamparan hebat kepada kita orang Islam.... Bersatulah kita dalam apapun demi Agama Islam.... bersatu bersama Agama, Jangan Islam lawan Islam....



Friday, 3 February 2012

PANAS! Ustaz Hadi nak undur? nik Aziz Tak Nak? PAS Makin Lemah....

dari blog Empayar Pemuda




Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik tetapi ditolak oleh PAS Kelantan.
"Saya nak sebut satu rahsia untuk tidak bertanding, tapi disergah oleh PAS Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik hingga hari ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di Kota Bharu hari ini.
    
Sebelum itu, Nik Abdul Aziz ditanya pandangannya berhubung hasrat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan tidak mahu bertanding kerusi negeri pada pilihan raya umum akan datang.
    
Nik Aziz berkata keputusan Abdul Hadi berbuat demikian "adalah masalah dia", dan sebagai Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak mampu berbuat sesuatu terhadap pemimpin tertinggi PAS itu.


    
Nik Aziz berkata beliau akan melancarkan pungutan tabung bagi membantu masyarakat Islam Thailand yang menjadi mangsa pembunuhan pihak berkuasa negara itu.
    
Katanya beliau akan mengumpul kutipan itu melalui sumbangan wang rakyat dan tidak akan menggunakan wang kerajaan. 
- Bernama

Katanya PAS kini mempunyai banyak tokoh berkelayakan untuk menjadi calon, termasuk mereka yang berpendidikan tinggi dan profesional, berbanding guru-guru pondok dan orang kampung sebelum ini.

    

Makin sedih...


JOMO kata: Makin menyedihkan.... Kita dah bagi tahu dosanya akan hubungan sejenis langsung tidak di ambil tahu... Kiamat Sudah Hampir???

12 BARISAN AKHIRAT... APA DIA?

Suatu ketika, Muadz bin Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong jelaskan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" (Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muadz, engkau telah bertanya kepada aku, perkara yang amat besar, bahwa umatku akan dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."

Maka, dijelaskanlah oleh Rasulullah ke 12 barisan tersebut :-
BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara sholat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..." - sumber segalanyadisini2.blogspot.com

JOMO Kata: Permudahkanlah segala urusan kita didunia dan akhirat.... Amin.... Apa yang penting sekarang Kuatkan Iman Kita dan "KUATKAN JUGA BARISAN KITA UNTUK PRU AKAN DATANG..."

PANAS! "Bubar Parti 'KITA' Ganti Parti 'SAYA'...???"

Oleh : MOHD FARHAN DARWIS (TMI)

PARTI Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) yang dipimpin Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengumumkan pembubarannya. Pengumuman tersebut dibuat di laman sesawang rasmi parti berkenaan hari ini.

"Keputusan ini perlu dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa kami tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat.

"Mereka telah melakukan perbuatan ini secara berterusan. Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan semata-mata mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang," tegas Zaid dalam kenyataan di laman sesawang rasmi parti Kita.

Tambahnya, peranan media yang dilihat yang lebih berminat melaporkan isu-isu remeh yang memberi kesan kepada parti akan terus memberi kesukaran kepada parti tersebut.

"Cukup ramai orang di luar sana yang hanya berminat dalam mengkritik kepimpinan saya di dalam KITA dan yang menggemburkan cerita-cerita dengan tujuan untuk mencemuh saya," tambah Zaid.

"Saya telah membuat banyak kesilapan dalam hidup saya tetapi saya tidak tawar hati. Saya tetap yakin bahawa perubahan akan datang untuk kebaikan negara ini dan saya akan terus menjalankan tanggungjawab saya di dalam mencapai tujuan itu," tegasnya lagi.

Selain itu, menurut Zaid, ideanya untuk menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea-idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban kepada wacana politik telah gagal.

"Saya tidak berjaya membawa masuk anggota-anggota yang cukup berminat dalam cita-cita bagi mencapai demokrasi, tadbir urus yang baik dan akauntabiliti di kalangan pegawai-pegawai awam.

"Saya juga tidak dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk menguruskan aktiviti-aktiviti parti, dan teman-teman yang telah berjanji untuk membantu telah akhirnya memutuskan untuk menarik balik," tambahnya.

Zaid turut menjelaskan, beliau juga tidak akan menarik balik kenyataannya sebelum ini yang mempercayai bahawa kenikmatan dalam memberi perkhidmatan kepada awam, kerana negara mampu menjalankan perkhidmatan ini dengan kehormatan dan maruah.

Diakhir kenyataannya itu, Zaid membuat permohonan maaf kepada ahli-ahli parti yang masih setia dengan partinya itu dan beliau menyatakan, kemandirian demokrasi bergantung kepada daya maju pembangkang itu sendiri.

"Sekiranya ia dimusnahkan, seperti yang ingin diperlakukan oleh Barisan Nasional (BN), maka tidak akan ada demokrasi, tiada kebebasan dan tiada dasar-dasar yang bersifat sederhana lagi," jelasnya.

Kita dilancarkan Januari lalu dengan moto “moderat, demokratik dan liberal.” Ia sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Malaysia.

Parti itu digerakkan selepas Zaid keluar PKR akhir tahun lalu selepas mendakwa wujudnya kepincangan dan kecacatan dalam komponen Pakatan Rakyat itu.-sabahkini.net

JOMO Kata: "Dulu dalam UMNO kata UMNO tak betul... Dalam PKR kata PKR tak betul.... Dalam KITA??? Akhirnya jadi "SAYA (Zaid) Tak BETUL...?"" Selamat datang Parti SAYA.....

Insaf Jumaat! "Kerana Duit Saya Sanggup Melacur...?"

sekadar hiasan....
Hakikatnya pelacur di Malaysia terdiri daripada perempuan pelbilang kaum, Melayu, Cina, India, pelbagai etnik dari Sabah, Sarawak dan warga asing. Mereka melacur antaranya di rumah tumpangan, hotel murah maupun di hotel bertaraf lima bintang.

saya menjalankan kerjaya tertua di dunia terbabit secara terang-terangan, selebihnya secara tersembunyi. Manakala, imbuhan saya terima berbeza, antara puluhan dan ribuan ringgit mengikut usia, masa dan syarat ditetapkan.

Mengapa perempuan sanggup melacur? Jawabannya bergantung kepada individu terbabit.

Antaranya, jalan pintas dan mudah mendapatkan wang. Pelacur jalanan, tidak berpendidikan tinggi, justeru dikata sukar mendapatkan pekerjaan lebih baik. Menjual diri, mereka hanya menerima bayaran antara RM30 dan RM50 bagi satu sesi bergantung kepada usia dan servis ditawarkan. Kegiatan harian itu cukup bagi menampung kos kehidupan mereka. Puluhan ringgit diraih pelacur jalanan mungkin tidak menarik perhatian pelacur kelas atasan. Segelintir pelajar institusi pengajian tinggi contohnya mensasarkan pelanggan golongan elit. Menggunakan status ‘pelajar’, pendapatan mereka mampu mencecah lebih RM1200 bagi satu sesi. Apapun mereka semua perempuan dan pelacur.

Majoriti daripada pelacur pernah ditemubual, ibu tunggal hidup tersepit, punyai tanggungan, anak untuk dibesarkan. Justeru, mereka rela ‘dibela’ bapa ayam. Bapa ayam memudahkan mereka memancing pelanggan. Jika tidak, terpaksa berembun setiap hari dan pulang tangan kosong.

Pelacur warga asing dari China, Indonesia, Thailand dan Vietnam diberkas pihak berkuasa mengemukakan alasan berbeza. Mereka mendakwa ditipu ejen. Kononnya dibawa masuk untuk bekerja kilang akhirnya tersadai di rumah pelacuran.

Apapun saya percaya, majoriti perempuan tidak melacur kerana nafsu.

Kini segelintir lelaki dilapor melacurkan diri. Imbuhan lumayan melayan wanita berkedudukan tinggi dan hidup mewah membuatkan mereka rela menjual maruah. Bezanya, mereka tidak digelar pelacur, ‘gigolo’ terma digunakan. - sumber hatigoreng.blogspot.com

JOMO Kata: Manusia sudah tidak kenal erti dosa dan pahala... Apa yang penting hanyalah kemewahan dan kesenangan hidup didunia yang sementara... bukan Salah ibu mengandung... Tapi, semuanya kerana insan itu sendiri... Berusahalah untuk menjadi yang terbaik... Dunia akhir zaman...

Sangat Pelik!!! "DAP Pertikai 'KEIMANAN' Hassan Ali...?"

Sekadar hiasan... Dr.
Seorang pemimpin kanan DAP mempersoalkan ‘keimanan’ bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya melempar tuduhan yang dianggap melulu terhadap Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, jika Hasan seorang yang baik dan beriman, beliau tidak menuduh PR bercita-cita, mahu menjadikan Malaysia negara republik, sekali gus menggugurkan Perkara 153 Perlembagaan Negara yang menjamin hak dan keistimewaan orang Melayu.

“Tuduh itu tidak logik, jauh panggang dari api. Dia hanya mahu mengapi-apikan sentimen rakyat supaya membenci PR,” tegasnya.

“Sekarang dia cakap ikut sedap mulut saja, tipu orang sana sini, seolah-olah dia tahu semua perkara. Orang macam ini tak boleh pakai sebab suka menipu,” katanya Ahli Parlimen Kepong itu.

Menurutnya, jika Hasan seorang yang beriman, beliau tidak akan melemparkan tuduhan melulu serta tidak berasas terhadap orang lain.

“Saya mewakili DAP menafikan tuduhan beliau. Kita semua tahu kenapa dia dipecat.

“Kalau Pas sendiri pecat Hasan, kita pun tahu Hasan jenis orang macam mana dan sekarang siapa dia untuk bercakap tentang Pas? Beliau tidak ada jawatan lagi dalam Pas dan kenyataannya tidak menggambarkan kenyataan parti itu,” tegasnya.

Seng Giaw berkata, bukan sahaja Pas, malah DAP dan PKR juga berjuang pertahankan Perlembagaan Negara.

“Hasan hendak cari populariti sebab itulah tuduh kami macam-macam. Sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, keutamaan kami adalah mempertahankan kedaulatan undang-undang, bukan meminda.” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, Hasan tidak layak bercakap mengenai hal itu kerana beliau anggota Pas.

“Saya tidak mahu ulas lagi mengenai dakwaan, kononnya PR berhasrat menggugurkan Perkara 153 dan menubuhkan negara republik.

“Kalau hendak tahu lagi mengenai perkara ini, tanya Hasan sahaja. Saya tidak mahu cakap,” katanya.

Menurutnya, sebagai bekas ahli Pas, kenyataan Hasan tidak patut diulas oleh pemimpin parti itu.  -
Sumber

JOMO Kata: "Dunia Politik Pakatan..." "Orang bercakap benar dicantas begitu saja...." Sekarang ni Orang yang tak Faham Agama pun dah boleh buat ulasan mengenai agama... "Keimanan hanya ada pa orang Islam...."

LAWAK Giler? Jangan Jadi Di Malaysia!

belogila.b.c

JOMO Kata: Dunia tanpa sempadan... Hari ini apa saja yang berlaku diluar negara kononnya atas nama kebebasan Seksualiti, tidak mustahil juga akan berlaku di negara ini... Kalau dahulu, Perkahwinan sejenis hanya berlaku di Negara Barat, Hari ini Orang Melayu pun dah ada yang kahwin sejenis....

Jangan Jadi Di Malaysia!!! Mantapkan Akhlak dan Akidah!!!

Thursday, 2 February 2012

Jangan Hijrah hanya untuk KUTUK Orang Lain!!!





Tak kisah sekelumitpun mana2 artis nak menyertai atau menyokong mana-mana parti, itu pilihan masing2 sebagai petanda Malaysia masih dalam nuansa demokrasi yang sihat. Satu rahmat yang dikurnia kepada Catriona, hidayah yang diterimanya tanpa dorongan unsur2 politikal seperti Bob Lokman. Itu yang buatkan hati ini tidak menilai Catriona dari sudut skeptikal.

Hampir setahun Catriona berubah baru dia muncul di 'pentas hijau'. Kemunculan Catriona berbeza dengan Wardina kerana dia tidak terikat dengan mana2 agensi kerajaan/GLC dan tidak celupar menyuntik doktrin bencikan kerajaan kepada peminat... Jadi sebarang tindakan untuk blogger atau media proBN 'menyerang' Catriona boleh dianggap emosional atau kurang bijak.

Jika Catriona memilih PAS bukan berkait dengan hidayah atau dirinya sudah bertudung, gua percaya Catriona bijak memikirkan PAS bukan satu-satunya jalan menuju syurga. Masalahnya cuma UMNO/BN tidak peka untuk mendekati golongan sebegini yang boleh mempengaruhi ramai peminat mereka.

Percayalah jika Catriona memilih untuk menyertai PAS, dengan kepetahan komunikasinya dia akan diheret dari ceramah ke ceramah untuk kepentingan kuasa parti yang kononnya paling islamik tersebut.

Biarlah Catriona memutuskan pilihannya... Cuma harap jangan terpengaruh dengan nada & gaya Bob Lokman yang mencerca rakan2 seangkatan bila berdiri di pentas PAS!- sumber 1peluru

JOMO Kata: Bersama Hijrah kepada kebaikan....

'SOKONG ISRAEL'... Sanggupkah Kita Korbankan Umat Islam???

Lidah kita mudahnya berbicara... pernahkah kita merasai kesengseraan orang lain...?


JOMO Kata: Tidak sesekali Menyokong YAHUDI Laknatullah!!! ALLAHuAkbar!!!!

"Dewan Ulama PAS Tolak Anwar Bulat-Bulat..." Anwar Belit atau Sembelit...?

waina??

Dewan Ulama Pas tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel dalam temu bual dengan The Wall Street Journal.

Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, tidak sepatutnya isu keselamatan Israel ditimbulkan kerana keutamaan pada masa ini adalah kepentingan serta hak rakyat Palestin yang wajar dikembalikan.

Beliau berkata, masyarakat Palestin telah lama tertindas di tanah air sendiri, oleh itu setiap rakyat negara ini perlu menyokong penuh perjuangan mereka.

''Saya tidak bersetuju dengan dia (Anwar) kerana mendahulukan soal keselamatan Israel. Isunya sekarang ialah penderitaan rakyat Palestin. Jika dia (Anwar) mendahulukan soal Palestin pasti saya bersetuju.

''Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin, kita wajib menyokongnya dengan harapan rakyat Palestin akhirnya dapat hidup di tanah air mereka sendiri dengan aman,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas temu bual Anwar bersama The Wall Street Journal pada Khamis lalu yang antara lain Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dipetik berkata: "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."

Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin. -
MalaysiaHeaven

JOMO Kata: "Jawapan Standard Anwar, Kenyataannya diputar-belit..." Apa saja yang beliau katakan semua akhbar tempatan yang salah.... Tapi, depan Kafir yahudi, adakah beliau sanggup berbuat sedemikian dengan menyatakan Wall Street journal putar-belit kenyataannya...? Anwar.... Anwar...

Happy Dunia! 'Wakil PAS Minta Kurangkan Aktiviti Pencegahan maksiat...?'

Alahai....


'Inikah parasit PAS yang perjuangannya hanya mahukan kemenangan Dunia dan membahagiakan Orang kafir berbanding membawa Umat Islam dan Bukan islam Rakyat Malaysia kearah kebaikan....?'



JOMO Kata: 'Memperjudikan Untung nasib umat Islam hanya kerana mahukan Undi Bukan Islam...?'...


sumber

PANAS! "KeBHALULan Anwar Sokong ISRAEL..."- Tok Pa...

Sekadar hiasan....

JELI 1 Feb. - Kenyataan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong usaha menjaga keselamatan Israel adalah amat dikesali dan memalukan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk SeriMustapa Mohamed.

Beliau berkata, Malaysia sebagai sebuah negara Islam amat bersimpati dengan rakyat Palestin yang dizalimi oleh rejim Zionis dan dasar luar Malaysia adalah jelas iaitu menentang kekejaman dan kekerasan.

"Jadi kita harap rakyat Malaysia membuat penilaian tentang politik pemimpin ini yang sanggup berbuat apa sahaja untuk meraih sokongan pihak tertentu," katanya di sini hari ini.

Anwar dilaporkan menyatakan sokongan terhadap usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan Israel ketika beliau ditemubual oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

"Kita mengakui perjuangan rakyat Palestin adalah perjuangan yang benar dan betul, kita tahu mereka ditindas dan dizalimi oleh Israel," kata Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli.

Beliau berkata, dasar luar negara ini sudah terbukti membawa banyak faedah kepada negara, bagaimanapun dasar tersebut akan berubah sekiranya pembangkang memerintah. - BERNAMA Sumber

JOMO Kata: Alahai..... Percayalah kata JOMO... Dia akan pusing punya.... 'Apa dia buat semua orang lain yang salah....' No worry....

PANAS! Pendatang Tanpa Izin di SABAH: 'JOMO Sokong UPKO'....

Sekadar Hiasan....
KUALA LUMPUR 31 Jan. - Cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai Pendatang Haram di Sabah akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pada masa terdekat.

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok berkata, perkara tersebut merupakan beberapa isu yang telah dibincangkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Beliau yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, UPKO secara berterusan telah membawa cadangan mewujudkan suruhanjaya itu dan ia turut disokong parti komponen BN Sabah yang lain.

"Ya, kita bincangkan beberapa perkara termasuk Suruhanjaya Siasatan Diraja dan ia telah kita cadangkan pada satu tempoh yang agak lama," katanya di sini hari ini. -UtusanMalaysia

JOMO Kata: Sentiasa menyokong apa saja demi kepentingan rakyat....

Mak Oi!!! 'Jijiknyer....???'

Kebersihan itu separuh daripada Iman.... Bersama Kita Menjaga Kebersihan....
Contoh.... belogila.b.c

JOMO Kata: Jaga-jaga ada orang yang main Kotor...?? 'politik' itu bersih, tapi, orang Politik yang mengotorkannya..... PAS ada parasit bila Nak BERSIHkan....??? Kata Amalkan Islam???

Wednesday, 1 February 2012

HOT!!! Many 'Budget' Sex Dens In Malaysia...???


THE MUSHROOMING of cheap motels which offer low hourly rates is believed to play a major part in the growth of prostitution among locals and foreigners alike in the country.

Bukit Aman Criminal Investigation Department Director, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin said these cheap motels were used as a base by the prostitutes to carry out their illicit activities.

"We don't discount the possibility that the existence of these motels, especially those which offer cheap packages, support such activities and encourage this vice among the singles.

"Furthermore, there are also restaurants which offer prostitutes as an 'attraction' in order to reap higher profits," he told Bernama.

Based on the latest Anti-Vice, Gaming and Secret Societies Division (D7) statistics, 11,832 foreign women were detained in 2011 compared to 11,919 in 2010. In addition, 1,801 local women were also detained for prostitution last year.

Meanwhile, Kuala Lumpur Social Development, Crime Prevention and Anti-Drugs Voluntary Organisation (Pencegah) president Jeevan S. Ramamurthy said it was possible that motels with cheap rates gained their basic profits from the oldest form of human trafficking in the world.

"There are motel owners involved in prostitution and most of them focus on foreign women as they are paid much less and the owners make two to three times more than if they were to use local women," he said.

He said the difference in currency exchange and socio-economic conditions of the prostitutes' countries of origin were also among the reasons why the women end up in vice here.

Commenting on the involvement of local women, he said there were those who did not choose to do so but were cheated into it by their partners.
"Then there are those who are forced into it by their husbands and even some who are trapped by their own lust," he added.

Jeevan said that the police need to foster ties with the Social Welfare Department or Women, Family and Community Development Ministry to ensure women who were forced into prostitution had adequate protection.-sabahkini,net

'Dia Parasit Bukan Pelesit'.... -HA

Sudah terjawab..... Parasit yang dikatakan sedang menghancurkan PAS dari dalam... Inikah Parasit yang bersekongkol dan menyebelahi Kafir....?



“Saya tidak hairan sekiranya usaha-usaha itu ditentang oleh pemimpin DAP mahu pun pemimpin bukan Islam dalam PKR, tetapi saya sangat hairan apabila ia ditentang hebat oleh Khalid Samad yang bertanding atas tiket Pas.
“Sebab itu saya hendak ingatkan pengundi di Shah Alam agar jangan beri satu undi pun kepada dia (Khalid) pada pilihan raya umum akan datang kerana dia adalah pengkhianat kepada akidah umat Islam,” dari UM

JOMO Kata: Tepuk dada tanya Iman kita.... Istighfarlah....

Anwar Atau Pemuda PAS yang BAHLOL...???

Sekadar hiasan....
Menarik mesyuarat koordinasi malam tadi di kalangan pimpinan PKR. Sambil tengok AJL, sebab Ketua Cabang Parit Sulong bertanding; mereka berbincang banyak perkara yang melibatkan koordinasi menjelang pilihanraya. Antara isu yang ditimbulkan adalah keperluan bajet menjelang kempen PRU nanti. Ramai yang memberikan pendapat. Rata-rata mengakui, keperluan bajet sekurang-kurangnya DUA KALI GANDA daripada bajet tahun 2008. Dua kali ganda.

Memang Kerajaan Negeri Selangor sudah asingkan keperluan pilihanraya – RM300 juta di peringkat awal. Namun, tumpuan akan diberikan kepada Selangor. Apa keperluan Negeri lain? Mereka juga perlukan pembelaaan. Disinilah Anwar memberitahu bagaimana Pemuda PAS adalah kumpulan yang bahlol dan tidak ada strategi.

Anwar menerangkan bagaimana kenyataan yang dibuat baru-baru ini mengenai Israel – adalah bertujuan khas mendapatkan dana pilihanraya. Setelah diasingkan oleh kebanyakan lobbyists group dan NGO antarabangsa; Anwar perlu merapatkan diri semula dengan mereka. Oleh yang demikian, kenyataan Anwar baru-baru ini adalah khusus untuk membuka jalan mendapatkan dana luar.

Open Society milik George Soros tidak akan membantu jika Anwar masih mengambil pendekatan anti APCO. Ini sudah diberitahu kepada Anwar secara jelas. Malahan, Anwar juga mengakui bahawa Open Society hanya akan memberikan dana jika Anwar mampu mengubah pendirian mengenai isu Israel.

Pemuda PAS yang BAHLOL – kata Anwar tidak tahu bahawa mereka akan berjuang dengan poket kosong kalau tidak dengan bantuan PKR. Kebahlolan Pemuda PAS ini hanya akan meranapkan peluang PR dalam PRU yang akan datang.

Nampaknya ini soal DANA untuk PRU yang akan datang. Bukan soal ideologi.

Kita kena faham permainan dan gelagat Anwar ini…

JOMO kata: "Anwar Sokong Israel....?" "PAS jadi tunggangan Anwar...."


Untuk Kroni??? DAP Buang RM 5 juta Macam tu jer???


Dari blog MyMassa

Kalau pembaca nak tahu, inilah tempat letak kereta di Bukit Bendera, Pulau Pinang yang berharga RM5juta. Setelah siap, tempat letak kereta ini tidak dapat digunakan kerana ianya hanya muat untuk kereta kancil. Tempat letak kereta ini juga tidak mempunyai lif walaupun setinggi ini ia dibina.

Akhirnya Kerajaan Negeri di bawah DAP mengambil keputusan untuk merobohkan tempat letak kereta ini dan menggantikan dengan yang baru. Penduduk bidas musnah bangunan tempat letak kereta baru RM5 juta

GEORGETOWN: Penduduk yang tinggal berhampiran bangunan tempat letak kereta bertingkat Stesen Bukit Bendera di sini, membidas cadangam Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu merobohkan bangunan baru berkenaan. Mereka berpendapat tindakan merobohkan bangunan tempat letak kereta bernilai RM5 juta itu sebagai membazir dan menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dalam menangani masalah rakyat.

Lim Cheng Cheng, 57, berkata kerajaan negeri tidak sepatutnya merobohkan bangunan itu, sebaliknya membaiki struktur tertentu seperti meluaskan laluannya supaya ia boleh digunakan pengunjung Bukit Bendera dengan kadar segera. “Pembayar cukai menjadi mangsa hanya disebabkan kesilapan beberapa individu terbabit dalam pembinaan tempat letak kereta ini dan saya tidak tahu hendak kata apa lagi dengan pengumuman kerajaan negeri ini.

“Pemimpin kerajaan negeri sewajarnya tahu bahawa langkah itu sebenarnya membazir saja... bukankah lebih baik bangunan ini diubah suai saja kerana ia lebih menjimatkan wang pembayar cukai,” katanya ketika ditemui Berita Harian, semalam. Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan bahawa tempat letak kenderaan yang tidak dapat digunakan kerana gagal memperoleh Sijil Layak Menduduki (CF) daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana rekaannya yang lemah itu akan dirobohkan, direka bentuk dan dibina semula.

Pembinaan bangunan baru itu mengambil masa kira-kira 15 bulan untuk disiapkan membabitkan kos antara RM5.5 juta hingga RM6.75 juta. Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen ketika mengulas perkara itu mahu Guan Eng selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu agensi bertanggungjawab menguruskan projek dibiayai Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Pelancongan bertanggungjawab dan memberi penjelasan.

Seorang lagi penduduk, Wong Yew Aun, 28, menyifatkan langkah kerajaan negeri merobohkan bangunan tempat letak kereta itu sebagai tidak wajar dan kurang bijak kerana membazir wang rakyat. “Sepatutnya kerajaan negeri membantu rakyat menjimatkan dana awam tetapi perkara sebaliknya yang berlaku apabila kerajaan negeri lebih suka membazirnya demi membina tempat letak kereta baru,” katanya.

Tindakan Kerajaan DAP itu seolah-olah mencampakkan duit RM5juta ke laut di Pulau Pinang.  

JOMO kata: Cakap Orang dia Yang Lebih.... jangan nak tuding jari dengan UMNO jer....

Kepala Babi DI Surau.... PAS Tak Kisah......???


Hairran Bin Ajaib.... Kalau dahulu mereka hero segalanya.... hari ini.... mereka biar kesemuanya??? kalau dahulu, BN nak roboh surau, mereka sanggup tunggu disurau, difahamkan ada yang tidur di surau pun ada.... Itu bila tidak berkuasa, masa pun banyak, Hari ini??? Kes Surau diletak pela Babi di rawang apa PAS Buat???

Yang menghairankan, YB Ronnie Liew dan YB PKR pula yang lebih concern mengenai perkara ini... kenapa nak harapkan Pemimpin Kafir??? PAS buat apa??? Korek tahi Hidung ker???

JOMO Kata: Alahai manusia.... ketika tiada kuasa semua kata boleh, bila dah berkuasa banyak saja alasan mereka.... politik murahan alaf tok kadok..... PAS Sila jawab....!!!!


rujuk minda hijrah

HOTT!!!! Rocky'S Bru Says Sorry...


By : SHAZWAN MUSTAFA KAMAL
BLOGGER Datuk Ahirudin Attan today apologised to four former News Straits Times Press (NSTP) bosses over allegations carried on his blog, admitting that the remarks published were defamatory.

On January 4, 2007, the four who were at that time NSTP deputy chairman Datuk Kalimullah Hassan, chief executive officer Datuk Syed Faisal Albar, group editor-in-chief Datuk Hishamuddin Aun and group editor Brendan Pereira filed a suit against Ahirudin for defamation and malicious falsehood.

The suit pertained to articles and postings that had been published, or permitted to be published, by Ahirudin in his blog Rocky’s Bru. In the suit, the four claimed that the articles referred to them were defamatory.

The apology was read out today in chambers at the KL High Court today in front of Datuk Asmabi Mohamad.
“The Defendant recognises, acknowledges and empathises with the considerable distress, embarrassment, and inconvenience caused to the Plaintiffs resulting from the publications of the statements as pleaded in the statement of claim and he is present in Court today to express his sincere and utmost regret... to withdraw all allegations and imputations which are complained of in the statement of claim and to apologise for the same,” read Ahirudin’s statement of apology made available to reporters here.

Ahirudin also agreed not to publish any similar allegations concerning the plaintiffs on his blog or any other website online in the future. Under the terms of agreement, Ahirudin will also publish a statement of apology on his weblog.

“He (Ahirudin) was present in court today to express his sincere and utmost regret for the consequences caused to the plaintiffs,” said NSTP lawyer Rishwant Singh, adding that there was no order as to costs and damages.

In a statement, Kalimullah said he and his former colleagues were glad that the matter had been settled, and that it had caused “undue stress, damage and anguish to our families, friends and us personally and professionally.”

“The repeated lies over a long period of time and the unfairness of it all led us to the painful step of filing the legal suit against Ahirudin to clear our names and reputation. Having come from the same press fraternity, it was not a decision we took lightly when we went to the courts to seek justice,” said Kalimullah.

He pointed out that Ahirudin’s apology made it the sixth one he had received in less than a year, the others being from DAP MP Jeff Ooi, the NST, Berita Harian, Utusan Malaysia and Matthias Chang, a former political secretary to Tun Dr Mahathir Mohamad.

“It re-establishes my faith that eventually the truth will prevail and that justice will be done,” Kalimullah said.

Ahirudin was represented by Datuk Jahabardeen Mohamed Yunoos.

Sabahkini.net

MASY'ALLAH!!! Budak Main Budak....???

Ya Allah.... Engkau hindarkanlah aku dan keturunanku akan perkara sebegini....


JOMO Kata: Haraplah perkara ini tidak akan berlaku di Negara kita.......


dari blog BILA BUNGA BERBICARA

Tuesday, 31 January 2012

DASYAT!!! Disebalik Cerita Tali Gantung...???

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling
bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan
kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.

Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan
diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90
kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia
diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

"Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh
poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada
empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan," jelas
Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang
berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantungdikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi
sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka
dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang
bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga
habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah
Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di
mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad
pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

"Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan
beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada
hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya
lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza," kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan
pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman
gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

"Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar
dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan
harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung)," kata
Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya
yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu
di luar penjara untuk "perjumpaan terakhir."

Lazimnya suasana sedih dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan
terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk "hidangan terakhir" bernilai
RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN
Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukumangantung "poie dengan rela" setelah menunggu begitu lamo untuk
hukuman dilaksanakan.

"Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan
tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi
agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

"Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka
lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila
kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang
salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak
tahan lagi menunggu," katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka
akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

"Jangan ikut tabiat buruk ayah" antara kata-kata terakhir seorang
banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada
hari hukuman.

"Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar
sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai
kasut berharga RM300. Mati penuh gaya. Banduan itu kata dengan
jenaka," cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk
pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari
hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan
secara automatik renggang sepenuhnya bila "gear" ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian
5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian
suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar
dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat
kepada tukang gantung untuk menarik "gear" yang akan antaranya
membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian
berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan
akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam
dibiar tergantung.

"Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati
jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada
dia, semuanya tak ada masalah.

"Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan
letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-
bos saya dulu," kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada
anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

"Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,
lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi
penagih, satu keluarga akan terjejas," katanya sambil menjelaskan
bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah. -akakdisebalikpintu.blogspot.com

SEKS Jual TUBUH... Bantuan DAP Untuk Melayu...???

Contoh....

Batu Feringghi tempat Maksiat??? Difahamkan, ini berlaku di Negeri pulau Mutiara, maksiat makin hari makin berleluasa....

baru-baru ini difahamkan, ramai anak-anak cina yang berniaga tubuh di sana, mereka ini adalah dalam lingkungan 17-20 tahun... Sangat menghairankan, kegiatan mereka ini telah dihidu dengan lebih awal namun masih belum ada bukti... namun, sejak kebelakangan ini aktiviti jual tubuh kian rancak di sana, apa kerajaan negeri Buat???

Harga yang twarkan juga agak murah diantara rm50-rm100 sahaja... wah ini sudah baik... Persoalannya, Apa Kerajaan pimpinan DAP buat di sana??? kerana difahamkan pelanggan utama adalah Melayu, betulkah??? Takkan DAP nak jual perempuan untuk orang Melayu Penang kot???

JOMO Kata: Jangan suka Jual TUBUH.... Bersama kita tolah DAP...


rujukan