Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 28 January 2012

PERUBAHAN UMNO!!! Jawatankuasa Yang DiGerakkan AWAL...




JOMO Kata: dari PRU12 lepas UMNO sudah membuat banyak perubahan... Apa pula yang PAS dan DAP buat???

VIDEO!!! Undang-Undang atau DIA yang Lapuk????



(Associated Press) Agensi berita Associated Press membuat sorotan kritikal menjelang pengumuman keputusan pembicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dua minggu lalu. 
Menurut agensi itu Anwar mengecam undang-undang yang digunakan sebagai asas pertuduhan terhadap beliau, yang dikatakan kuno dan boleh digunakan bagi mempromosi pendirian tidak bertoleransi, selain menceroboh hak orang lain dan menghukum mereka dengan kejam. 
Berdasarkan apa yang disuarakan, beliau kini menjadikan dirinya terpencil dari kalangan ahli-ahli politik kanan Malaysia berhubung pertuduhan liwat ke atas bekas pembantunya. 
Pada dasarnya para pemimpin pembangkang dan kerajaan di negara berpenduduk majoriti Muslim ini tidak mahu dilihat sebagai menyokong atau menyetujui perjuangan hak-hak kumpulan homoseksual. Ini kerana mereka tidak mahu mencetuskan ketidakselesaan di kalangan pengikut konservatif agama. 
Di Malaysia, jika disabitkan kesalahan meliwat, seseorang boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebat. 
Anwar, 64 tahun, berkata beliau telah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan menerima hukuman penjara yang panjang apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan keputusan hampir dua minggu lalu. Beliau dikatakan tidak mungkin akan kenakan hukuman sebat memandangkan usianya yang lanjut. 
“Pada saya, undang-undang seperti itu tidak sepatutnya disalahgunakan bagi tujuan politik dengan harapan ia menjadi contoh dan sekali gus bersifat tidak adil kepada pihak lain,” jelas Anwar melalui telefon sewaktu dalam rangka penjelajahan enam hari ke seluruh negara bagi menyampaikan ceramah. 
Pihak yang menuduh Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26 tahun, memberikan keterangan bahawa Anwar memaksa beliau melakukan perhubungan seks di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 2008. 
Anwar enggan memberi keterangan dari kandang saksi, tetapi mengkritik prosiding dengan memberikan hujah panjang lebar dari belakang meja peguam, di mana beliau tidak boleh diperiksa balas. 
Anwar yang telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak, berkeras mengatakan beliau tidak bersalah dan mendakwa pertuduhan tersebut sebahagian daripada konspirasi kerajaan untuk memalukannya dan merosakkan peluang pembangkang untuk menang pada pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan berlaku pada tahun ini. 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bagaimana pun telah menafikan dakwaan itu. 
Di Malaysia, undang-undang anti-liwat jarang sekali digunakan, tetapi dirujuk secara selektif, kebanyakannya membabitkan kes-kes penderaan seksual ke atas kanak-kanak dan remaja.
Bagaimana pun, para aktivis hak kumpulan ‘gay’ telah sejak sekian lama mendakwa diskriminasi terhadap individu-individu homoseksual dan sebagainya digalakkan. 
Bulan lalu, badan Human Rights Watch yang berpangkalan di New York menggesa Malaysia menghapuskan undang-undang melarang perhubungan seksual sesama jenis. 
Menurut Anwar, walaupun beliau bersetuju kerajaan perlu melarang perkahwinan sesama jenis dan perlakuan lucah di khalayak ramai, namun undang-undang anti-liwat yang ada sekarang “boleh disalahgunakan, justeru menonjolkan sikap diskriminasi dan tidak toleransi.” 
“Undang-undang yang ada sekarang adalah kuno,” kata Anwar. “Idea asasnya ialah supaya menggalakkan orang memahami keadaan tersebut, dan bukannya untuk diperlihatkan sebagai hanya menghukum. 
Dalam kes ini apa yang berlaku begitu melampau – apa tidaknya, mereka dibenarkan menjenguk dan memeriksa hingga ke dalam kamar tidur orang lain hanya bagi tujuan memalukan individu-individu tertentu.” 
Ini kali kedua Anwar dihadapkan ke mahkamah bersabit pertuduhan meliwat. Beliau yang merupakan bekas Perdana Menteri didapati bersalah pada tahun 2000 bersabit pertuduhan meliwat bekas pemandu keluarga beliau. 
Bagaimana pun, Mahkamah tertinggi di Malaysia membebaskan beliau dari penjara pada 2004 setelah membatalkan keputusan serta hukuman penjara sembilan tahun ke atas beliau. 
Pertuduhan terbaru ini berlaku pada 2008, iaitu beberapa bulan selepas Anwar berjaya memimpin pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 hingga memperoleh kemenangan terbaik sejak negara itu mendapat kemerdekaan daripada Britain pada 1957. 
Anwar berkata, tanpa mengambil kira apa jua bentuk keputusan mahkamah, pakatan tiga parti pembangkang yang dipimpin beliau bertekad untuk menjatuhkan Barisan Nasional yang dipimpin Najib pada pilihan raya umum ke-13, dan seterusnya menubuhkan kerajaan yang akan menghapuskan rasuah dan diskriminasi kaum. 
Pihak pembangkang sekarang ini menguasai lebih daripada satu pertiga kerusi di Parlimen.
“Kemungkinan kami memenangi pilihan raya…bukan sesuatu yang mustahil,” kata Anwar. “kami percaya perubahan pasti berlaku bagi manfaat seluruh rakyat Malaysia.” -aidc sumber

JAIK 'Mengajuk' Slogan PM Najib...

Harini JOMO berada di Camreon Highland... Terpandang satu slogan dari van Jabatan Agama Islam Kelantan (JAIK) iaitu 'ibadah didahulukan, Solat diutamakan'... Secara jelas dari slogan PM 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'...

Slogan yang yang diambil daripada Cetusan Perdana Menteri Malaysia, terus menjadi ikutan kepada segenap lapisan masyarakat...

JOMO Kata: Pengaruh Najib tak boleh dipertikaikan lagi... Tahniah JAIK!!!

Kes Peinee Teoh nak bunuh Najib Tak Settle Lagi???

Alahai..... Difahamkan perkara ini masih dalam siasatan..... tapi, kenyataan facebook yang menakutkan dari seorang anak cina ini masih menjadi tanda-tanya..... Apa yang telah terjadi???



JOMO Kata: janganlah buat sesuatu yang boleh membodohkan diri sendiri dan menyebabkan orang lain kata kamu itu BODOH!!!

RAHMAN TEGUR MEREKA???


Oleh : DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN

ISU dakwaan lebihan kos sebanyak RM3 bilion (daripada pengumuman RM6 bilion kepada RM9 bilion dalam tempoh setahun) bagi perolehan enam kapal Littoral Combat Ship (LCS) atau yang dikenali sebagai SGPV (Second Generation Patrol Vessel) oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akhirnya terjawab.

Isu berkenaan mencuri perhatian senario politik tanah air sejak rakan sejawatan saya, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dan Ahli Parlimen pembangkang lain membangkitkan isu berkenaan di Parlimen serta menerusi media.
Saya akui, kebimbangan turut wujud di kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kerana dakwaan yang dibuat sangat serius dan membabitkan wang pembayar cukai yang mencecah berbilion ringgit.

Justeru, semestinya kami berasa lega apabila Kementerian Pertahanan dan pegawai atasan Angkatan Tentera memberi 'penjelasan sejelas kristal' (sekadar memetik ungkapan Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution) dalam taklimat kepada Ahli Parlimen BN (Saya sendiri, Khairy Jamaludin, Datuk Ahmad Hamzah, P Kamalanathan dan Bung Moktar) dan Pakatan Rakyat ( Tony Pua, Dr Dzul dan Datuk Saifuddin) beberapa hari lalu.

Nampaknya, dakwaan ditimbulkan tidak benar dan ada penjelasan munasabah di sebalik itu itu. Angka RM9 bilion yang dinyatakan memang direkod secara rasmi sejak 2008 lagi.

Jumlah itu adalah nilai siling sebenar yang diperuntukan menerusi dua Rancangan Malaysia (RM6 bilion pada Rancangan Malaysia Ke-10 dan RM3 bilion sepanjang Rancangan Malaysia Ke-11).

Selepas taklimat berasaskan fakta yang meruntuhkan hujah pihak pembangkang, Tony cuba memberi justifikasi kepada tohmahannya dengan mendakwa apa yang dinyatakan dalam blog dan kenyataan medianya sebelum ini sekadar ingin bertanya dan beliau tidak merasakan apa yang salah mengenainya.

Sepantas itu juga saya katakan kepada Tony supaya meneliti ceramahnya sendiri di YouTube yang sarat dengan sindiran kononnya berbilion ringgit telah disalahguna dan perolehan ketenteraan dipenuhi unsur rasuah.
Saya tegaskan beliau bukan sekadar bertanya tetapi memang sengaja mencari pasal. Beliau hanya berdiam dan tidak membalas.

Saya akui, isu perolehan ketenteraan sering menjadi kontroversi kerana ia membabitkan perbelanjaan berbilion ringgit. Bagaimanapun, ia bukan unik atau eksklusif berlaku di Malaysia saja kerana kebanyakan negara berdepan isu sama.
Dalam taklimat berkenaan, Ahli Parlimen pembangkang ada mencadangkan pembentukan Jawatankuasa Pemantauan Parlimen Mengenai Perolehan Pertahanan (Parliamentary Oversight Committee on Defense Procurement). Menteri Pertahanan memaklumkan beliau menerima apa juga keputusan Parlimen berhubung perkara itu.

Secara prinsipnya, saya tiada masalah dengan cadangan itu. Namun sebagai Ahli Parlimen yang mengangkat sumpah untuk melindungi kepentingan negara, saya khuatir untuk mendedahkan terlalu banyak maklumat berkaitan keupayaan strategik ketenteraan kita.

Kita memerlukan keseimbangan di antara pendedahan awam dengan kepentingan menjaga kerahsiaan ketenteraan. Garis tipis yang membezakan dua perkara ini adalah sesuatu yang tidak mungkin dihargai atau difahami pembangkang melainkan mereka menjadi kerajaan dan bertanggungjawab menjaga keselamatan negara.

Saya juga tertarik dengan cadangan balas Khairy Jamaluddin supaya diadakan sesi rundingan berkala antara Ahli Parlimen dan Kementerian Pertahanan adalah lebih baik. Ini boleh menjelaskan pelbagai isu yang menjadi kebimbangan umum.

Hakikatnya, perolehan aset dan bajet keseluruhan pihak ketenteraan mana-mana negara sekalipun tidak semestinya dilingkari misteri atau pelbagai persoalan. Dengan bantuan enjin carian Google, anda boleh mendapat maklumat dan gambaran kadar perbelanjaan dan kekuatan ketenteraan mana-mana negara. Ia tidak sesukar mana.

Apa yang mahu dirahsiakan pasukan tentera di seluruh dunia ialah sub-sistem persenjataan, kaedah fungsi aset ketenteraan masing-masing dan kemantapan pertahanan serta bagaimana sistem sedia ada digunakan untuk menggempur.
Dalam erti kata lain, apa yang tidak boleh didedahkan ialah bagaimana aset digunakan dan bagaimana senjata dimanfaatkan untuk kegunaan operasi. Semua sistem komponen ini memang menelan belanja besar. Cuba kita buat perbandingan.

Sesiapa pun boleh menggunakan Google untuk mengetahui kos sebuah jet jumbo Boeing 747. Bagaimanapun, apa yang ada dalam pesawat rasmi Boeing 747 Presiden Amerika Syarikat adalah maklumat sulit.

Pesawat Air Force One itu dikatakan boleh melancarkan serangan udara, berupaya mengisi minyak tanpa perlu mendarat dan memiliki bilik kalis bom bagi Presiden. Ia juga dipercayai mempunyai sistem elektronik, avionik dan komunikasi paling canggih di dunia bagi memberi Presiden kuasa penuh dan mutlak untuk mengawal persenjataan nuklear Amerika walaupun ketika berada 40,000 kaki dari paras laut.

Jadi, bagaimana kita boleh bandingkan harga sebuah pesawat Boeing 747 MAS dengan pesawat 747 digunakan Obama? Mustahil! Ia cuma boleh dilakukan jika kos nilai tambah dan sistem keselamatan dan persenjataan canggih pesawat 747 Presiden Obama itu didedahkan kepada umum. Kita tahu Amerika tidak sebodoh itu. Mengapa harus kita memulakannya?

Isu kedua yang di timbulkan oleh Tony Pua ialah apakah RM9 bilion itu harga yang berpatutan untuk membina 6 buah LCS/SGPV? Seperti Tony Pua, saya bukannya seorang pakar persenjataan. Tetapi saya boleh membuat perbandingan harga yang kerajaan bayar semasa membina 6 buah kapal NGPV (New Generation Patrol Vessel) generasi pertama 14 tahun dulu iaitu pada tahun 1998.

Ketika itu kerajaan membelanjakan RM5.35 bilion. Hari ini, pada kadar inflasi 3.5% setahun, anggaran kos pembinaan 6 buah kapal NGPV yang mempunyai spesifikasi yang sama seperti tahun 1998 ialah RM8.37 bilion. Jumlah itu hampir sama dengan peruntukan siling belanjawan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk membina 6 kapal LCS/SGPV yang jauh lebih canggih, besar dan mempunyai persenjataan moden.

Kami dimaklumkan oleh Kementerian Pertahanan di dalam taklimat tempoh hari bahawa LCS/SGPV ini akan mempunyai keupayaan pertempuran (combat) seperti kapal perang kelas frigat dibandingkan dengan NGPV yang hanya mempunyai keupayaan rondaan (patrol).

Menurut Panglima Tentera Laut yang turut hadir, LCS/SGPV ini bakal mempunyai sistem pengawasan jarak jauh (long range surveillance) termasuk senjata permukaan bumi ke udara (surface to air missiles), permukaan bumi ke permukaan bumi (surface to surface missiles), sistem perlepasan torpedo (torpedo launching system), sonar dan radar pengawasan.

Saiz LCS/SGPV ini juga akan jauh lebih besar (melebihi 100 meter dibandingkan dengan NGPV iaitu 91.1 meter) dengan kelajuan yang lebih pantas (28 knot berbanding 22 knot untuk NGPV). Kesemua keupayaan ini tidak ada dalam NGPV yang dibina dalam tahun 1998 dengan kos yang hampir sama dengan yang diperuntukan untuk LCS/SGPV. Secara ringkasnya, kerajaan membelanjakan jumlah yang hampir sama untuk membeli kapal yang jauh lebih canggih, hebat dan sofistikated !

Isu ketiga yang dibangkitkan oleh pembangkang ialah kenapa tidak dibuat secara 'open tender'? Untuk makluman, syarikat Boustead Naval Shipping (BNS) adalah majoritinya dimiliki oleh pesara angkatan tentera melalui Lembaga Tabung angkatan Tentera.

Pengangan saham oleh LTAT mencecah lebih dari 60%. BNS mempunyai 3,000 pekerja rakyat Malaysia yang mana pekerjaan mereka bergantung kepada kontrak pembuatan kapal daripada Kementerian Pertahanan. Kami dimaklumkan tidak ada syarikat tempatan yang mempunyai limbungan yang berupaya untuk membina kapal LCS/SGPV ini di dalam Malaysia. Saya kira alasan itu munasabah asalkan kosnya berpatutan.

Ahli Parlimen pembangkang tidak wajar membiarkan imaginasi liar mereka memperkecilkan keupayaan ketenteraan dan kerajaan. Tidak salah untuk bertanya atau menduga kerana itu memang dijangkakan daripada ahli-ahli Parlimen pembangkang. Bagaimanapun, janganlah memutarbelit fakta untuk kepentingan politik, lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan keselamatan negara.

Saya harap kedatangan Tahun Naga akan memberi lebih kebijaksanaan kepada Ahli Parlimen pembangkang terutamanya Tony Pua. Hentikanlah imaginasi liar anda!. Sabahkini.net

CEH!!! Dalam Diam Tian Chua Nak 'JATUHKAN' Anwar...

Dalam kesesakan politik melanda Anwar Ibrahim ketika dahulu... Rupanya, kesetiaan Tian Chua ini bukanlah kesetiaan yang berlaku 'SECARA TOTAL'... Kesetiaan yang sangat rapuh dan kepercayaannya kepada Anwar ibrahim sangat boleh dipertikaikan...

Dengan tuduhan yang dihadapi oleh Anwar, rupa-rupanya ramai bersetuju bahawa lelaki dalam video itu adalah Anwar... ia termasuk sdr tian Chua.... Tak Percaya, Lihat emel di bawah...



JOMO Kata: Sudah nampak tahap kesetiaan tian Chua kepada Anwar.... Apa mau kata??? Lu Fikir Lah Sendiri....


BABY dam ULAR???



BAITULMAQDIS 28 Jan. – Seorang bayi berusia setahun mengejutkan ibunya apabila dia menggigit kepala ular yang masuk ke dalam rumahnya di timur bandar pelabuhan Haifa, semalam.

Ghadir Aleeyan berkata, dia berasa amat terkejut selepas melihat terdapat kepala ular sebesar 30 sentimeter dalam mulut anaknya, Imad Aleeyan.

“Ketika kejadian, saya sedang membancuh susu untuk Imas dan ternampak kepala ular di dalam mulutnya,” katanya. – AFP

darahanakmelaka.blogspot.com

Friday, 27 January 2012

SEDIH!!! AllahuAkbar!!! Kisah Ustaz Harun Din Bermimpi Jumpa Rasulullah....

Sangat menyentuh.... Tontonlah....


JOMO Kata: Teringat perjuangan Ustaz Harun Din... Ulama yang mengecam penggunaan nama Allah oleh orang kafir.... Ada udang disebalik batu usaha orang kafir kearah itu.... Fikirkan....

BENARKAH??? Gadis SABAH Jual tubuh di Semenanjung???




JOMO Kata: SEDIH!!! Diharapkan pihak bertanggungjawab menyiasat perkara ini... JOMO tunggu juga respon daripada Pemimpin sabah mengenai perkara ini.... Nak tunggu DAP jawab, terpesong jauh nanti...


Sekadar hiasan....
SAYA kecewa mendengar cerita kawan-kawan saya bahawa apabila anak gadis dari Sabah yang sedang belajar, mahupun berkerja di Kuala Lumpur sanggup menunggu di lorong-lorong untuk mencari pelanggan untuk tujuan yang tidak elok kerana wang PTPTN dan gaji yang tidak seberapa.

Kasihan dan sedih saya mendengarnya, namun tiada siapapun yang mahu mengambil tahu. Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan negeri Sabah untuk membendung masalah sosial dan moral yang melanda anak Sabah di perantauan ini?
 .............
LRENZO M SABADUN
sabahkini.net

TAKUT!!! LIM Guna Akhbar Cina 'SEBAR' Nak Tawan N9???


China Press
Perkara: Pakatan Rakyat tawan Negeri Sembilan?
Ruangan: dalam negeri m/s A8
Tarikh: 18 Januari 2012 (Rabu)

Pakatan Rakyat Yakin Dapat Tawan Kerajaan Negeri Sembilan

17/01/2012 Kapit, Sarawak - Pemimpin DAP di Parlimen Lim Kit Siang berkata, Pakatan Rayat berkeyakinan pada PRU akan datang ini dapat tawan kuasa kerajaan Negeri Sembilan, dengan kesempatan itu juga dapat tawan Putrajaya.

Lim Kit Siang juga ahli Parlimen bahagian Ipoh Timur, semasa menghadiri perjumpaan makan malam serta jawatankuasa persediaan untuk sambut tahun baru Cina DAP cawangan Kapit berkata demikian.

Kit Siang berkata, jika Pakatan Rakyat mahu melangkah masuk ke Putrajaya, kita perlu tawan Parlimen Bahagian Kapit terlebih dahulu.

“Selepas PRU 2008, Sabah dan Sarawak asyik menjadi tiket Deposit kerajaan BN, sebaliknya sikap BN terhadap kawasan Sabah dan Sarawak sudah ada perubahan, mereka lebih ambil perhatian, sebelum ini keadaan seperti itu tidak pernah timbul. Pada PRU lepas jika Sabah dan Sarawak tidak membantu BN, perdana menteri Najib sekarang ini mungkin telah bertukar tangan kepada ketua pemimpin pakatan pembangkang.”

Kit Siang berkata, jika DAP dapat menang 2/3 daripada kerusi parllimen di Sabah dan Sarawak, Pakatan Rakyat penuh yakin dapat masuk ke Putrajaya mentadbir kerajaan Pusat.

Jangkaan Kit Siang, buat masa ini keadaan politik sekarang tidak memihak kepada BN, Kit Siang percaya PM tidak berani umumkan pembubaran parlimen dalam masa terdekat.

Kit Siang berkata, berikutan kes liwat Anwar Ibrahim dijatuhkan tidak bersalah dan Anwar telah dibebaskan, baru-baru ini Parlimen telah umumkan satu sidang parlimen akan diadakan pada 12 Mac hingga 12 April, serta berlakunya isu lembu NFC, dan pelbagai isu menunjukkan jika BN adakan PRU lebih awal, ia akan tidak memihak kepada BN.

JOMO Kata: Mana Orang N9??? Datuk Hassan Apa Komen??? Apapun, secara akhirnya, Pengundi N9 juga yang akan tentukan.... KUBU Kuat KJ jugak tu.... Bukan senang.... orang SABAH Kata 'NO WAY LIM!!!!' Out You GO From SABAH!!! We dont need DAP here!!!


boleh baca Keris

PANASSS!!! 'Saya Selalu Menjadi Mangsa'..... -Rosmah


Tuduhan demi tuduhan menimpa datin Seri Rosmah Mansor (Isteri PM)... Belia sentiasa saja dikaitkan dengan perkara yang tidak baik oleh pihak pembangkang yang pada ketika ini SANGAP untuk mengalahkan BN.... Ini ditambah pula dengan performance yang baik oleh PM Malaysia, pembangkang sudah ketandusan isu untuk dimainkan....

"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," katanya kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.

"Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald. rujuk di sini


JOMO Kata: wartawan yang menulis mengenai Isteri PM itu sebenarnya seorang wartawan Gosip dan Gay..... jadi, Pembaca fikirkanlah.... baca INI 

PANAS! AZIZAN Tempelak Anwar.... AZIZ Bari Menangis dan Terus Lari...???


Bekas pensyarah yang sentiasa berpura-pura (Aziz Bari) dikatakan menghilangkan diri apabila uztaz Azizan menjelaskan mengenai hukuman yang dikenakan kepada pelajar KUIN atas kesalahan di bawah Akta universiti kolej Universit (AUKU)... Beliau yangn kononnya selama ini berjuang bersama Anwar terus membisu seribu bahasa apabila dikatakan cuba masuk campur urusan parti PAS....

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan tetap dikenakan terhadap mana-mana mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang melakukan kesalahan.

Jelas Azizan, isu sama ada KUIN melaksanakan AUKU ke atas mahasiswa yang melakukan kesalahan bukan isu besar sebaliknya ia boleh diselesaikan secara baik.

Beliau berkata penggantungan lima mahasiwa KUIN tahun lalu dibuat mengikut peruntukan di bawah kesalahan AUKU menambah pengurusan pusat pengajian tinggi itu membuat keputusan berdasarkan undang-undang sedia ada.

"Tindakan dibuat kerana kelima-lima mahasiswa ini melakukan kesalahan dan hukuman dibuat mengikut undang-undang sedia ada, jadi tidak timbul sama ada kerajaan negeri Kedah tidak seiiring dengan kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang mahu memansuhkan AUKU. -NegaraKita.com-

JOMO Kata: Difahamkan, Selepas ini kumpulan yang tidak menyukai Aziz Bari dalam PAS dan PKR secara senyam tengah cuba untuk menjatuhkan reputasinya sebagai Profesor kangkung... Ini kerana, beliau dilihaty sudah tidak ada apa-apa kekuatan untuk membantu Pakatan Rakyat selepas pemecatan beliau... hanya pandai berkokok, tapui, tindakannya hampeh.....

baca juga Keris

Korban Banjir!!! Bawah Jambatan pun BOLEH JUGA???

Untuk peringatan kita dihari mulia penghulu segala hari yakni JUMAAT.... manusia kian alpa dan leka dek kerana syurga dunia yang hanya sementara... Minum Arak??? Seks bebas??? judi??? apakah ini yang kita cari????



JOMO Kata: Bersama kita berubah kepada kebaikan.... Iman itu tidak boleh diwarisi.... Ia lahir dari diri kita sendiri.... INGATAN BERSAMA!!! Salaam Jumaat!!!

Thursday, 26 January 2012

Jangan Main-Main dengan ULAR!!!



JOMO Kata: Jangan main-main dengan ular.... itu bukan kawan.... Kan dah susah??? Tapi, ada manusia serupa ularlah... Pembelit... Pemutar-belit.... Agak-agak siapa ya??? malam dia kata lain, siang pun dia kata lain... depan Melayu, depan cina depan india semua lain.....

TAKUT!!! Pantai Dalam DI landa Ribut??? YB IZZAH MANA???




JOMO Kata: Di mana YB Nurul Izzah??? jaga-jaga.... Tidur ker??? Atau tengah minum-minum dengan Azmin Ali???? Undi BN PRU13!!!

TAHNIAH !!! Malaysia Naik 19 Anak tangga??? Siap kata Akhbar Tak bebas???

Siapa kata tiada kebebasan akhbar di Malaysia....??? Lihat ini....


TAHUN 2010: 141.....

Selepas transformasi Najib: 2011: tangga 122.....

JOMO Kata: PM Najib telah melakukan apa yang dikatakan olehnya.... Beliau membawa perubahan kepada Malaysia... Di Asean kita paling tertinggi dalam kebebasan Akhbar.... TAHNIAH PM!!! Kita akan pastikan Najib terus membawa perubahan dengan memilih BN pada pru13 akan datang....\


CEH!!! Ostat Khalid MEMBISU penyokong PAS Guna Hadis Palsu....


JOMO Kata: Demi undi dan kuasa habis digunakan apa saja senjata yang ada, sehingga ada yang sanggup menggadai Nama islam, mencipta hadis Palsu, dan yang lebih teruk memperKUDAkan agama demi kepentingan politik sempit... Apakah ini cara politik Orang Melayu??? Fikirkan!!!


baca juga MPP

Mulut BerBau!!! Anwar Nak Saman Eskay???


Satu yang menggelikan bilamana Anwar ditanya Siapa itu Eskay??? Katanya 'Dia Tak Kenal.... nama penuh dia pun dia tak tahu.... Dia tak tahu Eskay ini Islam atau Hindu....

Persoalannya, Anwar ini boleh tahan juga kaki Saman.... Tapi, kenapa dia tak nak Saman Eskay kerana menyebarkan video SEKS dia bersama Perempuan Cina tu....??? Kenapa??? Tak Berani??? Kalau betul tak kenal, kenapa perlu takut??? Apa susahnya saman??? Kalau Utusan Malaysia (Akhbar yang punya nama) pun dia berani saman, inikan pula manusia bernama Eskay yang dia kata dia tak kenal....

JOMO Kata: Tahu Cakap jer Pak Nuar ni....


Nak tahu pasal saman menyaman baca blog KL Boyz Channel

KENALKAH??? Siapa lelaki MISTERI itu???

Sedar atau tidak, kelibat lelaki ini sentiasa kelihatan di mana juga yang melibatkan Anwar Ibrahim... Mahkahmah dia ada... Parlimen dia ada... Dimana lagi yer???



JOMO Kata: Berkopiah putih... Muka macam gengster sikit.... lembut tak??? jeng... jeng... jeng.... Ada pembaca JOMO MALAYA yang tahu??

SANGAT JELASSS Sang Keldai!!! Kisah Si Pembohong Tahap Gaban...???

Dari Blog Zul4Kulim




Salam 2 all.

Persoalan yang bermain dikalangan rakyat sekarang ini ialah: mengapa Mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat stafnya Saiful walaupun kesan airmani Anwar dijumpai didalam dubur Saiful?

Kedua, adakah Anwar Ibrahim “suci & bersih” setelah Mahkamah menolak pertuduhan meliwat staf dia Saiful Bukhori?

Ketiga, adakah Kerajaan terlibat dengan konspirasi bersama Mahkamah untuk membebaskan Anwar kerana tekanan atau kepentingan politik? Adakah benar dakwaan kaum Anwarinas bahawa Kerajaan begitu takut rakyat akan marah sehingga berpakat dengan Mahkamah untuk membebaskan Anwar?

ABU KAZIB @ BAPAK PEMBOHONG

Saperti yang telah teman sebut sebelum daripada ini, penghakiman Mahkamah membuktikan satu perkara yang cukop jelas:

ANWAR IBRAHIM BAPAK PEMBOHONG & PUTAR BELIT!
Buktinya? Kerana Anwar mendakwa pertuduhan liwat terhadap Saiful itu adalah konspirasi jahat Kerajaan untuk menjatuhkan dia! Perbicaraan itu satu sandiwara! Skrip perbicaraan dan hukuman sudah siap! Dia pasti ke penjara! Inilah yang dijaja Anwar siang malam pagi petang, di bandar dikampung, didalam dan luar negara! Mesej Anwar jelas: dia adalah mangsa konspirasi jahat Kerajaan! Bahawa Kerajaan mahu menyumbat dia kedalam penjara dengan pertuduhan rekayarsa meliwat stafnya Saiful Bukhori!

INI BERMAKNA PENGHAKIMAN MAHKAMAH SEPATUTNYA MENDAPATI ANWAR BERSALAH & DIHUKUM DALAM PENJARA DENGAN HUKUMAN BERAT!

Tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya! ANWAR DIBEBASKAN!
HAKIKATNYA MAHKAMAH MEMBEBASKAN ANWAR!
Setelah kes berlalu lebih daripada 3 tahun, dengan puluhan penangguhan, dengan pelbagai usaha dibuat untuk menyingkirkan Hakim, dengan pelbagai permohonan difailkan; fakta didepan mata kita ialah HAKIM MEMBEBASKAN ANWAR!

Bukankah penghakiman itu bukti jelas apa yang ditemberangkan Anwar sejak Saiful membuat lapuran polis ini sebagai satu konspirasi adalah satu pembohongan dan putarbelit semata-mata?

Dan mike dah lupakah pembohongan Anwar mengenai 16 Sept? Mike dah lupa pembohongan Anwar dia nak kena tembak mati selepas Saiful buat lapuran polis? Mike dah lupe pembohongan Anwar konon tidak mengenali rakan baiknya Datuk Eskay? Mike dah lupe pembohongan Anwar pasal jam Omega? Mike dah lupa pembohongan Anwar mengenai twit semasa dengan ChinaDOLL? Berapa punya banyak lagi pembohongan Anwar yang telah dilakukan?

APA MIKE LUPA SEMUA TU YOP?

Pokok pangkalnya, keputusan Mahkamah hanya memperkuatkan lagi jaringan bukti yang kita semua sudah tahu: iaitu Anwar ini adalah ABU KAZIB! BAPAK PEMBOHONG!
SUCI & BERSIH

Adakah Anwar terbukti “suci & bersih” dengan pembebasan tersebut?
Mahkamah tidak menyatakan Anwar tidak bersalah! Mahkamah tidak menyatakan aduan Saiful tidak betul! Mahkamah tidak memutuskan pertuduhan itu satu rekaan!

Mahkamah cuma menyatakan bukti DNA yang ada tidak selamat untuk menyabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat Saiful! Mahkamah Cuma menyatakan bahawa “Mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh berdasarkan keterangan Saiful tanpa bukti sokongan (iaitu DNA yang jelas)”, walaupun semasa memutuskan ada kes prima facie, Mahkamah menyatakan Saiful adalah saksi yang berwibawa & ada integriti!

Ini sama dengan keputusan Mahkamah Persekutuan semasa membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Azizan pada tahun 2004, bila Mahkamah menegaskan walaupun kami menemui bukti untuk mengesahkan Anwar & adik angkatnya Sukma terlibat dalam kegiatan homoseksual dan terdorong untuk mempercayai perbuatan liwat terhadap Azizan memang berlaku, tetapi Mahkamah hanya boleh mensabitkan Anwar & Sukma jika Pendakwaraya berjaya membuktikan kes tanpa sebarang keraguan”.

Jadi persoalannya ialah, adakah Anwar “bersih & suci” daripada perbuatan terkutuk amalan kaum Lut ini? Jelas jawapannya tidak! Cuma dia bernasib baik kerana kita mengamalkan prinsip beban pembuktian yang terlalu tinggi dalam membuktikan pendakwaan kes-kes seksual.

Perlu diingatkan, jika Anwar berasa diri dia benar-benar “suci & bersih”, sudah tentu dia akan berikan sample darah untuk ujian DNA tanpa sebarang keraguan pun. Tapi tidak, Anwar berdolak-dalik tak mau bagi! Kenapa? Mike pikior sendiri lah yop!

Begitu juga Anwar tidak berani memberi keterangan dengan cara bersumpah? Sebaliknya dia hanya membaca kenyataan yang sudah ditaip oleh peguamnya dari kandang orang salah. Macam pasang kaset aje. Hakim tak boleh tanya soalan, dan Pendakwaraya tidak boleh soal-balas!

Dan mengapa tidak ada seorang pun saksi alibi dia hadir memberi keterangan di Mahkamah? Mana dia Wan Azizah isteri dia sendiri! Mana dia Hasanudin tuanpunya kondo yang juga kawan baik Anwar? Mana dia Mohd. Sani pemandu setia Anwar berbelas tahun? Mana dia Mokhtar pengawal peribadi Anwar yang juga adik ipar dia! Mereka ini semua disenaraikan oleh Anwar sebagai saksi alibi dia, untuk beri keterangan bersumpah konon Anwar tidak ada ditempat kejadian! Tapi seorang pun tak datang Mahkamah! Mike pikior sendirilah yop!
Jadi untuk menyatakan Anwar sekarang “suci & bersih” daripada perbuatan meliwat Saiful itu, ataupun daripada aktiviti homoseksual & liwat hanya kerana Mahkamah membebaskan dia adalah tidak tepat sama sekali!

ADAKAH INI KONSPIRASI KERAJAAN

Keputusan Mahkamah membebaskan Anwar (walaupun dengan bukti dan keterangan yang begitu kuat) jelas membuktikan bahawa kes liwat Saiful ini bukan satu konspirasi Kerajaan, apatah lagi YAB Perdana Menteri.

Anwar cukup bijak memutar belit! Cukop mudah beliau putarbelitkan cerita mengaitkan konon YAB PM terlibat hanya kerana Saiful pernah bergambar dengan seorang kakitangan pejabat PM, dan konon ceritanya Saiful pernah berjumpa dengan PM!

Sama macam cubaan mengaitkan kes pembunuhan Altantuya dengan PM. Hanya kerana yang terlibat ialah Razak Baginda, penulis ucapan PM (yang mengaku ada hubungan sulit dengan Altantuya), dan pegawai UTK yang pernah menjadi bodyguard dan pengiring Tun Abdullah Badawi & Dato’ Sri Najib (semasa dia TPM). Maka habis diputarbelit cerita konon PM pun terlibat! Alhamdulillah nasib baik teman sendiri adalah peguam yang terlibat dengan kes Altantuya ini, dan teman menegaskan dengan jelas bahawa PM tidak terlibat samasekali (walaupun masa itu teman adalah juga peguam Anwar Ibrahim).

Dan yang peliknya, Anwar langsung tidak mengaitkan kes Saiful dengan YB Senator Ezam, sedangkan Saiful ada juga berjumpa Ezam. Begitu juga dengan Rahimi, pegawai khas Anwar sendiri langsung tidak dikaitkan, sedangkan Rahimi yang membawa Saiful masuk bekerja dengan Anwar, dan Rahimi membuat lapuran polis dia diarah membuat Akuan Bersumpah palsu untuk mengaitkan PM dengan kes Saiful!

Apa pun, jelas daripada keputusan Mahkamah membebaskan Anwar itu bahawa fitnah kononnya ini semua satu konspirasi Kerajaan & PM adalah satu pembohongan dan putar-belit semata-mata.
Dan setelah fitnah konon tuduhan liwat itu satu konspirasi hancur terhempas, kini mereka bawa pula satu fitnah terbaru; pembebasan Anwar itu satu konspirasi Kerajaan kerana takutkan tekanan asing, dan kerana takutkan kemarahan rakyat!

Hanya mereka yang biol dan otak kurang sifat sahaja yang akan membuat tuduhan jahat saperti ini. Kerana kalau benar, maknanya mereka menyatakan Dato’ Sri Najib yang bebaskan Anwar. Kalau itu betul, Anwar dan para penjilat dan pencacai dia sepatutnya beratur diluar pagar Sri Perdana dan mencium tangan dan kaki Dato’ Sri Najib sambil tunduk syukur dan berterima kasih kerana Dato’ Sri Najib telah membebaskan Anwar.

RUMUSAN – MAHKAMAH RAKYAT

Apa yang perlu kita faham ialah soal samada Anwar bersalah atau tidak adalah tugas dan bidangkuasa Mahkamah perundangan, itu kerja para Hakim, bukan kerja kita. Selepas ini ada proses rayuan. Pendakwaraya telahpun mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Selepas itu, mana-mana pihak yang terkilan boleh merayu ke Mahkamah Persekutuan. Dan Akhirnya nanti, YDP Agong adalah merupakan autoriti terakhir sebagai penentu kepada kes ini. Biarkan proses perundangan berjalan saperti mana biasa di Mahkamah perundangan!
Jadi sebagai rakyat, bukan menjadi kerja kita untuk pening kepala samada Anwar kena sabit atau tidak, samada Anwar wajib dipenjarakan atau tidak. Itu tugas dan bidangkuasa Mahkamah perundangan dan para Hakim!

Tetapi itu tidak bermakna kita rakyat marhaen, kita rakyat biasa, kena pejam mata buat tak tahu. Di luar sana ada satu lagi Mahkamah: iaitu Mahkamah Rakyat. Mahkamah dimana Rakyat Hakim Negara! Dan perbicaraannya ialah pada masa PRU 13.
Sebab itu walaupun soal samada Anwar bersalah dan patut dihukum adalah tugas Hakim dan Mahkamah Perundangan, tetapi soal samada Anwar layak atau tidak menjadi calon Perdana Menteri adalah hak dan bidangkuasa Mahkamah Rakyat dan Rakyat Adalah Hakim Negara!

Dan dalam menjawab soalan samada Anwar layak atau tidak menjadi calon Perdana Menteri mewakili pakatan BiaDAP-PKR-TumPAS, Rakyat sebagai Hakim Negara di Mahkamah Rakyat perlu menilai watak dan akhlak Anwar!

Disinilah pentingnya kes liwat Saiful Bukhori dan keputusan Mahkamah membebaskan Anwar itu! Iaitu jelas Anwar ini adalah manusia yang sangat buruk akhlak dan perangainya.
Bak kata Datuk Dr. Hasan Ali, politik Anwar ini sangat kotor dan jijik!

Apa yang jelas, Anwar ini adalah pembohong, penipu dan kaki putar alam! Bukan sahaja rakyat Malaysia, habis satu dunia dibohongi, ditipu dan diputarbelitkan. Konon ini satu konspirasi, konon perbicaraan itu hanya satu sandiwara, konon skrip perbicaraan sudah disediakan, konon hukuman sudah ditetapkan. Malah Anwar boleh kelentong satu dunia, konon sebagai persediaan untuk dia ke penjara, pengganti sementara beliau sebagai bakal PM sudah ditetapkan, sampai Anwar meninggalkan wasiat supaya tolong tengok-tengokkan anak isteri dia bila dia ke penjara nanti! Begitu hebat pembohongan, penipuan dan putar belit yang dikompangkan Anwar Ibrahim.

Malah dihadapan Hakim, semasa dipanggil membela diri, Anwar enggan mengangkat sumpah memberi keterangan. Sebaliknya dia membaca satu kenyataan yang antara petikannya saperti berikut:

Saya menyatakan sedemikian (iaitu perbicaraan ini adalah satu konspirasi & sandiwara) kerana keluhuran Mahkamah telah terjejas dan memperlihatkan segala unsur-unsur perbicaraan sandiwara, dimana skripnya telahpun dirangka, dan HUKUMANNYA telah ditetapkan! Saya nyatakan sedemikian kerana sebagai seorang Hakim yang mengadili perbicaraan ini, kamu telah tanpa ragu lagi menunjukkan sikap berat sebelah!”.

Cuba bayang yop, daripada awal sehinggalah dipanggil membela diri, Anwar jelas membawa fitnah dan tohmahan kononnya perbicaraan dia adalah satu konspirasi, dan hukuman sudah ditetapkan! Siap dengan amanat dan wasiat lagi! Begitu bijak lakunan Anwar. Dan jika Mahkamah sabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara, sudah pasti Anwar dan para pencacai dia akan mengamuk dengan segala deminstarsi dan himpunan haram!

Tau-tau Mahkamah membebaskan Anwar! Walaupun Hakim kata keterangan Saiful ada kewibawaan dan integriti, walaupun sudah ada bukti video dan CCTV, walaupun beberapa pakar forensic, perubatan dan kimia mengesahkan kejadian, walaupun Anwar enggan berikan sample darah untuk ujian DNA, walaupun Anwar enggan berikan keterangan bersumpah, walaupun tidak ada seorang pun saksi alibi dia datang termasuk bini Anwar, walaupun Thomas Hoogland terkejut teori dia “anu” Anwar tidak boleh berfungsi diperlekeh dengan video yang ditunjuk oleh Pendakwaraya; walaupun Anwar tuduh Hakim berat sebelah, walaupun Anwar fitnah kata hukuman telah diskripkan; dengan semua itu HAKIM TETAP BEBASKAN ANWAR!

Itupun nak kata konspirasi lagi? Bukan sahaja ianya menafikan konspirasi tidak ujud, malah pembebasan Anwar membuktikan Anwar pembohong, penipu dan kaki putar-belit!

Atas alasan itu sahaja sudah cukup untuk Rakyat Hakim Negara menghukum Anwar di Mahkamah Rakyat didalam perbicaraan PRU 13 dengan satu sahaja hukuman: nyahkan Anwar dan Pakatan BiaDAP-PKR-TumPAS daripada politik negara dengan memberi undi dan kepercayaan yang sepenuhnya kepada Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk terus memimpin rakyat dan negara ini kearah tranfomasi politik, ekonomi dan sosial.

Berikan 222 kerusi Parlimen kepada Dato’ Sri Najib, berikan 0 kepada Anwar!

Eeee!!! Ketagih Makan AYAM HIDUP???

Pelik-pelik dunia ni.... makanan banyak nak juga makan yang pelik-pelik.... teringat pula lagu Jalil hamid....

Sekadar hiasan.... siasat....
Gambar diatas, difahamkan seorang perempuan dari Indonesia yang punyai tabiat makan ganjil, Makan Ayam mentah berdarah tak perlu dimasak.... ianya dapat memuaskan NAFSU makannya....

JOMO Kata: nasib baiklah di malaysia ini semua OK.... Tapi, ada yang tak nak bersyukur lagi.... Nak betis mintanya PAHA....

Wednesday, 25 January 2012

GEMPARRR!!! Bukti Jelas 'Andrew Hornery' GAY.... Kawan Siapa tu???


Contoh.... Sila siasat....

JOMO Kata: Inilah orang-orang yang sangat dipercayai oleh budak-budak pembangkang... Rupa-rupanya penulis yang FITNAH Isteri PM ini seorang yang GAY... Patutpun Nak sangat TOLONG Kaum GAY nya di MALAYSIA.... Alahai.... Kiamat sudah tak lama lagi???

CEH!!! Wartawan FITNAH Rosmah Mansor tu Rupanya Wartawan 'PROPA'...???



Wartawan ini hanyalah Penulis ruangan GOSIP di Newspaper....??? Wartawan ini juga disenaraikan dalam WORST JOURNALIST AWARDS??? Tak percaya check di sini WORST


JOMO Kata: Bolehkah kita percaya mamat ni??? Sedangkan Islam sendiri menyatakan jika ada khabar daripada orang kafir maka siasatlah.... So, sekarang penulis sudah terbongkar.... Apa Macam??? Lu Fikirlah sendiri.....


baca juga ini

GEMPARRRR!!!! Video Klip Wajib Lihat!!! Kesian Kak Wan.....



JOMO Kata: Nilailah sendiri kalian..... Kenapa kita mahu terus ditipu??? Kenapa kita tidak pernah mempersoalkan Anwar??? Daripada Asyik mendengar Kata-katanya secara ONE WAY???

GEMPARRR!!! Buat RAFIZI Terkentut MendengarNYA... Takkan Tak Percaya???

Oleh : PEJABAT KETUA AUDIT NEGARA

EKORAN laporan media mengenai beberapa isu yang menghubungkaitkan Jabatan Audit Negara (JAN) dengan Projek Fidlot di Gemas, Jabatan Audit Negara ingin memberi penjelasan berikut.
Perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh JAN ialah pencapaian projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) sejak penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp.) sebagai sebuah syarikat.
NFCorp. adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1.
Manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn. Bhd. Projek ini diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran makanan negara yang mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar berupa:
i) Peruntukan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (KPIAT) berjumlah RM73.64 juta di bawah RMKe-9 bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasian. Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2010 oleh KPIAT untuk menyediakan tapak seluas 5,000 ekar bagi projek ini. Kawasan ini kemudiannya dikurangkan kepada 2,000 ekar sahaja.
ii) Geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp. pada bulan September 2007 dan setakat akhir tahun 2010 sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp. untuk syarikat ini menyediakan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang.
iii) Pinjaman mudah (soft loan) juga telah diluluskan kepada NFCorp. yang berjumlah RM250 juta menerusi satu perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani pada Disember 2007. Setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp. berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan.
Tujuan pengauditan dilaksanakan adalah untuk menilai sama ada projek PFN telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan. Pengauditan ini melibatkan semakan terhadap maklumat yang diperolehi daripada beberapa agensi Kerajaan seperti KPIAT, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan juga daripada pegawai-pegawai NFCorp semasa lawatan tapak dilakukan pada bulan Mac 2011.
Berdasarkan analisis audit yang bersandarkan kepada maklumat tersebut, pemerhatian-pemerhatian audit telah dibuat secara bertulis untuk mendapatkan pengesahan dan maklum balas daripada pihak-pihak ini. Selain itu, perbincangan menerusi Exit Conference telah dibuat dengan wakil-wakil KPIAT sebagai Kementerian yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan projek ini sebelum laporan audit dimuktamadkan untuk dimuatkan ke dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010.
Analisis audit mendapati objektif projek PFN masih belum dicapai sepenuhnya. Ini disebabkan berbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010. Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada bulan Mac 2010, sasaran pengeluaran PFN iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Entreprenuer Development Program (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi.
Jika dibaca keseluruhan LKAN 2010 itu, tidak ada pun disebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, 'in a mess' atau pun penyelewengan. Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.

Pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek ini terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek ini. Jikalau tidak, mengapa pada bulan Mei 2009 (sebelum pengauditan dijalankan), Kerajaan perlu menangguhkan pelaksanaan PFN sehingga satu kajian viability and business model (model perniagaan) dijalankan bagi projek ini?.
Perkara ini ada dinyatakan dalam LKAN 2010. Ia membayangkan Kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah pun mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek ini.
JAN ingin menjelaskan bahawa pengauditan terhadap projek PFN ini telah dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak. Sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali.

JOMO Kata: KOMEN RAFIZI LEMBU.....???? Komen Milo Suam????


Sumber

Kajian Terbaru!!! Pakatan Rakyat Pastiv Akan kalah PRU13 nanti....???

sekadar hiasan.... menjeling kekalahan PAKATAN???

AKHBAR berbahasa Cina Sin Chiew Jit Poh di halaman 12 baru-baru ini menyiarkan hasil kajian oleh Pusat Untuk Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya yang menunjukkan 18% responden dalam kajian tersebut percaya Pakatan Rakyat akan menang dalam pilihanraya umum akan datang.

Manakala 43% percaya BN akan menang dan baki 39% lagi tidak pasti pihak mana akan menang.

Ini adalah turutan dari beberapa hasil kaji selidik yang dijalankan sebelum ini (termasuk yang mempunyai kaitan dengan Pakatan Rakyat) yang mana hampir kesemuanya menunjukkan hasil yang sama, BN akan menang dalam pilihanraya akan datang. lanjut baca
SabahDaily

JOMO Kata: Rakyat semakin MUAK dengan Pakatan.... Cakap tidak serupa Bikin... Politik Baru Konon.... Pemikiran masih kolot.... Demokrasi apa??? Rakyat kritik dihentam pula semula, kata mereka ini Orang UMNO.... Kita Rakyat Biasa bukan Orang UMNO!!!

PANASSS!!! Wang Derma, Bila Nak Siasat AUDITOR???


Sejak kebelakangan ini terlalu banyak kes-kes yang berkaitan dengan sesi pengauditan kepada badan-badan kerajaan ataupun swasta.... Selepas setiap audit, Juruaudit perlu untuk mengemukakan setiap penemuan-penemuan Audit kepada mereka yang diaudit...

Penemuan audit ini terbahagi kepada 3, pertama, Audit Bersih, kedua, ruang penambahbaikan dan ketiga laporan ketidakpatuhan.... Kalau penemuan itu bersih, Alhamdulillah, namun bagi perkara 2 dan 3, pihak yang diaudit perlu untuk menjawab dan membuat tindakan pembetulan agar kes penemuan itu dapat diTUTUP.... Itulah dia secara ringkas mengenai Audit...

Kerajaan sudah diaudit.... swasta sudah... Tapi, pernahkah kita terfikir agar audit memeriksa duit Rakyat yang disumbangkan kepada badan-badan tertentu terutamanya Parti Politik....??? Audit tersebut perlulah meliputi bagaimanakah penggunaan dan aliran duit-duit derma tersebut...

JOMO Kata: Sudah tiba masanya semua perkara mesti diaudit.... Jangan hanya Audit perkara-perkara tertentu saja... AUDITOR NEGARA, Sila ambil Perhatian....

Korek pasir Hanya dapat 34 juta Setahun??? Pasir Haram Berapa???


Blog rezqeen Hill ada menyatakan perbandingan mengenai pendapatan hasil penjualan pasir Selangor... Yang menghairankan, Pasir telah banyak dikorek pergi ke mana??? Takkan dapat 34 Juta jer kot???


Lanjut lihat blog Rezqeen

EDISI POPULAR!!! Mari Kita Lihat Siapa Yang Kena???



JOMO Kata: Wah HebatNYA Anwar.... Peminat samapi kat Amerika yer...??? Ramai.... Ramai.....ehe

Kita Tak Tahu??? BUKTI NABI MUSA BELAH LAUT......


Bukti Nabi Musa Belah Laut
BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOMO Kata: Allah Mengetahui segalanya.... Kita hanya Insan Biasa yang hina di sisinya.... Kita hanya merebut Dunia yang sementara.... Sampai tak mengaku dan berbohong demi dunia ini.... Fikir-Fikirkan...