Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 7 January 2012

Nasihat Bapa Kepada Anak!!! Hindari Demonstrasi Politik Sempit...-Datuk Jumat

Pagi tadi, JOMO berkesempatan hadir pada satu sidang akhbar bersama Mahsiswa Pro-Aspirasi bertempat di UiTM Shah Alam... Secara prinsipnya, Mahasiswa yang mewakili suara Majoriti menyatakan pendirian untuk tidak menyokong Demonstrasi yang bersifat politik pada 9 Januari ini... Mereka telah bersepakat untuk menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk menyatakan ketidak setujuan mereka dengan demonstrasi 9 Januari, ini apatah lagi jika Mahasiswa terlibat dalam demonstrasi tersebut...

Datuk Jumat Hj Idris... Pemimpin Harapan Masyarakat Sepanggar di Sabah...
DI Sabah, keadaan mahasiswanya berbeza berbanding di Semenanjung... Di Negeri ini terletaknya UMS, UiTM Sabah, Politeknik, IKM, ILP, Kolej-Kolej swasta dan lain-lain dan kesemuanya terletak dalam satu lingkaran di Kawasan Parlimen Sepanggar... Majoriti mahasiswa faham akan hakikat keperluan menumpukan prestasi pembelajaran daripada perkara 'karut-marut' berbanding sebilangan mahasiswa di Semenanjung... Mereka lebih menumpukan kepada pembangunan masyarakat apatah lagi penglibatan mahasiswa untuk turun padang bertemu dengan rakyat tempatan berkongsi idea dan pengalaman dalam usaha untuk pembangunan modal insan masyarakat setempat...

JOMO Berkesempatan mendapatkan respon daripada Pemimpin Politik Sabah, Datuk Jumat Hj Idris Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, yang bertanggungjawab menjaga Bahagian Sepanggar ini (di mana terletaknya pusat pengajian tinggi Awam dan swasta di Sabah) mengenai isu Demo Liwat #901 ini. Katanya;

'Perhimpunan 901 suatu tindakan yang sia-sia kerana tidak mengubah keputusan Mahkamah samada Anwar bersalah ataupun tidak... Perhimpunan ini hanya helah Anwar, supaya dilihat kononnya menjadi mangsa Politik... Umum tahu ini adalah kes peribadi yang melibatkan Saiful dan Anwar... Justeru, Nasihat saya kepada Anak-Anak Mahasiswa samada di Sabah ini atau di Semenanjung, perlu bijak  dalam membezakan tujuan sebenar akan perhimpunan 901 ini... Ini kerana, setiap rakyat  perlu percaya dan hormati undang-undang dan kehakiman sebagai satu institusi menegakkan keadilan sosial dan Hakim sendiri sama sekali tidak boleh diheret ke dalam kancah politik... 

Ianya amat merugikan jika Mahasiswa yang Bakal menjadi golongan profesional dan cendiakawan terpengaruh dan menyokong secara ikut-ikutan dan membuta tuli tanpa mengkaji rasional disebalik tabir demonstrasi 901... Saya yakin majoriti Mahasiswa tidak akan terjebak dengan gesaan semalatkan Anwar kerana mereka ini memahami kedudukan isu ini.. Mereka yang hadir mungkin sebagai suka-suka sahaja atau ingin melihat dari dekat gelagat penyong Anwar Ibrahim...

JOMO Kata: Ini adalah kata-kata Bapa kepada Anak yang ingin melihat Mahasiswa ini terutamanya Mahasiswa Melayu/Bumiputera untuk lebih cemerlang dalam pembelajaran daripada menyertai apa-apa demonstrasi yang tidak mendatangkan faedah dan nilai tambah Mahasiswa itu sendiri... 

SAY NO TO 'DEMONSTRASI LIWAT #901'....

Liwat #901: Apa Kata Zulkifli Noordin...???

dari blog Zul4Kulim

Salam 2 all.
Teman melihat betapa terdesak Anwar akhir-akhir ini bila melihat depan matanya "Bukit Segambut kata pergi, Sg Buloh kata mari"! Talqin buat karier politik Anwar semakin kuat bergema! Paku terakhir keranda kerier politik Anwar sudah mahu dipasak!
Tarikhnya makin dekat. Keputusan Mahkamah yang dijadualkan pada 09 Jan 2012 ini, hanya tinggal 3-4 hari sahaja lagi. Anwar tahu kali ini kalau kena hukum, dia akan meringkok dalam penjara sekurang-kurangnya 10-12 tahun penjara. Dengan umur sudah mencapai 65, campur 10-12 tahun dalam penjara, Anwar tahu kalau tidak mati pun, dia akan reput dalam penjara!
Sudah pasti Anwar kini berada dalam ketakutan yang teramat sangat. Putrajaya yang dimimpikan, Sg. Buloh yang mendatang!
Sebab itu Anwar lancarkan kempen terdesak dia: Bebas 901! Teman menerima maklumat daripada rakan dalaman PKR yang esok Khamis 05 Januari 2012 Anwar akan panggil semua wakil rakyat (MP & ADUN) Pakatan biaDAP, PKR & PAS berhimpun di Hotel DePalma, Ampang untuk memberi penerangan tentang kes dia meliwat Saiful! Seorang pensyarah undang-undang dengar khabarnya akan membentangkan kertas kerja mengenai kedudukan politik Anwar dari segi undang-undang!
Sebab ramai yang sudah mula persoalkan kedudukan Anwar jika disabit kesalahan. Dan mereka nampak jelas Anwar pasti kena kali ini, sebab Anwar langsung tidak membela diri dia. Tambahan apabila ada kenyataan dalam Mahkamah menyatakan bahawa liwat yang berlaku antara Anwar dan Saiful adalah atas dasar suka sama suka!
Masadepan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ketujuh sudah terlalu gelap! Gerhana penuh politik Anwar sudah berlaku! Talqin untuk Anwar sudah mula dibaca! Paku terakhir keranda politik Anwar sudah diketuk!
Sebab itu Anwar mahu rakyat membela dia di mahkamah jalanraya. Sebab itu mahasiswa dan pelajar juge diheret sama untuk membela dia dijalanraya. Saya mahu dibela di Mahkamah Jalanraya, begitu lalakan Anwar! Anwar tahu dia tidak akan menang dalam pilihanraya, maka dia perlu mendapat kuasa melalui politik jalanraya!
Persoalannya, adakah wajar rakyat, pelajar, mahasiswa dan lain-lain diheret dan diperdaya untuk membela Anwar di jalanraya, kononnya di Mahkamah Jalanraya?

JAWAPANNYA TIDAK WAJAR! TIDAK PATUT!

Kerana apa? Disini teman perturunkan 10 sebab mengapa tidak wajar rakyat membela Anwar dijalanraya! Malah Mahkamah Rakyat wajib memakukan paku terakhir keatas keranda politik Anwar Bin Ibrahim!
1. Mengapa Anwar tidak membela diri dia sendiri dalam Mahkamah. Semasa diberi peluang membela diri, Anwar memilih tidak mahu memberi keterangan bersumpah. Dalam kes tahun 1998, Anwar berani angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Memberi butiran apa yang dia dakwa konspirasi. Soalan Hakim dijawab, soalbalas Pendakwaraya dipatahkan!
Tapi kali ini, Anwar langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah! Anwar langsung tidak memberi keterangan bersumpah! Peluang terbuka luas depan Anwar untuk membela diri dia. Tapi tidak mengambil peluang tersebut!
Tapi teman faham, sebagai peguam teman tahu Anwar tersepit. Berlainan dengan kes 1998 bilamana polis kurang bukti. Setakat sebutir tilam untuk buktikan liwat. Kes liwat Saiful kali ini ada videoklip CCTV Anwar berada di kondominium tersebut, ada catatan saksi nampak Anwar ditempat kejadian, ada kesan airmani dalam dubur Saiful, malah DNA Anwar dikesan dalam dubur Saiful, bukan atas tilam macam kes liwat Azizan!
Dalam keadaan itu, Anwar mengambil jalan selamat dengan langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Dengan cara itu, Hakim tidak boleh tanya soalan, Pendakwaraya tidak boleh soal-balas. Anwar selamat daripada disoal-siat, Anwar selamat daripada dilondehkan dalam kandang saksi!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

2. Mengapa Wan Azizah, Presiden PKR yang juga bini Anwar tidak datang membela Anwar dalam Mahkamah. Sedangkan nama Wan Azizah disenaraikan sebagai saksi pembelaan Anwar? Adakah Wan Azizah tidak yakin dengan "kesucian" Anwar?
Bukankah Wan Azizah yang isytihar Anwar sebagai manusia anugerah tuhan? Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong Anwar hendak ditembak mati sebab itu Anwar perlu lari ke Turki tidak lama selepas Saiful membuat lapuran polis mengadu diliwat Anwar? Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong jam Omega ada pada dia untuk melindungi kegiatan pelacuran Anwar dengan China-DOLL yang didedahkan oleh Datuk Eskay kawan baik Anwar sendiri?
Mengapa tiba-tiba dalam kes meliwat Saiful, Wan Azizah tidak menggunakan peluang membela Anwar dalam Mahkamah? Mengapa Karpal Singh tidak panggil Wan Azizah sebagai saksi memberi keterangan membela Anwar dalam Mahkamah!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Wan Azizah, Presiden PKR dan bini Anawr sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

3. Mengapa Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang juga anak emas Anwar tidak membela Anwar dalam Mahkamah!
Dalam kes liwat 1998, Azmin Ali sanggup beri keterangan bersumpah dalam Mahkamah. Malah Azmin sanggup dikenakan pertuduhan menipu dan berbohong kerana memberi keterangan palsu dalam Mahkamah dalam kes liwat 1998!
Malahan Azmin buat kenyataan sanggup pecahkan tembok penjara demi membebaskan insan tersayang!
Mengapa Azmin tidak menjadi saksi membela Anwar dalam perbicaraan meliwat Saiful? Kenapa Karpal Singh sebagai peguam Anwar tidak panggil Azmin sebagai saksi untuk membela Anwar? Sedangkan sebagai orang yang rapat dengan Anwar, sebagai orang kanan yang kata pepatah "tidur sebantal baring sekatil" dengan Anwar, sudah tentu Azmin patut tahu pelbagai perkara tentang Anwar termasuk karakter Anwar. Kenapa tidak pergi ke Mahkamah dan yakinkan Mahkamah mengenai karekter & akhlak Anwar!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau orang kanan Anwar saperti Azmin sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

4. Mengapa Anwar menggunakan khidmat Karpal Singh untuk membela dia dalam kes liwat di Mahkamah ini?
Sedangkan pada 22 Okt 1997, Karpal Singh yang mendedahkan dalam Parlimen dia ada bukti Anwar seorang peliwat! Dalam ucapan di Federal Hotel selepas itu, Karpal Singh menyatakan dia ada bukti dan dokumen Anwar kaki liwat! Ucapan dan pendedahan Karpal itu menyebabkan ada pemimpin PAS memanggil Anwar dengan gelarana "Sheikh Anwar Al-Juburi"!
Bukan itu sahaja, Karpal Singh sebenarnya adalah peguam mangsa liwat kes 1998 Azizan Abu Bakar & pendedah kes itu iaitu Umi Hafilda!
Mengapa tiba-tiba Anwar mengambil Karpal Singh menjadi peguam dia bagi kes liwat Saiful tahun 2008? Mana pergi Raja Aziz Addruse, Haji Sulaiman Abdullah, Pawancheek Marican, Zainur Zakaria dan lain-lain?
Adakah kerana itu ada cadangan di Mahkamah kes liwat Anwar dengan Saiful ialah atas dasar suka sama suka, bukan dipaksa? Kot mane pun, liwat tetap berlaku, walaupun suka sama suka?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri mengambil Karpal Singh yang menuduh dia meliwat tahun 1997 untuk menjadi loyer dia bagi kes 2008 mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

5. Mengapa Anwar tidak membela diri dia dalam mahkamah dengan membuktikan alibi dia, kononnya dia tidak ada ditempat kejadian meliwat Saiful itu? Kenapa saksi alibi tidak dipanggil memberi keterangan?
Kenapa Haji Hasanudin, tuanpunya kondominium yang juga kawan Anwar tidak dipanggil? Kenapa Mokhtar, pengawal peribadi Anwar yang juga adik ipar dia tidak dipanggil? Kenapa Mohd. Sani, pemandu Anwar yang sudah berbelas tahun berkhidmat dengan Anwar tidak dipanggil? Kenapa Wan Azizah isteri Anwar sendiri tidak dipanggil? Sedangkan mereka semua adalah saksi yang disenaraikan sebagai saksi alibi? Mengapa mereka tidak datang memberi keterangan membela Anwar dalam Mahkamah, sedangkan mereka ini semua rapat dengan Anwar?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau orang-orang yang rapat dengan Anwar sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

6. Mengapa Anwar dan Karpal Singh tidak panggil Rahimi, pegawai khas Anwar sendiri membela Anwar dalam Mahkamah!
Sedangkan Rahimi yang memperkenalkan Saiful kepada Anwar dan membawa Saiful bekerja sebagai pembantu pejabat Anwar.
Rahimi dikatakan telah membuat Surat Akuan Sumpah kononnya mengaitkan Dato' Sri Najib dengan kes liwat Saiful. Malahan Surat Akuan Sumpah Rahimi itu diperakui oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju!
Malang bagi Anwar, apabila Rahimi pegawai khas dia sendiri bertukar haluan dan membuat lapuran polis yang dia disuruh membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk cuba mengaitkan Dato' Sri Najib. Malah YB Wee Choo Keong sendiri mengesahkan perkara itu! Tidak cukup dengan itu, YB Wee Choo Keong memilih keluar daripada PKR, dan kini menjadi Ahli Parlimen Bebas!
Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau pegawai khas Anwar sendiri, bukan sahaja tidak membela Anwar dalam Mahkamah, malah membuat repot polis dipaksa buat Surat Akuan Sumpah Palsu, dan YB Wee Choo Keong yang mengesahkan Surat Akuan Sumpah palsu itu pun sampai keluar parti, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

7. Mengapa Anwar tidak mengambil kesempatan membela diri dia dengan memberikan sampel darah untuk menafikan DNA air mani yang ditemui didalam dubur Saiful.
Kes kali ini berbeza dengan kes liwat Azizan tahun 1998, kerana tahun itu DNA Anwar ditemui atas tilam bertompok yang berusia lebih 6 tahun!
Kali ini DNA airmani Anwar ditemui dalam dubur Saiful yang berusia 2 hari. Saiful diliwat 26 Jun 2008, dan membuat repot polis dan diperiksa doktor pada 28 Jun 2008! Tidak sampai 48 jam! Dan DNA airmani Anwar ini disahkan oleh ramai saksi: pakar forensik, perubatan, doktor dan lain-lain! Tak saperti kes tahun 1998 bila ianya hanya disahkan oleh seorang ahli kimia Lim Kong Boon!
Kalau benar dakwaan pembelaan Anwar bukan airmani dia didalam dubur Saiful, mengapa Anwar tidak berani memberikan sampel darah dia untuk diperiksa sebagai perbandingan DNA! Bukankah kalau ujian darah itu membuktikan DNA airmani dalam dubur Saiful itu bukan DNA Anwar, itu adalah pembelaan yang bukan sahaja hebat, malah boleh membebaskan Anwar serta merta. Silap-silap Kerajaan pun boleh tumbang!
Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang mengemukakan sampel darah DNA dia untuk membela diri sendiri dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

8. Anwar mendakwa kononnya pertuduhan dia meliwat staf dia Saiful adalah konspirasi Dato' Sri Najib. Konon ceritanya Saiful berjumpa dengan YAB PM!
Malah Anwar sampai nak sapina YAB PM untuk memberi keterangan. Yang peliknya dia sendiri tak mau beri keterangan bersumpah untuk membela diri. Tau-tau dia nak paksa YAB PM beri keterangan untuk pembelaan dia!
Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak mahu memberi keterangan bersumpah membela diri dia dalam Mahkamah, sebaliknya memaksa YAB PM pulak memberi keterangan untuk pembelaan dia; mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

9. Kalau alasan Anwar membela diri dengan memanggil YAB sebagai saksi kononnya kerana Saiful berjumpa dengan YAB Dato' Sri Najib, mengapa Anwar tidak mahu memanggil YB Senator Ezam Mohd Nor yang juga ditemui Saiful!
Malahan YB Senator Ezam telah membuat kenyataan terbuka menyatakan Saiful ada datang bertemu dengan dia. Dan Ezam menyatakan dia bersedia dipanggil sebagai saksi untuk pembelaan kes Anwar!
Persoalannya, mengapa Anwar tidak menggunakan peluang itu untuk pembelaannya! Mengapa YB Senator Ezam, antara orang yang paling rapat dengan Anwar langsung tidak dipanggil sebagai saksi?
Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang memanggil YB Senator Ezam sebagai saksi untuk membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

10. Anwar menyatakan bahawa dia membela diri dengan mahukan Mahkamah Rakyat menentukan kesalahan dia!
Persoalannya, kenapa Anwar tidak serahkan pembelaan dirinya kepada Mahkamah ALLAH!
Iaitu dengan bersumpah laknat! Sebagaimana yang dibuat oleh Saiful sendiri.
Saiful telah bersumpah dengan menyatakan "bahawa saya Saiful telah diliwat oleh Anwar Ibrahim yang memasukkan zakarnya kedalam dubur saya, jika palsu dakwaan saya maka laknat ALLAH atas diri dan keluarga saya"!
Begitu berani Saiful menyerahkan pembelaan dia kepada ALLAH Rabbul Jalil. Dan ramai pengikut taksub Anwar berharap Saiful akan dilaknat. Malah ada yang bawa cerita konon Saiful dah kena sopak, kena angin ahmar, mulut berbuih, lumpuh seluruh badan dan macam-macam lagi.
Tau-tau keluar gambar-gambar Saiful berdahi hitam sedang bertawaf di Masjidil Haram. Muncul gambar Saiful berdoa diatas Jabal Nur di Gua Hira' mengadap Ka'bah! Pengikut taqsub Anwar semuanya terkedu bisu dan terkentut!
Sebaliknya Anwar masih dengan keingkaran dan keengganan dia untuk membela diri dengan bersumpah laknat! Apa yang Anwar takut sangat? Tak percaya kepada ALLAH? Atau takut laknat ALLAH diturunkan?
Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak berani membela diri dia dihadapan Mahkamah ALLAH dengan bersumpah laknat saperti Saiful, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

Inilah sepuluh perkara yang perlu direnungkan oleh umat Islam dan rakyat Malaysia semua dan seluruh dunia! Sebelum mike semua membuat kesilapan untuk membela Anwar di Mahkamah jalanraya, tanya diri mike dulu, mengapa Anwar tidak menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk membela diri dia sendiri dalam Mahkamah? Mengapa Anwar tidak mahu menyerahkan pembelaan dia kehadapan Mahkamah ALLAH?
Malah teman cabar pengikut taqsub Anwarinas, sila adakan solat hajat perdana secara besar-besaran. Panggil lah Tok Guru Nik Aziz atau Haji Hadi Awang menjadi imam. Mintalah doa hajat kepada ALLAH, tunjukkan, dan buktikan siapakah pembohong sebenarnya, Anwar atau Saiful! Kalau Saiful bohong, berdoalah kepada ALLAH supaya turunkan laknat kepada Saiful serta merta!
Tetapi kalau Anwar berbohong, dan memang dia telah meliwat Saiful, mohonlah doa dan hajat kepada ALLAH supaya melaknat Anwar, dan menurunkan bala kepada para pengikut Anwarinas yang masih taqsub dengan Anwar! Berani yop? Teman cabar mike semua yop!
Pokok pangkalnya, kalau Anwar, bini dan kawan-kawan dia sendiri tidak membela Anwar dalam Mahkamah, mengapa mike semua rela dan redho diperlembu dan dikaldaikan untuk membela Anwar Ibrahim di Mahkamah jalanan!

Terkedu ChinaDOLL nampak belalai,
digenggam geram ditiop kuyop,
Kalimah ALLAH dah pun dema gadai,
Mahkamah ALLAH dema takutlah yop;

Dalam kondo belalai belayar,
depan belakang lubang digali,
Anwar bernafsu nak ke Putrajaya,
tapi Sg Buloh makin menghampiri;
Bebas 901 rekaan Anwar
Mahkamah jalanan menjadi medan
Umat dah tahu rakyat dah sedar
09 Januari Anwar wajib ditalqinkan!

Adios amigos, grasias senor!
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
10 Safar 1433 / 04 Januari 2012

JOMO Kata: SAY NO TO DEMONSTRASI 9 Januari 2012...

UBAH Sebelum DIUBAH!!! KDN Tubuh JawatanKuasa Basmi RAHSUAH...

Sekadar Hiasan... Menteri KDN....

Hari ini, rakyat terus memerhatikan pentadbiran PM DS Najib Tun Razak... Apa yang dinilai cuma satu, Apakah perubahan yang dibawa oleh Najib selepas beberapa tahun memegang pucuk pimpinan Negara... Secara jelas dan Nyata, terlalu banyak perubahan dibawa oleh najib dalm tempoh yang singkat ini... dari perubahan diperingkat parti hinggalah perubahan di peringkat Negara...

Ini diantara perubahan yang dibawa dalam pentadbiran najib... Ikuti kenyataan Akhbar ini... rujuk Khazanah

KDN TUBUH JAWATANKUASA TINDAKAN KHAS UNTUK BENDUNG RASUAH

6 JANUARI 2012 (JUMAAT)

  1. Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas untuk  membendung gejala rasuah membabitkan pegawai serta anggota penguatkuasaan termasuk agensi di bawahnya yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand.
  1. Jawatankuasa ini dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN dan dalam mesyuaratnya hari ini, beberapa persetujuan telah dicapai untuk tindakan susulan. 
  1. Ini antaranya ialah menghadkan jumlah wang saku kepada RM30 sahaja sepanjang tempoh bertugas dan melaksanakan pertukaran serta penempatan baru kepada anggota dan pegawai yang telah lama berkhidmat. Kedua-dua langkah ini bakal dilaksanakan serta merta berkuatkuasa hari ini.
  1. Pada masa sama, perjumpaan berkala di peringkat negeri dan lapangan untuk mengenal pasti isu serta masalah akan diadakan secara lebih kerap manakala pegawai serta anggota pula akan didedahkan dengan lebih banyak kursus, latihan serta bengkel berkaitan integriti dalam menjalankan tugas penguatkuasaan.
  1. Selain itu, mesyuarat juga memutuskan supaya penentuan penempatan pegawai penguatkuasa semua agensi kini dipusatkan di bawah KDN yang akan bertanggungjawab melakukan saringan keselamatan serta kesesuaian terhadap aggota sebelum ditugaskan di lokasi yang berkenaan.
JOMO Kata: Apa perubahan yang dibawa oleh Pakatan Pula...???

Star Tertubuh!!! Jeffrey Pemimpin 'Tak Laku' Jadi Presiden...???

JOMO ada menaikkan isu berkenaan dengan sebuah parti pembangkang baru akan ditubuhkan di Sabah akibat daripada kelemahan Pembangkang yang terus longlai dan lemah dalam menghadapi kekuatan BN di Sabah... Semalam Parti yang dinamakan 'Star Party' itu telah berjaya mengadakan majlis pelancaran penubuhannya...

Jeffrey seorang pemimpin yang sering beralih arah (macam Lalang) diangkat menjadi presiden parti tersebut... Siapa tak kenal Jeffrey (adik kepada Joseph Pairin Kitingan; Timbalan Ketua Menteri Sabah) yang punyai rekod yang 'tidak baik' sebagai seorang pemimpin politik yang relevan di sabah.... Lihat saja berapa kerat orang yang hadir majlis tersebut....




JOMO Kata: Kita tunggu saja.... rasanya dengan askar sebegini, amat sukar untuk STAR berhadapan dengan BN di SABAH...

Finally!!! SMM Admits some Members have poor Academic Performances....

KUALA LUMPUR: The student movement Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) admits that some of its members have performed badly academically.

Due to that they will put their studies on hold first while they continue to fight for academic freedom, SMM president Ahmad Syukri Abdullah told The Mole.
He claimed nobody had approached them to seek help in spreading any political agenda.A blog posting at Double Y stated many students who are involved in the SMM demonstration were not doing well in their academically while some had even been dismissed from public universities due to their bad results.Ahmad also admitted he did not perform well academically and that he will put his studies on hold to continue with his struggle with SMM for academic freedom.

 
He said: “It is true that some of SMM members have not performed well in their studies."

"However we feel it is a small issue that is being exaggerated by certain quarters just to bring us down," he added.



He also said he could not afford to pay his RM7000 study fees for the time being.


The blogger wrote many of students who failed at local public institutions had then joined private institutions after being awarded ‘full scholarships’ by the Selangor government.

Asked if they were being politically manipulated, Ahmad said: “I do not think that we are being manipulated by anyone.’’


Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) president Mohd Shahar Abdullah when contacted said: “If what is alleged by the blogger is true, it shows that these students have been brainwashed into becoming political tools."

"This is a violation of democratic principles and the rights of the students,’’ Mohd Shahar added.

JOMO Kata: Study first.... Then u can become a Good Leader in the future....

refer Mole

KONGSI!!! Foto Kaum Xingu di Sekitar Amazon Masih Berbogel...???

Pagi ini, JOMO ingin kongsikan beberapa Foto yang dikatakan kaum Xingu yang bertapak disekitar Amazon yang masih mengamalkan kehidupan secara 'Nomad' mewarisi budaya nenek moyang mereka... Mereka masih belum mengecapi perubahan zaman yang ada pada hari ini... Tapi, itu hak mereka untuk mengamalkan apa saja yang mereka kira perlu...







JOMO Kata: Tak apa lah... Tapi, yang menghairankan.... Ada juga kaum yang sudah mengecapi perubahan zaman tapi pemikiran masih KOLOT semacam kehidupan yang tidak bertamadun... Alahai DUNIA....



Friday, 6 January 2012

FIKIRKAN!!! Kejadian AWAN Menyerupai OMBAK TSUNAMI...????

Allah itu Maha Besar.... Setiap kejadian pasti ada hikmahnya... Manusia sibuk berkelahi mengenai kuasa dunia.... Politik pergaduhan sesama UMMAT ISLAM yang tak pernah putus-putus...  Tapi, pernahkah kita memikirkan sejenak mengenai peristiwa yang bakal berlaku kepada bumi kita....???



Cuba lihat Foto di atas, Awan yang hampir serupa dengan keadaan Ombak Tsunami yang pernah berlaku mahupun yang ditayangkan dalam filem 2012... mungkin ianya secara kebetulan... tapi, kita perlu ingat, kejadian ciptaan Allah tiada konsep kebetulan, Pasti 'Ada Hikmah Di sebalik kejadian'....

JOMO Kata: Hanya orang-orang yang sedar akan memikirkannya.... Wallhu'Alam....

AllahuAkbar!!! 2012!!! bakal Menggemparkan MANUSIA Alam Ini...???


JOMO ada terbaca sinopsis sebuah buku yang mengaitkan mengenai 31 peristiwa yang bakal berlaku pada tahun ini 2012... Bukunya berjudul Al-Quran 2012... Secara ringkas dalam penulisan dan kajian yang dibuat, terdapat 31 peristiwa akan berlaku tahun 2012 ini.... Ia dikaitkan dengan surah Ar-Rahman ayat 55 yang disebut 31 kali dalam Al-Quran...

'Maka Nikmat Tuhan kamu yang Manakah kamu Dustakan?'

Lanjut Kita Cari Buku ini....

HERAN!!! BOB LokMan Tak PuasHati Afdlin Masuk UMNO...


Hairan lah dengan Ostad Bob ni... Ada saja yang menimbulkan ketidakpuashatian kepada beliau.... JOMO tidak mahu mempertikaikan apa wadah yang dipilih oleh Bob ni, kerana JOMO berpegang kepada asas perjuangan abhawa PARTI ini hanyalah sekadar WADAH dan sama sekali bukan AKIDAH... Ingat!!! Politik ini semuanya mahu kuasa....

Cuma yang tak berapa sedap didengar apabila beliau mempertikaikan tujuan Afdlin masuk ke dalam UMNO... Apa nak kisah... katanya...

"Persoalannya, jika Afdlin menyertai Umno kerana perjuangan, ia menghairankan saya.

"Kerana sepanjang perkenalan saya dengan beliau, bagi saya Afdlin tidak pernah memandang serius perbezaan politik mana-mana parti di negara ini.

"Mungkin ada sesuatu sebab mengapa Afdlin berbuat demikian, Afdlin ada jawapannya saya tidak boleh membuat telahan sebarangan kerana saya belum berkesempatan bersemuka dengannya,"

Tidakkah Bob sedar, Afdlin juga sebenarnya hairan kenapa dia memilih PAS selepas apa yang beliau lalui dalam Industri Hiburan.... Kita faham, semua manusia perlukan perubahan dalam hidup ini... Tapi, kenapa perlu kita pertikai Orang mahu masuk parti apa sekalipun... Begitu juga yang berlaku kepadanya...

JOMO Kata: ini juga perubahan hidup yang dibawa oleh Afdlin Shauki... Jadinya, tak perlu bagi Bob mempertikaikan apa-apa... berjuanglah demi Bangsa, Agama dan Negara....

PAS Cuma WADAH bukannya AKIDAH!!!

rujuk MPP

EKORAN PEMBANGKANG LONGLAI & LEMAH!!! Lagi parti baru di Sabah???

Politik Sabah terus dikejutkan dengan isu-isu politik yang tak pernah putus-putus... Kejayaan pentadbiran BN di Sbah terus menjadi kedengkian kepada Parti Politik pembangknag yang ada usaha untuk menakluki Sabah ataupun paling tidak untuk mengurangkan Majoriti Besar negeri Sabah yang menyumbang kepada Kejayaan Kerajaan Persekutuan di Malaysia...

Parti baru....??? STAR???


Kecewa, tidak puas hati, kecil hati antara sifat dan sikap yang menghantui pejuang politik di sabah pada ketika ini... JOMO pernah menyentuh mengenai politik baru yang dibawa oleh Najib telah memberikan impak besar kepada sebilangan Ahli Politik di Sabah... Ada yang kecewa kononnya bakal tidak di calonkan, begitu dan begini dan sebagainya...

Orang Sabah ini penuh dengan tatatertib dan pegangan adat yang masih kuat... Rakyat masih memerlukan pembangunan berterusan daripada kerajaan... hari ini, akibat daripada kelemahan parti pembangkang seperti PKR, PAS, DAP, PASOK, SAPP dan lain-lain telah menyebabkan satu lagi Parti baru 'Sabah Based Party' bakal dilancarkan... betulkah???

JOMO Kata: Hanya masa yang menentukan... Angin bertiup kencang tapi kadang-kadang sepoi-sepoi bahasa mengatakan ada Ahli Politik UMNO Sabah bakal keluar...??? Siapa????

TERKINI!!! Biodata ustaz 'HEBAT' Azhar Idrus....?? JOM SINGGAH!!!

Bersama Ahli Keluarga...

Baru-baru ini JOMO ada paparkan keratan akhbar bilamana Kelantan tidak membenarkan Ustaz Azhar Idrus berceramah di negeri itu... JOMO jugak menyatakan bahawa UMNO tidak perlu menjauhkan diri daripada Ustaz semacam ustaz Idrus ini, andai kata tidak mahu di COP sebagai membelakangi islam... Perlu mengajak Ustaz Idrus untuk bersama dalam perjuangan UMNO demi Bangsa Agama dan Negara ini...

Bersama-sama ini dinyatakan secara ringkas Biodata ustaz Azhar Idrus...

# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.


JOMO Kata: Siapa sangka seorang guru muzik suatu ketika dahulu kini bergelar Ustaz yang menyampaikan dakwah kepada Umat di Malaysia ini...

PANASSS #901!!! Imam mahdi Palsu diSanggah... Terkedu telan Air Liur...

Kearah ISU #901 terlalu banyak cerita karut marut berkenaan dengan orang yang ditabalkan oleh bini yang tidur sekatil sebagai Anugerah Tuhan ini.... Diangkat pula sebagai imam Mahdi.... Tapi yang menghairankan banyak pula laporan dan bukti mengenai isu Moral mengenai beliau... Macamana ni..???

JOMO hairan, kenapa disebabkan Politik ada saja perkara yang tak betul dibuat... Kenapa dahulu semasa Pak Nuar ini bersama UMNO tak ada pun gelaran seumpama ini... Gelaran-gelaran ini muncul secara tiba-tiba bilamana Pak Nuar ini dikaitkan dengan begitu banyak masalah peribadi dan parti yang diperjuangkan... Menjual kalimah Allah dan diangkat pula sebagai Imam Mahdi.....? Alahai Melayu....

Baru-baru ini pula Dr.hassan Ali exco bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Islam di selangor pula mempertikaikan Dr.BadrulAmin isu mengaitkan Pak Nuar ini dengan imam Mahdi... Kita semakin keliru dengan permainan pembangkang ini... Habis segalanya dibuat hanya kerana Orang Bernama Anwar Ibrahim...

Kata Dr.Hassan....

"Saya minta JAIS panggil dia untuk tanya sendiri dan selesaikan masalah ini dan kita minta ia diadakan dalam keadaan harmoni untuk mendapatkan kepastian mengenai kandungan ceramahnya itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini

JOMO Kata: Semua ini membuatkan Islam dipandang seroang oleh Agama Lain.... Alahai Pak Nuar...

rujuk MPP

5 Foto LUCU Kaedah Skill Pengajaran Cikgu!!! Hanya Ada di CHINA.....

Macam-macam dunia ni.... Lihatlah foto kaedah Pengajaran dan Pembalajaran yang paling lucu.... Difahamkan ianya berlaku di China... Pelik jugak... Tapi, inilah dikatakan 'UNIK'... Tiada di tempat lain....






JOMO Kata: Bayangkan jika ianya berlaku di Malaysia.... Tapi, kita ada adat dan tertib dan kaedah P n P...

Thursday, 5 January 2012

SENYUM KAMBING Lim Guan Eng... P.Pinang Lubuk GRO Warga Asing???

Makin menjadi-jadi kegiatan haram di negeri pulau Mutiara ini... Yang menghairankan lagi, ianya terjadi dikala pemerintahan DAP dilihat semakin lemah dan taksub dalam mengejar pelancong luar... Kononnya mahu menambah hasil pendapatan.... Betul ker???

Apa peranan Exco Agama Islam di sana... Dengar-dengar jawatan itu dipegang oleh OSTAD PAS...??? Kalau dulu bukan main kutuk lagi UMNO menggalakkan maksiat... Sekarang di Pulau Pinang macamana??? itu tak masuk Selangor lagi.... Bila nak mempertahankan Islam, ada pula puak OstaD ni melenting...

Lanjut baca..... baca juga Empayar

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang berjaya menyerbu sebuah mini kasino di kawasan bukit di Mount Erskine, di sini dan menahan 25 lelaki yang sedang asyik berjudi dalam serbuan Ops Dadu malam Rabu.
Operasi yang diketuai ASP Fauzi Md Yusuf itu bermula pukul 3 petang dan terpaksa mengambil masa lebih lima jam sebelum dapat menyerbu kawasan berkenaan kerana polis terpaksa mendaki bukit dengan ketinggian kira-kira lima kilometer.
Jurucakap polis berkata seramai tujuh pegawai dan 15 anggota daripada cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) dan cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menyertai operasi berkenaan.
"Selain terpaksa mendaki bukit yang mencabar itu, polis juga berdepan dengan sekumpulan tonto yang mengawasi laluan ke mini kasino berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Katanya pihak polis berjaya mengepung mini kasino itu pada pukul 8.30 malam sebelum menyerbu dan menahan 25 lelaki berusia antara 20 dan 50 tahun.
"Semasa diserbu mereka sedang asyik bermain judi dan ada yang cuba melarikan diri, bagaimanapun gagal ekoran polis telah mengepung kawasan berkenaan," katanya dan menambah mereka bermain judi dalam sebuah khemah khas di hutan itu.
Jurucakap itu berkata polis merampas wang di meja judi sebanyak RM250 dan wang bersama mereka yang ditahan sebanyak RM27,670 serta peralatan judi jenis dadu dan york.
Katanya siasatan awal mendapati penganjur judi berkenaan baru memulakan operasi di atas bukit itu sejak tiga hari lepas.
"Penganjur menjalankan aktiviti perjudian secara berpindah-randah bagi mengelak dan mengelirukan pihak polis," katanya.
Beliau berkata anggaran setiap pertaruhan yang memakan masa 45 minit itu ialah RM100,000 hingga RM150,000 dan melibatkan pertaruhan individu antara RM10 dan RM1,000.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan operasi berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Katanya kesemua mereka ditahan reman dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - BERNAMA

#Hindarkan Demonstrasi...

Kecoh Shah Alam apabila kononnya pelajar UiTM akan membuat demonstrasi pada malam semalam... Tapi, semua itu hanyalah cakap-cakap... Sampai hari ini belum ada gerakan pelajar untuk berdemonstrasi di UiTM Shah Alam...

JOMO difahamkan, pihak Universiti juga telah membuat persediaan kepada kemungkinan yang berlaku... Semua anggota polis bantuan sentiasa bersiap siaga terhadap mana-mana pelajar yang ingin mengadakan Demonstrasi tersebut...

JOMO Kata: Adik-adik di UiTM... Adalah lebih baik fokus kepada pelajaran daripada ikut berdemonstrasi yang tidak berfaedah....

Haiya!!! Cuba Bantu Buka Purdah, Jururawat DiTUMBUK Suami Pesakit...


SEORANG lelaki menerima hukuman penjara kerana menumbuk seorang jururawat yang cuba membuka burqa isterinya semasa isterinya bersalin di Perancis.

Nassim Mimoune, 24, terpaksa diusir keluar dari bilik bersalin apabila mengherdik kasar doktor perbidanan dan memanggilnya 'perogol' ketika doktor itu menjalankan pemeriksaan pada kemaluan isterinya .

Dia kemudiannya melihat melalui tingkap dan mendapati seorang jururawat cuba membuka pakaian purdah isterinya kerana wanita itu telah sampai tempoh melahirkan anak.

Lelaki itu memecahkan pintu yang dikunci dan memukul jururawat itu di muka dan menuntutnya menggantikan purdah itu sepenuhnya.

Selepas isterinya selamat melahirkan anak lelaki, Mimoune diusir dari bangunan itu oleh pengawal keselamatan dari hospital di Marseille dan kemudiannya ditangkap oleh pihak polis kerana menyerang jururawat itu.

Seorang hakim di selatan Perancis mengarahkan Mimoune di penjarakan selama enam bulan pada bermula Rabu lalu dan memberitahunya bahawa nilai-nilai agama tidak boleh melawan undang-undang republik itu.

JOMO Kata: Macam-macam Dunia ni.... Orang niat nak bantu kesitu pulak.... Jangan berlaku di Malaysia sudah...

rujuk kakiOnline

Sokong Pluralisme... Pak Nuar di Sanggah...


KUALA LUMPUR 4 Jan. – Seorang sahabat lama yang mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sama-sama menuntut di Universiti Malaya (UM) tidak lagi menyokong beliau kerana Ketua Pembangkang itu dikatakan cenderung kepada fahaman pluralisme agama.

Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, beliau ‘meninggalkan’ Anwar setelah mendapati Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berpegang kepada fahaman yang boleh merosakkan akidah.

“Saya mengambil keputusan meninggalkan beliau kerana fahaman pluralisme boleh membawa kepada kekufuran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ismail Mina pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), bersama-sama Anwar mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan turut terlibat membangunkan Yayasan Anda.

Pluralisme agama adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama yang mana penganutnya mempercayai semua agama adalah benar.

Menurut Ismail Mina, sebab lain beliau bertindak meninggalkan pemimpin itu juga mengamalkan ideologi politik yang tersasar dari perjuangan asal yang berlandaskan kepada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Dia (Anwar) terutama semasa di luar negara sentiasa menyatakan tidak akan melaksanakan syariat Islam apabila berkuasa.

“Dia juga mengkritik hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno (kerana minum arak) padahal wanita itu reda. Dia pula yang tak nak, sepatutnya kita sokong perempuan itu lagipun enakmen agama Pahang pun membenarkan hal itu, apa yang dia risaukan?

“Inilah dua faktor kenapa saya tinggalkan beliau,” katanya sambil menafikan beliau mempunyai faktor lain seperti tidak mendapat projek kerajaan.
Ditanya mengenai perhimpunan haram ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’, beliau berkata, syariat Islam sangat melarang untuk memperjuangkan seseorang individu.

“Ketika Nabi Muhammad SAW wafat, Saidina Abu Bakar pernah membaca ayat al-Quran bagi mengingatkan para sahabat lain bahawa mereka berjuang bukan kerana individu (Muhammad) tetapi memperjuangkan risalah yang dibawa oleh baginda.

“Memperjuangkan individu adalah salah. Mempertahankan individu yang bukan di dalam kebenaran adalah syirik,” ujarnya.

JOMO Kata: Wajib tolah orang semacam ini.... IngaT!!! PAS hanya wadah bukan Akidah....

Lanjut baca 1 Malaysia

Pemimpin Sepanggar Prihatin!!! Sekolah Rendah Ugama Likas DiBantu...

Datuk Jumat Hj Idris, Berkopiah Putih memberi bantuan kepada penduduk... (di program lain)...
Sebelum ini JOMO pernah menulis berkenaan dengan 'Siapa Layak Di Sepanggar'...  Secara asasnya Perdana Menteri perlu melihat keadaan Parlimen Sepanggar secara kolektif yang unik yang mana selama ini dipegang oleh ex-parti Komponen BN iaitu SAPP yang hari ini telah membelot perjuangan BN dan kepercayaan penduduk di Sepanggar... Sudah tiba masanya, PM melihat keperluan untuk meletakkan Calon Winnable dan parti yang 'SETIA' dengan perjuangan BN... (tunggu tulisan JOMO akan datang)

Keadaan sekolah sementara...




Bukan ini yang ingin diperkatakan.... tetapi ini isu berkenaan dengan sebuah sekolah Agama di Parlimen Sepanggar... Mulai semalam (3/1/2012), hari persekolahan telahpun bermula... rata-rata semua Sekolah sudah mula beroperasi... Namun, difahamkan terdapat sebuah Sekolah Rendah Ugama di Kampung Likas Sepanggar telah membuat pengubahsuaian sekolah supaya menjadi lebih selesa untuk anak-anak Likas belajar Agama diperingkat rendah... 

Walau bagaimanapun, disebabkan ketiadaan tempat, Ketua UMNO Sepanggar Datuk Jumat Hj Idris telah memberi kebenaran kepada pihak sekolah untuk menggunakan sebahagian kawasan kediamannya di Likas untuk dijadikan Sekolah sementara menunggu sekolah baru siap diubah suai...

Difahamkan, Guru Besar Sekolah berkenaan telah mengucapkan terima kasih kepada Datuk Jumat di atas keprihatinan terhadap pendidikan Agama anak-anak ini... terpancar wajah gembira dikalangan guru-guru sekolah tersebut, kerana sesi persekolahan masih tetap dapat dijalankan walaupun keadaan sekolah yang masih belum siap... Ibu bapa murid-murid berkenaan juga telah memberi respon yang baik di atas inisiatif Ketua Bahagian UMNO Sepanggar tersebut...

JOMO Kata: TAHNIAH dan Terima Kasih kepada keprihatinan Datuk..... Sikap yang perlu dicontohi oleh semua pemimpin di malaysia, walaupun beliau bukan seorang Ahli Parlimen ataupun ADUN... Contoh Winnable Candidate yang PM cari!!!!

PANASSS!!! Terang Lagi Bersuluh, Memang Sah Amalina....???

Bandingkan Wajahnya dengan video tersebut....

Apabila JOMO naikkan isu Amalina ini berasama blogger-blogger yang lain, ada satu pandangan yang cukup baik dari seorang pembaca... Katanya, kerajaan perlu memberikan kursus penycian jiwa sebelum menghantar anak-anak Malaysia terutamanya Melayu Islam ini ke luar Negara'.... 

JOMO menyokong penuh pandangan pembaca ini... sudah tiba masanya Kerajaan membuat sesuatu dalam pendidikan Islam kepada anak-anak muda kitya, bukan saja yang ke luar negara malahan yang di dalam negara sekalipun... JOMO percaya Kerajaan yang sentiasa menerap nilai-nilai murni islam dalam pentadbiran, mampu melakukannya...

Apapun bersama-sama ini dilampirkan kenyataan video Amalina berkenaan dengan isunya yang tengah hangat di Malaysia... Kalau di lihat, hidungnya, wajahnya, matanya, bibirnya macam Wanita dalam Gambar di atas kan...??? Nilailah sendiri....



JOMO Kata: Adai itu dia.... Mengaku sajalah... Kami pun manusia juga... kita Malaysia saling memaafi... Cumanya, nasihat JOMO, belajar lah rajin rajin dan jaga akhlak di sana.... Jadilah Melayu contoh kepada rakan-rakan dari negara lain yer...

MAT SABU!!! Masih Mahu Minta Duit Rakyat Nak Beli Susu Anak....???

Alahai PAS.... Lihatlah cara Mat Sabu berucap... Habis dimintanya semua duit penyokongnya.... Apa pula yang diberikan olehnya kepada Rakyat.... Dari dahulu sampai sekarang asyik nak minta jer kerjanya.... Rakyat nak beli susu anak pun terbantut pasal nak derma kat Mat Sabu....ehe




JOMO Kata: PAS untuk semua.... Minta duit rakyat...

Wednesday, 4 January 2012

PANASSS!!! Buah Dada Siti kena 'RABA'...???

Hahahaha.... Terkejut bila pertama kali membaca isu ini.... Tapi, bila di lihat fotonya... Rupa-rupanya.....??? Korang tengoklah sendiri.... Daripada Blogger Malas Tulis....

Siti Menangis....

Sekadar Hiasan....

Rupa-rupanya.... 

Sekadar Hiasan....

Adoyai..... Tapi, untung juga Orang Utan tu kaaan....

JOMO Kata: Rakan-Rakan OSTAD jangan nak 'Stim' pulak....

Tun Mahathir Supports Najib....


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad said he is keen to campaign for Barisan Nasional in the next general election, adding he believes Datuk Seri Najib Tun Razak is supportive of it.
The former Prime Minister said he was especially keen to meet up with Umno divisional and other grassroots leaders whom he felt among some of them, were still besieged with disunity and factionalism.

“I want to meet them and hopefully be able to advise them that they must unite and stop the backstabbing to ensure the party will do well in the elections,” Dr Mahathir told The Mole.

He was commenting on blog reports that he had agreed to assist Najib in the coming general elections.

Asked when he planned to start to campaign for Umno and Barisan, Dr Mahathir said he was prepared to start at any time and has offered himself to carry out the task to Najib and the Umno leadership.

The participation of Dr Mahathir in the next election is much anticipated by Umno grassroots, as they believed he would help the party regain grounds they lost in the 2008 general election.

Many Umno members had then turned their back on the party because they shared Dr Mahathir’s disgust with the Tun Abdullah Ahmad Badawi leadership.

With Dr Mahathir publicly showing his support for Najib, Umno members were confident the party would be able to rally around the new leadership in the general election.

However, there were some who felt that the Umno hierarchy were dragging their feet in taking up Dr Mahathir’s offer to campaign and the lack of urgency may be the party’s undoing.

Prominent blogger Datuk Ahirudin Attan a.k.a Rocky had, in a posting on Tuesday, said that Dr Mahathir would most probably throw in his
support behind Najib in the next general election.

The next general election, the 13th since Independence in 1957, is widely expected to be called within the next six months although the current government's five-year term would only expire in March 2013.

From: TheMole

Penjaring Gol Tercantik Malaysia!!! Nazmi Bunga-Bunga Cinta atau Skandal..??


Kelibat pemain ini mencuri tumpuan ramai orang termasuk luar negara... Sukan SEA Indonesia menceritakan segala-galanya... Umurnya baru 17 ketika itu, tapi sudah punyai skills dan permainan yang begitu cantik... Malaysia berbangga punyai pemain sebegini... beliau dikatakan orang yang paling layak diangkat sebagai 'SuperMokh' menjelmai permainan Mokhtar Dahari suatu ketika dahulu....

Tapi ini cerita terbaru, difahamkan beliau kini sedang hangat bercinta.... Tapi, tak salah... Itukan lumrah manusia untuk mencintai dan dicintai.... Cuma Nasihat JOMO, jangan kerana cinta permainan di atas padang pun terjejas yer dik... semoga ianya dapat mengangkatkan lagi semangat untuk berjuang demi Tanahair dan Bola Sepak yang sangat memerlukan pemain seperti anda...

JOMO Kata: Cantik juga gadis Nazmi ni Yer.... Jangan pulak tak mengaku bila diajukan soalan oleh wartawan...ehe

Lanjut baca Princess

PANASSS!!! Bila 'Parents' Terlau OK....

Sekadar Hiasan....

Tidakkah kita sedar akan hakikat akhir zaman ini terlalu banyak kes-kes zina.....??? Zina sudah jadi umpama perkara biasa dalam kehidupan anak muda-mudi... Kenapa zina??? Apa puncanya??? Apa pula langkah penyelesaiannya...?? 

Jabatan Hal Ehwal Agam ssudah ada... hampir diseluruh negeri punyai masalh yang sama... Adakah disebabkan pengaruh rakan-rakan? pengaruh media? atau sifat muslim itu yang sudah menjadi liberal dikalangan umat Islam?

Terlalu banyak kisah pergaualan bebas ini kalau hendak JOMO ceritakan... Cumanya, apa yang ingin dikatakan di sini hanyalah persoalan yang terus membelenggu IbuBapa dan masyarakat itu amnya mengenai gejala sosial yang seumpama sukar untuk dibendung...

Ada kisah IbuBapa yang terlalu OK sehingga apa saja yang anak-anaknya buat tidak dilarangnya... Apa yang penting anaknya itu cukup makan dan sihat... Kalau ada ibu bapa terlalu ok pun susah juga... 

JOMO Kata: Tidakkah kita takut akan zaman di mana orang islam itu berada di dalam kegelapan...??? Harapnya tidak berlaku di Malaysia... Katakan NO Pada ZINA dan Katakan YES Pada JIMAK!!!!