Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 24 November 2012

Tanya Saya! Datin Seri Rosmah ingatkan mahasiswa... Cc @NajibRazak

Majlis makan malam bersama mahasiswa cukup meriah... Datin Seri Rosmah yang yang dikenali sebagai bonda dikalangan mahasiswa yang hadir telah berkongsi beberapa perkara yang boleh dijadikan tauladan kepada mahasiswa\anak muda yang hadir...

Tanya saya... Inilah kata-kata mudah tetapi mempunyai maksud yang besar... Beliau telah menasihati anak-anak muda yang hadir agar bertanya terus kepada beliau seandainya terdapat isu yang menjadi kekeliruan kepada masyarakat... Datin Seri yang manjadi bahan yang digunakan oleh pembangkang untuk menyerang Perdana Menteri, telah meluahkan isi hatinya agar anak-anak muda yang hadir tidak mempercayai bulat-bulat apa yang ditulis oleh pihak pembangkang melalui internet...

Beliau mahu anak-anak yang hadir pada malam ini agar memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran terlebih dahulu... Dapatkan pekerjaan yang baik dan bantu membangunkan negara Malaysia...

Beliau yang berkongsi sedikit mengenai keluarganya, menyatakan betapa Perdana Menteri Malaysia berusaha sedaya mungkin untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia terutamanya anak muda...

JOMO Kata: 1 Malaysia... Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan...
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

No comments:

Post a Comment