Friends Of Jomo Malaya

Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Tuesday, 27 November 2012

SINDIRAN PEDAS! Kisah Adam to Abby...



Penyanyi kelahiran sebuah rancangan realiti, Mohd Aizam Mat Saman atau dikenali dengan nama Adam mengakui dirinya ketika ini sedang mendalami ilmu agama dan ilmu perubatan Islam.

Walaupun Adam masih lagi mendalami ilmu agama, dia tidak mahu dirinya kelihatan riak dengan ilmu yang didapati.

Untuk memastikan niatnya untuk berubah sejajar dengan tuntutan Islam, Adam banyak membataskan dirinya dari melakukan perkara yang ditegah dalam Islam.

“Saya juga menjaga batas pergaulan dengan peminat perempuan dan tidak lagi bersalaman, tetapi kalau nak bergambar dengan saya tiada masalah. Perubahan ini berlaku secara perlahan-lahan kerana tidak mahu menimbulkan rasa riak,” katanya.

Pun begitu, Adam mempunyai pegangan tentang perangai manusia yang dia tidak gemari kerana kemungkinan sikap itu mampu mempamerkan imej umat Islam yang tidak baik.

Justeru, Adam akan sentiasa berdoa agar Tuhan sentiasa membimbing dirinya ke arah dan jalan yang benar.

“Saya tak berapa berkenan melihat mereka yang baru memakai kopiah dan bertudung terus menjatuhkan hukum kepada orang lain.

Janganlah terlalu drastik kerana setiap orang ada bahagian masing-masing dan yang sebaiknya kita doakan agar dia juga turut berubah.

“Dalam solat saya mohon petunjuk daripada Allah dan inilah jawapan yang diberikan kepada saya iaitu memandu arah saya belajar perubatan Islam,” luah Adam. MPP

JOMO Kata: Islam itu Indah... Kasihan orang macam Abby ni... cc Bob Lokman...

-admin-

No comments:

Post a Comment