Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Wednesday, 28 November 2012

Kita Doa Yang Baik-Baik... @NajibRazak @Zahid_Hamidi @umbkl #PAU2012

Sebentar tadi selepas perasmian serentak sayap pergerakan Puteri Pemuda dan Wanita UMNO, sidang media bersama Naib-Naib presiden UMNO telah mengupas serba sedikit isi kandungan ucapan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin...

Secara jelas, ucapan perasmian itu telah menggambarkan perbandingan diantara UMNO dan pembangkang terutamanya PAS dalam menggalas harapan rakyat terutamanya orang Melayu Islam...

Nyata! PAS hanya pandai berkata-kata... Hasrat mereka ke Putrajaya langsung tiada asas yang cukup terutamanya apabila PAS hanyalah pengikut dalam Pakatan Rakyat...

Menurut Dato Seri Zahid, dalam konteks isu doa yang dilakukan oleh PAS, jelas menunjukkan PAS menjadikan semua orang Melayu\Islam yang tidak bersama dengan mereka sebagai musuh... Walhal, UMNO sendiri hanyalah seteru dalam politik...

Doa menjatuhkan orang Islam yang lain benar menggambarkan PAS hanya pentingkan parti berbanding kemaslahatan Ummah sejagat...

Berbesa dengan apa yang cuba di bawa oleh UMNO dalam mendekati masyarakat... UMNO lebih kearah kesederhanaan... Perjuangan UMNO adalah untuk ummah secara keseluruhan... Doa yang diamalkan oleh orang UMNO juga adalah kebaikan untuk semua masyarakat tanpa mengira apapun latar belakang...

JOMO Kata: Perubahan yang dibawa oleh UMNO diresapi kemas oleh ketiga-tiga sayap bagi menggalas harapan rakyat...
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

No comments:

Post a Comment