Friends Of Jomo Malaya

Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Monday, 26 November 2012

Hudud PAS dalam 'Poket' Mat Sabu...? Nizar Melanting PAS Takutkan PKR dan DAP...



Apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyentuh langsung perjuangan parti itu dalam melaksanakan hukum hudud dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Pas kali ke 58 baru-baru ini, ianya seakan menunjukkan Pas seperti sudah fobia dengan isu hudud yang mereka perjuangkan selama ini.

Kenyataan Hadi Awang yang nyata jauh berbeza dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib ini membuktikan  Pas ketika ini seperti tidak berani untuk memperjuangkan hudud kerana masih belum mendapat 'restu' dari rakan sekutu politik mereka.

Harun sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa secara umumnya pakatan pembangkang bersetuju hukum hudud dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

Menurut Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria, Pas sebenarnya telah hilang hala tuju dan matlamat sebenar mereka dalam memperjuangkan hudud hanya kerana takutkan rakan sekutu mereka. Sebab itulah mereka menukar perjuangan mereka kepada negara kebajikan.

"Jika kita lihat di dalam muktamar Pas baru-baru ini, mereka langsung tidak bercerita tentang perlaksanaan hudud sehinggakan ahli mereka sendiri menjadi keliru. Mereka sebenarnya hanya menggunakan isu hudud untuk menakut dan mengelirukan rakyat dan agar rakyat beranggapan buruk terhadap kerajaan sedangkan selama ini kerajaanlah yang telah banyak menjaga dan memelihara perjuangan agama Islam malah negara kita ini dikenali sebagai negara Islam contoh di mata dunia.

"Jika kita kaji semula, di dalam dokumen buku jingga dan manifesto mereka juga tidak disebut langsung untuk melaksanakan hudud. Ini jelas membawa makna Pas takut dan fobia untuk terus bermain dengan isu hudud. Mereka risau sekiranya terus bercakap pasal perjuangan hudud, mereka akan hilang aras sokongan daripada DAP dan PKR," kata MP Parit.

Tambah Nizar, selama ini Pas bermain dengan isu hudud hanyalah satu dogengan semata demi mendapatkan sokongan rakyat khususnya orang Melayu supaya rakyat terpengaruh dan memberikan sokongan kepada mereka.

"Kita lihat selama ini mereka terus mendesak kerajaan pusat melaksanakan hukum hudud tetapi sekiranya kerajaan pusat bersetuju melaksanakan hudud, adakah mereka sendiri bersedia melaksanakan hudud kerana mereka sendiri belum mendapat 'restu' daripada DAP dan PKR.

"Saya percaya mereka tidak akan berani melaksanakan hudud walaupun mendapat persetujuan daripada kerajaan pusat selagi DAP dan PKR tidak memberi persetujuan," ujarnya lagi. TaipingMali 

JOMO Kata: PAS semakin hilang punca... Kasihan... Hadi Awang tak nak jadi PM, jadi siapa PM...? Mat Sabu...?

-admin-

No comments:

Post a Comment