Aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (gambar) didenda sebanyak 100 rupee (RM5.59) selepas dia mengaku bersalah di sebuah mahkamah di Jaipur pada Rabu lalu kerana menghisap rokok di tempat awam semasa satu perlawanan kriket, menurut portal berita Business Of Cinema kelmarin
Denda itu lebih rendah daripada harga sekotak rokok miliknya
Menurut agensi berita Press Trust of India (PTI), Majistret SC Godara membenarkan Shah Rukh membayar denda berkenaan menerusi peguamnya
Shah Rukh merupakan pemilik bersama kelab kriket Kolkata Knight Riders
Dia menghisap rokok pada 8 April lalu semasa satu perlawanan antara kelabnya dengan Rajasthan Royals di Stadium Sawi Man Singh
Pengendali Akademi Kriket Jaipur, Anand Singh mengemukakan aduan mahkamah terhadap Shah Rukh pada 9 April lalu berdasarkan gambar yang disiarkan beberapa akhbar
Gambar itu menunjukkan Shah Rukh menghisap rokok semasa perlawanan berlangsung
Anand memohon tindakan dilakukan terhadap bintang filem itu di bawah Akta Larangan Merokok Rajasthan tahun 2000 yang melarang rokok dihisap di tempat awam-Agensi . www.enciknakal.com

Halamak... punya sikit dendanya...
ReplyDeleteBegitu ramai orang yang telah berjasa pada negara ini - sehingga ada yang mati dan mengadai nyawa - polis, tentera, artis 50/60'an, saintis, ahli politik, karyawan, pun tidak semudah itu dapat darjah kebesaran negeri, apa lagi negara.Jangan anda celupar sebut sebut nama..orang yang kena denda rm 5.59 sen tu mesti panggil YBH Datuk Shah Rukh Khan..sangat besar jasa dan pengorbanan dia pada negara ini.
ReplyDelete