Saya Pilih MALAYSIA! Saya PILIH Mengundi! UNDILAH BARISAN NASIONAL


WAJAH BARU! SEMANGAT BARU! PERJUANGAN BARU! Peringatan: JOMO online Tidak akan Bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Sunday, 1 July 2012

Penggulungan Dato Seri Zahid Sempena PAU2011 Mesti Kita Hayati!




UCAPAN PENGGULUNGAN NAIB PRESIDEN UMNO, DATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDI SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011, DEWAN MERDEKA, PWTC 
3 DISEMBER 2011

Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuh 

Datuk Pengerusi Tetap, Datuk Seri Presiden, Tan Sri Timbalan Presiden, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian, 

Saya merasa terpanggil untuk menyambut lontaran ucapan dasar YAB Presiden mengenai identiti diri sebagai “orang UMNO” bukan “ahli UMNO”. Sebagai orang UMNO kita perlu merujuk kepada beberapa hadith: 
Ulil-Amri kita adalah Presiden parti kita. Wajib kita mentaati Ulil-Amri kita sebagaimana dalam hadith Riwayat Muslim. 

Maksudnya: “ Wajib atas kamu mendengar dan taat (kepada ulil amri dalam kebaikan), sama ada berkait dengan hal yang sulit, hal yang mudah, hal yang disukai, hal yang tidak disukai, mahupun ketika ulil amri melakukan kepentingan sendiri sekalipun.” 

Maksudnya : Wahai Abdurrahman bin Samurah, janganlah engkau meminta, janganlah engkau meminta jawatan, kerana jika engkau memegang jawatan tanpa memintanya terlebih dahulu, engkau akan di beri pertolongan dalam menjawatnya: sedang jika engkau memegang jawatan dan sebelumnya engkau memintanya, engkau akan dibebani dalam menjawatkannya. Jika engkau sudah bersumpah untuk melakukan / meninggalkan sesuatu, namun engkau lalu melihat ada sesuatu lain yang lebih baik, maka ambillah yang lebih baik itu dan tebuslah sumpahmu yang dulu” 
(Riwayat al-Bukhari ) 

Di samping itu kita perlu merenungi hadis mengenai Abu Zar Al-Ghifari: 

Maksudnya: “Wahai Rasulullah mengapa engkau tidak mengangkatku menjadi pegawai?’ Baginda pun lalu menepuk belakangku lalu bersabda: “Wahai Abu Zar, sesungguhnya menurutku engkau adalah seorang yang lemah ( dalam pengurusan), sementara jawatan itu merupakan suatu amanah: dan sesungguhnya jawatan itu kelak pada hari kiamat akan menjadi sumber kehinaan dan penyesalan , kecuali bagi orang yang memegangnya dengan benar dan mampu membenarkan apa yang telah menjadi kewajipannya.” 
(Riwayat Muslim) 

Semua Hadith yang dimafhumkan di atas memberi banyak pengertian tentang ciri-ciri kepimpinan dan ciri-ciri pengikut yang setia dan patuh kepada pemimpin dan parti. 

Dato’ Pengerusi Tetap, 

Presiden parti kita mengenengahkan pendekatan wasatiyah yang banyak menampilkan ciri-ciri kesederhanaan dan toleransi. Pendekatan ini telah menampakkan hasil kejayaannya sebagai contoh populariti YAB Presiden kita telah meningkat pada tahun 2011 berbanding 2008. Populariti ini menggambarkan penerimaan rakyat terhadap dasar pentadbiran dan pendekatan YAB Presiden dalam pemerintahannya. Hasil kajian yang dijalankan oleh Dato Sri Prof Dr Syed Arabi Idid dan pasukannya dari UIA mendapati, 

- UMNO telah sedikit sebanyak mendapat kepercayaan rakyat semenjak reputasi yang menurun dalam pilihanraya umum 2008. Beberapa tindakan telah diambil oleh Presiden UMNO sendiri YAB Dato Seri Najib Tun Razak untuk memulihkan imej atau citra parti sendiri. Rancangan-rancangan dan tindakan yang di ambil oleh pemimpin dan orang UMNO sendiri telah berjaya menarik perhatian rakyat yang bukan dan orang UMNO sendiri. Tindakan-tindakan kita untuk memulihkan citra parti telah menunjukkan hasil yang positif. 

- Populariti pemimpin YAB Presiden pada tahun 2008 ialah 41% dari seluruh rakyat Malaysia dan 38% dari kalangan rakyat Melayu. Tetapi pada tahun 2011 populariti Presiden telah meningkat menjadi 55% seluruh penduduk dan 59% bagi orang Melayu. Ini menunjukkan satu pencapaian yang cemerlang. Populariti pemimpin pembangkang dalam tahun 2011 ialah Anwar (21% umum dan 22% melayu), Nik Aziz (35% umum dan 45% dari orang melayu sahaja). 

- Satu dari faktor yang menentukan kemenangan UMNO, insyaallah ialah keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran negara dibawah pentadbiran Barisan Nasional /UMNO. 

- Keyakinan rakyat terhadap masa depan negara juga tinggi. Pada tahun 2011 mereka yang yakin akan masa depan negara adalah baik ialah 86%. 

- Keyakinan orang ramai terhadap wawasan 2020 juga meningkat. Seramai 77% pada 2010 menaruh keyakinan bahawa Malaysia di bawah pentadbiran Barisan Nasional akan mencapai wawasan 2020. Angka ini telah meningkat menjadi 82% dalam tahun 2011. 

- Penerimaan terhadap idea 1Malaysia telah diterima baik oleh rakyat Malaysia. Dalam tempoh 2010, 75% menerima idea 1Malaysia. Angka ini telah meningkat kepada 85% dalam tahun 2011. 

2. Kita mesti akui peranan media baru sebagai alat komunikasi penting masa kini dan ia boleh menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah parti memerintah negara. 

3. Demi menyambut cabaran baru dalam politik Umno yang sentiasa relevan dalam masyarakat Melayu, marilah kita berkomunikasi tanpa lisan dalam meledakkan maklumat, menyatukan yang ‘haq’ dan menolak yang bathil. 

Kepada bala tentera siber, 
UMNO siap berjuang bersama saudara, 
Kita pertahankan Putrajaya, 
1 Malaysia kita pastikan berjaya. 

4. Kita semua cukup simpati kepada Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir atas penghinaan ke atas beliau oleh pimpinan DAP. Saya ingin membaca sebuah sajak oleh seorang anak African-American yang marah dengan deskriminasi seperti yang dilakukan oleh DAP. Anak African-American berpuisi seperti ini : 

When I born, I black 
When I grow up, I black 
When I go in sun, I black 
When I scared, I black 
When I sick, I black 
And when I die, I still black 
And U white fellows, 
When U born, U pink 
When U grow up white 
When U go in sun, U red.. 
When U cold, U blue.. 
When U scared, U yellow.. 
When U sick, U green… 
When U die, U grey… 
And U call me coloured..? 
And U call me black metalic 

Dato’ Pengerusi Tetap, 

5. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada beberapa orang perwakilan yang prihatin terhadap Biro Latihan Umno Malaysia dengan membangkitkan beberapa isu dan memberi pandangan masing-masing. 

6. Saya ingin menyatakan sejak diamanahkan mempengerusikan Biro Latihan, biro ini berperanan untuk menjadi nadi penggerak kepada pembentukan jati diri ahli dengan mengembalikan roh perjuangan Umno supaya lebih dinamik bagi merealisasikan wawasan ke arah memperkasa dan mentransformasi Umno. 

7. Peranan Rangkaian Penggerak di peringkat bahagian dan cawangan adalah penting menjelang pilihanraya nanti. Sehubungan itu Biro Latihan Umno Malaysia menganjurkan Kursus Pemantapan Dan Transformasi Organisasi (KPTO) untuk pemimpin cawangan empat peringkat dalam usaha membantu BN memenangi majoriti lebih dua pertiga dalam pilihanraya akan datang. 

8. Seramai 43,034 orang atau 67.4 peratus iaitu 29,142 ketua cawangan empat peringkat dan 13,892 wakil ganti sah daripada 63,823 pemimpin peringkat cawangan seluruh Negara menyertai kursus ini. 

9. Semangat bersatu dan bekerjasama yang mereka tunjukkan melalui program ini adalah juga lambang kekuatan perjuangan kita mencapai matlamat yang dituju. 

10. Saya amat berbangga dengan pencapaian Rangkaian Penggerak KPTO yang di jalankan selama enam bulan mulai Januari Hingga Jun lalu. Sebanyak 190 daripada 191 bahagian hadir menyertai kursus yang dianjurkan. 

11. Kebanyakan peserta terbabit mendapat pendedahan tentang proses pilihanraya dan mempunyai semangat untuk menghadapi pilihanraya. 

12. Saya yakin wanita masih merupakan jentera yang utama bagi menghadapi PRU-13. Manakala Pemuda dan Puteri berperanan untuk menentukan BN menjadi “ Pilihan Orang Muda ”. 

13. Berasaskan pada pelaksanaan KPTO, urus setia pelaksana berpendapat UMNO peringkat Cawangan dan Bahagian masih perlu untukmempertingkatkan tahap kesiapsiagaan untuk menghadapi PRU-13. Saya yakin setiap kelemahan boleh diperbaiki dalam tempoh terdekat untuk kita menghadapi pilihanraya yang mencabar kali ini. 

14. Mereka menjadi agen transformasi yang berterusan dalam usaha memperkasakan Umno bagi memastikan kejayaan Barisan Nasional dan misi yang lebih penting ialah melaksanakan arahan YAB Presiden Parti dalam usaha mengukuhkan jentera Umno atau BN seluruh negara. 

15. Saya berharap mereka semua menjadi pemangkin proses transformasi dan penambaikan untuk Umno, melalui idea, lisan dan tindakan berterusan termasuk melatih rakan-rakan secara formal atau tidak formal. 

16. Saya pasti mereka akan menjadi mata dan telinga yang sensitif dalam menerap dan memperkukuhkan budaya transformasi serta prestasi maksima untuk Umno atau BN dan ahlinya. Mereka juga adalah jentera pelengkap kepada Umno atau BN dalam persediaaan menghadapi PRU13. 

17. Hidup dan mati kita adalah untuk Umno dan BN, sekaligus menjadi benteng mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara. Objektif utama kita ialah menang 2/3 kerusi parlimen dan DUN di 14 buah negeri dalam PRU 13. 

Dato’ Pengerusi Tetap, 

18. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih atas amanat yang disampaikan Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam Ucapan Dasar pada hari Khamis lalu dan sebagai orang Umno yang taat dan setia kepada parti saya bersetuju dengan kenyataan beliau mengenai orang Umno kena taat dan setia kepada parti. 

19. Daripada ucapan yang disampaikan kita bersetuju bahawa setiap ahli Umno mesti mengikut adab dan adat ditentukan parti di samping mengikut arahan pemimpin atasan apabila diminta berbuat demikian walaupun kita dianggap orang penting dalam parti sebagaimana yang dilakukan Panglima Perang Islam, Khalid Al Walid. Beliau sanggup melepaskan jawatan dan digantikan Usamah bin Zaid yang terlalu muda dan kurang berpengalaman demi kepentingan Islam serta menurut perintah pemimpin tertingginya. 

20. Begitulah juga dalam konteks Umno masa kini sekiranya pemimpin meminta kita berundur dan mencalonkan orang lain dalam pilihanraya akan datang, maka kita hendaklah akur dan memberi laluan kepada orang baru walaupun kita mempunyai jawatan penting dalam parti di samping tidak menganggap calon berkenaan merampas tempat kita dan sabotaj kepadanya. 

21. Kita jangan mengangguk dan menggeleng di depan pemimpin sebaliknya melakukan sesuatu untuk merosakkan parti dalam pilihanraya nanti dan akhirnya calon yang diketengahkan kalah di tangan pembangkang. Apa guna parti kita kuat tetapi kalah dalam pilihanraya kerana sikap orang Umno yang tidak taat, setia, cinta dan sayang kepada parti serta pemimpin. 

22. Tuan-tuan dan puan-puan, Orang Umno yang sabotaj kepada calon bererti sabotaj kepada parti dan mereka ini boleh dianggap sebagai petualang kepada parti, bangsa, agama dan negara. 

23. Selepas ini kita hendaklah terus turun ke padang sehingga diisytiharkan pilihanraya. Jangan kita takut mendengar dan menerima pandangan orang lain dan mesti berani memperkatakan sesuatu yang benar dan sesuai dengan nilai kesetiaan kita untuk terus membela parti selagi nyawa dikandung badan. 

24. Kita mesti menggalas falsafah perjuangan yang tersurat dan tersirat parti untuk memperjuangkan nasib orang Melayu selama ini. Kita hendaklah cinta kepada parti kita di samping ikhlas berkhidmat untuk rakyat yang sedang memerhati, merasai, mendengar, menilai dan mengadili orang Umno walaupun gerak-geri mereka kelihatan diam. 

25. Orang Umno mesti bermuhasabah diri, bersemangat, berusaha tanpa jemu dan sanggup menghadapi cabaran untuk menang dalam pilihanraya nanti. 

Kalau kita turun ke bendang 
Jangan lupa menanam padi 
Mari kita turun ke padang 
Sama-sama bermesra dengan pengundi 

26. Kita mesti berdamping dengan rakyat supaya kita terus jadi juara di samping berkorban menjunjung aspirasi parti dan bukan kepentingan diri sendiri. Hayatilah bahawa Umno sememangnya memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam, namun ia bukan bersifat rasis. 

Sabah negeri di bawah bayu 
Tumbuh subur pohon kelapa 
Umno perjuangkan nasib Melayu 
Kepentingan India dan Cina tidak dilupa 

27. Kita mesti akui bahawa Umno adalah pencetus idea dan mengamalkan tolak ansur semua kaum demi kemakmuran ekonomi dan sosial. 

Umno berjaya memerdekakan negara 
Tanpa marah dan pertumpahan darah 
Tidak sibuk berevolusi 
Sebaliknya berbincang di meja rundingan 
Mari kita semarakkan jiwa membara 
Di samping tidak lupa sejarah 
Perjuangan parti menolak kepentingan diri 
PRU13 mencapai kecemerlangan. 

Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

No comments:

Post a Comment