Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Tuesday, 7 February 2012

PANAS! PRU13: Sepanggar Kerusi Siapa? - Pandangan JOMO....

Calon 'Winnable candidate' Bagi kerusi Sepanggar! 'Anak' Tempatan Harapan ...

Perebutan kerusi terus menjadi teka-teki... Di seluruh kawasan parlimen di Malaysia masing-masing punyai percaturan tersendiri untuk memastikan merekalah calon yang paling sesuai untuk bertanding... Berdebatan mengenai persempadan semula kawasan pilihanraya juga manjadi tpoik panas kedai kopi dikalangan ahli politik mahupun golongan marhein...

Sepanggar.... Kawasan berdekatan dengan kota Kinabalu... ianya adalah kubu kuat kepada Barisan Nasional sejak dahulu lagi... Walau bagaimanapun, disebabkan percaturan polittik yang dianggap sesetengah pihak sebagai 'Percaturan Tidak Tepat' oleh parti SAPP yang keluar BN selepas PRU12 yang lepas telah menyebabkan isu hangat dalam perebutan kepada kerusi ini... Siapa yang Layak?

Hari ini JOMO difahamkan beberapa nama telah dikatakan akan dicalonkan bertanding kerusi tersebut... Nama seperti Datuk Jumat Idris (Ketua UMNO Sepanggar) antara calon yang paling disebut-sebut untuk bertanding kerusi tersebut... Beliau dilihat telah bekerja keras semenjak memenangi pemilihan Ketua Bahagian UMNO Sepanggar yang lepas... Secara dasarnya, beliau dianggap calon paling fevret di Sepanggar dan Calon Winnable Candidate yang dicari oleh PM....

Namun disudut yang lain, "Datuk Rahman Dahlan (MP Kota Belud) juga punyai ruang di sini... pemimpin muda yang dianggap 'fevret' dimata Ketua Menteri Sabah dan pemimpin muda yang menojol dimata orang semenanjung Malaysia... Peluang Pemimpin Muda asal Tuaran ini dilihat samar-samar di Kota Belud pada PRU13 akan datang, bilamana kembalinya Datuk Salleh dalam arena politik selepas PRU12 yang lepas... Jika betul dikatakan beliau ini sebagai 'Anak Emas' Ketua Menteri (KM) Sabah, berkemungkinan KM perlu mencari tempat yang sesuai, dan kawasan yang paling strategik (Pengundi Bumiputera adalah majoriti) pada kali ini adalah Sepanggar..."

Dipihak yang lain juga, oleh kerana sebelum ini kerusi ini secara tradisinya adalah kerusi parti komponen, JOMO difahamkan UPKO juga inginkan kerusi ini... "UPKO pimpinan tan Sri Bernard Dompok melihat keluarnya SAPP dari BN membuka ruang kepada mereka untuk terus relevan di Sabah dengan memilih kawasan Sepanggar sebagai kawasan boleh menang dan yang paling sesuai... alasannya sangat mudah 'Sedangkan SAPP boleh menang dengan mudah di Sepanggar, UPKO juga punyai harapan yang sama atas tiket BN...'"

Persoalannya, Siapa yang paling sesuai? Persoalan yang lain pula, ianya adalah kerusi tradisi SAPP, adakah calon dan parti komponen yang mewakili BN nanti boleh memenangi kawasan Sepanggar? sudah tentu SAPP juga merasakan kerusi ii adalah kerusi BOLEH MENANG bagi mereka...

JOMO Kata: Melalui survey dan tinjauan yang JOMO lakukan, kelihatan pengundi di sini mahukan UMNO/BN mewakili mereka pada PRU13 akan datang... Calon sebaiknya adalah Calon tempatan dan anak Jati Sepanggar... Sudah terang lagikan bersuluh, Jadinya SIAPA YANG PALING LAYAK? tanya PM Najiblah.....

No comments:

Post a Comment