Friends Of Jomo Malaya

Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Tuesday, 3 January 2012

Ustaz Azhar Tak Boleh ceramah Di kelantan?? UMNO Jangan jadi Begitu....

Tidak dinafikan penglibatan ustaz Azhar Idrus dalam senario semasa telah menimbulkan fenomena tersendiri dikalangan peminat di malaysia... Beliau telah melahirkan peminat yang begitu setia dan suka terhadap beliau... Cara berceramah yang bersahaja telah berjaya menarik setiap golongan masyarakat yang beragama Islam terutamanya Orang Muda...

Tidak terkecuali juga Ustaz Kazim Elyas, seorang tokoh penceramah bebas Negara yang banyak mengulas isu berdasarkan nas agama (Al-Quran dan hadis) yang juga turut menimbulkan fenomena baru kepada Masyarakat Islam... JOMO sendiri meminati dan menghormati beliau sebagai tokoh agama tanahair...
Akhbar.....

Cumanya, perkara yang tidak sedap didengar bilamana ada juga negeri yang tidak bersependapat dengan mereka ini... Ada Negeri yang tidak membenarkan mereka ini berceramah ditempat mereka... Cumanya, nasihat JOPMO kepada UMNO untuk tidak mengenepikan ustaz Azhar (walaupun hakikatnya UMNO memang tidak menolak beliau)....

UMNO perlu mengajak Ustaz Azhar untuk bersama dalam pembangunan Islam di Negara ini... Difahamkan, Ustaz Kazim juga sudah turut serta dalam membantu arus perjuangan UMNO selain ulama UMNO sendiri dalam usaha mendekati masyarakat.... Secara tidak langsung, persepsi masyarakat bahawa UMNO tidak memperjuangkan Islam akan terhakis dari kaca mata masyarakat yang selama ini prejudis dengan perjuangan UMNO dan Barisan nasional...

JOMO Kata: Kita berjuang untuk AGAMA, BANGSA dan NEGARA...!!!

baca juga Panglima

No comments:

Post a Comment