Masy'Allah.... Hanya kerana perjuangan Politik ada pula seorang Ostad ni mengangkat maratabt lebih tinggi kepada seorang manusia biasa yang peruh dengan masalah identiti sebagai Imam Mahdi...??? Nak tanya Ostad tu, Mahdi ker atau Maghdee???ehe
 |
| Sekadar Hiasan.... Siapa Si Dia??? |
Cuba lihat Dua hadis ini dan kita bandingkan dengan Pak Nuar ini....
Pertama:
Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : “Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman”. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.
Kedua:
Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; “Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis”. Hadith riwayat At-Tabarani.
Fahami hadis di atas, apa persamaannya dengan Pak Nuar yang kononnya dianggap sebagai Imam Mahdi Melayu ni....? Ini baru 2 hadis, belum lagi hadis-hadis yang lain....
Tak Cukup Dengan Kerajaan Langit, Anugerah Tuhan, disamakan dengan nabi ni pula imam mahdi.... Jadi, China Doll tu siapa???
Transkrip Terperinci kata-kata OstaD Badrul Amin ini.... baca juga CucuTokSelampit
"Kalu ini berlaku sedara, kalu ini berlaku sedara bermakna pembebasan Al Aqsa sudah hampir."
"Kita hanya perlukan satu lagi syarat untuk bebaskan Al Aqsa."
"Apa dia?? Perlu ada seorang pemimpin yang mampu menyatukan umat islam!! Paling tidak menyatukan dunia Arab."
"Sudah adakah pemimpin itu tuan-tuan??"
"Di mana agak agak??"
"Apakah Muamar Gaddafi? Tadak salah itu koboi tua sudah tak boleh pakai."
"Apakah apakah Amadinejab di Iran?? Lakh dia syiah tak boleh jugak."
"Apakah Turki yang akan lead, akan memimpin dunia islam waktu itu?? Tidak, zaman Turki sudah terlepas sudah berlalu, ya akhi."
"Sedara penah dengar tak hadis Nabi SAW tentang kebangkitan islam di akhir zaman nanti datang dari belah mana??"
"Dari belah mana?? Timur."
"Timur itu dimana, bukan di Timor Leste!"
"Timur itu our region, ini ini timur."
"Tapi banyak negara di timur ini."
"Apakah di Indonesia?? Bukan!"
"Singapore?? oo jauh."
"Brunei?? Lambat sangat."
"aaa Thailand, Filipine atau kalau tanya saya?"
"Saya kata dia ada di?? Di Malaysia."
"Sudah adakah pemimpin itu saudara??"
"Tanya saya, saya kata dia sudah ada."
"Pemimpin itu sedang disiapkan."
"Dia sedang melalui series of trials ujian."
"Dia sedang di uji."
"Satu peringkat ke satu peringkat."
"Ya kalau calang calang org menerima ujian itu sudah tentu lame binasa."
"Tetapi, dia seorang yang kuat. Makin di uji dia makin kuat!"
"Dan sekarang ujianya peringkat akhir."
"Ujian kepada pemimpin itu di peringkat akhir, sedara."
"Insyallah kalau lepas ujian ini dia akan bangkit memimpin umat."
"Dan waktu itu insyallah kita akan meraikan pembebasan Al Aqsa. Pemimpin itu sekarang ini menjadi penasihat kepada beberapa buah negara Arab."
"Leading Arab countries bukan negara Arab yang miskin miskin."
"Negara Arab yang kaya kaya Saudi, Dubai, Emirates, Abu Dhabi ya."
"Dia menjadi penasihat kepada beberapa buah negara Arab."
"Dia juga dihormati di barat dan di timur."
"Dia boleh bercakap soal Islam di pentas antarabangsa."
"Orang hormat pendirianya."
"Orang hormat ketegasannya.''
"Dan org hormat prinsip agamanya."
"Tidak lain tidak bukan."
"Sedara Anwar Ibrahim."