Beberapa hari lalu, beberapa orang pemimpin tempatan telah menyuarakan gesaan kepada kementerian Kesihatan malaysia untuk mewujudkan Klinik 1 malaysia disemua Dun Pedalaman di Sabah termasuk Keningan dan tenom... hal ini telah menjadi perhatian yang serius oleh Ketua Puteri UMNO Malaysia, merangkap Timbalan Menteri Kesihatan malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlen...
JOMO sempat bertanya kepada datuk Rosnah akan perkara ini untuk memberi jawapan balas kepada gesaan tersebut, memandangkan terdapat rintihan dikalangan rakyat dipedalaman yang ingin tahu adakah mereka punyai peluang untuk merasai perkhidmatan Klinik 1 malaysia ini... Yalah, Timbalan Menteri juga asal dari Sabah, jadinya rakyat ingin mengetahui apa yang beliau boleh bantu melalui Kememteriannya untuk Negeri Sabah ini...
Namun, persoalannya, adakah pemimpin tempatan mengetahui apa yang dimaksudkan dengan Klinik 1 malaysia? Adakah ianya sesuai untuk kawasan luar bandar?
ini jawapan Timbalan Menteri KKM:
'Antara Objektif penubuhan Klinik 1 Malaysia adalah untuk menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada pendudukdi kawasan bandar sesuai dengan pendekatan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Perkhidmatan ini dijangkan akan dapat mengurangkan beban pesakit di Klinik Kesihatan di kawasan bandar yang sedia ada.
Pengwujudan klinik 1 Malaysia di kawasan DUN perlu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia iaitu lokasi Klinik yang dicadangkan mestilah di kawasan bandar atau pinggir bandar, kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti di kawasan perumahan dan di kawasan dimana terdapat penduduk dari golongan yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah.
Pada masa ini terdapat 8 buah Klinik 1 Malaysia (K1M) yang telah diwujudkan di Negeri Sabah iaitu di:
1) Klinik 1 Malaysia Sulaman, Sentral Kota Kinabalu.
2) Klinik 1 Malaysia Bundusan Square, Penampang.
3) Klinik 1 Malaysia Bandar leila, sandakan.
4) Klinik 1 Malaysia Taman ketiau, putatan.
5) Klinik 1 Malaysia Taman Pengalat Besar, papar.
6) Klinik 1 Malaysia Kudat Maju Shopping Centre Kudat
7) Klinik 1 Malaysia Taman Bandar Sri Indah, Tawau.
8) Klinik 1 Malaysia Taman sri Rugading, Tuaran.
Bagi Klinik 1 Malaysia yan mana kehadiran pesakitnya melebihi 100 pesakit sehari, K1M itu dinaiktarafkan kepada Klinik kesihatan seperti di K1M Sulaman Sentral KK dan di K1M Bandar Leila sandakan...
JOMO difahamkan juga, pada tahun 2012, sebanyak 12 buah K1M lagi akan dibuka di sabah... antara cadangannya; kota Kinabalu (5 buah), penampang (1), Putatan (1), Sandakan (1), Beaufort (1), tawau (1) dan keningau (1)... memandangkan ada permohonan untuk tenom, perkara ini akan diambil perhatian dan tindakan pada tahun 2012...
JOMO Kata: Ini adalah hasrat Perdana Menteri untuk melihat semua rakyat merasai akan kemajuan dan perkhidmatan kerajaan yang ada... Kesihatan adalah tanggungjawab semua insan dan ianya diberi perhatian serius oleh kerajaan pada hari ini... terima kasih kepada TM KKM kerana cepat untuk memberi respon kepada isu yang dikemukakan...
'MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI'....