Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 3 December 2011

Perang PRU! Jentera Najib sedia...???

Laungan keramat Hidup UMNO... Hidup BN... Hidup Najib... Terus bergema di pwtc selama 3 hari persidangan... Amanat Najib??? Perasmian dan penutupan sarat dengan isi yang tersurat mahupun yang tersirat...

Kepada yang hadir, perlu diingat 4 perkara yang dikatakan tadi??? Tak perlu JOMO nak huraikan... Andai setiap tutur kata presiden dan timbalan presiden diambil perhatian yang menyeluruh dan serius, JOMO pasti brand UMNO dan BN akan terus diterima rakyat sampai bila-bila...

Pujian dan kritikan pastinya akan 'lahir' selepas perhimpunan pada hari ini... Apapun, ikrar telah dilafazkan... Selepas ini sudah tiada isu, orang itu tak puas hati orang ini kecewa, sehingga menyebabkan parti runtuh... Sedarlah, kepentingan parti adalah lebih penting dari kepentingan peribadi...

JOMO pasti, andai isyarat ini masih tidak difahami oleh rakyat... Ini adalah perhimpunan terakhir UMNO... Tapi, andai semua buka hati dan berlapang dada menerima apa juga yang diperkatakan, ini adalah permulaan baru kepada kegemilangan UMNO...

JOMO kata: jangan jadi gunting dalam lipatan... :)

PANAS TRUSSS!!! David Beckham Tandatangan Atas 'BUAH DADA' Artis???

Jomo Pun tak fahamlah sekarang ni.... Semata-mata nak publisiti, apa saja manusia boleh buat kan???? Dunia... Dunia.... Ngapain begini Bu???

Oh Bulan!! Menggemparkan lagi dunia gosip dan hiburan, apabila memaparkan kisah Artis Indonesia bernama Shahrini yang telah mendapatkan tandatangan David Beckham di atas buah dadanya... Betul ker??? erm.... Betul tak betul korang baca ni... OH BULAN!!!!


Penyanyi seksi Indonesia ini benar-benar mengejutkan para peminat David Beckham di Indonesia apabila dengan beraninya dia menghebohkan tentang tandatangan yang diturunkan oleh David Beckham di atas buah dada kanannya dengan hanya berlapiskan baju putih yang ketat.
Terkenal dengan keseksian dan saiz buah dada yang besar, Syahrini telah dipilih sebagai duta untuk menemani dan memperkenalkan David Beckham kepada budaya dan keadaan di sekitar Indonesia sempena perlawanan persahabatan antara LA Galaxy dan Indonesia yang dimenangi LA Galaxy, 1-0.
Dikhabarkan, David Beckham menurunkan tandatangan itu ketika Syahrini menghadiri sebuah acara tertutup yang dihadiri orang tertentu dan sebelum ini ketika hari pertama Beckham tiba di Indonesia, Syahrini turut membuat kontroversi dengan mencium pipi bekas pemain Manchester United ini.
Namun begitu, terdapat beberapa selebriti yang kurang senang dengan tindakan Syahrini ini yang dianggap memalukan. Antaranya ialah pelakon, Chelsea Olivia yang menulis di akaun Twitter-nya, “Mmmmm, memalukan..”.
Vokalis Nidji iaitu Giring turut menulis di akaun Twitter-nya, “”Syahrini is a good singer.. And she know’s how to make a catchy news and publicity. Salam buat jambul katulistiwa mu #mindtalk.”
Teringat pula OHBULAN! pada seorang artis Malaysia, tak tahulah jika dia memang suka cari kontroversi. Tapi kalau sekadar kontroversi murahan, OHBULAN! teringin melihat jika ada pemain bolasepak negara yang nak letak tandatangan macam Beckham lakukan.
JOMO Kata: Erm.... Artis Malaysia macamana...??? Ada berani??? Pak Nuar???? China Doll 'sign' katner???? Alahai...... Alkisah... sorang OSTAT PAS kantoi menjadi pelanggan tetap pusat urut....??? Gelinya....

Friday, 2 December 2011

PANASSSS!!!! Jurukamera Sangap...?????

Malas nak cakap.... Korang tengoklah sendiri....


JOMO kata: Bayangkan kalau yang berdiri tu OSTAD PASi...??? Alahai..... Jangan jadi dengan kita... malu oi......

MUKHRIZ Ingatkan 'PERJUANGAN BELUM SELESAI'....!!!

Apabila mendengar dan membaca ucapan Datuk Mukhriz Mahathir mengenai Perjuangan belum selesai itu, teringat JOMO dengan perjuangan Ayahandanya Tun Mahathir... Begitu tulus dan ikhlas perjuangannya membawa dan memacu Malaysia hingga berjaya pada hari ini...

Banyak perkara yang kita tidak boleh fikir sebelum ini telah dilaksanakan olehnya... Rindu rasanya dengan ketegasan beliau dalam memerintah sehingga puak Pembangkang diam macam takda 'biji'...ehe Alahai..... Tapi, hari demi hari nampak sekarang juga puak pakatan kian hilang taring dek kerana brand 'Najib' kepada masyarakat.... Betul ker??? harapan begitulah....

baca dibawah, petikan ucapan Datuk Mukhriz mengenai 'Perjuangan Belum Selesai'....

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

9) Kesemuanya ini adalah kebenaran. Namun hakikat yang harus kita semua akui ialah.. perjuangan kita masih belum selesai. Terlalu banyak kerja yang masih perlu kita lakukan.

10) Kita perlu bekerja keras untuk memenuhi harapan Kak Fuziah, ibu tunggal dari Kodiang yang sakit kencing manis dan darah tinggi – gaji anaknya Azzim tak cukup untuk bayar kos ubat, belanja Akmal di UiTM dan Azli yang masih dibangku sekolah.

11) Kita perlu bekerja keras memenuhi harapan Firdaus yang ingin berkahwin gadis pujaannya Farah yang dikenali sejak di sekolah lagi serta mampu membeli rumahnya sendiri walaupun berhutang PTPTN dan kad kredit yang mendorongnya untuk meminjam dari Ahlong.

12) Kita perlu bekerja keras untuk mewujudkan perniagaan untuk Azwan supaya dia dapat bantu ayahnya Abg Mi seorang nelayan di Kuala Sanglang yang anak seorang lagi Azri adalah OKU.

13) Jelas sekali, para perwakilan yang saya hormati, terlalu banyak kerja yang perlu kita lakukan untuk memenuhi segala harapan rakyat Malaysia yang masih memerlukan bantuan dan sokongan.

14) Walaupun berharap, mereka yang mengadu nasib kepada kami tidak meletakkan tanggungjawab untuk menentukan masa depan mereka sepenuhnya diatas bahu Kerajaan semata-mata. Mereka tahu mereka juga perlu bekerja keras untuk menempah kehidupan yang lebih selesa, dan mereka tidak pernah mengabaikan tanggungjawab ini.

15) Mereka tahu itu semua. Tetapi harapan mereka adalah agar pemimpin seperti kita tidak terlepas pandang akan nasib mereka. Tidak lalai, tidak biarkan mereka tercicir dari arus pendidikan dan pembangunan perdana. Tidak bersengketa sesama sendiri hingga abaikan tugas dan tanggungjawab kita. Itu sahaja harapan mereka, dan sudah menjadi amanah kita untuk tidak menghampakan mereka.

16) Kini melalui program transformasi cetusan idea Dato Seri Najib, Firdaus mampu membeli rumah pertama dengan adanya PR1MA. TEKUN membantu Azwan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

17) Kak Fuziah sedang belajar menjahit baju kurung di bawah Skim Latihan 1Malaysia supaya boleh berniaga nanti. Bantuan subsidi diesel dan wang sara hidup nelayan juga dinikmati oleh Abg Mi yang boleh membeli gula dan beras dengan harga yang berpatutan di Kedai Rakyat 1Malaysia di Padang Sera. Ini semua pendekatan Perdana Menteri untuk menyelesaikan masalah rakyat. Jelas Presiden kita mewarisi ketokohan pemimpin-pemimpin terdahulu dalam berkhidmat dengan ikhlas dan jujur semata-mata demi rakyat.

Kata JOMO: Teruskan perjuangan wahai askar UMNO/BN..... Pastikan Pakatan hancur berderai macam tepung yang dilumat-lumat....

Lanjut baca ni ParpuKari

Lucu Sangat!!! Wajib Baca!!! Jangan Tiru Bulat-Bulat!!!ahahaha

Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku."

Hadirin terkejut dan terpaku...

Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan istrinya di dapur,

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku."

Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas...
JOMO KATA: Jangan Suka tiru cara orang bulat-bulat.... Jadi diri sendiri... Puak-Puak Pakatan Ingat!!!! Hangpa tu tak tau apa, Hangpa ikut jer bulat-bulat apa yang pemimpin hangpa Kata!!! Undi PAS MASUK Syurga??? Kafir undi PAS macamana??? Alahai..... 
PAS hanya WADAH bukan AKIDAH!!!! 

Thursday, 1 December 2011

WAJIB Jadi JUARA!!!! Tiada Tempat Ke2!!! Ada Faham???



kata-kata Pejuang Negara!!! Jangan kita lupa atau buat-buat lupa.... Ingat!!! Dalam sistem Demokrasi tiada nilai bagi 'Tempat kedua'!!!!

Tiada tempat kepada pengkhianat Negara!!! Ingat!!! Peristiwa 13 Mei mesti sentiasa diingatan kita....

Kata JOMO: mangan niya Mangan, Asal jo kurung-Kurung!!!!

PANASSS Lagi!!!! Sudah-Sudahlah Dia Dah Nak Kahwin...???

PANASSSS!!!! Cerita Blogger pembangkang yang menyalahkan Blogger pro-UMNO kerana kekalahan pasukan harimau muda tempoh hari masih panasss.... Puak-puak pembangkang yang bongok ni memang tak da kerja lain selain menyalahkan orang lain jer.... sampai orang jatuh tangga pun dituduhnya UMNO dan Blogger pro-UMNO yang salah.... Alahai Pakatan..... Lanjut baca Dr.MiM
Sekadar hiasan.... Inikah gambar yang dimaksudkan????

Apa yang JOMO MALAYA nak perkatakan di sini, bukan mengenai kekalahan malaysia... Tapi, mengenai perempuan dalam gambar yang tersebar luas sekarang ini, yang kononya 'Awek' kepada penjaga Gol Malaysia ini.... Difahamkan gambar yang disiarkan itu gambar lama??? Betul ker??? atau skandal lama??? itu nak kena tanya tuan punya badanlah....
Sekadar Hiasan.... Gambar terbaru....

Gadis tersebut bernama nor Hashidah Harmi 23 (cantik nama...ehe) menyatakan, beliau telah mendapat banyak gangguan selepas gambar itu disiarkan... kesian beliau.... Apatah lagi, difahamkan beliau akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi bersama lelaki pilihannya... Yang pastinya bukan Apek yer...

Lanjut baca Princessaldama

JOMO Kata: turut bersimpati.... Tapi, tetap BENCI PAKATAN!!!!!

Pemuda UMNO Sabah Tunjuk 'Belang'!!! Siapa Kata Mereka Tidur...???

Tamat sudah persidangan 'Sayap' UMNO semalam... Terlau banyak Cerita suka dan Duka... Puji dan Kritik... Itu dan ini... Tapi, apa yang penting semangat jentera Sayap UMNO baik Wanita, Pemuda mahupun Puteri semua menunjukkan semangat perjuangan yang sangat jelas terutamanya dalam menyuarakan suara rakyat, menyuarakan kesediaan untuk menghadapi PRU13 dan yang paling bermakna mereka sudah jelas berada dilandasan yang betul dalam menggalas perjuangan UMNO dan Barisan Nasional ini... TAHNIAH!!!!
Wakil Pemuda UMNO SABAH; Sdr Mohd Joh selaku naib ketua Pemuda UMNO Negeri sabah..

Siapa Kata pemuda UMNO Sabah lemah dan tidur???

Tidak terlepas kepada Negeri Sabah!!! Pemuda, Wanita dan Puteri semuanya mamainkan peranan yang cukup signifikan dalam perhimpunan kali ini... Sebelum ini JOMO ada menyatakan mengenai suara anak muda Sabah yang mengatakan Pemuda UMNO lemah... Siapa Kata mereka Lemah??? Kalau dilihat dari ucapan mencadang ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO MAlaysia, pemuda UMNO Sabah dilihat sudah faham akan masalah dan keresahan rakyat Sabah terutamanya anak Muda Sabah... Inilah yang rakyat mahukan...

Wakil Pemuda UMNO Sabah, Saudara Mohd Joh Hj Wid, Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri merangkap Ketua Pemuda UMNO Sepanggar telah menggariskan perkara yang sangat-sangat bermanfaat kepada rakyat... Jika diteliti, ianya merangkumi soal pekerjaan, soal kenaikan harga barang, soal pengangkutan, soal peruntukan untuk pembangunan infrastuktur dan pembangunan modal insan dan tidak lupa juga disentuh soal sukan yang selama ini menjadi keresahan dan perkara yang dipendam oleh rakyat Sabah.... TAHNIAH sekali Lagi!!!

Siapa kata Pemuda UMNO Sabah Lemah dan tidur???

mari kita renungi dan teliti petikan ucapan daripada Wakil pemuda UMNO Sabah pada persidangan kali ini...


7. Kerajaan Barisan Nasional telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. Manakala parti pula telah berjuang sepenuh hati. Pelbagai perubahan atau transformasi dilaksanakan; Transformasi Kerajaan, Transformasi Ekonomi, Transformasi Politik dan sebagainya. Sebilangan ramai rakyat telah menerima manfaat dan kemajuan dari dasar-dasar yang telah membawa kemakmuran di negara kita ini. Kita yang menjadi nadi gerakan membela rakyat pula tidak leka dan lalai kerana pencapaian demi pencapaian yang diraih oleh negara. Kita tidak lalai kerana, masih terdapat lagi sebilangan rakyat, khususnya di negeri Sabah yang masih menagih perhatian dan meraih simpati dari hasil kemakmuran tersebut.

8. Justeru itu,  berdasarkan semangat Gagasan 1Malaysia, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah mengemukakan beberapa perkara berikut yang perlu diberi perhatian:

a) 1MALAYSIA 1HARGA

Pertama sekali saya merakamkan terima kasih atas usaha kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana usaha yang telah dilakukan untuk mengatasi beberapa permasalahan berkenaan HARGA BARANG melalui program;

-Komuniti Drumming: Agar harga bekalan bahan api di kawasan luar bandar dapat dinikmati dengan harga yang sama di kawasan bandar.

-Kedai 1Malaysia: Menjual barangan keperluan harian dengan harga murah di setiap daerah.

Walaupun demikian, usaha-usaha tersebut hanya melibatkan beberapa barangan tertentu sahaja. Persoalan yang saya bangkitkan ialah kenapa perlu ada DUA harga dalam SATU negara? Kami faham dengan langkah kerajaan menstruktur semula dasar subsidi negara agar subsidi diterima oleh rakyat yang memerlukan sahaja. Saya tidak berniat membebankan kerajaan untuk mensubsidikan penyamaan harga ini hingga membebankan. Mungkin perkara ini perlu dilihat dari sudut polisi kerajaan agar persoalan perbezaan harga barangan di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak dapat diatasi.

b) PETRONAS

Rakyat Sabah merasa syukur dan sangat bertuah kerana dianugerahi hasil bumi yang sangat bernilai iaitu MINYAK. Kami juga gembira kerana komitmen tinggi Petronas membangunkan industri Minyak dan Gas di negeri Sabah kerana sektor ini akan memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat di negeri ini. Industri ini akan akan menjadi sumber pertumbuhan baru ekonomi bagi negeri Sabah dan bakal mengubah senario pembangunan ekonomi khususnya di negara ini.

Pelaburan Petronas melalui beberapa projek mega di peringkat huluan(upstream) dan hiliran(downstream) bernilai RM45bilion. Pihak Petronas telah memberikan komitmen bahawa segala kerja atau skop kerja yang tidak melibatkan kerja-kerja proses akan diberikan kepada syarikat-syarikat anak-anak muda tempatan di negeri Sabah yang berkelayakan dan berkemampuan.

Perkara yang saya cuba bangkitkan di sini ialah, agar Program Pembangunan Vendor(VDP) bagi syarikat-syarikat tempatan dapat disegerakan supaya mereka dapat turut serta dalam persaingan merebut peluang-peluang tersebut.

Dalam hal ini, saya merayu agar PEMANDU memberikan perhatian terhadap usahawan-usahawan bumiputera Sabah yang memerlukan bantuan.

Kami juga risau, ada syarikat luar yang bertopeng anak tempatan tapi sebenarnya dimiliki orang asing.

c) PERUNTUKAN KERAJAAN PUSAT

Saya mengalu-alukan kesudian Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah pimpinan YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin, menurunkan sedikit kuasa Kementerian kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah membuat keputusan terhadap bebrapa program pembangunan yang dilaksanakan di negeri Sabah.

Begitu juga dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menurunkan semua peruntukan Program Satu Azam bagi negeri Sabah terus kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah.

Kepercayaan yang diberikan oleh kementerian-kementerian tersebut kepada agensi atau kementerian kerajaan negeri akan mempercepatkan program pembanguan kerajaan dilaksanakan dengan segera dan terus sampai kepada golongan sasar yang memerlukan.

Saya berharap akan lebih banyak kementerian akan berbuat demikian.

d) TIKET PENERBANGAN

Pertukaran Saham di antara AirAsia dan MAS telah memberi kesan terhadap sistem perhubungan di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Pertukaran ini mengakibatkan penerbangan FireFly tidak lagi beroperasi di sektor penerbangan di antara Kota Kinabalu-Kuala Lumpur. Pengguna tidak ada pilihan untuk memilih tiket penerbangan mana yang lebih murah. Dulu yang murah ialah tiket AirAsia kerana ia adalah syarikat penerbangan tambang murah. Nak naik MAS kira ada kelaslah. Tapi kini berlaku sebaliknya.

Saya bukan mau bangkitkan persoalan TuneAir lebih untung dalam pertukaran ini manakala Khazanah yang mewakili rakyat Malaysia yang rugi, tetapi saya cuba bangkitkan bahawa rakyat negeri Sabah terbeban dengan harga tiket penerbangan.

Selain menjejaskan sektor pelancongan negara, pengguna domestik yang melakukan penerbangan kerap terutamanya bagi sektor Kota Kinabalu-Kuala Lumpur seperti pelajar, peniaga dan kakitangan awam dan swasta merada seolah-olah jarak di antara dua wilayah dalam Malaysia ini semakin jauh.

e) BOLASEPAK

Setiap kali skuad Harimau negara beraksi, suasana di Sabah juga tidak kurang hebat. Riuh sokongan di setiap rumah malah di kedai-kedai kopi sorakan dan sokongan untuk pasukan negara tidak kurang hebatnya. Ada di kalangan penyokong dari Sabah yang sanggup terbang ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Tidak kisahlah tentang nama sepsis 'Harimau Malaya' atau 'Harimau Muda', yang pasti semangat Malaysia tersemat di dalam dada.

Seperti zaman-zaman lampau, kami juga mahu melihat kelibat warisan King James dan si Lipas Kudung Hassan dan kelincahan Matlan. Untuk itu saya mencadangkan agar ditubuhkan Akademi Bolasepak Malaysia di Negeri Sabah

Pengerusi Tetap Persidangan serta para perwakilan yang saya hormati sekalian,

9. Menghampiri Pilihan Raya Umum ke 13 nanti, kami memberi jaminan bahawa Sabah masih kukuh sebagai Simpanan Tetap BN.

Kesatuan komponen BN Sabah begitu erat. Bila dikatakan bahawa terdapat masalah dengan salah satu parti komponen, isu tersebut ternyata tidak benar dengan kenyataan Presiden LDP bahawa kepimpinan YAB Datuk Seri Musa Hj Aman telah berjaya memakmur dan memajukan negeri Sabah dari segi politik dan ekonomi.

Tapi masih ada individu yang menangguk di air keruh. Kerana dengki dan iri hati, ibarat api dalam sekam, gunting dalam lipatan, mereka sanggup diperkudakan menghancurkan keharmonian tersebut.

Kalau mau cerita tentang Pakatan Rakyat di Sabah, mereka seolah hidup segan mati tak mau. Jangankan khidmat pada rakyat, organisasi parti pun berterabur hancur berkecai. Kepimpinan yang mereka telah jatuhkan diambil semula menjadi ketua. Mengambil sampah dari tong buangan, ibarat menjilat ludah sendiri.

10. Calon Muda (CERITA GUNDIK).

Moral ialah:
I) Jangan ingat orang lama tidak mahu kekal.

II) Orang lama juga ada keinginan untuk berkhidmat.

Ampu-ampu beliung
Labu ta torong jungkir
Calon muda kita surung
Khidmat rakyat jangan mungkir

Negeri Sabah juga mempunyai barisan pemimpin muda yang boleh dikategorikan 'winnable candidate'. Kami mempunyai pemimpin yang telah teruji dan berprestasi. Bukan sekadar 'winnable candidate' tetapi juga 'LOYAL CANDIDATE'.

Kami harap dalam penilaian winable dan loyal  candidate ini, UMNO Bahagian dan Perhubungan negeri diberi mandat sepenuhnya kerana mereka tahu markah penilaian pencapaian calon tersebut.

Anak lebah anak seluang
Pemuda Sabah terus berjuang!
JOMO Kata: Diharapkan apa yang diucapkan diambil perhatian dan diterima oleh mereka yang bertanggungjawab... ianya sebuah ucapan yang lahir dari suara rakyat dan menyelami denyutan nadi rakyat Negeri sabah... jangan hanya menjadi bualan mulut dan berklegar di lobang telinga sahaja... Inilah masanya UMNO/BN tunjukkan bahawa setiap keperluan rakyat itu dipenuhi....

TAHNIAH PEMUDA UMNO SABAH!!! TAHNIAH SEMUA!!!!

HOT PAGI!!! Kesian Si Cantik Lisa....??? Dasar Pakatan Memang Begitu.....

Salaam.... Alahai.... JOMO baru saja naikkan isu untuk ucapkan TAHNIAH kepada si cantik manis Lisa Surihani di atas kejayaan beliau mendapat Anugerah Khas sempena Persidangan Agung PUTERI UMNO Malaysia semalam....

Tak sampai beberapa ketika, dah ada puak pakatan ni yang bertubi-tubi menghentam Lisa dari bawah, Belakang, atas dan depan kerana tidak bersetuju di atas anugerah tersebut.... Kenapa tak setuju??? dengki ker apa??? Bukankah ini pencapaian anak muda Melayu yang perlu kita kagumi...???? Bangangnya Pakatan ni....


JOMO naik hairanlah dengan budak-budak pakatan ni.... Inikan Anugerah untuk mengiktiraf Anak Muda Melayu....??? Yang Artis-Artis lain 'dok' ikut program pakatan tu macamana??? Tak Salah??? Alahai Pakatan... Kesian Lisa...

JOMO Kata: Sudah-sudahlah tu... Patutnya kita berbangga... Bukan menyanggah....!!!

Pelakon popular, Lisa Surihani Mohamad dipilih antara penerima Anugerah Khas Pergerakan Puteri Umno sempena perhimpunan agung pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Lisa ketika ditemui selepas majlis penyampaian anugerah itu menyatakan amat berbesar hati dan tidak menduga menerima surat daripada urusetia mengenai anugerah yang diterimanya itu.
“Alhamdulillah, ini adalah satu pengiktirafan terhadap usaha keras selama ini. Ia juga penyuntik kepada saya untuk terus bergiat dalam bidang ini dan dalam masa yang sama dapat melanjutkan pelajaran,” katanya.
Beliau ketika ditanya sama ada akan bergiat di dalam Puteri Umno, berkata, masih terlalu awal, bagaimanapun, anugerah itu adalah satu suntikan semangat yang berharga buatnya.
“Mungkin masih terlalu awal untuk katakan mengenai bentuk perjuangan yang akan saya praktikkan sekiranya berjuang di dalam Puteri Umno, tetapi saya menyokong sebarang bentuk perjuangan untuk memartabatkan rakyat dan negara,” katanya.
Selain Lisa, tiga lagi menerima anugerah sama, iaitu Suraya Abu Hassan, Nor Izzati Zainal Nazri dan Harlina Hamid. Empayar Pemuda

Wednesday, 30 November 2011

TAHNIAH PUTERI SABAH!!! Kinabatangan + sepanggar + Beaufort....

Pergh... persidangan Puteri UMNO telah diadakan dengan Jayanya... Tahniah kepada Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlen dengan ucapan dasar selama 2 jam yang penuh semangat dan mesej yang berguna...

Puteri sudah bersedia berjuang habis-habisan dalam PRU akan datang... Ingat 5 perkara penting daripada Ketua Puteri...??? Andai pemahaman pada 5 perkara itu jelas, JOMO pasti UMNO melalui sayap Puterinya akan terus bangkit...

akhir penggulungan ditutup dengan doa, sangat menusuk dikalbu... Itulah suara puteri yang perlu diberi perhatian oleh pucuk pimpinan parti...

Tahniah juga JOMO ucapkan kepada 3 bahagian dari sabah yang telah mencatatkan pengambilan ahli baru paling ramai... Cayalah Sabah!!! Negeri sabah jugak mencatatkan keahlian puteri baru yang paling ramai... Tahniah sekali lagi...


JOMO kata: tak kira siapa yang bertanding tunjukkan puteri, bahawa tangan yang mengayn hayunan bisa menggegar PAKATAN sampai mandul.... :)

Puteri ni... Cantik Luar, Kejam Dalam...???

Jangan salah faham dulu yer... Kalau tengok semua perwakilan yang datang mesti kita tak percaya Perwakilan Puteri ini kejam rupanya??? Kejam???

Ya... Kejam yang JOMO MALAYA maksudkan iasalah semangat perjuangan mereka untuk memastikan kekalahan teruk puak pakatan pada PRU ke13 yang akan datang...

Setiap perwakilan yang berucap semuanya berapi-api semangat seperti 'harimau muda' versi puteri... Apapun yang berlaku, JOMO nak lihat apa jua yang berlaku, semoga apa jua yang dilafazkan bermula dari ucapan dasar Ketua Puteri UMNO sehinggalah kepada perwakilan dapat dilaksanakan dan mendapat respon yang baik daripada perwakilan yang hadir...

AYUH PUTERI...!!! Cantik dalam... Cantik luar... Eseimen.... :)

Panass 2!!! Cantik tak lisa...??? Mantop....!!!

Tulisan JOMO tadi telah menyatakan semangat perjuangan Lisa Surihani... Difahamkan, beliau telah mendapat Anugerah Khas Puteri UMNO Malaysia....

Mendapat tepukan paling gemuruh perwakilan Puteri UMNO tadi... Cayalah Lisa.... Menjadi Pujaan ramai... Menjadi tatapan umum... Lisa Memang terbaek!!!!

JOMO kata: sentiasa memberi perhatian kepada lisa... Jangan marah abang Yusri.... Opsss....ehe

PANASSS MELETOP!!! Rupanya LISA Pejuang POLITIK....????

Salaam.... Pergh.... Tahniah JOMO ucapkan kepada Tan sri Muhiddin Yassin di atas ucapan perasmian persidangan untuk Wanita, Pemuda dan Puteri malam tadi.... Inilah semangat yang di bawa oleh pejuang Alif Ba Ta untuk Agama Bangsa dan Negara....

Hari ini pula JOMO difahamkan, Lisa jugak turut serta dalam persidangan Puteri UMNO Malasia.... Ucapan Ketua Puteri yang berapi-api telah membangkitkan semangat Ahli yang bakal menghadapi perang pilihanraya akan datang.... Terlihat kelibat Lisa surihani yang duduk betul-betul dihadapan Barisan Kepimpinan Puteri UMNO Malaysia.... Pergh....

Inilah contoh artis Malaysia, walaupun sibuk dengan kerja lakonannya, tapi demi perjuangan beliau turut datang untuk mendengar  input-input yang disampaikan oleh perwakilan.... JOMO respectlah dengan Lisa ni....ehe

Apapun, diharapkan semangat ang dibawa oleh Artsi malaysia semacam lisa ni diikuti oleh Artis-Artis lain, yang paling penting 'JANGAN GIGIT JARI ORANG YANG MEMBERI' dan 'JANGAN BUAT TAHI PADA TEMPAT YANG PERNAH KITA BUAT REZEKI DI SANA'....

Teruskan perjuangan....

OSTAD TIPU!!!! Apa Komen PAS...????

Dalam penuylisan JOMO senantiasa menekankan golongan agama yang membawa manusia kepada keburukan, kesesatan dan menonjolkan perkara yang boleh memecahbelahkan masyarakat, JOMO gelarkan sebagai OSTAD.....

Sekadar Hiasan.....

Ni lsatu hal lagi, Ostad pun menipu??? erm.... dasar OSTAD memang macam tu... Menipu... Mengutuk... Mnegumpat dan sebagainya yang buruk.... Alahai Ostad.... 

Sepasang suami isteri yang bergelar ustaz dan ustazah dan dari kalangan aktivis Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Kelantan, telah dikenal pasti sebagai kaki tipu, dengan menjalankan kegiatannya menerusi internet bagi memperdayakan orang ramai. lanjut baca Akhbar Penipu dan Putar Belit....???

OATSD-OSTAD PASi ni takut dengan bayang-bayang sendiri... Tak tahu cerita ni betul atau tak... Alhai OSTAD.....

JOMO kata: TAK percaya OSTAD... Tap percaya USTAZ....!!!

Tuesday, 29 November 2011

OPSSSS.... Elok-Eloklah Sikit...!!!

Skadar Perkongsian.... Ingat, Jangan main Buka terus Buang!!!! Chill Man.... Jangan 'Kelam-Kabut' macam Gambar di bawah ni.... Orang belakang tengok susah... Apatah lagi orang yang suka kepada 'Kaum Sejenis'.... OPSSSS....ehe

Janganlah terjadi di malaysia.... Tak ada Tamadun Langsung.... Nanti bila gambarnya ditangkap, tak mengaku pula.... Alahai.....
Sekadar Hiasan.... Alahai....

JOMO Kata: Suka Kaum Sejenis???? Bahaya.... Puak-Puak macam tu memang benar wujud... Kadang-kadang dia suka Sejenis... Dia suka Lawan Sejenis.... Dia Suka Berjenis-jenis....????ehe Lu Fikirlah Sendiri....


'KETUANAN MELAYU'..... Tak FAHAM atau Buat-Buat TAK FAHAM...??? Argh!

Salaam... Sekadar Perkongsian untuk kita tatapi bersama... Ketuanan Melayu.... Kenapa Perlu pertikai???? Ada puak-puak yang tak pernah merasai jadi hamba ni, Kenapa Masih pertikai Ketuanan Melayu???? Siap Yang Mempertahankan Negara??? Siapa yang bertungkus-lumus yang menjaga keamanan Negara??? Mana Keadilannya??? Sapa Kata Kerajaan Tidak Adil???

Satu Ulasan Sangat Menarik Ustaz Kazim Elias.... JOM kita Saksikan dengan Hati yang TERBUKA...!!! TAKBIRRRR!!! Bersama Mempertahankan HAK!!!

PANASSS!!! 'CEWEK' 3GP Pembohong....??? Awas OSTAD....!!! JAGA2!!

Macam-Macam.... Dunia Internet ini memang penuh dengan kepalsuan...??? Betul tak...??? kalau tak, macamana ramai orang boleh ditipu melalui internet sahaja...??? Alahai..... Maklumat Palsu... Informasi tipu-menipu.... Tapi, ini tidak semua... Banyak Juga Kegunaan Internet ini untuk kebaikan...


Sekadar Hiasan.....

Tapi, yalah... Bak kata orang 'Kerana Nilai Setitik, Rosak Susu Sebelanga'... Betul tak????



JOMO Kata: Ostad-Ostad ni pun banyak yang menipu jugak..... Komen PAS..????

Monday, 28 November 2011

SALAH SIAPA??? PINDA Perkara15, PELAJAR Jadi Presiden PAS???

HEBOH!!! Kerajaan dah pinda perkara 15 AUKU yang membenarkan mahasiswa untuk berpolitik... Melompat gembira kononnya Puak Pembangkang kerana usaha mereka untuk menerapkan pemikiran Politik kepada mahsiswa di dalam kampus... Malahan ada yang lebih teruk lagi, ada puak pembangkang ini nak tubuhkan cawanagan parti dalam Universiti....??? Gila apa...???

Jangan Melompat dulu.... perlu diingat, pindanya perkara 15 AUKU itu bukan bererti mahasiswa boleh membawa ideologi kepartian di dalam Kampus.... Politik ini luas... Jangn kita terhimpit hanya untuk memikirkan mengenai Parti Politik saja.... Jadi Tian Chua, Jaga-Jaga....???

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Kerajaan akan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membolehkan pelajar yang mencapai umur 21 tahun menyertai parti politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu semasa membentangkan usul memansuhkan Proklamasi Darurat pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

“Di atas segalanya, kerajaan percaya kepada kematangan dan kebijaksanan para mahasiswa.

“Dengan itu bagi menghormati hak Perlembagaan mahasiswa dan mahasiswi negara yang telah mencapai umur baligh undang-undang atau ‘age of majority’, kerajaan akan pinda Seksyen 15 AUKU 1974 bagi membenarkan mereka menjadi ahli parti politik,” katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan pelajar universiti ditegah sama sekali membawa politik kepartian ke dalam kampus.

Najib berkata kerajaan juga akan memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor tahun lepas.

Katanya keputusan tersebut menpunyai implikasi terhadap prinsip undang-undang negara.

Mahkamah Rayuan baru-baru ini memutuskan Seksyen 15 akta tersebut yang melarang pelajar universiti berpolitik adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.-UMNO Online
 Kata JOMO: Berpolitik itu bagus... Kerana dalam kehidupan kita memang penuh dengan politik... Tapi ketaksuban kepada Parti Politik itu tidak bagus..... Takut-Takut Lepas ni, jika Benar Pelajar boleh join Parti Politik, Adalah pula yang gatal nak bertanding Jawatan PRESIDEN...???ehe Nak Jadi Presiden PAS...???

Ingat PAS hanya WADAH bukannya AKIDAH...!!!

NAFSU PolitiK PANASS!!! Rumahtangga RUNTUH kerana Orang Ke3??

PANASSSSS!!!! Maklumat terbaru dari ladang.... Akan menggemparkan politik tanahair... Sebuah rumahtangga yang kononnya dibina atas nama perjuangan dahulu, kini masa menunggu rebah..... Kenapa???
Sekadar Hiasan.... Siapakah Orang Ketiga????

JOMO MALAYA difahamkan, ada orang ketiga??? Skandal??? Siapa??? Takkan Cinta Lama Muncul kembali????


Siapakah gerangan VIP itu??? Masih menjadi MISTERI........???? Jeng... Jeng.... Jeng..... Lanjut baca I.P.S.

JOMO kata: Tunggu....... :)

DAPig Bodoh... Rasist Melampau....???

Tontonlah Ucapan Ngar Koh Ming ni... Memang tak bertamadun langsung... Boleh memcah-belackan Masyarakat... Memecahkan Orang Melayu.... Menghina Orang melayu berkulit Hitam... JOMO tahulah dia ni Putih, janganlah sampai cakap macam tu.... DAsar DAPig memang macam tu ker...??? Alahai.....


OSTAD PAS tak sedar lagi....??? Asyik kena Kencing jer oleh Kafir sorang ni....??? Alahai.... Nak tanya, Selama DAP bekerjasama dengan PAS, Apa yang PAS telah dapat...??? Jawatan Hal Ehwal Agama jer ker...??? CUBA JAWAB AWAHAI OSTAD yang BEE JAKSANAH!!!!!

Sunday, 27 November 2011

KOTORRR!!! ANJING Pun Tahu Minum Air Bersih...... Komen OSTAD???

Anjing jugak mencari Air yang bersih... Apatah Lagi Manusia????
Lihat Video di bawah.... kalau Anjing di atas pun tahu nak minum air bersih... Apatah lagi Manusia???? Orang Kelantan bagaimana???? OSTAD Sila Jawab..... Jangan nak 'mengutuk' orang kat surau jer kerjanya....




Lanjut Baca