Alahai Laskar @ Anjing pencen..... Kok yer pun kalau nak menipu tu agak-agaklah.... kenapa sampai bodoh sangat... Ingat pembaca dan pendengar ni bodoh sangat ker... ??? Kita pun belajar tinggi jugak hoi.... Mungkin, Orang kampung depa boleh kencing merata... Tapi, dengan kami apatah lagi dengan JOMO MALAYA, Sorry Beb.... Hang Kencing, JOMO pastikan Hang Kencing Muka hang Sendiri... Pergh..... macamana tu...???ehe
 |
| Sekadar Hiasan.... Nyalakan Anjing...??? |
Oleh kerana JOMO ni baik, JOMO guna perkataan Laskar Pencenlah yer... Dengarnya, si laskar pencen ni dah lancar buku baru... Wah ini sudah bagus... buku apa yer..??? buku memfitnah Orang ker..??? Alahai.... Dah tak betul dah Laskar Pencen AnwaRi ni rupanya.... Tak takut ker dosa memfitnah ni... Bukan kah hang dah PENCEN...?? bawa-bawalah berTOBAT!!!!
Tawar-Menawar.... Dulu puak-puak hang pi tawar MP BN macam-macam yer....??? Betul tak...?? Ingat MP BN ni senang dibeli ker...??? Apatah lagi MP dari Sabah... Sorry Beb....
Laaa ni... Hang tuduh pula YB Datuk Zul minta RM60 ribu untuk kosongkan kerusi kulim Bandar Baru /KBB.... Apa bangangnya Laskar Pencen ni... Takkan lah YB Zul nak minta RM60 ribu... Sikit sangat.... kan dah kantoi tipu... Alahai Laskar Pencen....
JOMO dah meluat dah dengan puak PKR ni... Itulah sebab JOMO dah lancarkan kempen serangan kepada Puak Al-Juburi dan pengikut-pengikutnya ni awal-awal....
nak tahu sangat ikuti kupasan YB ZUL yang hebat ni....
Petikan Dari blo ZULKIFLI BIN NOORDIN...
Teman menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Syed Husin tesebut. Sebaliknya teman ingin menegaskan bahawa Syed Husin sepatutnya lebih tahu apa yang dikisahkan beliau itu satu pembohongan kerana sebenarnya Syed Husin sendiri yang berjumpa dengan teman mewakili Anwar Ibrahim untuk menawarkan teman supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu dengan menyatakan bahawa jika teman bersetuju mengosongkannya, Anwar berjanji akan menawarkan jawatan tinggi kepada teman didalam mana-mana GLC Kerajaan Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000—00 sehingga RM60,000-00 sebulan!
Malahan Syed Husin meyakinkan teman Anwar akan mengotakan janji tersebut kerana dia juga mendapat janji yang sama untuk mengosongkan jawatan Timbalan Presiden PKR kerana Anwar mahukan Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden. Syed Husin memberitahu teman kalau dia mengosongkan kerusi Timbalan Presiden PKR untuk memberi laluan kepada Azmin Ali, Anwar menjanjikan dia jawatan Senator.
Syed Husin kata dia juga teringin nak menjadi Yang Berhormat tetapi bila bertanding asyik kalah, malah nak dicalonkan bertanding di Parlimen Kota Bharu pun ditolak kerana dilabel sebagai “anak kominis” oleh kepimpinan PAS pada masa itu. Jadi menjadi Senator adalah jalan mudah untuk dia menjadi Yang Berhormat melalui “pintu belakang!”.
Teman memberitahu Syed Husin bahawa walaupun teman memang bersedia mengosongkan kerusi Parlimen KBB, teman tegas menolak tawaran jawatan CEO GLC Selangor tersebut kerana perjuangan teman bukan untuk imbuhan. Kalau itu yang teman cari, lebih baik teman menjalankan khidmat sebagai seorang peguam.
Malahan teman menegaskan kepada Syed Husin Ali selama lebih 10 tahun teman menjadi antara peguam utama Anwar, sehingga disumbat dalam tahanan ISA, teman tidak pernah meminta atau dibayar walau satu sen pun daripada Anwar sebagai imbuhan fee khidmat guaman teman! Semuanya percuma dan pro-bono!
Sebenarnya teman tidak ada masalah dengan petisyen pilihanraya yang dikemukakan oleh calon Barisan Nasional Datuk Aziz Sheikh Fadzir kerana pembelaan teman mantap dan “water-tight”. Walaupun ada cubaan untuk sabotaj pembelaan teman oleh Anwar Ibrahim dan beberapa kepimpinan Pakatan pembangkang pada masa itu (yang akan teman dedahkan bila tiba masanya nanti insyallah), namun alhamdulillah teman diberi perlindungan oleh ALLAH dan berjaya akhirnya dengan izin ALLAH didalam kes tersebut.
Walaupun mempunyai pembelaan yang baik bagi kes itu, teman memang sudah bersedia mengosongkan kerusi Parlimen KBB pada masa itu kerana teman sudah mula meluat dengan sikap hipokrit dan pura-pura mereka dalam isu berkaitan Islam. Ini jelas pada peringkat awal lagi selepas 08.03.2008 apabila teman mengambil sikap mempertahankan dan membela Islam apabila rakan sekutu Anwar iaitu Bar Council & Ambiga Sreenavasan mahu mengadakan Forum Masuk Islam.
Forum yang menerima bantahan keras dari pelbagai pihak termasuk Raja-Raja Melayu, NGO-NGO, pertubuhan-pertubuhan dan tokoh-tokoh masyarakat termasuk beberapa kepimpinan pembangkang sendiri. Tindakan teman mengetuai umat Islam menghalang Forum tersebut sangat tidak disenangi, malah Anwar Ibrahim telah membentuk satu Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan oleh Syed Husin untuk mengambuil tindakan disiplin terhadap teman.
Teman masih ingat kata Syed Husin yang menyatakan bahawa Anwar mengarahkan dia supaya meminta teman meminta maaf secara terbuka kepada Ambiga Sreenavasan dan Bar Council, kerana mereka penyokong Pakatan. Mereka bagi undi kepada kita, kata Syed Husin. Tidak apa kalau meminta maaf sekarang, kerana nanti bila kita berkuasa Anwar kata “taulah kita apa nak buat dengan mereka”.
Teman menolak untuk meminta maaf, malah menegaskan kepada Syed Husin Ali bahawa bukan sahaja teman tidak kesal dengan tindakan teman mengetuai bantahan tersebut, malah kalau Bar Council buat lagi teman akan mengambil tindakan yang lebih keras dan tegas. Syed Husin menyatakan kepada teman bahawa “awak ini tidak sealiran dengan pemikiran Pakatan yang liberal”, dan beliau memberi amaran bahawa Anwar akan pastikan teman akan membayar harga yang mahal untuk sikap tegas teman mempertahankan Islam saperti ini!
Teman menjawab dengan tegas, "I am a Muslim first, Member of Parliament second. I may not be the best of Muslim, but I will do my utmost best to defend Islam!!! "Teman mengutamakan Islam dahulu, Ahli Parlimen kedua. Teman mungkin bukan Muslim yang terbaik, tetapi teman akan buat yang terbaik untuk Islam!!!.
Walaupun teman memang sudah bersedia mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim, namun Anwar begitu terdesak mahu pengosongan itu dibuat segera sebaik sahaja Saiful Bukhari Azlan membuat lapuran polis pada 28 Jun 2008 mengadu dia diliwat oleh Anwar Ibrahim.
Anwar sendiri selepas itu berjumpa dengan teman dan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah beberapa GLC ternama Kerajaan Selangor dengan tawaran gaji puluhan ribu dengan pelbagai kemudahan, syaratnya teman mesti mengosongkan kerusi Ahli Parlimen KBB dengan segera. Teman menolak tawaran jawatan dengan imbuhan lumayan tersebut, sebaliknya menyatakan teman bersedia untuk tidak membela kes petisyen tersebut dan membiarkan Mahkamah mengisytiharkan kerusi Parlimen KBB kosong untuk membolehkan satu Pilihanraya Kecil diadakan.
Namun rancangan ALLAH mengatasi segalanya. Mahkamah yang sepatutnya membicarakan kes tersebut telah menangguhkan perbicaraan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Ini menyebabkan Anwar menjadi berang dan makin terdesak, kerana kata Anwar dia mahu menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang bila Pendakwaraya membawa kes pertuduhan meliwat stafnya Saiful.
Kata Anwar, kalau mereka membawa juga pendakwaan terhadapnya kerana meliwat stafnya Saiful, sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, dia akan gunakan sepenuhnya Parlimen dan Inter Parliamentary Union (IPU) dan badan antarabangsa lain untuk menekan Kerajaan Malaysia supaya tidak meneruskan pendakwaan terhadapnya!
Apabila Mahkamah menangguhkan kes tersebut, teman dipanggil oleh Anwar menyatakan bahawa dia membuat keputusan untuk mengarahkan Wan Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh supaya Pilihanraya Kecil dapat diadakan segera. Lagipun kata Anwar, dia kurang yakin boleh menang di Parlimen Kulim Bandar Baharu, sebaliknya yakin boleh menang di Permatang Pauh. Jadi Anwar kata tidak perlu teman kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu!
Teman juga dipanggil oleh Wan Azizah yang memaklumkan kepada teman bahawa dia dipaksa oleh Anwar untuk mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Jelas Wan Azizah berada dalam keadaan tertekan semasa perjumpaan itu kerana beliau bersedih dan menangis semasa memaklumkannya kepada teman bahawa dia dipaksa oleh Anwar untuk mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh!
Malah Wan Azizah membuat komen “apa yang I dapat berkorban macam-macam untuk Bang Non”. “Kalau I yang kena macam dia you ingat Bang Non nak berkorban macam I ke? Kata Wan Azizah sambil mengalirkan airmata! Wan Azizah memanggil Anwar dengan nama "Bang Non".
Teman memberitahu Wan Azizah supaya jangan kosongkan kerusi Permatang Pauh, malah teman bersedia kosongkan kerusi Parlimen KBB hari itu juga untuk memastikan kerusi dia selamat. Sambil berseloroh teman bagitahu Wan Azizah lagipun Anwar janji dengan teman akan diberi jawatan CEO dan Ahli Lembaga Pengarah beberapa GLC di Selangor sebagai ganti!
Teman sendiri sangat terkejut dan masih ingat jawapan spontan Wan Azizah, “takkan you percaya janji Bang Non?”.
Pembaca: jangan jadi bodoh macam mereka.... bersama kita hapuskan politik kotor mereka...