Panassss.... 11.11.2011 makin hampir.... hari ini hampir semua rakyat berbicara mengenai apakah 'pengunguman' yang akan dibuat oleh PM Najib pada tanggal 'keramat' ini.... Ianya sudah tentu berkisar mengenai Pilihanraya UMUM ke 13... Hari ini juga, isu lobi melobi, rebut merebut, tuntut menuntut terhadap kerusi pilihanraya, baik Parlimen mahupun DUN terus menjadi 'permainan politik' bagi setiap insan yang punyai cita-cita untuk bertanding dalam PRU kali ini....
 |
| Datuk Jumat Idris... Antara Bakal Calon yang disebut sebut mewakilli BN Sepanggar.... |
Sepanggar....???? Seperti penulisan Jomo sebelum ini mengenai 'Siapa Layak Di Sepanggar...???' mendapat respon yang baik dari beberapa orang pembaca.... yang paling menarik perhatian Jomo, selepas isu ini dibangkitkan, difahamkan UMNO sudah bersedia untuk tawan semula Sepanggar.... Banyak program yang telah dibuat dan akan dibuat untuk memastikan kemenangan BN pada PRU kali ini...
Persoalannya, Jika UMNO yag dipilih siapa yang akan bertanding...??? Siapa pula yang akan jadi 'seteru'nya... Adakah SAPP akan terus meletakkan calonnya??? Calon yang paling disebut-sebut hari ini ialah Ketua UMNO Sepanggar Datuk Jumat Haji Idris... Manakala diperingkat SAPP Datuk Yong Teck Lee akan menggantikan YB Eric Majimbun bagi kerusi Sepanggar ini... Betul kah??? Persoalannya, Jika BN diwakili oleh UMNO, apa pula pandangan parti komponen lain...??? Walau bagaimanapun, Andai andaian ini benar, Kerusi Sepanggar bolehlah dikatakan sebagai Kerusi Panas bagi PRU ke13 kali ini... Intan sudah ada didepan mata, serahkan kepada Rakyat, mana satu intan yang paling disukai???
Menurut pengamatan warga Sepanggar kedua Calon ini mempunyai kapasiti untuk menang yang seimbang.... Cumanya, ia bergantung kepada isu setempat dan strategi jentera parti untuk menguasai 'market' pengundi....
 |
| Sesi turun padang pemimpin UMNO Sepanggar.... |
Bila berbicara dengan beberapa pengundi di sana, rakyat mahukan perubahan... Rakyat mahukan Pemimpin baru.... Rakyat mahukan pemimpin yang kuat 'Cara' dan 'Gaya' politik pemimpinnya... Supaya masalah mereka dapat diselesaikan...
Terlalu banyak masalah yang masih belum selesai di Sepanggar.... Isu banjir... Isu Jalanraya... Isu pengairan yang teruk memandangkan kawasan ini terletak di kawasan bandar.... Kalau lebih besar lagi, isu pembangunan yang tidak seimbang yang menyebabkan orang kampung kian terhimpit dengannya... Isu pekerjaan.... Pembangunan belia.... dan banyak lagi.... Persoalannya... Apa yang telah dibuat oleh pemimpin sebelum ini...??? Mungkin ada, tapi apa kesannya...??? Bagaimana pula dengan KPI nya??? Adakah tercapai ataupun tidak...???
Apa yang jelas, SAPP telah diberi mandat dan peluang.... Namun, ramai yang kecewa dengan tindakan mereka kaluar dari BN.... Kesannya ditanggung oleh rakyat di kawasan ini.... PRU ke13, adakah rakyat masih percaya dengan SAPP yang telah membelot amanah rakyat Sepanggar...????
Sebelum ini PM Najib telah menekankan mengenai 'Winnabale Candidate'... Walau bagaimanapun, pada hari ini terdapat term lain yang mesti dilihat jika terdapat ramai Winable Candidate di satu-satu kawasan itu... Apa yang kita panggil sebagai 'Likeable Candidate'.... Di Sepanggar ini, ada beberapa orang calon dianggap sebagai Winnable Candidate tapi siapa pula yang boleh layak digelar 'Likable Candidate'... ?? JM akan bincangkan perkara ini dalam isu akan datang...
Bersama berubah.....
11.11.2011 kita tunggu....