Friends Of Jomo Malaya

Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 29 October 2011

Pasal Tak pandai buat Kerja... LGE Bakal Ke Penjara...???

Tambah bercelaru Pakatan ni... Masih ingat kisah kg Buah Pala Pulau Pinang...??? Ini adalah satu diantara banyak, kebodohan Pakatan terutamanya DAP dalam membuat kerja...?? Sebelum ni dok heboh nak ikut Khalifah Umar Abdul Aziz, tapi realitinya cara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng amat jauh sekali... bagai Langit dengan Bumi.... jangan Malukan Khalifah yang begitu adil dan dan Bijaksana dalam mengendalikan pentadbiran Negara...
Minta Ampun.... Sudah terlambat... Tunggu PRU ke13???

Mengenai Isu Kg Buah Pala, Karpal Singh dah bersuara... Katanya LGE boleh dipenjarakan... betul ker??? Bila???

Mahkamah Persekutuan pada Ogos, 2009, tetap dengan penghakimannya pada 24 Jun bahawa penduduk kampung berkenaan wajib meninggalkan rumah masing-masing dan menyerahkannya kepada pemaju yang telah diberi kelulusan membangunkan semula kawasan tersebut.

Berdasarkan penghakiman itu, Karpal mengakui bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu menunaikan janji-janji yang dibuatnya kepada penduduk kampung itu, walaupun pemimpinnya, termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar akan mempertahankan kampung berkenaan... Lanjut KLIK
 
“Ramai yang bertanya, apa yang berlaku kepada janji-janji? Macam mana dengan janji Lim yang  berkata kami akan mempertahankan kampung itu? Betul, semua kita berkata begitu,” kata peguam veteran itu.

Apa yang dah jadi dengan DAP ni... Dahlah dikatakan sebagai Parti yang mencetuskan begitu banyak Onar dalam Negara.... Buat Kerja pun tak pandai...???

Sebelum ini cakap semasa kempen bukan main lagi... Nak buat itu dan ini... Kutuk kerajaan yang sebelum ini... Sampai masa depa perintah, apapun tak pandai nak diselesaikan...???

JM nak bagitau, isu kebajikan rakyat ini bukan hanya mainan mulut saja... ini lebih daripada itu... Ini soal bagaimana nak bantu dan selesaikan... bagaimana nak jalankan kerja... bagaimana nak pastikan, rakyat tidak ditipu dengan kata-kata pilihanraya semata...
kalau dah tak pandai nak buat kerja, lagi bagus duduk di rumah bagi peluang orang lain... Jangan buat onar lagi....???

PANASSS!! Sedap Bang...??? Sakit Bang...???

Murah...? Syok...? Sedap...? JAHANAM.....!!! Terkejut JM bila mendengar data statistik peningkatan rumah urut di Selangor tanah jajahan Kerajaan Pakatan ni... difahamkan pada tahun 2008 sebanyak 800 rumah urut ada di selangor sehingga tahun 2011 difahamkan ada 7000 (TUJUH RIBU) rumah urut tumbuh macam cendawan di sini.... Betulker statistik ni??? MAK OIII.... inikah Negeri berkebajikan yang dimaksudkan???  KLIK
Sedap bang...???
Persoalannya, kenapa sampai begitu banyak sekali... Untuk apa??? Ada lesen ker??? Atau 'Berpenyakit' Sangat ker penduduk negeri ni sampai begitu banyak sekali pertambahan rumah urut ni.... Atau penduduk sini memang suka kepada 'KESEDAPAN DIURUT'.....??? tambahan lagi, kenapa Sambutannya makin menggalakkan...??? Siapa pula Pekerjanya??? kalau orang luar dengan Premis yang tak berlesen tu, ada permit ker pekerjanya...??? Jawab sikit orang Selangor....
ehem....

Difahamkan, Di Shah Alam sendiri pun sudah ada rumah urut wujud... bukankah Shah Alam sebelum ini dijaga sebagai bandar melayu yang mana tidak dibenarkan 'hiburan yang menjurus kepada maksiat' diwujudkan di sini...??? mana MP Khalid Samad...??? Tahu duduk dalam parlimen jer ker??? Tahu menjuarai isu gereja jer ker??? Isu ini siapa yang nak selesaikan...??? Tanya sikit orang Kuat Selangor ni??? Apa cerita??? KLIK

Tambahan lagi, Inikah dia Negeri Berkebajikan yang di perjuangkan....??? Nak bagi kebajikan apa ni...??? Dengan sekutunya PAS dok bagi ceramah di Surau-surau, Kutuk mengutuk sesama Islam tanpa menghiraukan keadaan mereka yang terus terjerumus kearah Maksiat ini...?? Apa tindakan mereka??? kalau setakat bagi ceramah dengan orang kat surau tu memang tak selesailah masalah ni.... Patut pak Lebai ni turun padang beramal berdakwah sikit dengan orang-orang yang tak seberapa kuat imannya diluar tu....uhu

Siapa yang harus dipersalahkan...??? Siapa yang ebrtanggungjawab...??? Dahulu tuduh UMNO, sekarang...??? DEPA ni 2x5 jugak.... malahan lebih terukkkk....???

BERSAMA KEARAH NEGERI BERKEBAJIKAN.....

Fikirkan Bersama, Kita Ubah selangor PRU13!!!

Friday, 28 October 2011

DiCUCUK! Musa Aman Kesakitan...???

Kes Cucuk di Sabah... Musa Aman Kesakitan dan kepedihan??? betul ker??? Itu yang berlaku bila ramai yang bercita-cita untuk bertanding dalam Pilihanraya umum Ke13 yang akan datang... Sampai Ketua Menteri Sabah pun dah tak tahan... Kalau dah tak tahan, Siapa bakal Penggantinya???ehe itu nak tanya PM lah...
Datuk Seri Musa Aman... Dah Pening???
Difahamkan, hampir semua kerusi berlaku rebut-merebut, lobi melobi dari semua peringkat... kalau alam UMNO, Pemuda, Puteri, Wanita dan AJK Bahagian masing-masing nak melobi... Kalau diperingkat parti komponen pula, asyik nak minta kerusi, tambah kerusi, itu dan ini... Tapi time kerja??? Susah sangat nak bantu rakyat... banyak alasan jer....

Kita faham pada hari ini Sabah masih menjadi FIXED DEPOSIT kepada BN... Tapi sampai bila??? politik di sabah amat berlainan dengan semenanjung... kerajaan Negeri sering bertukar ganti... Adakah akan berlaku pergeseran jika isu rebut merbut kerusi pilihanraya ini terus berlaku??? jika terjadi, apa kesannya??? dan siapakah yang bakal keluar??? SAPP dah keluar?? lepas ini siapa pula??
TUARAN – Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menasihati para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri supaya tidak “ghairah” untuk meminta supaya parti yang mereka wakili diberi lebih kerusi menjelang pilihan raya akan datang.
Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata mereka tidak perlu risau kerana perkara itu akan dibincang bersama apabila tiba masa yang sesuai.
“Ini bukan pertama kali kita menghadapi pilihan raya. Kita sudah banyak kali menghadapi pilihan raya. Apabila pilihan raya umum sudah diumumkan, kita duduk dan bincang dan selalunya kita selesaikan dengan mudah.
“Jadi sekarang ini, janganlah kita gaduh-gaduh, janganlah kita “cakap macam-macam” yang boleh mengeruhkan keadaan. Keadaan kita di BN Sabah ini sentiasa baik, ada ikatan persahabatan dan mesra dan janganlah kita rosakkan ini hanya kerana mau kerusi lebih,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Sentuhan Harapan Petronas di Stesen Servis Petronas Berungis, dekat sini Khamis.
Musa berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan beberapa pemimpin BN negeri, termasuk daripada Parti Liberal Demokratik (LDP), supaya Gerakan menumpukan usaha untuk memenangi kerusi bagi BN di Semenanjung daripada meletakkan calon di Sabah.
Sehubungan itu, beliau mahu BN Sabah, terutama wakil rakyat melipatgandakan usaha turun padang bagi membela nasib rakyat.
“Janganlah kita terlalu ghairah atau risau siapa dapat kerusi banyak dan siapa dapat kerusi kurang. Yang penting kita turun padang dan berusaha menolong dan mengetahui masalah rakyat.
“Kalau rakyat tahu kita sentiasa mengambil perhatian masalah mereka, saya percaya BN sentiasa menjadi pujaan rakyat di Sabah,” katanya.
Musa juga yakin, dengan adanya pendekatan sedemikian sejajar dengan konsep 1Malaysia, kerajaan BN akan meraih kemenangan besar seperti yang dicapai pada pilihan raya umum yang lepas. – BERNAMA
Kalau semua nak berebut... Kalau semua nak mencucuk... Siapa nak mengalah?? Siapa pula nak berundur?? Adakah ketua Menteri yang patut mengalah??? Alahai.... rebut punya rebut, boleh 'terkucil' orang tua tu.... ???

Lawan Perogol Alaf Baru!!! Apa Senjata Untuk Malaysia???

Takut... Risau... Sedih... itu yang berlaku jika kita membicarakan mengenai isu rogol ini... Sebut pasal rogol, kita arahkan pandangan kita kepada wanita... Siapa yang nak perjuangkan nasib mereka ini??? kementerian Wanita??? Apa tindakan mereka???

Sekadar Hiasan... masih ingatkah lagi???

Sebelum ini JM membicarakan mengenai nafsu... Puak-puak pembangkang ini kerjanya asyik nak kutuk kerajaan... Mengkafirkan UMNO... Tapi dinegeri mereka apa yang mereka telah buat??? Membantu wanita apa yang telah mereka lakukan??? Takkan selama ini asyik tak puas hati dengan kerajaan lepas, tapi dasar dan undang-undang masih ikut kerajaan lepas punya... Kalau macam tu, apa pembaharuan yang depa buat....???? 2x5 jer.... mungkin kerajaan lama lagi baik...

NEW DELHI: Wanita di bandar raya ini tidak lama lagi boleh mengatasi sesiapa yang cuba menyerang mereka dengan hanya menekan satu butang telefon untuk meminta tolong kepada pelbagai pihak, termasuk ahli keluarga dan polis.Butang itu juga menghidupkan penggera di laman sesawang sosial mangsa. Polis berkata, satu daripada setiap empat kes rogol di India berlaku di New Delhi. Biasanya, mangsa ditarik ke dalam kereta dan dirogol beramai-ramai ketika kenderaan itu dipandu sebelum mangsa dicampakkan ke tepi jalan. Data polis India menunjukkan, berlaku satu kes rogol bagi setiap 18 jam.
Namun, melalui kemudahan Fight Back itu, wanita boleh menghantar mesej kecemasan berserta lokasi tepat kepada lima pihak, termasuk polis.
Perkhidmatan itu akan dilancarkan bulan depan. Pengasas bersama Whypoll yang pencipta aplikasi itu, Hindol Sengupta, berkata keselamatan wanita menjadi isu besar di India.
“Wanita dicabul dan diganggu di mana-mana saja dan kami percaya aplikasi pertama di Asia ini membantu mereka menjadi lebih selamat,” katanya. – Reuter klik Disini

Persoalannya... Malaysia bila lagi nak buat??? Patut kementerian bincang dan laksanakan cepat... jangan tunggu lama-lama.... Kesian dengan wanita...

Tanggungjawab Kita Melindungi Wanita!!!

Thursday, 27 October 2011

Siapa Salah??? Terang Lagikan bersuluh....

Sejak kebelakangan ini Puak-Puak Pakatan semakin terdesak untuk menang dalam pilihanraya nanti... Mereka banyak terperangkap dengan mainan sendiri... Isu demi isu mereka tewas dengan Kerajaan... Apakah ini tanda kekalahan bagi Pakatan rapuh ini...

yang tambah mengecewakan tiap-tiap satu kesalahan mereka, mereka tuding jari kepada orang lain... Depa ni maksum ker????

Sekadar hiasan... Salah Siapa???
Isu moral pemimpin, anak beranak, termasuk cucunya menjadi hangat dalam dunia bloggersfera malaysia... Pemimpin tidak bermoral... tahu dapat sedap, orang lain dituduhnya berkomplot jahat... Masakan berkomplot, video sudah terang lagikan bersuluh pun beliau kata orang lain... Sampai sekarang beliau menafikannya... Siapa Salah???

Ni, seorang lagi anak dan cucu kepada pemimpin besar terlibat dengan kegiatan tidak bermoral pun sama juga... Tak mengaku... bapanya pula menuding jari kepada orang lain... Atuknya pula bermain dengan kata-kata pun menuduh orang lain... Siapa Salah???

Bersekongkol dengan orang yang rosak akidah apa hukumnya??? Anaknya dapat sedap siapa salah??? Dijual Agama untuk kepentingan politik siapa salah??? pertambahan rumah maksiat di negeri yang diperintah olehnya siapa salah??? pertikai titah Sultan siapa salah??? perlaksanaan Hudud yang sangat retorik siapa salah??? menghasut orang lain siapa salah??? Peniaga melayu disishkan siapa salah???Ostat palsu siapa salah??? Buang Negara Islam siapa salah??? buang orang melayu siapa salah??? tipu Orang Cina dan India siapa salah??? kerajaan bagi anak-anak belanja untuk buku, baju, peralatan, mulai tahun depan pun salah??? Manchester united kalah pun siapa dipersalahkan???

Banyak tak logik.... keluarga porak peranda siapa salah??? Siapa yang salah??? Akukah yang salah???

Kamu buat Apa??? hanya tahu salahkan orang lain.... sekadar renungan... Kita cari siapa salah....

Tuesday, 25 October 2011

Terkejut!! TIMBALAN MENTERI BANGKIT DARI KERUSI...???

Kekurangn Doktor di malaysia berada ditahap yang kronik... betulkah??? Difahamkan ramai yang tertekan kerana terpaksa menunggu lama di hospital untuk mendapatkan rawatan... Ada pula yang menghadapi sakit kritikal terpaksa menunggu waktu yang lama untuk adakan appointment dengan doktor... Ada pula kawasan yang lansung tiada kepakaran dalam perubatan... banyak lagi kes... Apa cerita Kementerian kesihatan???

Datuk Rosnah Shirlin, Tim.Menetri Kesihatan... Pemimpin Wanita Muda yang sentiasa bekerja untuk Rakyat...

Isu kekurangan Doktor di Malaysia ini boleh dikategorikan sebagai isu lapuk... tapi kenapa sampai hari ini tidak selesai lagi...??? Apa Menteri Buat???

Baru-baru ini Timbalan perdana Menteri menyatakan bahawa Malaysia masih kekurangan Doktor... Hai... sekarang ini sudah masuk 2012 masih kurang lagi ker??? Mana Graduan kita??? Difahamkan ramai graduan terpaksa lari keluar negara untuk meneruskan karier mereka keran di malaysia ini gajinya 'CIPUT'.... betulkah???

JM terpanggil untuk menaikkan isu ini kerana ianya penting utnuk rakyat Malaysia apatah lagi dalam perjalanan untuk menjadi negara Maju 2020... Sepatutnya pada masa sekrang ini, isu ini bukanlah lagi menjadi isu kritikal kerana kita hanya ada beberapa tahun sahaja lagi untuk sampai tahun 2020...

Baru-baru ini JM sempat bertemu dengan timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin... Katanya, Kementerian Kesihatan malaysia atau singkatannya KKM punyai plan jangka masa panjang yang strategik dalam menagani isu ini... Katanya 'masalah Doktor Di malaysia akan diselesaikan andai perancangan ini mengikut jadual yang telah ditetapkan dan berkemungkinan kita akan mendapat lebih Doktor daripada yang dijangka'... betulkah??? Tapi kenapa masih timbul isu ini?? Apatah lagi dia ditimbulkan oleh TPM Malaysia sendiri....

Malam tadi JM sempat bertanya sekali lagi dengan Datuk Timbalan menteri KKM... Rasanya beliau sudah bangkit dari kerusinya untuk menjawab pertanyaan JM... kata beliau melalui pesana  ringkas kepada JM malam tadi...

"Untuk makluman, Pada masa ini masih terdapat kekurangan Pegawai Perubatan dan pegawai Perubatan Pakar yang berkhidmat di kementerian kesihatan malaysia (KKM). Walau bagaimanapun, berdasarkan bilangan garaduan perubatan yang dikeluarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi tempatan dan Luar Negara, jumlah Pegawai Perubatan latihan Siswazah yang dilantik didapati telah meningkat di mana jumlah tersebut telah melebihi 3,00 orang setahun mulai tahun 2009"Tkasih.
Rasanya, berdasarkan makluman yang beliau berikan, JM pasti kekurangan Doktor di malaysia akan dapat diselesaikan... Kepada Menteri dan Timbalan menteri jangan hanya pandai bercakap ya, kami harapkan semua perancangan yang telah dibuat oleh pihak KKM dan KPT berjalan dengan baik...

Dalam soal ini, apatah lagi melibatkan suasana politik baru, rakyat hanya ingin melihat HASILnya bukan ALASANnya.... Apapun , All The Best TO KKM....

Kepada Doktor yang diluar, boleh balik Kampung bantu orang kampung sendiri...ehe

Panas!!! Ezam Sayang Anwar??? Biar Betul...



Pertama kali berjumpa dan berbicara dengan saudara Ezam, MPB bersama melihat semangat perjuangan beliau begitu utuh dan tiada tolok bandingnya.. (bukan mengampu ya...!!!).. melihat sorotan perjuangan beliau bersama Anwar, beliau adalah satu-satunya pemimpin Keadilan yang pernah masuk penjara disebabkan Anwar... Tapi kenapa sekarang beliau lari dari perjuangan Anwar??? Bukan sahaja beliau, malahan  ramai lagi yang telah berpaling tadah....

Ezam Noor

Difahamkan, beliau dikalangan orang yang pertama menubuhkan Parti Keadilan melihat selepas Anwar keluar Penjara, perjuangan beliau sudah tidak seperti dahulu... Beliau telah banyak melnaggar batas-batas perjuangan yang selama ini dijunjung dan yang menjadi penyebab kenapa Ezan sanggup berjuang bersamanya... Prinsip perjuangannya dahulu habis dipergadaikan olehnya semata-mata inginkan jawatan perdana Menteri Malaysia... Betulkah???

MPB melihat ada logiknya, bilamana selepas beliau kecewa dengan Parti Keadilan, beliau telah membuat keputusan untuk tidak berkecimpung dalam politik... Difahamkan beliau terlalu kecewa dengan Parti Keadilan yang sudah lari dari perjuangan sebenar... Selepas 2 tahun baru beliau menyertai wadah perjuangan UMNO kembali, kerana bagi beliau perjuangan UMNO dari dahulu tetap sama yakni untuk Agama, Bangsa dan Tanahair...

'Saya Sayang Anwar.... Tapi jangan salah faham, saya sayang beliau sebagai seorang pemimpin... Semasa beliau dalam penjara, saya bersama keluarga beliau... Saya sudah jadi sebahagian dari ahli keluarga beliau... Saya tidak tinggalkan Parti Keadilan semasa beliau dalam penjara, tapi, saya tinggalkan Parti dan beliau selepas sudah keluar dari penjara... Saya masuk penjara kerana beliau... Tanyalah panglima-panglima tempang dalam PKR sekarang, siapa yang pernah berjuang untuk Anwar sama seperti saya...??' Kata-kata Ezam yang begitu semangat dan nampak air wajah kekecewaan beliau dengan PKR sekarang....

Apapun, MPB mengucapkan selamat berjuang kepada saudara Ezam... Semoga apa yang anda lakukan ini diberkati dan anda sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Esa.... Bongkar segala tipu helah Anwar... Kita berdiri dibelakang kamu... Persoalannya Apa akan jadi bila PR memerintah selepas PRU ke 13?? tunggu akan datang.....

Lanjut boleh layari http://keris7lok.blogspot.com/

'Anwar lah yang menjadi sebab mengapa saya join UMNO... Pada ketika itu saya lihat beliau adalah pemimpin yang boleh membawa perubahan kepada negara... Kerana beliau saya dapat rasakan UMNO satu-satunya parti yang dapat mengangkat martabat Agama, Bangsa dan Negara... Ibubapa saya orang UMNO, tapi saya tak tertarik dengan UMNO... Tapi bila berjumpa Anwar, dengan penjelasan yang diberikan saya mula tertarik dan mnyertai UMNO...' Saudara Ezam Noor..

TAHAP KEBANGANGAN PEMIMPIN....

Inikah tahap pemikiran Pemimpin yang kononnya membawa politik baru kepada masyarakat...?? Begitu tidak matang dan bersikap kebudak-budakan, apatah lagi ianya dilihat oleh rakyat sebagai kebodohan yang terserlah sebagai seorang pemimpin...

Betullah kata-kata orang tua 'Selagi Kita Tidak Buka Mulut, Selagi itu Kita Tidak Tahu Akan Kebodohannya'... Kita ingatkan pemimpin ni punyai aura kepimpinan... piiirrrraaaahhh... Tak matang lansung... Itulah yang boleh disimpulkan dengan 'tweet' pemimpin Pakatan yang lansung tidak mencerminkan pemimpin matang... Mereka inikah yang nak diangkat jadi pemimpin???

Ini adalah berkaitan dengan kekalahan teruk 1-6 Manchester United kepada manchester City ahad lepas.... Kita faham PM Naji adalah peminat setia MU dan JM sendiri pun adalah peminat |setia MU... Takkanlah kekalahan MU tu, nak dikaitkan dengan PM Najib... Perlukah kekalahan MU tu nak disamakan kononnya BN akan kalah semacam itu juga??? perlukah perkataan sial ditujukan kepada PM Najib dek kerana kekalahan MU itu?? atau kerana mereka-mereka ini terlalu dengki bilamana PM mengajak penyokong-penyokong MU menonton bola bersama mereka???

Lihat contoh-comtoh tweet pemimpin yang dikaitkan dalam isu ini... Lebih lanjut Klik


JOMO MALAYA nak tanya, Bangang ker tak Bangang???... Tepuk dada tanya iman.... :)

Tukar Baru!!! Buka baju....

Adalah dimaklumkan... Nama Blogger MINDA PEJUANG BANGSA telah ditukar kepada  JOMO MALAYA mulai saat dan ketika ini... Ini adalah wajah baru... Bukan Tukar baju yer... :)

Ini adalah berikutan dengan transformasi dalam penulisan dalam meneruskan perjuangan untuk Alif Ba Ta (Agama Bangsa dan Tanahair)...  JOMO dalam bahasan bajau samah di Sabah adalah bermaksud ORANG.. Jadi, digabung dengan perkataan MALAYA.. Ini dibuat adalah kerana semangat 1 malaysia yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri pada ketika ini...

Justeru, singkatan bagi JOMO MALAYA adalah JM...

Sehubungan dengan ini, diharapkan pembaca terus bersama memberi sokongan kepada JM dalam meneruskan perjuangan ini...

BERSAMA KITA GALAS SEMANGAT PENDEKAR UNTUK PASTIKAN YANG HAK AKAN HAPUSKAN YANG BATIL.....

Anak Dapat Sedap! Bapa Tuding Jari....???

Senang-senang jer nak kata orang lain yang silap... Memang dasar Pengikut 'Bontot' Anwar ni... Betul tak???

Kes ramas-meramas ni, MPB pun sebenarnya geli nak menulis... Tapi, sangat tak berpuas hati dengan MB Penang ni, ntah siapa ntah...???
Takutnya Biawak Hijau?? tengok Lidah sikit...

Macam biawaklah puak-puak chauvinis ni... Laaa ni tuduh UMNO dan MCA pula terlibat sekali... Alahai.... Anak YOU yang dapat SEDAP, lu tuding jari dengan orang lain, Apa KES der???

Sepatutnya SPRM menyiasat perkara ini dengan segera, daripada MAMAT ni dok tuduh orang lain yang buat cerita... Ini melibatkan isu Maruah dan Integriti... Dulu, puak-puak ni lah yang tuduh UMNO bukan-bukan... Kaki itulah, kaki ini lah... Laaa ni... Anak depa yang jadi kaki Ramas....??? Alahai.....

Guan Eng jangan salahkan BN

SUBANG 23 Okt. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu membuat laporan polis berhubung dakwaan beberapa blog yang mengaitkan anaknya dengan kejadian mencabul kehormatan seorang gadis berumur 16 tahun baru-baru ini.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah itu lebih wajar dilakukan daripada menjadikan kejadian tersebut isu politik.
"Saya berasa simpati dengan apa yang berlaku terhadap keluarga dia (Guan Eng) tetapi Guan Eng, Lim Kit Siang dan DAP seolah-olah ingin mempolitikkan kejadian ini.
"Jangan salahkan Barisan Nasional (BN) dengan kejadian ini kerana bukan BN yang siarkan sebaliknya penulis blog. Kenapa salahkan BN," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan penutup Konvensyen Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (Combi) Kebangsaan 2011 di sini hari ini. - Utusan malaysia

Dulu nak jado contoh Khalifah... Sekarang??? Kalau Khalifah Orangnya Jujur bukan lidah biawak... Kamu bagaimana???

Rugi Tak Baca!!! Dari Pandangan Berbeza.... Himpun 2011

TAHNIAH!!! ungkapan paling bermakna kepada penganjur dan peserta Himpunan Sejuta Ummat di Stadium Shah ALam semalam... Walaupun dengan banyak tohmahan terutamanya oleh puak pembangkang dan Kafir Laknatullah yang tidak mahu melihat perkembangan syiar islam terus berkembang di bumi Malaysia...

Kehadiran awal diluar stadium



Ya... MPB akui jumlah peserta lebih kurang 15 ribu orang itu masih dianggap rendah... tapi ini adalah titik permulaan kepada penyatuan Ummah dalam memartabatkan martabat Islam... Kenapa selama lebih 50 tahun kita merdeka tidak ada masalah dalam beragama??? Islam agama rasmi persekutuan diterima pakai dan semua agama boleh melaksanakan agama masing-masing tanpa ada sekatan sekalipun... kita aman sebelum ini.. kenapa sekarang???
Pintu Masuk berhadapan pentas program.. ribuan mula masuk...
MPB tahu, ada pihak yang dengki melihat keadaan Malaysia yang aman dan damai dalam kepelbagaian.. Sebab itu puak ini buat apa saja asalkan rakyat Malaysia berpecah dan huru-hara... Kita menghormati dan menjaga agama lain tapi kenapa perlu diganggu gugat Agama Islam dan Orang Islam??? Kenapa perlu memurtadkan Orang Islam??? Kalau nak tolong sekalipun, kenapa perlu memurtadkan Orang Islam??
zikir nama Allah semua hadiri berdiri

ribuan hadir walaupun tak sama macam orang tengo Bola..ehe
Semalam, beberapa orang penceramah telah menyampaikan pidato mereka... semangat... sedih.. menyelubungi setiap pidato yang disampaikan... Inilah semangat pejuang Islam sebenar... Tidak kira apa jua parti politik, ramai hadir dan duduk bersama mendengar pidato yang disampaikan... Tambah menyedihkan, ada pula puak-puak pembangkang ni terus mengutuk program yang dianjurkan itu... Kenapa perlu dikutuk?? Program Himpunan ini diisi dengan menyebut kalimah Allah... Pidato untuk mnegajak Umat Islam bersatu dan kuatkan akidah... Bukan macam ceramah puak PAS yang hanya tahu mengkafirkan orang lain.... Masy'allah... Diharapkan puakpuak jahat yang mengutuk program ini segera bertaubat dan meminta maaf kepada penganjur...
Semangat Anak Muda Islam

Semangat Srkiandi Islam

Jangan disebabkan undi bukan Islam, Agama Islam dipergadaikan... Orang bukan Islam adalah Sahabat kita bukan musuh kita... Jadi kepada orang bukan Islam, diharapkan juga untuk menjaga keharmonian dan keamanan negara dan jagan perhubungan antara agama... Bersama kita pikul amanah ini demi Negara Malaysia tercinta...
seorang peserta di temuduga oleh wartawan BBC... Apa budak BBC ni tanya rasanya??

Betul-betul semangat pejuang

Hadirin khusyuk melihat persembahan Nasyid

Kumpulan Mursyid Malaysia



MELAYU BERSATU ISLAM BERDAULAT! tunggu artikel selanjutnya....

Monday, 24 October 2011

Mak Oiii.... Lebai PAS Pun Tak Tahan...??

Gambar Hiasan Sahaja....
Mak Oi.... Kalau yer pun nak tengok, janganlah sampai tak baca artikel ni... Bukan apa seronok rasanya bila melihat ada orang yang menggelarkan dirinya sebagai Pak Lebai pun masih tak berganjak nak tengok gambar Diana Danielle Pelakon hebat Malaya ini... Cantik Tak...?? Seksi tak...???

Inilah dikatakan sebagai lumrah manusia, lelaki suka melihat benda-benda yang cantik-cantik apatah lagi melibatkan soal nafsu... Kita semua tidak lari dari nafsu di menyelubungi diri... Ingat kita bukan maksum... Kita hanya makhluk ciptaan manusia yang penuh dengan kelemahan... Cumanya, inilah cabaran yang diberi kepada kita untuk tidak berusaha mengelakkan dir daripada maksiat yang menjadi mainan asas SYAITAN!!!!

Kita tak lari dari kekangan nafsu, nafsu makan, nafsu melihat benda BAIK PUNYER, nafsu nak cantik, nafsu itu dan ini... Kalau tak caya, cuba tanya orang PAS, betul tak??? Nak tahu lebih details cubalah tanya Timbalan Presidennya??? Mat Sabu?? betul tak OSTAD???ehe

Apapun, bersma kita perbanyakkan amalan agar dijauhi dari nafsu yang boleh memakan diri... Mudah-Mudahan Yang Maha Esa menghindarkan kita dari terlibat dengan mainan NAFSU SYAITAN yang sangat MERBAHAYA!!!

TAKDIRRRRRR segalanya.....

Sunday, 23 October 2011

Lagi Pasal Sejuta....Apa Deklarasi???

Program Himpunan Sejuta Ummat baru jer habis semalam, tapi cakap-cakap mengenainya masih tak habis-habis sampai saat ini... Yang dok bising-bising dan kutuk himpunan tu terus menerus tanpa segan silu menyatakan ianya gagal dan tidak bermakna??? yang lagi mengecewakan orang islam juga yang bercakap tu.... Alahai.....

 Pengerusi bersama Perhimpunan Sejuta Umat, Mohd Azmi Abdul Hamid

Apa pula komen PM mengenai Himpunan tu??? Difahamkan beliau memuji program berkenaan kerana dijalankan secara aman... "Itulah apa yang saya maksudkan apabila saya tawarkan stadium untuk BERSIH 2.0 berhimpun," katanya ketika diminta mengulas mengenainya dalam sidang akhbar selepas majlis Himpunan Perdana bersama bekas dan pesara polis di PWTC,Kuala Lumpur. Inilah pandangan bernas pemimpin, bukan macam Pak Nuar tu kata 'UMNO nak ajak kristian bergaduh'??? mak oi.... betapa rendahnya pemikiran manusia ni..... Dulu dia kata 'UMNO ajak orang India bergaduh'... Sekarang tuduh UMNO nak ajak kristian bergaduh.... Bodoh tak bodoh???

Bukankah BN lah yang menuntut untuk kita sentiasa harmoni bersama dalam semangat satu negara Malaysia??? ini negara milik kita bersama, takkanlah UMNO/BN nak ajak bergaduh... Inilah manusia yang sengaja nak porak perandakan negara dengan kenyataan yang boleh menimbulkan kebencian Umat... Secara peribadi Pak Nuar tak Layak Jadi pemimpin....!!! Nasib baik Tun Mahathir dah lihat dan ras perkara ni awal-awal, kalau tak habis punah negara oleh Pak Nuar ni...hu hu

Sudah-sudahlah tu wahai puak-puak yang jahat... Janganlah dipusing cerita yyang bukan-bukan mengenai Himpunan ini... Ini hanyalah luahan perasaan Orang Islam mengenai kerapuhan akidah umat islam... Mari Kita Hayati Deklarasi Himpunan sejuta Umat....

Bahawasanya, Islam adalah risallah Illahi yang dengan rahmatNya telah mengangkat martabat bangsa Melayu dan semua bangsa yang lain dengan mesej "Rahmatan lil' alamin".  Lantaran itu hanya dengan menghayati dan mengamalkan Islam sepenuhnya sahaja merupakan satu-satunya jalan untuk menjamin kemuliaan, keselamatan, kejayaan dan kehormatan bangsa Melayu mahupun mana-mana bangsa yang lain di negara ini.
Menginsafi bahawa asas pegangan umat Islam adalah Aqidah Tauhid yang menjadi tunjang kepada seluruh pegangan hidup umat Islam dan prinsip ini tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak.  Bahawa kedudukan istimewa dan status yang khas agama Islam sebagai agama Persekutuan telah ditetapkan sejak dari kemerdekaan Negara ini dan ia wajib dipertahankan oleh setiap warga Muslim dan dihormati oleh semua warga Malaysia.

Bahawa penyebaran agama lain dari Islam kepada orang Islam dengan tujuan memurtadkan orang Islam adalah dilarang sama sekali berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Islam berpendirian tegas terhadap gekala murtad dan pemurtadan yang dianggap jenayah berat yang perlu diperangi habis-habisan.  Pelanggaran terhadap peruntukan ini boleh mengundang kepada tergugatnya keselamatan nasional dan mengundang ketegangan agama di Negara ini.

Bahawa kami, pada hari ini, 24hb Zulkaedah 1432H bersamaan 22hb Oktober 2011 di Stadium Shah Alam Selangor Darul Ehsan, di dalam Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah (HIMPUN), bersepakat dan mengambil ketetapan untuk:

Pertama: Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan raja-raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang tubuh negeri.

Kedua: Kerajaan yang memerintah baik di peringkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yg tertinggi di dalam Islam dan perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam Negara ini dihormati.  Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

Ketiga: Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, hendaklah memastikan supaya Undang-Undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.

Keempat: Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kelima: Menuntut agar sistem pendididkan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah.  Kami menggesa pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada Aqidah Tauhid dan penerapan aqidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

Keenam: Meminta kerajaan mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

Ketujuh: Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk mengganggu-gugat kesucian islam.

Kelapan: Menyeru semua institusi dalam masyarakat terutama ibubapa mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman islam yang syumul agar membentengi anak dan waris terdekat dengan daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan aqidah.

Kesembilan:
Menggesa kerajaan supaya membantu dan mengawal aktiviti pihak media samaada media samaada media cetak, media elektronik dan media baru.  Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut undang-undang yang ada.
Kesepuluh:
Menyeru seluruh umat islam yang hadir di perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbezaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama BERSATU menyongsong tugas berat mempertahankan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.
*Deklarasi ini dilafazkan oleh Pengerusi bersama Perhimpunan Sejuta Umat, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar kanan) kepada kira-kira 5,000 orang peserta dalam Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah, di Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada 22 Oktober 2011.

APAPUN YANG TERJADI, BERSAMA KITA CEGAH MURTAD!! BERSAMA KITA CEGAH PAK NUAR DARI MENJADI PERDANA MENTERI!!!