Seketika! Setelah beberapa tahun di sini MPB melihat jauhnya perbezaan yang melibatkan hubungan kaum dan agama antara negeri tempat MPB meneruskan kehidupan dan negeri kelahiran MPB... Di negeri asal MPB, perbezaan itu adalah keunikan yang diterima bersama tanpa ada prasangka antara kami... Mungkin juga boleh jadi asas kepada konsep 1 Malaysia penerimaan diantara kaum dan agama...
Mengejutkan bilamana Pendokong Ambiga dalam PAS dah nyanyok... betul ker??? puak depa ni tak dapat bezakan antara perjuangan politik dan perjuangan akidah... Sekejap nak ikut sekejap tak nak ikut... PAS sudah jadi parti ikut-ikutan... tiada pendirian... Anggap semua orang islam yang tidak bersama mereka adalah Kafir... Betulkah??? Masya'Allah... Apa dah jadi dengan PAS ini??? Semenjak adanya pewaris Anwar di dalam parti itu habis punah parti... Benar???
Hal ini merujuk kepada himupnan umat pada hari sabtu ini... yang menghairankan, ada pula mamat YB DAP ni setuju secara terbuka dan memuji tindakan PAS untuk tidak bersama umat islam yang lain dalam himpunan itu... kononyan ini kerja UMNO... Alahai.... Bodohnya... Apa agenda DAP tu??? Ini hal Umat Islam.. kenapa nak masuk campur pula??? MPB semakin benci dengan puak ekstrimis DAP ini... Apatah lagi ingin menjadi Hero kepada Isu yang melibatkan akidah umat Islam... Takkan mereka nak lihat Umat Islam negara ini berpecah... Andai ini matlamat mereka, Kita Wajib Tentang....
MAlaysia dah berpuluh tahun merdeka... sebelum ini tidak berlaku kes-kes perbezaan dan perpecahan islam dengan islam dan bukan islam dengan bukan islam... MPB ingat lagi semasa membesar di negeri kelahiran, MPB punyai ramai rakan-rakan yang bukan beragama islam dan kita berkawan secara muhibah dan menerimanya sebagai perkara biasa dalam perbezaan kehidupan... Mereka hormat kita dan kita menerima mereka... tiada masalah yang berlaku... kenapa kehidupan semacam ini tiada di sini??? erm.... Ya itu cerita lama yang mungkin boleh menjadi pengajaran kepada kita...
Cumanya, apa yang MPB lihat sejak kemenangan besar puak pakatan ni pada PRU ke13 yang lepas perpecahan ini semakin menjadi-jadi.... UMNO yang menjadi benteng umat islam dikutuk sehabis-habisnya... PAS kononya yang memperjuangkan islam pada hari ini seperti hilang arah dek kerana terpesona dengan kilauan emas Putrajaya ang dicanang oleh Pak Nuar ini... Mereka sanggup turun bersama Ambiga yang sebelum ini ditentang oleh mereka... Tapi bila saudara seagama sendiri mengajak turun berhimpun atas niat untuk satukan akidah dan persaudaraan mereka Tolak... kenapa dengan mereka.?? Nak tanya penokong-penyokong PAS ini, mereka sudah nyanyok kah???
bagi MPB perkara yang melibatkan akidah umat Islam tidak perlu dipolitikkan... Puak PAS ni tak baca kah objektif himpunan ini dibuat??? Dulu time Bersih mereka kata ini tuntutan rakyat... jadi himpunan umat ini bagaimana??? Bukankah tuntutan rakyat juga... Apatah lagi melibatkan orang islam yang kononya diperjuangkan oleh mereka???
Kepada PAS INGAT!!! Parti hanya WADAH Bukan AKIDAH!!!!
Kalau depa tak faham dan nyanyuk juga biar MPB selitkan apa objektif Himpunan Umat ini:-
Himpunan Sejuta Umat antara lain mempunyai objektif berikut:
a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gemburkan melalui media.
b. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
c. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
d. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
e. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.