Friends Of Jomo Malaya

Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Friday, 14 October 2011

Bersetuju tapi Tak setuju???? Bodohnya......

Hangat.... PAS sudah bersetuju untuk tidak lagi berbicara mengenai perlaksanaan Hudud di negara ini... DAp tersenyum lebar tanda kemenangan, al-maklumlah inilah yang mereka  perjuangkan dahulu selama bertahun-tahun sebelum 'berkahwin' dengan PAS... PAS pula, jadi tambah bodoh dan takut kepada DAP kerana takut tak boleh menang Pilihanraya Umum ke 13 nanti kerana mereka juga inginkan undi kaum cina untuk mengalahkan UMNO/BN... Justeru, perjuangan mereka selama ini ditolak tepi.... YAHUUUUUU....???


Dahulu kamu mengkafirkan saudara seagama kamu untuk berkuasa tapi kamu gagal... Sekarang kamu bersekongkol dengan kafir untuk mengalahkan saudara seagama kamu, MPB pasti kamu juga akan gagal...

Difahamkan terdapat pertemuan sulit dikalangan adik-beradik palsu pakatan ini... Selepas pertemuan tersebut Setiausaha Agung DAP berkata “DAP dan Pas bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang Hudud dan Hudud bukanlah agenda bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,”.... Pergh.... TAHNIAH kepada PAS!!!

Tapi, yang amat menghairankan MPB, bila melihat ceramah anjuran PAS ini penceramahnya seiring dan sejalan tanpa segan silu menyatakan 'INI UMNO PUNYA SALAH'....??? Dah korang yang berbincang dengan puak kafir tu, korang tuduh lagi UMNO yang salah.... Mak oi... Makam tinggi sangat ker????

Sudah-sudahlah tu... Korang ajak untuk memartabatkan ummah tapi korang dari dulu sampai sekang hudud pun tak pandai selesai... Isu murtad di selangor bagaimana???.. tepuk dada tanya iman....

Thursday, 13 October 2011

Assalamualaikum Mak Cik, Boleh Saya Bantu????

Sambil menunggu giliran di kaunter pejabat kerajaan Fareez asyik memandang gelagat seorang wanita yang mundar mandir depan kaunter tersebut... Bermulalah perbualan mereka berdua:


Fareez: Assalamualaikum Mak cik...
Mak cik: Walaikumsalam nak...
Fareez: Maafkan saya makcik... dari tadi saya tengok mak cik asyik pusing sana pusing sini... mak cik ada masalah ker?? boleh saya bantu???
Mak cik: terima kasih nak... takda apa-apa, cumanya mak cik sedang cari dimana ma cik letak cermin mata mak cik tadi... maklumlah dah berumurkan...
Fareez: Owh yakah... Mak cik dari mana?? Datang ke sini untuk tujuan apa??
Mak cik: Mak cik takda dari mana-mana nak.. sebenarnya mak cik kerja di sini jaga kaunter dan pelayan tetamu....
Fareez: Ooooooooooooooooo..... erm..... (kebingungan sambil tersenyum)....

Sekadar Info: Umur persaraan kakitangan kerajaan dinaikkan kepada 60 tahun... (Bajet 2012)

Betulkah AWIE Masuk UMNO.....???

Dah banyak kali kita dengar Artis join parti politik... Kenanpa dulu depa tak nak masuk eh??? Sekarang baru nak terhegeh-hegeh nak masuk... tapi tak pa, mungkin puak-puak artis ni baru sedar akan kekuasaan politik yang membuat keputusan dan menentukan halatuju sesebuah negara dan rakyat....

Sebelum ini kita dengar Bob lokman masuk PAS dan beberapa hari lepas gempar beliau telah ditahan pihak JAIS kerana memberi ceramah tanpa permit... alahai... kesian juga dengan beliau... lepas ni jangan lupa buat permit ya... Kita juga pernah dengar AC MIZAL dan Isteri masuk UMNO Perak dan mamat Khalid (pengarah Jutawan tu....??) masuk UMNO Bahagian Gopeng dan beberapa lagi artis lain yang telah menggemparkan tanahair kerana ingin melibatkan diri dalam industri politik... Kenapa??? Industri Muzik / filem tanahair dah tak boleh cari makan????ehe

Alkisah Awie ni, difahamkan beliau akan menyerahkan borang kemasukan ahli UMNO kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin esok jam 4.30 petang di Pejabat Pemuda, Menara Datuk Onn... Tunggu dan lihat saja...

harapan kita awie juga dapat membantu dalam mencorakkan politik tanahair kearah yang lebih baik dan matang.... Persoalannya BOLEH ker??? Tanya Awie sendirilah...

TAHNIAH AWIE.....

Kalau Boleh Nak Jumpa Semua....

'Jika diberikan peluang saya nak bertemu dengan semua anak-anak yatim yang berada dirumah anak-anak yatim diseluruh Malaysia...' sejenak bersama Datuk Rosnah dalam program Ramah Mesra bersama Anak Yatim sekitar Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi... melihat dari cara beliau berkata-kata, terpancar wajah naluri seorang peimimpin yang bergelar ibu untuk melihat kebahagian anak-anak yang kurang bernasib baik...

Sebelum ini 'orang diluar sana' sibuk menghentam Puteri kerana kononnya hanya suka mengadakan program yang berbentuk 'glam... glam... gitu', tp bila MPB sendiri datang ke program tersebut sangkaan MPB ternyata meleset bilamana Ketua Puteri sendiri manyatakan 'tidak berminat' dengan program-program semacam itu dan beliau menegaskan lebih suka program ramah mesra seperti malam tadi kerana lebih dekat dengan rakyat dan lebih puas kerana dapat bertemu dengan ramai orang...

Kemesraan dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh YB Datuk kepada anak-anak yatim malam tadi sangat membuatkan hadirin teruja kerana beliau melayan mereka seperti anak-anak beliau sendiri... Mungkin disebabkan naluri seorang ibu yang begitu sebati dalam tubuh badan beliau menyebabkan anak-anak ini begitu suka dengan beliau... Cayalah Datuk... TERBAIK!!!

Difahamkan, program seperti ini adalah agenda berterusan Puteri UMNO Malaysia dan mereka akan turun disetiap negeri di malaysia untuk membantu budak-budak yang tinggal di rumah jagaan anak-anak yatim agar mereka juga merasa dihargai seperti anak-anak lain yang lebih bernasib baik...

MPB mengharapkan semangat yang ditunjukkan oleh YB Datuk disambut dan disokong oleh setiap ahli puteri di malaysia ini... Yang penting jangan bersikap hipokrit dan berpura-pura... Lakukan dengan seikhlas hati untuk membantu masyarakat... Rakyat melihat apa yang pemimpinnya buat... Malah, kalau pemimpin tu menipu pun kita boleh tahu....

Mudah-mudahan agenda ini menjadi satu wadah yang sangat berguna dalam menterjemahkan semangat 'Transformasi Najib' kepad kepimpinan Puteri dan Masyarakat...

Wednesday, 12 October 2011

'KABINET BAYANGAN' yang kelam lagi GELAP.....??? -Rosnah

Teka-teki.... itulah jawapannya, bilamana kabinet bayangan Pakatan Rakyat terus menjadi tanda tanya dikalangan pemerhati politik tanahair... Mereka terus membuatkan kita berteka-teki dan yang amat memeranjatkan kita siapa dibelakang tabir  kepada penciptaan dan pengunguman 'palsu' bajet bayangan Pakatan Rakyat 3 hari sebelum Bajet 2012 diumumkan oleh Perdana Menteri...??
Datuk Rosnah Shirlin Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia sendiri telah membangkitkan perkara ini dan ingin tahu sebenarnya siapa MENTERI KEWANGAN PR yang bertanggungjawab kepada 'Bajet' tiada duit Pakatan itu... Mungkinkah Azmin Ali??? Mat Sabu??? Lim Kit Siang?? atau Bob lokman??? (mungkin tak kot)....ehe atau mungkin Anwar sendiri yang menjadi menteri kewangan dengan menggunakan pengalaman silamnya sebagai mantan Menteri Kewangan dahulu... kalau dia, ada kemungkinan kerana cara 'bajet tiada duit' itu diumumkan semacam 'meniru' bajet-bajet kerajaan pada tahun-tahun yang sudah... Betulkah??? Rakyat nak tahu juga......

hari demi hari mereka membuatkan kita dalam dilema... MPB khuatir bajet yang diumumkan secara tergesa-gesa itu hanya bertujuan untuk mengaburi mata rakyat supaya tidak memberi fokus kepada beajet 2012 yang lepas... Tapi, sangkaan mereka jauh meleset, bilamana bajet mesra dan mensejahterakan rakyat itu telah menjadi satu bajet yang sangat HEBAT dalam sejarah Malaysia... Rakyat secara terus mendapat bantuan daripada kerajaan dengan mengurangkan bajet pembangunan yang selama ini menjadi 'modal politik' kepada pembangkang.... Dek kerana kehabisan modal, ini pun depa nak 'bantai'....

Bagi menyokong kenyataan Datuk Rosnah shirlin, MPB mencabar Pakatan Rakyat untuk menamakan siapa sebenarnya Menteri Kewangan yang bertanggungjawab kepada 'Bajet tiada duit' Pakatan itu dan senaraikan KABINET BAYANGAN mereka dengan kadar yang segera....!!! Depa mengaku kononnya mereka bersatu dalam memahami antara satu sama lain, Justeru Kita nak cabar mereka dalam hal ini... Nak tengo samada Karpal Sing akan melenting lagi dengan ucapan 'Anwar Ibrahim Harus Bertaubat' lagi atau tidak....???Tungguuuu.... :)

Tuesday, 11 October 2011

'Titah' TUANKU buat mereka 'Kecut Perut'....!!!

Itulah akibatnya apabila puak-puak yang tidak bertanggungjawab ini membuat kenyataan yang tidak berasas kepada JAIS dan Exco Agama Selangor Datuk Dr Hassan Ali kononnya siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas majlis Thanksgiving Dinner yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos tidak ada berkaitan dengan isu memurtadkan umat islam....??

MB Selangor dan sekutunya seperti MP Shah Alam tentunya ketika ini berkecut perut bila mendengar titah Tuanku selepas Tuanku mendapat laporan lengkap daripada pihak JAIS mengenai siasatan tersebut... Sebelum ni depa asyik nak pertahankan tindakan JAIS itu tidak sesuai dan betul... Sekarang ni depa nak buat apa???? yang tambah pelik ada pula 'ustaz' sorang ni asyik 'backing' dua orang manusia yang bergelar pemimpin ni... Alahai ustaz.... janganlah disebabkan peristiwa silam ataupun jika ada 'ketidakpuashatian' lampau terhadap JAIS diberikan pula pendapat yang hanya mengeruhkan air yang telah keruh....

Sepatutnya MB Selangor dan MP Shah Alam meminta maaf kepada Duli Tuanku sebagai ketua Agama ISlam di Negeri Selangor kerana sebelum ini asyik menghentam JAIS di atas tindakan yang telah mereka buat kepada DUMC...

MPB melihat JAIS sebenarnya membuat tindakan yang sangat tepat dan bersesuaian untuk mencegah umat islam daripada menjadi murtad... Takkan ini pun nak dihentam oleh 2 orang manusia ini??? Apa pula kenyataan PAS dalam isu ini??? janganlah disebabkan nak jaga undi, sanggup 'dipergadaikan' segala hak, maruah dan prinsip asas perjuangan... Depakan selalu katakan 'Cakap Betul Walaupun Pahit'.... Sekarang bagaimana???

Berikut Petikan Titah Yang Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah:-
Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor amat mengambil berat di atas tindakan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis 'Thanksgiving Dinner' yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu.
Beta amat berharap agar rakyat Negeri Selangor tanpa mengira bangsa dan agama tidak menyalahanggap dan mempertikaikan tindakan JAIS tersebut sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS.
Sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam dalam Negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat untuk memastikan Agama Islam dalam Negeri Selangor ini sentiasa dipelihara dan dimartabatkan selaras dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Negeri Selangor di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Pihak JAIS telah menyembahkan kepada Beta laporan penuh mengenai pemeriksaan yang telah dijalankan di kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya tersebut dan juga tindakan susulan yang telah diambil oleh JAIS. Beta sendiri telah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan Beta berpuas hati bahawa tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor ini.
Tindakan JAIS tersebut adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988.
Agama Islam yang diamalkan dalam Negeri Selangor ini adalah sebuah agama yang penuh toleransi. Penganut agama Islam sentiasa dipupuk agar menghormati penganut-penganut agama lain.
Walaupun begitu, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk cuba mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.
Ini adalah selaras dengan Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988 yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.
Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh, Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing dengan aman dan harmoni.
Hak kebebasan tersebut telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan.
Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam.
Merujuk kepada siasatan pihak JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan aqidah umat Islam.
Tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil.
Oleh itu setelah meneliti dengan secara mendalam laporan oleh pihak JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak.
Walau bagaimanapun Beta menitahkan JAIS memberikan kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipulihkan.
Beta juga menitahkan JAIS supaya menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih kerap dan tersusun supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.
Beta amat berharap selepas daripada ini, apa-apa kegiatan dan aktiviti yang sedang berjalan atau yang akan berjalan bagi tujuan mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam dalam Negeri Selangor ini hendaklah dihentikan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti yang serupa dijalankan di masa hadapan.
Sesungguhnya Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor ini amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan aqidah orang Islam dalam Negeri Selangor ini.
Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak-agak lagi selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang.
Beta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil berat berkaitan isu ini dan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada JAIS.
Sumber Utusan Malaysia.
Sudah-sudahlah nak menunding jari dan salahkan orang lain dalam hal ini... Rakyat tahu dan faham, mengapa perlu dituduh UMNO yang memutarbelitkan keadaan...?? Siasatan dibuat oleh JAIS dibawah exco Agama Islam dari Parti PAS, takkan UMNO juga yang salah... Tengo sekarang dah kena BATANG HIDUNG depa... nak Lari ke mana??? Sila JAWAB...!!!

Monday, 10 October 2011

Pemikiran Lapuk Anwar...???

Mungkin inilah yang terjadi apabila seorang itu terlalu banyak buat onar dan pusing-memusing hal dunia tambahan lagi pernah masuk penjara pula tu.... Bukan nak mempertikaikan kebolehannya sebagai seorang pemimpin... YA!! beliau pandai berkata-kata, tidak dinafikan... Tapi yang dah lalu tu biarlah berlalu... banyak sudah onar dan kepalsuan yang telah berlaku...??

Pagi ini difahamkan pembentangan beliau pada sesi perbahasan bajet 2012 tadi asyik membandingkan apa yang telah beliau buat dan 'kononnya' pencapaian beliau semasa menteri kewangan dulu...

Gambar Hiasan.... Siapa dia??

Bro Anwar.... Awak jadi Menteri Kewangan tahun bila??? Sekarang dah tahun 2011 dan jumaat lepas PM umumkan bajet untuk 2012.. dah berbelas tahun berlalu semenjak kali terakhir anda memegang jawatan Menteri Kewangan... takkanlah bajet tahun-tahun dulu u nak bandingkan dengan sekarang??? sudah-sudahlah nak sebut pasal IMF atau Bank Dunia ni segala... Tun Mahathir telah membuat keputusan yang sangat bijak untuk tidak melibatkan Malaysia dengan 2 nama ini dan alhamdulillah Malaysia berdiri megah pada hari ini sebagai negara membangun dalam kelas tersendiri....

kalau dulu oklah, Gaji murah... barang murah... sekarang??? Tanya diri kita, kalau dulu bawab RM200 apa yang kita boleh beli di supermarket?? banyaaaak... sekarang?? cuba bawa RM200, alahaiiii.... ringannya plastik... gula?? telur?? beras?? pakaian sekolah?? buku?? semuanya naik harga.... Hinggakan nak kencing sekalipun sekrang mahu bayar lor.....

Tambah menghairankan lagi, dulu masa beliau menteri kewangan, puak-puak pembangkang masa tu dari PAS dan DAP apa mereka buat?? tak ingatkah mereka asyik hentam kamu 'anwar' setiap kali bajet dibentangkan... ??? sekarang kamu nak bandingkan pula dengan apa kamu buat dahulu... Orang DAP dan PAS yang sibuk hentam Pak Anwar 'dahulu' ni buat apa sekarang??? kenapa membisu??? kenapa tak mencela masa perbahasan kata 'kami tak setuju dengan cara Anwar'... kenapa??? nak simpan dalam hati.... ???

Sebelum-sebelum ini kalau Kerajaan buat projek besar untuk kepentingan rakyat di hentamnya kerajaan kerana hanya berminat dengan projek mega dan membazir duit rakyat... Sekarang ni, bila PM umumkan banyak peruntukan kewangan untuk rakyat dalam usaha untuk meringankan beban rakyat pun dihentamnya juga kerajaan... Begitulah budaya pembangkang... Asyik hentam.. hentam ... hentam... jangan HENTAM belakang sudah....ahaha

Apapun, mudah-mudahan apa jua perbahasan di parlimen memberikan keputusan dan jawapan yang terbaik untuk rakyat.... Terima Kasih kepada Kerajaan yang memerintah...

Sunday, 9 October 2011

Kenapa Asyik Salah-Menyalah???

Inilah budaya yang telah menjadi masalah besar dalam budaya kehidupan kita... Masing-masing nk menyalahkan satu sama lain... kalau tak seiring atau 'ngam' dengan dia, dia kata itu salah... Kenapa tak duduk berbincang?? Kenanpa tidak duduk semeja?? berdepan antara satu sama lain?? Bukankah Muafakat itu membawa berkat???
Gambar Hiasan: Surau tempat untuk merapatkan ukhuwah Ummah

Apa yang MPB nak katakan di sini ialah, dalam banyak perkara di negara ini terutamanya dalam melibatkan masalah ummah dan sistem politik negara yang berkaitan dengan orang melayu Islam, amat sukar untuk kita lihat adanya perbincangan secara berbuka hati antara dua pihak yang berbalah... lebih-lebih lagi ia melibatkan musuh dalam soal politik, parti yang berbeza, team yang berbeza dan banyak lagi yang berbeza... Tak bolehkah kita letak berbezaan itu sebagai cara untuk mencari titik pertemuan???

Tadi, MPB sempat hadir dalam satu kuliah yang membicarakan mengenai kemaslahatan ummah... Tapi, banyak masa penceramah@ustaz tu hanya banyak bercakap mengenai isu hudud... MPB melihat, pemberi ceramah tu asyik menyalahkan pihak di sana yakni UMNO kerana tak menjalankan hukum hudud... Kita faham banyak pendapat ulama berkaitan hukum hudud dan qisas... tapi, yang menjadi persoalannya bukankah kuliah seperti ini sepatutnya mengajak umat islam bersatu dan mencari titik pertemuan kedua-belah pihak dan bangkitkan cadangan penyelesaian untuk mencari bagaimana cara terbaik untuk melaksanakan hukum Allah ini daripada hanya tahu tuduh menuduh kutuk mengutuk dan sebagainya...???

MPB tahu niat penceramah ini sangat suci dan murni kerana untuk menegakkan hukum Allah dimuka bumi ini... tapi perlukah cara membangkitkan semangat membenci kepada UMNO dikalangan jemaah dijadikan sebagai cara untuk penyampaian ceramahnya??? Islam itu indah... Hukum Allah itu indah... sebagai muslim yang punyai akidahnyamengetahui perkara ini, tapi, bukankah tugas pemimpin itu untuk mencari penyelesaian terbaik daripada membiarkan 'askar-askar' dibawanya terus berbalah antara satu sama lain...??? macamana nak menggalakkan orang datang ke surau kalau ceramahnya hanyya berkisar politik semata???

Kepada kerajaan yang memerintah juga, perlu meletakkan keegoan pada tahap sama dengan pembangkang... Ajak mereka bersama untuk mencari penyelesaian terbaik... kumpulkan semua pakar hukum islam daripada kedua belah pihak bersama membincangkan perkara ini dengan lebih serius... Kadang-kadang MPB pun rasa bingung jugak kepada beberapa majalah diluar sana, adakah minta pandangan artis mengenai perlaksanaan hukum hudud.... apa yang artis tu tahu???

Apapun,dalam kita menghadapi senario dunia,  negara dan ummah yang kian mencabar janganlah kita asyik menyalahkan antara satu sama lain... ingatlah ummah kuat negara kita pun akan kuat...

'Sebatang Lidi boleh dipatah-patahkan tapi segenggam Lidi amat sukar dipatahkan'

Rakyat Sudah Jelas??? -WP

Penerangan demi penerangan, penjelasan demi penjelasan dilakukan oleh UMNO/BN dalam memberi penerangan kepada rakyat mengenai perkara sebenar yang telah dan akan dilakukan dan diperjuangkan oleh parti keramat ini terutamanya dalam usaha memenangi Pilihanraya UMUM ke13 yang dijangka diumumkan bila-bila masa sahaja...

Gambar dihantar oleh seorang kawan

Yang membuatkan MPB lebih terharu, aktiviti tidak putus-putus Perdana Menteri berjumpa dengan rakyat setiap hari, masa dan ketika... pagi ini, PM telah hadir dalam Majlis Penerangan Perdana anjuran BN Wilayah Persekutuan yang dipimpin oleh Datuk Raja Nong Chik... Difahamkan ramai yang hadir memberi sokongan kepada Parti dan mendengar ucapan daripada PM merangkap Pengerusi BN Malaysia...

kalau dalam twitter kawan-kawan berusaha untuk update apa sahaja yang diucapkan oleh PM dalam program... Seperti biasa apa jua ucapan daripada PM memberikan impak yang bermakna kepada mereka yang mendengarnya... Itulah karisma yang ada pada PM... Sehinggakan ada kata-kata yang menyatakan pada hari ini 'Brand nama NAJIB lebih mahal dari bran nama UMNO/BN'...ehe

Kepada sesiapa sahaja yang bergelar pejuang tanahair, selamat berjuang dan pastikan matlamat perjuangan dapat dicapai... andai tidak, teruskan usaha dalam perjuangan kerana yang pastinya 'Perjuangan Belum Selesai'...

perkongsian: Antara tweet sahabat MPB pada pagi tadi:

berasa teruja n terharu dgn kehadiran pejuang2 BN WP pd majlis penerangan Perdana..berasa selamat ditgh2 8 ribu p'yokong BN WP
 
kalau nak menang buat cara nak MENANG..Jgn berbalah sesama sendiri..Jgn berpuak2 dlm parti..
 
kata Ada pulak parti yg ada Penasihat seumur hidup, anak dia pulak setiausaha, kroni sepakat. Tu demokrasi ke??
 
- minyak x akan naik..Rokok pun tak naik, hahaha seronok kaki rokok wooo... Dewan ketawa
 
Mak nyah pun akan dapat kalau pendapatan mereka Rm3000 kebawah. Hahaha tu dia ketelusan dalam mentadbir negara..

WAJIB BACA!!! Perkara Terhebat Dalam Sejarah MALAYSIA...

Ringkasan Bajet 2012

Petikan teks Bajet Rakyat yang Cukup-cukup mengharukan, merasai nadi rakyat, membantu rakyat yang memerlukan dan apa yang penting memastikan kesejateraan dan BERPAKSIKAN RAKYAT....
124. Sesungguhnya, sokongan besar rakyat amat penting untuk mempastikan perjalanan kita akan menemui kejayaan yang diimpikan menuju gapura Malaysia yang maju, makmur sebagai oasis harapan dan kestabilan dalam lautan dunia yang tidak menentu.
125. Sememangnya lagi, Kerajaan Barisan Nasional tidak tunduk kepada tekanan atau apa-apa paksaan untuk mengambil jalan yang benar dan betul demi warga Malaysia. Kami yakin dengan perjuangan yang kami gandar ini bukannya dibuat-buat atau sebuah ilusi silap mata sebagai guna menutup lompang keikhlasan dan kebobrokan syaksiah serta kemunafikan intelektual seperti sesetengah pihak. Perjuangan kami warisan mulia zaman berzaman meniti generasi.
126. Perjuangan ini bukan perjuangan sehari, seminggu, sebulan mahupun setahun. Ia adalah perjuangan berdekad lamanya. Inilah sebuah Bajet di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional diilhamkan demi rakyat. Kepada Allah jua kita berserah.

Inilah kata-kata pemimpin Hebat Negara, bilamana mengakhiri ucapan pembentangan bajet yang cukup baik dalam membantu rakat.

Secara jujur MPB melihat tiada sesiapa yang diketepikan dalam pengunguman bajet ini, orang awam, swasta, kakitangan kerajaan, pesara, peniaga dan ramai lagi... Inilah dinamakan bajet rakyat apabila Kerajaan yang kitakan selama ini hanya berminat dengan projek-projek mega telah menunaikan Janjinya dengan memberikan bantuan terus kepada rakyat yang 'memerlukan' bantuan dalam menghadapi cabaran kehidupan yang lebih mencabar pada tahun 2012 ini... 

Walaubagaimanapun, masih ada yang tidak berpuas hati dengan bajet yang dibentangkan... di puak 'pembangkang' ada yang menyatakan ini 'Bajet Pancing Undi'... MPB nak tanya kepada puak-puak ini, yang 'Anwar' bentang budget Pakatan tu untuk apa??? Pancing ikan??? Ikan Apa?? Pari??? 

Penjawat awam yang lebih sejuta orang, mereka yang menjadi perlaksana kepada dasar kerajaan betul-betul dihargai dahlah dapat penstrukturan gaji 7-13%, kenaikan gaji tahunan 80-320 (mengikut gred) malah dapat pula BONUS setengah bulan gaji... Terdengar beberapa MP bersuara diluar parlimen 'Dah banyak naik, kerja pun mesti dipertingkatkan'...

Tambah menariknya Guru-Guru... dahlah menikmati semua yang penjawat awam dapat, ditambah lagi dengan kenaikan secara time-based dimana depa boleh naik DG44 selepas 8 tahun berkhidmat dan DG48 selepas 16 tahun berkhidmat... masya'allah, murahnya rezeki pendidik kita di malaysia ini... Cuma nasihat MPB agar guru-guru (adalah puak-puak kecil ni...???) supaya lebih fokus dalam mendidik anak bangsa, sudah-sudahlah libatkan diri dengan politik terutamanya depa yang suka hentam kerajaan.... terlalu banyak kelebihan yang guru-guru dapat, pastikan kerja asas MENDIDIK ANAK BANGSA lebih dititik beratkan.... bantulah kerajaan dengan hati yang ikhlas dalam melahirkan pelajar yang HEBAT di masa akan datang....

Kerajaan sangat menitik beratkan soala kebajikan pendidikan anak-anak malaysia tanpa mengira kaum dan agama... buat pertama kalinya, Yuran adalah percuma, ditambah lagi dengan bantuan RM100 ringgit kepada semua pelajar sekolah.... Pelajar pengajian tinggi pula diberikan baucher RM200 untuk pembelian buku... MPB yakin, ibubapa, terutamanya golongan berpendapatan rendah tidak akan ada masalah dalam menghadapi sesi persekolahan tahun hadapan... tak perlu fikir pasal yuran sekolah, nak beli baju dan buku sekolah pun kerajaan dah bantu untuk ringankan beban ibubapa... yang penting pelajar datang ke sekolah dan belajar rajin-rajin... MPB terkenang pula kenangan semasa persekolahan dulu, terasa keperitan Ibubapa untuk cari duit nak sediakan segala keperluan sekolah untuk kami adik beradik... MPB sangat berterima kasih Kepada kerajaan walaupun tak dapat merasanya, tp, MPB boleh merasakan betapa gembiranya IbuBapa yang memerlukan bila mendengar pengunguman ini....

Dibantu lagi dengan mereka yang punyai isi pendapatan keluarga kurang RM3000 diberi lagi bantuan RM500 secara one-Off.... semua subsidi yang ada diteruskan... Banak rumah boleh milik dibangunkan bagi mengatasi kesusahan rakyat untuk memiliki rumah.... dan banyak lagi yang diperolehi oleh rakyat....

Secara dasarnya MPB melihat, bajet ini begitu komprehensif dan inklusif... Segala kekurangan dibantu... dan bantuan itu diperolehi terus oleh rakyat... Jadinya, rakyat dinasihat agar menggunakannya untuk kebaikan diri dan keluarga.... (Secara ringkas boleh lihat gambar di atas)

MPB melihat, dengan begitu banyak bantuan terutamanya dari segi kewangan yang menjadi nadi kesusahan rakyat pada hari ini, ekonomi Malaysia akan terus berjalan rancak kerana rakyat punyai kuasa beli yang lebih tinggi daripada biasa...

Ada yang menyatakan, golongan pertengahan tidak merasai apa-apa dalam bajet ini... Siapa kata??? kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi kepada rakyat tanpa mengira latar belakang contonhya minyak, beras, gula dan sebagainya... semua perkara ini menjadi keutamaan penting dalam kehidupan rakyat...

Apapun, Kerajaan telah menerahkan banak perkara kepada rakyat... kepada rakyat semua, kita nilailah bersama secara jujur dan ikhlas dengan apa jua yang telah diberikan kepada kita tanpa ada perasaan emosi yang tidak 'ketentuan'... Apa lagi yang kita mahu?? walaupun tidak semuanya yang kita mahu dipenuhi, MPB yakin kerajaan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat...

Teingat satu kata-kata 'Jangan tanya apa yang negara bagi kepada kita, tapi, tanyalah kepada diri kita apa yang kita telah sumbang kepada Negara kita yang tercinta ini'.... Kerajaan telah berbuat sesuatu kepada kita??? Apa yang Kita Telah Buat???? Tepuk Dada Tanya Iman Kita....

SYUKUR KEPADA ALLAH DAN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN....