Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Thursday, 6 October 2011

Siapa Si Dajjal???


Dari Huzaifah, Rasulullah SAW telah bersabda ; Dajjal itu buta mata kirinya, berambut lebat, ia membawa surga dan neraka, nerakanya adalah surga dan surganya adalah neraka. Hadis riwayat Muslim http://tayibah.com/eIslam/dajjal3.htm
Jangan buat Dajjal!!! itulah ungkapan yang selalu kita dengar bilamana seseorang itu menegur seseorang yang lain untuk tidak berbuat sesuatu yang tidak baik.... dari dahulu sampai sekarang kisah Dajjal tidak pernah putus-putus diceritakan... Begitulah perumpamaan Dajjal yang dianggap menakutkan oleh makhluk manusia diakhir zaman... Tapi, Siapa Si Dajjal ini???

Sekadar Hiasan

Penulisan kali ini tidak memfokuskan kepada apa-apa cuma untuk melahirkan semula ingatan kepada tipu helah sesiapa sahaja yang 'penipu dan pembohong' agar kita sama-sama sedar mana yang baik dan mana yang buruk atau mana intan dan manapula permata...!!!

Sedikit penerangan makna Dajjal. Al-Dajl bermaksud penipuan dan pengaburan, ia berasal daripada perkataan dajala jika seseorang melakukan penipuan Jadi , al Dajjal bermakna pendusta dan penipu. Lafaz al-Dajjal lebih masyhur dikaitkan kepada al-masih yang buta sebelah mata lagi pendustaDia dinamakan Dajjal kerana menyembunyikan kekafirannya kepada umat manusia dengan pembohongan dan penipuan...
Siapa Si Penipu??? Si Pembohong??? Si Dajjal???
Sebenarnya diakhir zaman ini, Rasulullah saw telah menyebut, akan datang makhluk bernama Dajjal; yang akan membawa pakej ransangan duniawi untuk menyesatkan manusia. Dia muncul dikala masyarakat ketika itu sudah jahil, rosak, sesat dan menjalani kehidupan songsang.

Dalam keadaan itu, Rasulullah saw memberitahu Dajjal akan datang mengelabui manusia dengan pebagai janji manis. Dia akan membawa janji sungai air dan api. Siapa yang terpedaya akan terjun kedalam sungai air yang sebenarnya api. Sesiapa yang beriman akan memilih terjun ke sungai api yang sebenarnya air yang nyaman. Dajjal berjanji menurunkan hujan menyuburkan tanah bagi yang menyokongnya, dan manusia yang menentang akan dikeringkan bumi dan disusahkan kehidupan dengan kelaparan.

Sabda Rasulullah, makanan umat beriman ketika itu hanyalah zikir, tasbih, tahmid dan takbir! Dan hanya mereka yang beriman, walaupun sedikit, akan dapat melihat tanda kemungkaran dan kebatilan didahi Dajjal - tanda "Kaf Fa Ro - Kafir!".
http://zul4kulim.blogspot.com/
Kamu ikut aku, aku akan berikan segalanya untuk kalian... (inilah mungkin kata-kata di Dajjal dalam usaha untuk mempengaruhi Manusia mengikutinya...??) Ditaburkan dengan janji-janji manis... Diberikan segalanya kepada siapa yang mengikutnya... 'Dibenarkan' apa saja yang dilarang agama, asalkan orang itu menyertainya... Tapi selepas itu bagaimana???

Perjuangan bukan satu perkara mudah... bagitu banyak dugaan dan cabaran yang menanti dihadapan... Tapi, jangan kita sesekali menggadaikan apa yang telah menjadi asas dan prinsip kepada kita... Dahulu kita begini sekarang kita hentam apa yang kita buat dahulu... Jangan tipu rakyat dengan segala benda... jangan Jadi Hipokrit kepada Agama Bangsa dan negara...!!!

Teringat kata seseorang kawan: 'Dahulu kamu tipu kami dengan propaganda untuk ke Putrajaya, Apa lagi pula tipu kamu selepas ini'...??? Sudah-sudahlah....
 

Wednesday, 5 October 2011

Budget 'Pasti laksana' VS Budget 'Si Janj-Janji'...

MPB terasah geli hati melihat gelagat beberapa MP2 pembangkang yang diketuai oleh Azmin Ali?? Fauziah Kuantan (yang tidak selesai-selesai dengan isu Lynass tu)?? Nurul Izzah?? dan lain-lain ni pada hari semalam sibuk update/tweet setiap patah ucapan Ketua Umum PKR semasa membentangkan apa yang digelar sebagai Belanjawan pakatan untuk 2012... Macamlah budget betul sibuk nak promo!!!??? Apa niat sebenar mereka??? Nak banding dengan budget yang PM nak bentang jumaat ni?? Nak bagitahu rakyat mereka yang bagus?? Atau sebagai umpan awal pilihanraya ke13 nanti???

Sudah-sudahlah.... kalau lebih 2 tahun lalu mereka janjikan untuk ambil alih kerajaan, tapinya terpaksa 'dibatalkan' kononnya ada masalah teknikal....??? Masalah teknikal apa??? kenapa masalah 'teknikal' tu tak settle-settle sampai hari ini...??? Dah lebih 2 tahun 'projek' ke putrajaya GAGAL...!!!! Inikan pula nak urus duit negara yang berbillion dan melibatkan masalah-masalah dan halangan yang lebih besar lagi... Lagilah teruk nanti...?

MPB pun tak tahulah berapa banyak janji-janji yang telah ditabur oleh puak-puak pakatan ni...??? tapi sama jugak 'HAMPEH'.... MPB taknak persoalkan dimana Wang budget yang mereka akan dapat melalui pembentangan belanjawan 'Si Janji-Janji' ni cuma persoalannya dapatkah mereka laksanakan???


Kenapa pakatan tergesa-gesa nak bentangkan Budget acuan mereka tu??? MPB difahamkan, Perdana menteri akan membentangkan suatu belanjawan yang komprehensif dan akan memberi banyak keuntungan kepada rakyat.... So, untuk mengalihkan perhatian rakyat pada hari jumaat ni, mereka sedaya-upaya cuba melahirkan suatu budget 'Si Janji-Janji' yang kononnya lebih mesra dan mementingkan rakyat... Setahu MPB, budget tahunan Kerajaan semuanya memberi perhatian kepada rakyat dan cara budget itu dibuat contohnya dari segi mendapatkan maklumat, mana kementerian yang perlu diberi perhatian lebih adalah sama sepertimana ketika Anwar berada dalam kerajaan dahulu...??

Ini taktik politi beliau... Kononya politik baru bagi Malasia... dari mac 2008, MPB sentiasa memikirkan bagaimana cara politik baru yang pakatan nak bawa... Kalau kata tak mengutuk 'Puak-Puak' inilah ang tak habis mengutuk orang....??? kalau kata untuk membentuk parti dan negara yang lebih adill dan demokrasi, MPB tidak melihat lansung kerana beliau sebagai Ketua Umum PKR pun tidak dipilih melalui pemilihan Ahlinya... Lantik Sendiri atau presiden yang lantik... Almaklumlah, si presidenkan isterinya yang solehah..??? Adilkah macam tu???Tepuk Dada tanya Iman Diri Kita...

Apapun, Kita tunggu sahaja pembentangan belanjawan Negara jumaat ini... Diharapkan apa yang dimahukan oleh rakat akan dapat diucapkan oleh Perdana Menteri malaysia nanti... Ke arah negara maju tahun 2020 memerlukan komitmen semua bukan hana dipihak kerajaan sahaja... Kepada Kerajaan yang memerintah, perkara pokok yang menjadi masalah kepada rakyat perlu diselesaikan...

Mudah-mudahan budget kali ini terus memenuhi aspirasi dan kehendak rakyat dalam memacu Malaysia kearah yang lebih maju...

BERSAMA TOLAK BUDGET SI JANJI-JANJI....

Monday, 3 October 2011

Pemimpin Mahasiswa Umpama Kerbau???

Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan tajuk di atas... Betulkan??? MPB sendiri pun sangat tidak bersetuju..!!! Takkanlah Pemimpin mahasiswa diibarat seperti kerbau... Ini terjadi bila MPB bercerita dengan sekumpulan pelajar mengenai Pemimpin Mahasiswa di Universiti.. Secara 'spontan' ada hamba Allah ni berkata 'Pemimpin Mahasiswa ni Umpama Kerbau', terkejut mendengarnya, lalu MPB bertanya kenapa ia berkata sedemikian...???

Kita Tidak Mahu Pemimpin Mahasiswa diumpamakan sebagai kerbau... Tapi Bagaimana??

Menurut beliau, Mahasiswa pada hari ini sudah tidak berminat dengan kepimpinan pelajar kerana pemimpin mahasiswa sekarang ni tidak pandai berfikir sendiri dan tidak lagi berjuang untuk pelajar tetapi hanya bekerja untuk pihak pentadbiran... betul kah??? Jika betul mana buktinya??? Lantas MPB bertanya kepada pelajar tersebut, apa buktinya?? katanya, banyak masalah pelajar tidak dapat diselesaikan oleh mereka.. betul kah pemimpin mahasiswa sebegitu??? Tepuk Dada Tanya Diri anda yang bergelar Mahasiswa...

Bagi MPB Mahasiswa adalah 'Change Agent' kepada masyarakat... Dahulu, pimpinan mahasiswa ini sangat dihormati dikalangan pelajar denngan idealisma ang dibawah... mereka banyak berjuang dan menuntut apa yang dipanggil sebagai hak pelajar.. Sekarang Bagaimana??? Adakah dengan sekadar menganjur program itu dan ini sudah dianggap sebagai memperjuangkan hak pelajar??? Adakah dengan hanya sekadar duduk berbincang dengan pihak pentadbiran sudah dianggap sebagai Suara kepada mahasiswa?? tepuk Dada Tanya diri anda yang bergelar mahasiswa...
Pemimpin Mahasiswa Perlu membawa mahasiswa ke arah kecemerlangan....

Apapaun, setiap mahasiswa punyai pendapat masing-masing... mereka lah yang menilai pemimpin yang diangkat dikalangan mereka sehingga digelar sebagai Pemimpin Mahaasiswa... Tapi, yang musykilnya, Kenapa pula mereka ini diumpamakan sebagai Kerbau??? Ikut sahaja arahan orang-orang 'atasan'... atau hanya ingin menunjukkan mereka popular dikalangan staf universiti tersebut... Wallahu'alam...

Kepada yang berhasrat untuk menjadi pemimpin mahasiswa ianya satu semangat dan niat yang baik, tapi pastikan anda mempunyai kelayakan dan syarat-syarat asas untuk menjadi pemimpin, kerana anda bukanlah dilantik oleh pihak pentadbiran tapi anda diundi oleh pelajar....

janganlah pula 'kerbau' menjadi perumpamaan kepada kita... Sekadar berkongsi...

PENTING! Ucapan Datuk Seri Najib pada Perhimpunan Agung MCA 2011...

Persidangan agung MCA pada kali ini diperkatakan oleh presiden MCA sebagai yang terakhir sebelum PRU akan datang. Sebenarnya ia mungkin terakhir dan mungkin tidak. Apapun yang akan berlaku, masa akan menentukan. Tetapi yang penting dalam perhimpunan ini saya dapat melihat satu semangat baru. Satu gambaran bahawa keadaan dalam MCA semakin pulih.Biarlah kita jangan menoleh ke belakang lagi. Apa yang perlu kita lakukan ialah untuk menentukan bahawa sebagai parti komponen yang kedua terbesar dalam BN, nasib BN bergantung kepada kekuatan parti MCA. Saya telah menyatakan dan ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya ingin melihat MCA yang baharu dan kuat.

Apa gunanya kepada BN kalau MCA berpecah belah…ada team A, B, C. apa gunanya kalau parti ini yang begini besar yang memainkan peranan penting dalam pembentukan negara kita, dan perjuangan kita untuk membawa perubahan kepada negara jika  kita tak dapat menentukan kesatuan dan perpaduan sehinggakan parti kita ini boleh terus menerus mendapat kepercayaan masyarakat kaum Cina dan kaum-kaum lain pada keseluruhannya?
Oleh itu saya merasakan satu signal yang amat jelas daripada perhimpunan ini…kot-kot perhimpunan terakhir sebelum pilihanraya. Just in case. MCA mesti menggambarkan bahawa parti ini berada dalam keadaan bersatu padu dan bersedia.

Untuk perkara ini, kita mesti melihat soal luaran dan juga soal dalaman. Ada juga faktor-faktor yang boleh kita kawal dan ada juga yang kita tak boleh kawal. Sekurang-kurangnya faktor dalaman kita boleh kawal oleh pemimpin MCA di semua peringkat, dalam menentukan kejayaan dalam pilihanraya.
Yang pertama, asasnya di mana setiap ahli mana-mana parti komponen BN wajib menyokong calon BN. Ada masanya dalam kawasan kita calon itu mungkin bukan calon MCA, tapi calon BN.

Kita mesti, kalau nak menang dan nak pertahankan Putrajaya, kalau kita tak nak ”senario mimpi ngeri” (pembangkang memerintah) berlaku sepertimana yang dilakarkan oleh presiden MCA. Kot kot orang tertentu  “sebelah sana” yang tak berani lagi nominate siapa bakal Perdana Menteri mereka.

Kalau kita tak mahu berlaku “senario mimpi ngeri” , persidangan MCA pada kali ini mesti buat ketetapan, sesiapa calon BN, kita akan sokong.
Begitu juga, dalam persidangan UMNO yang akan datang, saya sebagai presiden UMNO akan juga mengatakan kalau sekiranya kawasan itu tidak diwakili oleh UMNO, ahli-ahli parti wajib sokong calon-calon BN.

Mengapa Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambanthan dalam tahun sebelum Merdeka, berbincang semeja kerana apa? Kerana inilah formula permuafakatan politik yang boleh menjamin masa depan negara kita yang tercinta.

Dan kita sebagai pewaris-pewarisnya, jangan ubah prinsip. Parti pembangkang, prinsip boleh ubah. Sejarah pun boleh ubah. Bendera pun boleh ubah. Tapi BN tetap dengan prinsip permuafakatan politik antara kaum melalui BN.
Jika kita ada kerjasama sesama sendiri, kita akan dapat kekuatan baru sebab tidak ada satu-satu kaum pun yang boleh mendominasi. Walaupun UMNO parti terbesar, tetapi UMNO juga mesti bersikap terbuka, mesti bersikap inklusif kerana itu merupakan aku-janji pemimpin-pemimpin yang mengasaskan perikatan dulu. Mereka ingin melihat negara kita ini dalam keadaan yang harmoni, bersatu-padu, politiknya stabil dan negara ini terus mahu sebagai negara yang bersatu.

Saya nak kita bersikap inklusif dalam ertikata mengambil kira kepentingan mana-mana kaum dan kelompok dalam masyarakat. Inilah di antara prinsip tonggak dalam gagasan 1Malaysia, iaitu bersikap inklusif untuk menentukan keadilan sosial dan apapun ia tetap berpaksi kepada perlembagaan negara kita.

Kalau ada yang kurang betul atau tak betul, kita tak akan khuatir. We are not afraid of admitting our mistakes. Tak ada gunanya waktu pilihanraya, kita kata “I am sorry to the people”. Kalau kita sedar ada satu tidak betul, inilah masanya memmbuat pembetulan. Kita mesti berani buat pembetulan.

Sebab itulah saya melihat segenap aspek dalam kelakuan kita supaya kita berlaku adil. As as muslim, I am enjoying my job to be fair and just to all. This is the principle of Islam.
Negara kita ini kompleks dan tak mudah untuk mentadbir Malaysia. Sebab itulah saya kata, sejak mengambilaih tugas, hari siang saya semakin panjang dan malam pula semakin singkat.
Saya sedar bahawa cabarannya besar. Tetapi kalau kita sentiasa konsisten, parti kita sentiasa dilihat sebagai dinamik dan bila kita dilihat sebagai dinamik, fresh looking with fresh thinking, kita akan sentiasa relevan pada setiap zaman dan masa.

Hanya bila kita takut nak berubah mengikut arus, kita akan jadi tak relevan sebagai sebuah parti politik.
Jangan macam orang lain kata nak berubah…dia kata “time will change”. Tapi sebenarnya parti dialah yang banyak tak konsisten.
Dia kata…mereka percaya kepada kebebasan media…sidang media hanya suratkhabar tertentu sahaja boleh hadir. Suratkhabar yang dia anggap “pro-government”.
Persidangan kita, sama ada sidang media BN atau UMNO yang lalu, saya tengok ada “muka-muka”. Saya tahu muka-muka siapa. Tapi kita benarkan mereka hadir. Sekali lagi menunjukkan mereka cakap tak serupa bikin.
Apabila kita bercakap mengenai sistem dua parti, kita ada kabinet bayangan siapa yang jadi menteri, timbalan menteri dan semualah. Tapi “sebelah sana” sampai hari ini, tiga tahun lebih selepas pilihanraya 2008, tak nampak bayang langsung kabinet bayangan mereka.
Bukan sahaja soal siapa Perdana Menteri pada sebelah sana, dia nak allocate post pada Haji Hadi apa post? Menteri undang-undang? Menteri Hal Ehwal Agama? Kalau ada problem dengan Haji Haji, Mat Sabu ada. Apa post nak allocate pada Mat Sabu? Menteri Pelajaran? Dia Timbalan Presiden parti yang besar.

Tak kan nak bagi dia small portfolio. Kena bagi dia big portfolio. Lim Kit Siang, apa nak bagi dia? The veteran politician…Perdana Menteri? Timbalan Perdana Menteri? 
Anwar Ibrahim apa post dia? He talks about democracy, but he is not an elected president. I am an elected president.
Anwar Ibrahim adalah “de facto”. De facto… suami. De Jure… isteri. Naib presiden…anak. What kind of party is this? You talk so much about democracy, but your party is family based. You talk about ideals and logic. Your practice is quite different from what you preach. Jadi, stop preaching!

Bila orang kata masa sudah tiba kita buat perubahan, ya, kita buat perubahan. Saya mula dengan GTP dan kompetetif  indeks global kita pun naik dari nombor 26 ke 21.  Timbalan Perdana Menteri sebut, kadar jenayah kita sudah turun 23.6 peratus tahun ini berbanding 2009. Jenayah jalanan juga menurun 39.7 peratus, termasuk di negeri Johor.
Selepas itu kita buat ETP dan catat RM171 billion pelaburan. Dalam masa beberapa tahun akan datang ini semua akan jadi kenyataan dan realiti sebab kita amat fokus. Macam manapun kita mesti menjadi maju. Sebab itu kita buat perancangan yang berpaksi kepada realiti, bukan Buku Jingga.

Like somebody says, you cannot judge a politician on the basis of what he said when he is running for office. Because when he is running for office, he will promise the sun, the moon and the galaxy.

Tapi kita sebagai sebuah parti dalam kerajaan mesti penuhi janji yang kita mampu beri. Kita tak boleh janji lebih daripada yang kita tak mampu nak buat. Bila kita dah buat transformasi ekonomi dan kerajaan, saya rasa tak lengkap lagi sebab kita hendak Malaysia bukan sahaja maju di segi ekonomi, tetapi menjadi negara demokratik yang mempunyai persekitaran sosial yang selesa. Sebab kita nak orang lain hormati kita sebagai sebuah negara yang sudah matang.
Sebab itulah saya telah buat pengumuman pada malam Hari Malaysia apa yang boleh disifatkan sebagai Transformasi Politik kepada negara Malaysia. Dan untuk menunjukkan bahawa apa yang kita sebut pada malam itu, kita akan tunaikan,  esok saya sendiri akan bawa di Dewan Rakyat, usul bacaan hari pertama untuk memansuhkan the restricted resident act 1933 dan bacaan kali kedua pada hari Rabu minggu akan datang. Kita akan beri gambaran bahawa kita serius melakukan transformasi politik yang telah kita janjikan untuk negara.

Prinsip yang kerajaan pegang, ialah mesti ada pengimbangan di antara hak asasi dan hak sivil serta kesejahteraaan rakyat dan keselamatan awam> kita tak boleh sewenang-wenangnya tangkap, ugut atau buang oraang, Tapi kalau orang itu rosakkan keharmonian negara kita, masih ada undang-undang dan tindakan terhadap mereka.

Bukan kita tak nak ada peaceful demonstration, tapi kalau ada demonstrasi jalanan, akan termasuk orang yang akan tumpang semangkuk nak buat kacau. Kalaulah di London, yang kononnya memperjuangkan demokrasi moden boleh berlaku rusuhan, mengapa ia tidak boleh terjadi di Malaysia? Siapa boleh jamin?

Kalau nak tunjuk rasa tak puashati, kita boleh aturkan tempat. Cakaplah dan melalak sepuas-puasnya. Inilah konsep yang kita ada perimbangan, kalau tak huru-hara negara kita. Jadi kita mesti ada undang-undang yang melindungi nyawa dan harta-benda rakyat.
Saya dah bagi komitmen, kita tak akan tangkap orang semata-mata kerana dia mempunyai idelogi yang berbeza. Tetapi jika mereka mahu menjatuhkan kerjaan atau nak bakar kedai, itu sudah menyalahi undang-undang.

Parti-parti pembangkang sudah hilang momentum sebenarnya sebab kebelakangan ini semua pilihanraya kecil kita menang. Majoriti bertambah di Bagan Pinang. Hulu Selangor dan Galas kita rampas balik. Tenang kita menang dan selepas itu di Kerdau. Jad dia buat Bersih 2 kononnya pilihanraya di negara kita tak bersih.

Minggu lepas kebetulan saya berjumpa Dr Chandra Muzzafar, bekas Timbalan kepada pemimpin de facto itu. Bila dia letak jawatan, orang tanya kenapa, dia kata kalau Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, ia akan jadi satu malapetaka besar.

Dia kata bila dia jadi calon lawan BN di Bandar Tun Razak, undi pos dia lebih daripada calon BN walaupun dia kalah. Sebab itulah dia kata ia satu pembohongan untuk menuduh sistem pilihanraya di negara kita tidak telus.
Dia (pembangkang) kata tak cukup masa, tapi bila dah habis pilihanraya dulu, tiap-tiap malam berkempen sampai sekarang. Ada permit ke tidak, dia berkempen. Di Malaysia kita benarkan. Jadi tak betul lagi ke sistem kita? Sebab itu kita buat jawatankuasa terpilih. Kalau ada kelemahan, kita perbaiki.

Dia tak nak biometrik dan nak pakai dakwat kekal. Nanti bila kita pakai dakwat kekal dia nak biometrik pula. Mereka sering berubah fikiran.
Kalau nak jadi pembangkang, tak bolehlah segala-galanya buruk kepada kita. Kita dah buat banyak. Kalau tuang minyak, satu liter 82 sen subsidi kita berikan.Ini tak masuk minyak masak, gula, LPG, disel, beras dan ubat.Mana ada tempat di dunia kalau kita pergi ke hospital, jumpa pakar bayar RM3, x-ray percuma, ubat pun boleh dapat. Ini baru bagi RM100 pada warga emas, nampak besar sangat.

Menerusi Program KAR1SMA kita bagi RM1.4 billion untuk bina rumah mampu milik. Ini semua adalah manipulasi pembangkang supaya kita dapat gambaran seolah-olah yang dia buat sikit itu bagus.
Macamlah bantuan sekolah Cina dan Tamil. Bangunan kita bagi, gaji kita bayar, peralatan kita beri, bila PIBG minta duit, dia datang bawa cek RM30 ribu, oi bagus sangat pembangkang ni! Yang berjuta-juta kita bagi dia tak sebut. Malaysia adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mengamalkan sistem pendidikan vernakular.
Berwaspadalah dengan “political chameleon” yang sering bertukar warna. Apa yang penting ialah kepercayaan. Boleh kah rakyat mempercayai ahli politik Barisan Nasional?
Saya tak janji bulan bintang dan galaksi tetapi saya janji negara Malaysia akan terus maju dan makmur di bawah Barisan Nasional. Saya akan terus mendengar rungutan rakyat, termasuk komuniti masyarakat Cina.

Mengenai permintaan presiden MCA, kalau Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR) cukup syaratnya untuk ditingkatkan sebagai Kolej Universiti, saya tak ada halangan. Saya ambil keputusan ini atas semangat Barisan Nasional. MCA adalah keluarga BN.
Kita mesti beritahu rakyat Malaysia bahawa harapan masa depan mereka hanya akan terjamin sekiranya Putrajaya kekal di bawah pemerintahan Barisan Nasional. – 2/10/11.

Transkrip ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA di Wisma MCA pada 2 Oktober 2011 -

Sunday, 2 October 2011

Hebat Suara Mu Namewee...??

Hebat... itulah ungkapan paling sesuai diucapkan kepada namewee... MPB sengaja 'post' video namewee sebelum ini supaya pembaca melihat dan menilai dahulu hasil kerja beliau... Yang lebih 'memeranjatkan' orang, bilamana PM memujinya sebagai generasi yang menyokong 1 Malaysia... dengan idea-idea yang kreatif dan 'kontroversi'... Itulah Namewee... :)


MPB tidak ingin mengulas apa jua isu yang berkaitan dengan Namewee.. Apa yang dia buat, siapa yang dia hentam atau tujuan dia berbuat sedemikian... Biarlah kerajaan yang putuskan...

Mungkin ramai yang tak akan bersetuju dengan MPB bila dikatakan namewee sememangnya HEBAT... Dengan cara yang beliau telah buat, beliau boleh saja berjumpa dengan Perdana Menteri...??? Kita bagaimana??? :)


Ada pro dan kontra, apa yang dilakukan oleh Namewee ni... dari segi 'pro', cara berani dengan apa yang dibuat oleh beliau berjaya membuka mata rakyat Malaysia yang difikirkan tidak 'berani' terutamanya dalam menegur dan menghentam orang lain jika terdapat ketidakpuashatian terhadap seseorang atau organisasi tersebut. apatah lagi kaedah 'teguran' dan 'hentaman' yang dilakukan ditontoni dan dilihat oleh ramai orang... Itulah Namewee.....!!! persoalannya sesuaikah cara yang dilakukannya??? Biarlah MPB lepaskan kepada pembaca untuk menilainya sendiri...


Dari segi 'kontranya', jika perkara ini tidak 'dikawal' dengan cara bijaksana dikhuatiri lebih ramai lagi orang seperti Namewee yang akan lahir di Malaysia ini... Jika terjadilah sedemikian, MPB khuatir mereka tidak lagi dingkat sebagai generasi kreatif 1 malaysia tapi sebagai generasi 'perosak' 1 Malaysia...??? Mungkin 10 orang, mungkin 100, 1000 malahan tidak mustahil 10000 orang yang akan lahir semacam beliau... Jika terjadi sedemikian, boleh lagi kah PM 'entertain' mereka-mereka ini??? terus diangkat oleh mereka-mereka ini???  Adakah boleh diberi jaminan semangat kreatif 1 malaysia dapat Adakah budaya kita dapat menerima cara sedemikian???Tepuk Dada tanya diri kita.... MPB pun ada rasa sedikit keraguan mengenai pemahaman namewee mengenai konsep 1 Malaysia.... :)

Apapun yang terjadi, isu Namewee perlu diselesaikan dengan bijak... Beliau jugak punya hak sebagai rakyat Malaysia dan dalam masa yang sama orang lain yang berkait dengannya juga punya hak yang sama... Jadina, penyelesaian menang-menang dan memberi keuntungan kepada rakyat terutamanya dalam mengangkat semangat 1 Malaysia perlu diutamakan...

Kepada Namewee, Kreatifnya anda sangat di hormati oleh masyarakat terutamanya golongan muda yang sifatnya lebih terbuka... Walau bagaimanapun, sekali anda melangkah untuk bertindak dengan cara anda, anda jugak 'wajib' menerima jika orang lain juga bertindak 'sama' dengan apa yang anda buat terhadap anda...

Fikir-fikirkan... Salam 1 malaysia...