Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Friday, 30 September 2011

RamalanMU RamalanKU jua...!!

rajaterorik telah membuat ramalan awal mengenai perlaksanaan hukum hudud... Apa KES???


Ternyata ramalan si rajaretorik dalam blognya http://www.isupolitiksemasa.net/ hampir tepat bilamana PR tiada jawapan khusus terhadapa hasrat dan perkara yang menjadi wadah perjuangan PAS semenjak dulu untuk melaksanakan Hudud dan Negara Islam...?? PAS umpama sudah tiada taring... Sudah tidak beranai berdiri di kaki sendiri...
"Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini, sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama [iaitu Deklarasi Perjanjian Persefahaman 18 Dis] dan Buku Jingga". http://zul4kulim.blogspot.com/
Bukankah BN lah yang sebelum ini mempertahankan perlembagaan persekutuaan yang dianggap sebagai 'Sekular' oleh PAS suatau ketika dahulu...??? Sekarang mereka pula terhegeh-hegeh nak sokong perlembagaan persekutuan dalam mengetepikan soal yang berkaitan dengan hudud dan negara islam... Apa Crit?????

MPB melihat, sudah tiada perbezaan antara UMNO dan PAS...?? kerana, kalau dulu Depa Hentam UMNO/BN sebagai 'KAFIR'...?? depa mainkan dalam kempen 'UNDI PAS MASUK SYURGA'... di atas sebab kononya PAS berjuang untuk menubuhkan negara islam dan melaksanakan hukum hudud...??? Sekarang bagaimana... ?? tohmahan itu dan ini terhadap parti yang menjadi musuh mereka.. Tapi hari ini??? DEPA pun SAMA jugak...!!!! Tiada beza engkau dan dia...

PAS sudah banyak bertoleransi dan menggadaikan prinsipnya demi 'sekutu' nya dalam Pakatan... Walaupun dahulu sanggup berjuang habis-habisan menentang UMNO/BN (saudara sesama muslim) dalam perkara tersebut...???

Apapun, MPB sangat kecewa kerana PAS nampak sudah tidak ada keberanian dalam perkara tersebut... Apapun, MPB jugak berbangga dengan UMNO/BN kerana walau apapun cabaran dari dahulu sampai sekarang tidak pernah menggadaikan prinsip perjuangan dalam Parti barisan Nasional....

MPB rindu dengan semangat Allayarham Dato Fadhzil Mohd Noor (Mantan Presiden PAS dahulu)... Semoga Allah merahmatinya di sana dan semangatnya tersemat dihati anak-anak muda sekarang setelah kebergantungan kepada pemimpin PAS yang ada sekarang semakin longgar dan mengecil.... ??!!

MPB akan sentiasa menyokong perjuangan untuk menegakkan Agama, Bangsa dan Negara....

Wednesday, 28 September 2011

AWAS!!! Tsunami Politik Di Sabah...???

Itulah hakikatnya, semuanya tidak mustahil berlaku, sepertimana yang telah berlaku di semenanjung malaysia... Kenapa?? Tak Percaya??
Secara dasarnya, MPB tidak melihat TSUNAMI POLITIK akan berlaku dalam jangka masa yang terdekat kerana kesedaran politik belum begitu meluas di negeri ini... MPB akui walaupun terdapat banyak masalah di Sabah seperti yang utama isu kemiskinan, infrastuktur, pembangunan ekonomi dan isu yang masih menghantui rakyat Sabah iaitu isu Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang MPB rasa semakin meruncing...??? Namun oleh kerana di sabah Barisan Nasional telah menjadi parti dominan dan tiadanya Parti Alternatif yang layak untuk menggantikannya pada ketika ini, Sabah akan terus menjadi Fixed Deposit kepada Barisan nasional pada Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 akan datang...
Walau bagaimanapun, diingatkan kepada pemimpin Negeri ini supaya tidak leka dan terus dilamun mimpi-mimpi yang indah, kerana rakyat sentiasa melihat perkembangan anda...  Andai pemimpin yang ada terus mementingkan diri sendiri??? Sabah tentunya akan jatuh kepada Pakatan rakyat... PKR mungkin boleh jadi parti Alternatif ...??(walaupun tetap juga hancur....) atau ada parti lain??
Tanda-Tanda Tsunami Politik!!!

Keadaan di Sabah sangat berbeza dengan keadaan disemenanjung Malaysia.. keadaan demografi dan komunikasi yang masih masih terkebelakang... Rakyat hanya menjadikan televisyen/radio/media cetak yang rata-ratanya dipelopori oleh kerajaan untuk mendapatkan maklumat... peratusan celik media baharu, peratusan golongan muda berpendidikan yang boleh berfikir secara matang dan peratusan penggunaan internet juga masih ditahap yang rendah terutamanya di kawasan pendalaman berbanding rakyat disemenanjung Malaysia...
Tsunami Politik hanya akan berlaku bilamana peratusan celik huruf dan golongan muda berpendidikan yang boleh berfikir secara matang dalam soal politik adalah tinggi dan rakyat sudah bersedia untuk menerima perubahan besar dalam kepimpinan negeri. Pada ketika itu, golongan dewasa ‘lama’ ini semakin mengecil dan golongan muda pula tahu akan tanggungjawab mereka kepada masyarakat... Itupun jika masalah setempat masih tidak dapat diselesaikan oleh kepimpinan yang ada...
Pemimpin sekarang tidak boleh mengambil mudah akan hakikat ini... mereka ‘Wajib’ sedar mimpi tidak akan selama-lamanya indah... Perubahan pasti akan berlaku... Orang muda di sabah sudah mula bersuara mengenai hakikat ini, mereka sudah tidak boleh di ‘bodoh-bodohkan’...??? Perubahan kepimpinan dalam kerajaan mesti dibuat untuk memberi peluang kepada pemimpin muda yang lebih cergas dan bernas untuk memimpin sabah... Orang muda yang akan menjadi pengganti jugak mestilah dapat diterima rakyat dan bukannya tangkap muat atau mementingkan orang-orang tertentu sahaja...?? Muka Baharu perlu digandingkan dengan muka lama jika BN ingin terus berkuasa di Negeri ini dan pastikan mereka ini juga diterima oleh rakyat berdasarkan track record mereka...
Andai masalah yang ada sekarang tidak dapat diselesaikan, suara-suara anak muda, suara-suara orang kampung yang kesusahan, suara-suara orang bandar yang menghadapi masalah dan banyak lagi suara-suara yang tidak dapat didengar oleh pemimpin sekarang, MPB pasti sooner or later TSUNAMI POLITIK pasti akan berlaku di Sabah... !!!
Kita Tolak Pemimpin Yang HIPOKRIT dan LEMAH di Sabah.... !!!!!!!

Kau Yang Bersalah...!!!???

Bertelingkahan demi pertelingkahan terus berlaku... Orang lain diluar sana ketawa melihat kita... Kata berpegang dengan satu akidah, tapinya percakaran terus berlaku.. kata mentauhidkan Allah yang satu, tapi jemaah tidak bersatu... Kata bersandarkan akidah islam yang satu, tapi sedihnya masing-masing ikut kepada sendiri tak ingin bersatu... Apalah nak jadi dengan Bangsa Melayu / Orang Islam di negara ini...???
Bukankah jemaah yang ramai dan bersatu itu lebih baik dari jemaah yang ramai tapi ‘bercerai’...??? Takkan kita tak sedar lagi???

Masing-masing ada pendapat sendiri, tapi biarlah ianya berlaku secara matang...perbezaan politik tak bermaksud kita tak boleh bersatu... parti politik hanya sebagai wadah perjuangan untuk mencapai satu kehendak manusia sahaja, ianya bukan Agama, ianya bukan Bangsa dan ianya Bukanlah Negara... Jadi kenapa kita mesti terus bertelingkah walaupun bersama dalam satu Agama??? Dalam satu bangsa??? Dalam satu negara???
Ingatlah, sebatang lidi senang dipatahkan tapi segengam lidi amat susah untuk dipatahkan.. Andai kita terus bercerai berai... bergaduh tanpa penghujung... sanggup bekorban hanya untuk menegakkan benang yang basah, kita tidak akan ke mana...
Sudah-sudahlah dengan ungkapan ‘Kau Yang Bersalah, Bukan Aku!!!’, kerana sikap menunding jari kepada orang lain tak akan pernah menyelesaikan masalah... Perjuangan kita bukan untuk pemimpin, tapi perjuangan kita untuk agama bangsa dan negara... Pemimpin boleh datang dan pergi, tapi negara tetap disini... satu NIKMAT andai Kita Semua Bersatu.... =)

Tuesday, 27 September 2011

Apa??? 0.0001% saja...???

Kenapa? Tak Percaya?? Begitulah keadaanya sekarang, belumpun habis isu skandal seks dan liwat Ketua Umum PKR... Timbul lagi isu lama yang hampir hilang yakni isu hudud dalam Negara Islam...??
Polemik baharu tentang isu hudud ini telah menjadi isu besar kepada rakyat bukan sahaja parti melayu islam bahkan parti yang mewakili kaum bukan melayu/non-muslim... Persoalannya sekarang, selepas bersama DAP dalam Pakatan Rakyat, berani kah PAS nak laksanakan hudud jika ditakdirkan mereka memerintah??? Bagaimanakah keadaan HUDUD di Kelantan? Selepas lebih 20 tahun memerintah...??? tambah merumitkan lagi, apa pula status KEDAH yangmana Menteri Besarnya adalah dari PAS.. Adakah mereka bersetuju untuk laksanakan HUDUD??
Betul ker hanya 0.0001%??? Nak kena tanya pakar ni....!!

Islam adalah addeenul hayyah - jalan kehidupan. Islam ada banyak cabang; antaranya muamalat, munakahat, jinayat dan lain-lain. Didalam bab jinayat pulak, dipecah kepada antaranya hudud, qisas & ta'zir. Sebab itu Haji Hadi pernah buat kenyataan perlaksanaan hudud tidak menjadi keutamaan Kerajaan PAS Terengganu kerana hudud hanyalah 0.0001% sahaja daripada Islam...!!! http://zul4kulim.blogspot.com/

MPB teringat kisah lalu (semasa sekolah menengah) bilamana isu Hudud ini begitu hangat dibicarakan... Ada yang menyatakan ‘Negara Islam: Perundangannya adalah Quran dan Hadith’, ada yang menyatakan Hudud Wajib dilaksanakan, itu dan ini dan sebagainya... Ada yang menuduh Malaysia bukan Negra Islam kerana tak laksanakan hudud...??
Masih segar dalam ingatan MPB, bilamana seorang ustaz memberi penerangan tentang perlaksanaan hukum hudud... Secara peribadi MPB melihat tiada cacat cela nya Hukum Allah ini... Cara perlaksanaannya cukup cantik... dan MPB amat kagum dengan hukum Allah ini... Selepas penerangan dibuat, MPB cuba memberi respons, MPB melihat  bukannya BN tidak mahu untuk laksanakan hukum Hudud ini, perlu diingat, dalam BN terdapat banyak parti komponen dan parti-parti komponen ini bersama-sama mentadbir negara Malaysia... Ini asas kepada Negara Kita yang perlu dihormati...

Perlembagaan Persekutuan: Perkara 3. Agama bagi Persekutuan. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Bersandarkan perkara di atas, Islam telah diangkat sebagai agama rasmi persekutuan. Setiap apa juga perkara yang dilakukan mesti ada unsur-unsur islam dan amalan ini dilakukan secara terang tanpa berselindung… Kita bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pemerintah kerana telah berjaya mengangkat islam walaupun pernah dijajah selama lebih 400 tahun dahulu… Apa yang MPB nak katakan di sini ialah, terbataskah kita melaksanakan hukum Allah setelah 54 tahun merdeka??? Kurangkah iman kita selama 54 tahun merdeka menggunakan undang-undang yang sedia ada??? Mungkin Pendokong-Pendokong PAS boleh bagi respon terhadap persoalan di atas….
Ada pendapat lain menyatakan bahawa, Negara Islam itu adalah apabila tampuk pimpinan diketuai oleh orang Islam dan rakyat hidup aman dan damai… Biarlah kita tanya diri kita secara jujur dan ikhlas, Negara kita aman kah atau kucar kacir??? Tepuk dada tanya iman kita…
Apapun, polemik yang dibangkit oleh PAS mahupun DAP, difahamkan Ketua Umum PKR berkata beliau tiada halangan jika PAS ingin melaksanakan Hukum Hudud… betul kah?? Tambahan lagi kononya DAP akan bertindak keluar dari Pakatan Rakyat jika PAS ingin melaksanakan hukum hudud… Ini bagaimana??? Masala-masalah… Ini belum memerintah, kalau ditakdirkan mereka macamana???? Panassss… panasss…..
Apapun, MPB menyokong Tun.mahathir supaya memepersilakan PAS untuk melaksanakan hukum hudud mamandangkan beliau sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri… dan MPB juga menyokong kenyataan Nik Aziz bilamana beliau tidak kisah sekiranya DAP keluar daripada pakatan pembangkang jika tidak setuju dengan pendirian Kerajaan Kelantan untuk membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum hudud di negeri itu…

Apapun yang berlaku, MPB tetap menyokong survival Islam dalam membentuk Malaysia yang berjaya…

Monday, 26 September 2011

Kenapa Perlu Fitnah???

Mutakhir ini fitnah memfitnah semacam sudah menjadi amalan biasa manusia seharian... Kenapa Perlu Memfitnah??? Mungkinkah untuk menegakkan benang yang basah...?? Untuk menjatuhkan air muka seseorang...?? untuk menunjukkan orang yang menyebar fitnah itu adalah benar...???

Dalam satu pandangan lagi, Berita Betul pun di anggap Fitnah?? Itu bagaimana pula??? Oleh kerana budaya fitnah ini semacam sudah merebak ke dalam institusi kehidupan manusia tanpa ada kawalan, manusia semakin biadap dan tidak bermoral... Tuduh menuduh... nafi menafi... Kutuk mengutuk...

Kenapa Perlu Fitnah??? Boleh jadi kaya ker?? Kalau pun kaya di dunia di akhirat bagaimana?? tak Takut???? tepuk dada Tanya Iman Kita!!!!!

INGATLAH.....
“Wal fitnatu asyaddu minal qotli….” Ertinya“Dan fitnah itu lebih sangat (dosanya) daripada pembunuhan..”. Al Baqarah ayat 191

Kesiannya... Masih Tak FAHAM...???

1 BULAN Kita berpuasa, sebulan juga kita beraya... Begitulah keadaannya di Malaysia.. Rumah terbuka sana dan sini... Darilah sanak-saudara, pemimpin, kawan-kawan dan banyak lagi... MPB pun berkesempatan untuk menghadiri beberapa jemputan, Walau bagaimanapun, mohon maaf dipinta kerana tak dapat mengunjungi beberapa open house kawan-kawan dek kerana masanya bertembung dengan yang lain...


Cerita selanjutnya mungkin remeh, tapi kesannya sangat mendalam... kita akan ingat...

Yang menarik perhatian MPB di sini ialah, Open House Parti-Parti Politik tidak kiralah BN ka PAS ka PKR ka dan lain-lain lagi... MPB nak tegur sedikit, (Tegur secara direct ni!).. Depa ni buatlah rumah terbuaka parti sekian, tapi depa tak mahu bergaul dengan rakyat, bergaulpun hanya dikelompok mereka... Sepatutnya, konsep open house semacam ini sudah tidak ada... Pemimpin sepatutnya duduk sekali dengan rakyat, Tanya khabar rakyat, berbual dengan rakyat, tidak hanya berbual hanya sesama mereka... Kadang-kadang di Majlis yang dihadiri oleh MPB, pemimpin ni sibuk jer berbual sesama mereka, rakyat yang hadir pula berebut nak ambil makanan, tempat duduk tak ada dan banyak lagi karenahnya...

Keduanya, sepatutnya, kalau dah namanya rumah terbuka tak perlulah lagi dibuat secara formal dengan menyediakan sofa 'tempat duduk khas' kepada VIP lepas tu buat persembahan... Sambutan Hari Raya pemimpin ni nak raikan pemimpin atau nak raikan rakyat???  Semacam Anugerah PIBG Sekolah pun ada jugak...!!! yang peliknya, Banner dibuat sebesar-besarnya kata 'Sambutan Hari Raya Rakyat', tapi yang jadinya, pemimpin pula yang lebih-lebih diraikan, rakyat terkontang kanting dibelakang...

Bukan nak menunding jari dan menyatakan ini salah, tapi, fikirkanlah, hari raya ni berbeza dengan program-program rasmi pemimpin bersama rakyat... Inilah sebenarnya masa yang paling sesuai untuk beramah mesra dengan rakyat... Jangan hanya nak menyombong... nanti kalah Pilihanraya baru sedar dah tak guna...

MPB sebagai rakyat biasa MENOLAK cara yang tak betul dalam sambutan HARI RAYA...!!!

Sunday, 25 September 2011

Penjimatan Konon... Gagal???

Kisah Benar... Pada 24/9/2011 (Sabtu), MPB telah bertemu dengan sahabat di Putrajaya. Sampai di Putrajaya dalam sekitar pukul 12.30 pagi (time tu dah masuk hari ahad lah kan 25/9/2011).
Tibanya di Pusat pentadbiran Putrajaya, bersaksikan 6 biji mata yakni 3 orang dalam satu kereta, MPB naik hairan (tanpa menyebut kementerian apa...?) kenapa lampu pejabat hampir 80% pada setiap bangunan dihidupkan...??? Orang tengah mesyuarat ker?? Takkan masa ni pun orang masih bekerja?? Kalau ada pun takkanlah hampir setiap bangunan??
Kerjaaan asyik buat kempen penjimatan tenaga, tapi, kerajaan juga yang membazir tenaga... Siapa yang bekerja tengah malam pada malam minggu tu??? Jadi, kalau tiada orang bekerja, kenapa perlu dihidupkan lampu dalam pejabat tu??? Rakyat diminta berjimat dalam menggunakan tenaga, kononya tenaga akan habislah, apalah, tapi, mereka sendiri pula yang tak berjimat... Mana Boleh... !!
Pukul 3.00 pagi (25/9/2011) selepas habis berjumpa sahabat, MPB sekali lagi pusing dipusat pentadbiran Putrajaya tu, Lampu masih tidak dimatikan... Sah... Mereka ni ‘Cakap Tak Serupa Bikin’...?? itu satu malam, bayangkan 30 malam dalam sebulan?? Atau 365 malam dalam setahun?? Berapa banyak kita boleh jimat?? Bukankah duit untuk bayar tenaga tu boleh disalurkan terus kepada rakyat???
Pengenalan ringkas mengenai tenaga: Tenaga datangnya dari sumber asli seperti arang batu, minyak dan gas asli yang mengambil masa berjuta tahun untuk dihasilkan. Sumber asli adalah anugerah yang sukar diperbaharui atau tidak dapat diwujud kembali. Penjimatan tenaga penting untuk generasi masa depan... (http://www.water.gov.my/images/pdf/kempen%20penjimatan%20tenaga.pdf)

MPB berpesan kepada sesiapapun, jangan hanya pandai bercakap, biar kita tunjuk kepada rakyat kita adalah contoh kepada rakyat...?? Barulah rakyat akan hormati kita...

MPB sentiasa Berjimat Cermat... Menabung jadi amalan...??