MPB terpanggil untuk melihat keadaan sebuah kawasan parlimen yang terletak di Sabah yang dilihat menjadi kontorversi...??? Kenapa???
Secara AM Mengenai Sepanggar. (Manalah tahu pembaca dari Semenanjung Malaysia dan sarawak nak tahu). Ianya adalah satu subdaerah yang terletak di tepi pantai barat bandar Kota Kinabalu Sabah... Lokasinya cukup Hebat, cantik, menarik dan strategik kerana terdapat kawasan bukit di tepi pantai Teluk Sepanggar. Ia dilihat sebagai ASSET yang paling berharga kepada Sabah di masa akan datang dalam menampung kepadatan Bandaraya Kota Kinabalu pada ketika ini...
Di sini juga terletaknyaPusat Pentadbiran Mini Putrajaya, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kem Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM), Universiti Teknologi MARA SABAH (UiTM), 1 Borneo (pusat Membeli-Belah terbesar borneo...) dan banyak lagi Jabatan Kerajaan dan Swasta, Institut Pengajian dan lain-lain lagi...
Ahli Parlimen bagi Sepanggar (P.171) pada ketika ini ialah Eric Majimbun dari Parti Maju Sabah (SAPP). Kawasan parlimen Sepanggar dibahagi kepada dua DUN, iaitu Karambunai (N.12) dan Inanam (N.13).
SAPP dikatakan Lemah dan sudah TIDAK diterima rakyat...???
Difahamkan Kawasan ini adalah kubu kuat bagi Barisan Nasional kerana dilihat penduduk disana lebih fokus kepada pembangunan berterusan kerana ianya sangat hampir dengan pusat bandar dan boleh menjadi pusat pembangunan ekonomi kepada penduduk tempatan. Dalam keadaannya yang pesat membangun, sebenarnya ianya memerlukan pemimpin yang berani dalam perjuangan politik, terutamanya dalam memperjuangkan isu-isu rakyat dalam kawasan setempat.
Isunya, bilamana keluarnya SAPP dari Barisan Nasional, keadaan menjadi serba kelam kabut... Penduduk tidak melihat pemimpin yang ada memainkan peranan penting terutamanya dalam memperjuangkan isu-isu tempatan dan tidak banyak membantu penduduk... Betul kah??? Di mana YB?? Dimana MP?? Bagaimana pula dengan ADUN??? Di mana mereka???
Apa yang MPB lihat, perkara-perkara asas seperti masalah jalanraya...?? perparitan...?? air...?? masalah tiada bekalan elektrik?? sudah tidak boleh menjadi masalah utama penduduk kerana kawasan sepanggar ini 'didiami' dengan pembangunan yang pesat dan keadaan penduduk yang kian meningkat terutamanya dari segi ekonomi terutamanya orang-orang cina...??? Bagaimana pula yang dikampung??? difahamkan suara-suara rakyat kedengaran dalam membangkitkan masalah ini... Di sana letaknya peranan pemimpin... tapi masalahnya dengan keadaan Parti SAPP yang telah keluar dari barisan nasional, Bolehkah YB Ahli Parlimennya menyelesaikan masalah ini??? Kalau boleh apa buktinya??
Penduduk tempatan menjadi bertambah BENGONG, difahamkan Harga Tanah dan rumah yang semakin meningkat??? pola kediaman masyarakat kampung yang semakin tertindas dan tidak teratur kerana pembangunan perumahan dan bangunan-bangunan yang lain yang dirasakan kian menghimpit mereka??? Ini sangat memberi kesan kepada belia/beliawanis yang baru memulakan kehidupan selapas tamat pengajian atau baru bekerja... Siapa yang nak bantu mereka-mereka ini??? kalau bukan sekarang, bila lagi???
Kontroversi, Kontroversi, Kontroversi??? Adakah SAPP masih relevan di sana?? Siapakah yang lebih layak di sana?? Parti apakah yang akan dipilih di sana??
Contoh PEMIMPIN turun padang yang diperlukan oleh Pengundi Sepanggar...
Memandangkan begitu banyak isu terutamanya yang melibatkan pengundi Bumiputera MPB melihat perlunya Seorang Pemimpin (Ahli Parlimen) Bumiputera dari BN yang boleh mewakili majoriti penduduk untuk DIANGKAT sebagai PEMIMPIN... yang selalu bersama Rakyat... yang memahami nadi kesusahan rakyat... DAN yang lebih penting yang mempunyai perancangan jangka masa pendek dan panjang terutamanya dalam soal pembangunan kawasan Sepanggar secara kolektif dan menyeluruh... Siapakah Dia??? Ini pertanyaan yang perlu dijawab oleh Rakyat Sepanggar!!!
Nantikannya pada post yang akan datang....