Friends Of Jomo Malaya

Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 17 September 2011

16 September Transformasi PM DS Najib???

16 September?? sekali lagi rakyat ternanti-nanti. Rakyat dimainkan dengan perasaan untuk menunggu, apa pula yang akan terjadi. Sebelum ini tarikh 16 September dicanang sebagai tarikh penubuhan kerajaan baru oleh Tokoh 'Kelentongnologi'???... itu apa yang berlaku tahun 2009. Tapi kali ini berbeza kerana penantian terarah kepada Tokoh Pimpinan Negara siapa lagi kalau bukan Perdana Menteri kita Datuk seri Najib Tun Abdul Razak.

Mendengar dan menghayati ucapan yang penuh dinamik dan komprehensif, banyak yang beliau katakan. Diumumkan beberapa Akta akan dimansuhkan...  Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang menjurus kepada prosedur yang melibatkan media akan dimansuhkan, kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 mengenai kebebasan berhimpun yang akan mengikut keadaan semasa peringkat antarabangsa.  Namun yang menarik perhatian banyak orang ialah pemansuhan Akta ISA yakni Akta keselamatan Dalam negeri yang selama ini (kononnya) diperjuangkan oleh pembangkang... Walaupun sebenarnya ini adalah perlaksanaan kepada hasrat transformasi politik Perdana menteri semasa awal-awal memegang tampuk pimpinan negara.

MPB pasti ramai yang kurang bersetuju, apatah lagi mereka yang selama ini memperjuangkan Akta ini bersandarkan kepada prinsip menjaga keamanan dan kestabilan Negara. Tapi difahamkan akan ada undang-undang baru yang akan digubal dan lebih kontemporari dan mengikut keadaan persekitaran dan masa yang kian mencabar dan berubah. Tambah menarik perhatian MPB lagi Perdana Menteri sendiri sudah memberi jaminan selepas ini tidak ada lagi individu yang akan ditahan kerana ideoloji politik...

Nah apa lagi kita nak kata??? Janji beliau telah dikota melalui perutusan tersebut... Ini transformasi DS Najib. Beliau dengan semangat melafaskan kata-kata dan menjanjikan kepada perlaksanannya semasa beliau di tampuk pimpinan. Bukan sekadar kata-kata ang menjadi mainan dimulut dan dicanangkan diseantero pelusuk negara dan dunia.

MPB geli hati bila mengenangkan kisah lampau peristiwa 16 September 2009 kononnya akan berlaku reformasi politik. kenapa kita tidak sedar??? orang yang mencanangkan reformasi politik hanya bergendang apabila sudah tiada kuasa???... tp DS Najib melakukannya semasa Sedang berkuasa..!!!

Apapun, MBP mengucapkan Syabas dan TAHNIAH kepada PM... Lakukan Yang terbaik demi Rakyat Malaysia dalam mengharungi politik baru yang kian mencabar dan menuntut kepada Azam Politik yang kuat dan tinggi...

yang pastinya segalanya selepas ini akan dipolitikkan oleh pembangkang kerana sudah tiada isu besar yang akan dimainkan.. kan mereka hanya hidup dengan ISU???....


kepada PM Selamat Berjuang.....

Thursday, 15 September 2011

Pemain Baharu MAS... Harap Buat Perubahan...

MPB ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Ahmad Jauhari Yahya, di atas perlantikannya sebagai Pengarah Urusan baharu MAS berkuat kuasa mulai 19 September ini.

Satu perubahan baik dilihat kepada Syarikat Penerbangan Negara ini memandangkan Ahmad Jauhari adalah Orang Lama dalam dunia Korporat ini...

Sebagai rakyat kita hanya inginkan yang terbaik dan diharapkan pihak MAS juga dapat memberikan perkhidmatan dan produk yang baik kepada pelanggan agar MAS terus memacu kehadapan bersama kejayaan. Kita harap juga ini adalah keputusan 'Ahli Lembaga' yang terbaik untuk kebaikan bersama... Janganlah pula selepas isu 'pengambilalihan'??.. MAS akan catat rugi lah pula...

Sekali Lagi TAHNIAH!!!!..... Buat Perubahan Untuk Kepentingan Bersama...

Malaysian Airline System  Bhd melantik veteran korporat, Ahmad Jauhari Yahya, sebagai Pengarah Urusannya, berkuat kuasa 19 Sept.
Mohammed Rashdan Mohd Yusof akan kekal sebagai Pengarah Eksekutif melaporkan kepada Pengarah Urusan, kata syarikat penerbangan nasional itu dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Ia berkata Ahmad Jauhari, 56, sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Malakoff Bhd (1994-2010), Malaysian Resources Corporation Bhd (1993) dan Time Engineering Bhd (1992).-14/9/2011

Wednesday, 14 September 2011

Rumah Terbuka! jangan Perasan??...

Sedar tak sedar, Hari ini dah masuk 16 hari kita beraya... Macam tak terasa rasanya. Dulu time puasa ada yang beriya-iya nak turunkan berat badan, nak kawal makan, tapi bila dah raya 'disiplin' tu nak 'dibekukan sementara' pasal banyak sangat makanan dan banyak juga Open House yang dibuat.. start dari Open House Keluarga, Kawan-Kawan, Pejabat, Pemimpin-Pemimpin dan banyak lagi.

Yang mencuit hati MPB ni ialah, bilamana adalah mamat ni (penama dirahsiakan) yang menyatakan 'Kehadiran ramai orang ke Rumah terbuka ini menunjukkan sokongan Politik mereka kepada pemimpin tersebut'??? MDB nak tanya Mamat ni, Rumah Terbuka ni apa tujuan sebenarnya?? Nak cari sokongan politik?? Nak dapatkan Undi?? Nak berkempen dengan pengundi?/ atau nak apa??...... Wah.. Ini sudah 'Perasan'...ehe Bukankah tujuan Rumah Terbuka ini (Tak kira siapa yang buat) untuk merapatkan sillaturrahim  dan bermaaf-maafan sesama insan??

Setiap yang datang itu juga punyai tujuan tersendiri, ada yang nak makan (pasal dengar makanan sedap, aa yang nak tengo rumah, ada yang nak jumpa kawan, ada yang begitu dan ada yang begini.. Tapi MDB nak nasihat kepada pemimpin-pemimpin diluar sana, jangan cepat perasaan dan jangan sekali ada sifat bangga diri kononnya kehadiran masyarakat itu disebabkan sokongan politik mereka... kalau macam tu bagai mana pula kehadiran Lim Guan Eng ke Rumah Terbuka 1 Malaysia Perdana Menteri di Permatang paugh baru-baru ini??? adakah Ketua Menteri Pulau Pinang ini menyokong kerajaan BN yangs sedia ada???.... Tepuk dada tanya diri Kita.....!

Walau bagaimanapun, sememangnya perlu bagi pemimpin untuk mengadakan 'rumah terbuka', tidak kira dimana, tujuannya adalah untuk berjumpa dengan masyarakat, pengundi dan sesiapa sahaja.. kan lumrahnya pemimpin itu Hamba kepada Rakyat.. Jangan nak menyombong pula, takut-takut nanti di jawab oleh rakyat semasa pilihanraya nanti.... (Jgn Marah ya... Sekadar nasihat...)

Bermaafan kita semua di AidilFitri... kalau ada yang nak jemput MPB ke Rumah Terbuka tu apa salahnya...

Tuesday, 13 September 2011

Selepas PRU13: Siapa Ketua Menteri Sabah???

Sejak kebelakangan ini, ramai bercerita mengenai pembaharuan yang perlu dilakukan di Sabah. Pembaharuan yang macamana?? Tukar pemimpin?? Tukar Kerajaan?? Ganti yang lama?? Lahirkan Muka Baru?? banyak sekali persoalan yang bermain dibenak fikiran....

Percaya atau tidak, apa yang uniknya di Sabah ini, Ketua Menteri tidak pernah lebih dari 2 penggal. Persoalannya, adakah Ketua Menteri sekarang akan terus memerintah Negeri? atau akan diganti dengan yang lain? kalau yang lain 'SIAPAKAH ORANGNYA'?

Ada yang kata orang itu dan ada yang kata orang ini... (MPB tidak mahu nyatakan secara terperinci untuk menjaga sensitiviti orang)... Tapi, buktinya boleh lihat jadual dibawah (Sumber Wikipedia)...


Tahun
Ketua Menteri
Parti
1963-1964
1965-1967
Sabah Chinese Association (SCA) - Perikatan
1967-1975
1975-1976
1976 (44 hari)
Berjaya - BN
1976-1985
Berjaya - BN
1985-1994
1994-1995
UMNO - BN
1995-1996
UMNO - BN
1996-1998
Parti Maju Sabah (SAPP) - BN
1998-1999
1999-2001
UMNO - BN
2001-2003
2003-kini
UMNO - BN


Mungkinkah selepas ini parti komponen lain pula yang bakal memerintah, setelah banyak kata-kata, sembang-sembang kedai kopi mengenai kehendak akar umbi kepada pimpinan baru di sabah??...

Siapa yang menentukankannya?? Pimpinan Negara ataupun Rakyat?... Politik di Sabah telah menjadi isu yang hangat diperkatakan terutamanya apabila Sabah telah menyumbang kemenangan yang besar kepada UMNO/BN pada pilihanraya yang lepas... Tapi masih belum banyak perubahan yang berlaku... Kenapa?? Adakah disebabkan pimpinan yang lemah atau keadaan di Sabah sememangnya begitu??... Rakyatlah Sabahlah yang lebih tahu segalanya....??

MPB melihat, perlunya kebangkitan pemimpinan muda yang punyai karisma dan semangat juang tinggi untuk membangunkan negeri Sabah secara progresif... tapi bagaimana?? adakah mereka ini akan mendapat tempat dalam sistem politik yang sedia ada?? atau adakah cara lain untuk angkat mereka-mereka ini?? itu kena tanya rakyat.....

Apapun, segalanya akan terjawab pada Pilihanraya Umum ke13 nanti.. Siapakah calon yang akan bertanding?? Siapakah yang Bakal Menang?? dan Siapakah Ketua Menteri Sabah yang BAHARU???...

MPB sentiasa berharap Pemimpin yang ada merasai bersama penderitaan rakyat.....

Monday, 12 September 2011

Cukai 6% Tangguh! Siapa kata Kerajaan Lemah??

Nah! MPB telah jangkakan dengan lebih awal, hasrat Syarikat Telco untuk mengenakan Caj 6% bagi isian semula Prabayar pada 15 September ini ditangguhkan Demi Kepentingan Rakyat....

Sebelum ini, bila pengunguman mengenakan Caj 6% bagi isian semula Prabayar dibuat ada yang mengatakan Kerajaan Zalim?? Lemah?? dan hinggakan ada yang menuduh kerajaan berdosa?? hanya disebabkan Hasrat Syarikat telco tersebut. Sekarang Kerajaan telah buktikan melalui Menterinya Datuk Seri rais Yatim dengan keputusan 'Menangguhkan Hasrat tersebut'.

Jadi, kita berterima kasih kepada kerajaan di atas keputusan ini. Ini satu lagi keputusan yang memberi keutamaan rakyat yang pada hari ini terus dihimpit dengan pelbagai masalah 'kenaikan harga barang dan 'ketidak naikan' (Statik) pendapatan/gaji'??.......

MPB mengucapkan Syabas kerajaan!!!!

Cukai 6 peratus caj telefon prabayar ditangguh - Rais

12/09/2011 2:09pm



KUALA LUMPUR 12 Sept. - Pelaksanaan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah beliau mengadakan pertemuan bersama beberapa syarikat telekomunikasi di sini hari ini.
Menurutnya, kajian berhubung caj tersebut akan dilakukan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat komunikasi terlibat. - Utusan Malaysia

Sanggup 'Korban' Kerusi?? Asal BN Menang....

'Berkorban apa saja, Harta atau pun Nyawa, itulah kasih mesra, Sejati dan Mulia' -Allahyarham P.Ramlee.

Nyanyian Alayharham P.Ramlee sungguh mendalam maksudnya andai dihayati, Andai ini berlaku dalam mana-mana Organisasi, Parti Politik dan apa jua badan sekalipun, MDP pasti ukhuwah semakin erat kerjasama pun semakin mantap.

Dengarnya, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek bersetuju dengan idea untuk bertukar kerusi Dun/Parlimen asalkan sahaja dapat memberi kemenangan kepada BN? Betul ker? Ini sudah baik!!? Apatah lagi PM dengan tegasnya inginkan 'Winnable Candidate' untuk bertanding pada PRU13 nanti.

Bagi MPB, semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh Presiden MCA perlu dituruti oleh semua parti komponen... MPB harap dinegeri-negeri seperti sabah dan sarawak yang mana BN mempunyai banyak perti komponen di sana supaya menghayati perkara ini dengan tulus hati... Memandangkan Sabah dan Sarawak dianggap sebagai Fixed Deposit kepada BN, sebarang pertelingkahan untuk menuntut kerusi hanya membawa keburukan kepada BN itu sendiri...

Persoalannya Sanggupkah Mereka BERKORBAN?? Sudikah Mereka?? perkara inilah yang sedang bermain diminda dan sanubari mereka... Sejarah mengajar kita dan BN telah banyak sekali melalui sejarah perjuangannya..

Pemimpin datang dan Pergi!! Tapi, Parti tetap di sana (kecuali dibubar!!)... Jadi, kepada pemimpin Parti BN, kena fokus kemenangan BN bukannya kepentingan PERIBADI CALON!!!??

Lebih lanjut baca...........

MCA sanggup tukar kerusi bagi pasti kejayaan BN pada PRU ke-13
MCA sanggup bertukar kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.
Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pihaknya bersedia berbuat demikian sekiranya langkah itu dapat memastikan kejayaan lebih besar kepada BN.
"Kita sokong idea itu kerana melihat dalam konteks yang lebih besar iaitu BN dapat membentuk kerajaan," katanya kepada pemberita di Wisma MCA di Kuala Lumpur Ahad.
Bernama melaporkan beliau mengulas kenyataan Presiden MIC Datuk G. Palanivel semalam bahawa parti itu bersedia untuk bertukar kerusi dengan parti komponen BN yang lain pada PRU ke-13.
Dr Chua juga berkata pemimpin pusat parti itu sedang memberi talkimat kepada pemimpin akar umbi bagi mempersiapkan mereka bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.-11/9/2011 (AGENDA DAILY)