Bukankah ianya menambah bebanan rakyat yang pada hari ini terus dihimpit dengan kenaikan harga barang itu dan ini, kenaikan sewa, bil itu dan ini, kenaikan tambang itu dan ini dan banyak lagi kenaikan. Tapi Gaji tetap juga statik tak naik-naik??!.
Mungkin ianya kecil dilihat dengan mata kasar, tapi kesannya besar sekali. Penggunaan telefon bimbit pada hari ini sudah boleh dikategorikan sebagai keperluan asas. dari atuk nenek sampailah ke cucu (budak-budak sekolah rendah) semuanya mempunyai telefon bimbit dan kebanyakan daripada mereka memilih untuk menggunakan PREPAID kerana ianya mudah dan senang?!. Bukankah ini akan membebankan mereka dengan terpaksa membayar lebih kepada sesuatu nilai isian kad??
Yang menyebabkan lagi MPB hairan, bukankah setiap tahun setiap syarikat telekomunikasi ini mencatat keuntungan tinggi daripada perniagaan mereka di Malaysia ini?? Jumlah rakyat makin bertambah, jumlah pengguna telefon bimbit juga pasti bertambah, Bukankah ia menguntungkkan?? Ini takrifan kepada seorang menggunakan sebuah telefon bimbit, tapi bagaiamanakah kepada mereka yang menggunakan lebih dari satu telefon bimbit?? 2 atau 3?? Bukankahkah ianya lebih menguntungkan syarikat telekomunikasi ini?? Kenapa perlu dibebani lagi rakyat yang memang sudah terbeban dengan keadaan semasa sekarang?? Fikirlah sedikit!!!
MDB memohon kepada kerajaan agar menimbangkan semula apa juga keputusan untuk membenarkan kepada kenaikan ini! Pilihanraya ke13 dah nak dekat ni, jagalah hati rakyat yang akan mengundi dan menentukan untung nasib parti pada PRU13 nanti. Bukankah perkara seperti ini akan mempengaruhi pemikiran pengundi nanti??!!
Utusan Malaysia- KUALA LUMPUR 8 Sept. - Persatuan-persatuan pengguna, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar hari ini senada membantah pengenalan enam peratus cukai perkhidmatan bagi pembelian tambah nilai prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma‘amor Osman berkata, cukai itu dilihat membebankan pengguna apatah lagi caj panggilan yang dikenakan ketika ini sudah mahal.
“Keputusan itu tidak masuk akal dan kami membantah perlaksanaanya. Selama ini, jika kita membuat panggilan dan tidak berjawab, ia tetap dikenakan caj, inikan pula hendak perkenalkan cukai perkhidmatan.
“Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan membuat keputusan teliti dan jangan sewenang-wenangnya meluluskan permintaan syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat-syarikat telekomunikasi berhubung pengenalan cukai enam peratus itu termasuk pek atau kad SIM prabayar yang berkuatkuasa 15 September ini.
Mengulas lanjut, Maamor berkata,selama ini syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini sentiasa mencatatkan keuntungan yang tinggi.
Sementara itu, Persatuan Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam (Cassa) meminta kerajaan membekukan perlaksanaan langkah itu.
Presidennya, Datuk Dr. Jacob George berkata, pengenalan cukai itu tidak releven dengan situasi ekonomi semasa yang menyaksikan rakyat berpendapatan rendah masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan kos barangan yang lain.
“Kami sangat dukacita kerana industri itu hanya melihat dari satu pandangan sahaja iaitu meningkat keuntungan mereka tanpa mempedulikan nasib pengguna.
“Selama ini, syarikat-syarikat berkenaan sudah mengaut keuntungan lumayan bukan sahaja melalui 15 juta rakyat tempatan tetapi juga daripada lebih empat juta pekerja asing di negara ini yang menggunakan perkhidmatan mereka.
“Apakah semua itu tidak cukup lagi sehingga mahu menekan pengguna dan rakyat negara ini pula,” katanya.
Menurutnya, jika keputusan tersebut dikekalkan, Cassa akan bekerjasama dengan persatuan pengguna dan NGO lain untuk melancarkan kempen memboikot secara besar-besaran.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuff Ismail berkata, cukai itu dilihat sebagai cekik darah dan tidak perlu sama sekali.
“Pengguna menggunakan kad prabayar kerana mereka tidak merasa beban berbanding menggunakan talian yang kadang-kala mencecah ratusan ringgit apabila membuat pembayaran.
“Malahan, ada kad prabayaran yang boleh ditambah nilai dengan hanya RM5 tetapi jika mereka kenakan cukai, ia dilihat seperti membuli pengguna dan ia tidak patut berlaku,” katanya.
Dalam memenangi isu ini, Kerajaan perlu menunjukkan bahawa mereka mendahului rakyat. Kita amat risau isu ini digunakan sepenuhnya oleh pembangkang untuk mempengaruhi pemikiran rakyat. Kita fahamlahlah PEMBANGKANG ni tak akan hidup kalau tak ada isu!!?? Betul tak??!

