Friends Of Jomo Malaya

Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Friday, 2 September 2011

VIDEO WAJIB TONTON!!!! Kelentongkah Dia???



Pastikan rakan-rakan Seperjuangan saya menonton Video ini. KITA NILAI Bersama.

Inikah Pemimpin yang kita kehendaki??? Layakkah Beliau Memimpin kita??

SUDAH-SUDAH Lah 'Saudara'!!! Cukuplah Kelentong Kami!!!

MDB menyeru kepada semua, kita TOLAK Pemimpin yang KAKI KELENTONG!!!!

Ini Perjuangan KITA!...

Salam AdilFirti para Pejuang

Salaam Semua..

Hari ini telah masuk hari raya keempat Aidilfitri 2011. Tak terlambat rasanya MPB mengucapkan salaam Aidilfitrikepada semua rakan-rakan.

Kita pastikan aidilfitri ini membawa kebahagian kepada kita dalam meniti hidup di alam fana ini.

Bermaafan kita semua dalam memastikan kebersamaan kita di bawah payung agama bangsa dan negara kita dalam satu suara bersatu.

Tapi yang hERAn dan AJAIB ada juga isu yang timbul time raya ni... Letak jauh perbezaan politik kita letak Semangat Perpaduan itu Nombor satu. Lahirkan semangat Kemerdekaan di aidilfitri ini. hargai kemenangan Islam dalam perang ahzab di aidilfitri dan hargai juga nikmat kemerdekaan Negara yang diduduki oleh segenap lapisan masyarakat.

Pastikan Perjuangan kita diteruskan. AYUH JANGAN LEKA!!!!

Sunday, 28 August 2011

Mat Sabu! Manipulasi? Sengaja Lupa?? atau saja buat-buat lupa Sejarah kita??

Macam-Macam! Nak kata jahil pun tidak juga? Bodoh Pun tidak juga (tak Baik mengata)? Tapi Apa sebenarnya agenda Mat Sabu si Timbalan Presiden PAS ni??

Dah berpuluh-puluh tahun kita merdeka, Pejuang-Pejuang kemerdekaan bertungkus lumus dan bermati-matian untuk mempertahankan negara dan sekaligus mencapai kemerdekaan yang pada hari ini dirasai oleh segenap rakyat pun beliau nak Politikkan. 

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.
Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.
Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British. -Utusan Malaysia
Takkanlah beliau tak tahu yang komunis ni terkenal dengan kekejaman hinggakan rakyat yakni NENEK MOYANG kita dulu hidup susah dan merana di anggap sebagai Hero?? Takkanlah beliau tak tau Tujuan untuk penubuhan Negara Komunis itu??


Ini soal perjuangan masa lampau! Perjuangan menuntut kemerdekaan! Perjuangan untuk memastikan anak cucu (KITA) pada hari ini menikmati keamanan tanpa perlu berperang dengan penjajah! Tanpa Perlu berjuang menentang Komunis! Tanpa perlu bersemuka dengan British! Tanpa Perlu Ulang Alik ke Britain untuk menuntut KEMERDEKAAN


Tidakkah dengan kenyataan beliau yang berbaur politik ini juga membuatkan orang-orang yang menjadi pejuang kemerdekaan dahulu terluka?? Anak-anak Mereka?/ Cucu-cucu mereka?? ataupun Pewaris mereka??


Beliau menambah Semua Sejarah Negara kita BOHONG?? Guru-Guru Bohong?? Dia ni Pakar Sejarah Ker?? Dia ada kaji sejarah?? lihat video di bawah.


Cuba kita bayangkan! hari ini kita berjuang untuk mendapatkan sesuatu dengan keringat darah, penat lelah. susah payah. laluan getir. onak berduri dan kita BERJAYA untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Tiba-tiba orang lain kata kita BOHONG? Apa perasaan kita?? Perasaan keluarga kita? Bukankah usaha yang dibuat oleh pejuang-pejuang  pada ketika itu menjadi titik permulaan kepada Tuntutan kemerdekaan oleh orang Melayu dan melakukannya secara berhemah dan bijak sehingga dapat menarik kaum cina dan india untuk bersama-sama menuntut kemerdekaan?



Tiap-Tiap hari ada saja isu dibangkitkan oleh Pembangkang! Sahlah Mereka hanya hidup dengan isu?