Belum selesai Isu Murtad, timbul lagi kenyataan bercanggah oleh Menteri Besar Selangor yang kononnya Sultan Selangor telah bertitah agar ditubuhkan Majlis Penasihat Syura untuk selesaikan ISU MURTAD ini?? Macamana ni?? Rakayat pun dah jadi KONFIUS??? Takkanlah kuasa Menteri Besar boleh mengatasi Kuasa Sultan dalam isu yang melibatkan AGAMA?? Cer cite cer cite???
Adakah ini dikira memutarbelitkan Titah Sultan?? Apakah pula hukumannya kepada Seorang yang memutarbelitkan TITAH SULTAN?? Layakkah dia menjadi Pemimpin Di Negara ini yang Memartabatkan Institusi Diraja??
Sudah-sudahlah tu!! MDB kesal dengan apa yang berlaku. Baru mengambil alih kepimpinan Negeri tak lama dulu, dah banyak isu yang timbul.
Kenyataan akhbar Penubuhan Majlis Penasihat Syura
ADALAH saya dititah oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor merujuk kepada kenyataan yang terdapat dalam media cetak, media elektronik dan media alternatif pada hari ini 23 Ogos 2011 berhubung dengan Penubuhan Majlis Penasihat Syura oleh Kerajaan Negeri Selangor.
D.Y.M.M. Sultan Selangor amat terkejut dan menitahkan kepada saya membuat penjelasan tentang pendirian Baginda mengenai isu kenyataan tersebut, yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor menitahkan atau mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah sama sekali tidak benar.
Apa yang berlaku ialah Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor telah menyembah maklum kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor mengenai hasrat beliau untuk memanggil dan berjumpa dengan pihak pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) bagi mendapatkan penjelasan berhubung dengan isu pemeriksaan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di gereja tersebut pada hari Rabu, 3 Ogos 2011 yang lalu. Beliau bercadang untuk membawa bersama Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor.
D.Y.M.M. Sultan Selangor tidak menghalang hasrat Y.A.B. Dato' Menteri Besar Selangor memanggil pihak gereja bersama-sama dengan Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, tetapi Baginda menasihatkan supaya Y.A.B. Dato' Menteri Besar Selangor menjemput sekali Sahibus Samahah Timbalan Mufti Selangor untuk memberi nasihat bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum hakam syariah dan tidak menyentuh sama sekali isu pemeriksaan gereja oleh JAIS.
Oleh yang demikian, isu tentang D.Y.M.M. Sultan Selangor menitahkan atau menasihatkan Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah tidak benar. Pendirian D.Y.M.M. Sultan Selangor berkaitan dengan Majlis Penasihat Syura ataupun berbentuk dialog berkaitan agama, tidak pernah diperkenankan kerana Negeri Selangor telah mempunyai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Dato' Haji Mohamad Munir Bani
Dato' Lela Bakti Setiausaha Sulit
kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor
DAULAT TUANKU!!
Bersama kita berpolitik secara berhemah demi agama Bangsa dan Negara.
Walaupun Negeri MDB tidak bersultan, tapi dengan semangat kenegaraan MDB sentiasa menjunjung titah sultan seperti mana yang terdpat dalam perlembagaan NO.2 'Kesetiaan Kepada Raja dan Negara'.
Kenyataan akhbar Penubuhan Majlis Penasihat Syura
ADALAH saya dititah oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor merujuk kepada kenyataan yang terdapat dalam media cetak, media elektronik dan media alternatif pada hari ini 23 Ogos 2011 berhubung dengan Penubuhan Majlis Penasihat Syura oleh Kerajaan Negeri Selangor.D.Y.M.M. Sultan Selangor amat terkejut dan menitahkan kepada saya membuat penjelasan tentang pendirian Baginda mengenai isu kenyataan tersebut, yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor menitahkan atau mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah sama sekali tidak benar.