Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Tuesday, 22 July 2014

Kafir Chauvinis Hina Islam Akhirnya Ditahan... Tahniah @PDRMsia cc DS @Zahid_Hamidi






Orang macam ini tak lsyak hidup bermasyarakat dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini... menimbulkan kebencian dengan kata-kata nista terhadap islam memang tidak boleh diterima...

Jomo: Apapun kita ucapkan tahniah kepada pihak Polis kerana tindakan yang pantas...

posted from Bloggeroid

Monday, 21 July 2014

ROBERT LOFT NAK MAKAN DARAH ORANG MELAYU...???



Aku cukup risau dengan apa yang berlaku ketika ini... seperti ada sesuatu yang tidak kena terutamanya yang melibatkan kaum di negara ini... apakah masih ada 'unfinished business' diantara kaum di negara ini...

Kita sudah merdeka lebih 50 tahun, isu kaum masih terus diperkata dan aku yakin akan terus diperkata... tapi ini uniknya Malaysia dan pastinya ini kekuatan kita... memahami antara satu sama lain... persoalanya apakah kita mahu keharmonian yang telah kita bina selama ini senggup kita gadai hanya kerana segelintir makhluk yang biadap dan kurang ajar...?

Apakah kita tidak mahu melihat anak cucu kita nikmati keharmonian yang kita telah gapai ketika ini...? Tepuk dada tanya iman...

Jomo: ni apehal pula makhluk nama Robert Loft ini...??? Dah macam syaitan nak makan darah pula... Jangan jadi bodohlah... ko ingat negaracini bapa ko punya senang-senang nak makan darah Melayu???

#bermuhasabahdibulanramadhan

posted from Bloggeroid

Sunday, 20 July 2014

Si Oggy Kurang Ajar...



Ni lagi seorang mamat bodoh... Orang Malaysia yang tidak tahu akan adab dan selayakknya aku gelar sebagai kurang ajar...

Apakah beliau tidak tahu erti menjaga hati orang lain... Ini melayu jenis apa?

Aku harapkan sesiapa yang mengenali Oggy Adam ini untuk nasihat budak ini... Budak ini memang bodoh dan bahlul...

Jomo: Cuba jangan timbulkan provokasi... kita 1 Malaysia kena sentiasa berwaspada dalam tutur kata... lebih-lebih lahi bangsa Melayu penuh dengan sopan dan santun... kata-kata yang bodoh seperti yang ditulis dalam facebook itu hanya meninggalkan kesan yang negatif dalam pertalian persaudaraan dan ikatan rakyat Malaysia...

posted from Bloggeroid

Saturday, 19 July 2014

Pemimpin PAS 'Bodoh' Sila Jawab...



Aku malas nak tulis banyak time puasa ni, tapi, rasa terpanggil bila melihat wanita ini mengenakanbbaju yang tertulis kalimah Allah...

Aku tak tau status perempuan ini, kafir ataupun muslim... Tapi nampak gayanya macam kafir... aku nak tanya pemimpin-pemimpin PAS yang kononnya berjuang atas kalimah Islam, apa kamu nak respon mengenai hal ini?

Bayangkan perempuan ini keluar masuk tandas sebagai contoh) tertulis kalimah Allah pada pakaiannya... Adakah kita hanya berdiam diri? Sedangkan awalnya kerajaan kita sudah tekankan kalimah Allah untuk orang Islam sahaja!!! Ini bagi mengelakkan salah guna... tapi sekarang telah berlaku... kamu mau cakap apa??? Woi PAS!!!

Jomo: berpolitik kena bijak... Patutlah PAS tidak diberi kemenangan selama berpuluh-puluh tahun dalam politik... ini akibatnya... kepada chauvinis diluar sana, jangan cuba buat provokasi murahan seperti ini...

Salam keamanan... Selamat Berpuasa Saudara Semuslimku...

posted from Bloggeroid

#Pray4Sabah : Perintah Berkurung 4 Daerah



Perintah berkurung 4 daerah di Sabah

Oleh ILAH HAFIZ AZIZpengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Julai - Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan perintah berkurung pada waktu-waktu tertentu di Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan bagi melindungi dan mengukuhkan tahap keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah.

Perintah berkurung itu adalah antara tujuh langkah drastik yang akan dilaksanakan kerajaan dalam tempoh 48 jam ini.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak yang tidak mematuhi arahan perintah berkurung akan ditangkap mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

"Perintah berkurung ini dilakukan selari dengan langkah mewujudkan laluan yang telah ditetapkan. Ia akan dilaksanakan dengan secepat mungkin," katanya selepas mesyuarat keselamatan Sabah bersama beberapa kementerian dan agensi kerajaan yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di Bukit Aman hari ini.

Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mohamad Khalid Shariff; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd. Amdan Kurish.

Sementara itu, Abdul Aziz ketika ditemui pemberita, mengesahkan lima kapal TLDM akan berada di perairan Pantai Timur Sabah untuk mengawal keselamatan di situ.

Katanya, dalam tempoh 48 jam ini, kesemua aset dan keanggotaan berada di situ untuk mengukuhkan lagi tahap keselamatan daripada sebarang ancaman anasir-anasir luar."KD Bunga Emas 5 kini berada di Kota Kinabalu dan dalam perjalanan ke satu kawasan yang telah ditetapkan. Selain itu KD Lekiu, kapal superlink akan turut berada di sana," katanya.

Difahamkan, KD Bunga Emas 5 akan menjadi markas utama yang akan menempatkan penguat kuasa dari pelbagai agensi yang bertugas di Pantai Timur Sabah.

Jomo: KDN PDRM laksanakan yang terbaik demi rakyat...

posted from Bloggeroid

Thursday, 17 July 2014

Pesawat MH Terhempas???? @NajibRazak

AllahuAkbar! Apa sudah jadi, dalam keadaan umat islam menyambut ramadhan 19 malam terakhir dapat pula news kapal MH terhempas...

Jomo: mudah-mudahan semuanya baik... kita doakan!








posted from Bloggeroid

Wednesday, 16 July 2014

Ibu Mertuaku - Ustaz Kazim Elias

Contoh BaiK! Menteri Pengangkutan Baharu 'SOUND' MAS Untuk Bangkit...


Yang berlalu biarkanlah berlalu, MAS perlu bangkit dari keadaan yang tidak stabil ketika ini... MAS perlu dijenamakan semula dan diberi nafas baharu utnuk terus bangkit dan bangkit... Ini soal penghormatan kepada negara bagi satu-satu airlines yang mencerminkan negara Malaysia secara keseluruhannya... 

Aku ucapkan tahniah kepada kempimpinan baharu Kementerian Pengangkutan yang cukup tegas dalam hal ini... Memberi teguran secara terus menunjukkan Menteri Dato Seri Liow Tong Lain begitu tegas dalam memastikan penerbangan MAS bangkit dari tempoh sukar ketika ini...

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) perlu melakukan pelbagai perubahan dalam usaha menjadikan perniagaannya berdaya maju. 
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya akan menemui pengurusan MAS bagi membincangkan pelan pemulihan radikal syarikat penerbangan nasional itu. 
"MAS perlu melakukan transformasi. Mereka kini melalui tempoh yang sukar dan mereka akan memberi taklimat kepada saya tidak lama lagi," katanya. 
Sebelum ini, Pengerusi MAS, Tan Sri Md. Nor Md. Yusof berkata, pihaknya akan terus mengadakan perubahan radikal demi mengembalikan potensi sebenar syarikat penerbangan negara itu.... sumber

Keberanian Politik seperti ini yang dimahukan oleh PM Najib Tun Razak.. Justeru, meletakkan Liow Tong Lai di Kementerian Pengangkutan juga dilihat sebagai strategi terbaru PM bagi memastikan kementerian ini terus mengorak langkah kehadapan apatah lagi dengan 'populariti negatif' sebelum ini dalam mengendalikan beberapa isu terutamanya isu MH370...

Jomo: Tahniah di atas perlantikan dato Seri Liow Tong Lai, Kuota Menteri Cina dalam kabinet... Diharapkan dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin demi rakyat...

KDN Ambil Alih ESSCOM Mulai 15 Julai... Harapan Kerajaan Demi rakyat! cc @Zahid_Hamidi

Esscom Times yang sebelum ini di bawah PMO...


KOTA BHARU - Media sosial di negara ini diingatkan agar tidak memperlekehkan usaha pasukan keselamatan yang mengawal Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sebaliknya harus bersama-sama kerajaan mendaulatkan negara daripada sebarang pencerobohan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, apa yang berlaku di perairan Sabah termasuk terbaru semalam, ia membabitkan soal maruah negara dan ia merupakan masalah bersama dan bukannya kesalahan itu diletakkan di bahu pasukan keselamatan semata-mata.

"Saya minta media sosial atau mana-mana pihak agar jangan merendah-rendahkan usaha yang dibuat Esscom sama ada PDRM (Polis Diraja Malaysia), ATM (Angkatan Tentera Malaysia) ataupun Maritim (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia).

"Ini masalah negara. Pasukan keselamatan kita harus diberi sokongan moral oleh semua pihak. Media sosial harus bersama dan jangan hanya pandai mengutuk sahaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, malam ini.

Turut hadir timbalannya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.

Ahmad Zahid berkata demikian mengulas insiden yang menyebabkan anggota pasukan Polis Marin, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terbunuh dan Konstabel Zakia Aleip, 26, hilang, dipercayai diculik penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna.

Pengarah Operasi Esscom, Datuk Abdul Rashid Harun dilapor berkata, penyerang yang menggunakan senjata berat itu membuat serangan hendap dan membunuh anggota polis marin berkenaan kira-kira 11.10 malam tadi.

Mengulas perkara itu Ahmad Zahid berkata, apa yang berlaku merupakan satu cabaran yang terpaksa dihadapi PDRM sebelum pasukan itu mengambil alih pentadbiran dan operasi Esscom mulai 15 Julai ini.

"Saya ingin sahkan kejadian itu merupakan satu tamparan dan pukulan terhadap PDRM sebelum ambil alih Esscom," katanya.

Beliau berkata, tindakan pihak musuh yang melakukan serangan secara gerila itu adalah sangat mencabar namun tindakan pihak musuh sedikit pun tidak melemahkan pasukan keselamatan.
   
Ahmad Zahid berkata, pihak musuh yang terbabit sebenarnya terkenal mempunyai sifat dendam yang sangat tinggi dan dijanjikan upah yang lumayan oleh pihak tertentu untuk melancarkan serangan seperti itu.

"Masyarakat itu sebenarnya golongan yang berada pada paras kemiskinan dan mereka sebenarnya telah digula-gulakan untuk melakukan tindakan itu," katanya.

Beliau juga berkata, sehingga ini nasib Konstabel Zakia Aleip yang hilang itu masih belum diketahui. - Bernama

Jomo: Banyak yang menulis hanya tahu menyalahkan kerajaan tapi tanpa ada melihat banyak perkara baik yang dibuat oleh kerajaan... Tapi bagi aku itu hak masing-masing, apa-apapun kepercayaan kerajaan agar KDN mengambil alih esscom membuktikan kepimpinan baharu KDN yang boleh diharapkan...

Kepada semua rakyat dan kawan-kawan dalam Media Baru semoga nafas baru esscom ini mencorak gerakan dan kawalan yang lebih dinamik demi rakyat Malaysia... 

Friday, 11 July 2014

Rupanya Adolf Hitler Ada Tubuhkan Askar Islam...


Susunan: SITI AINIZA KAMSARI

Satu pendedahan yang agak menggemparkan muncul baru-baru ini apabila Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia (IKAM) menemui fakta-fakta menarik di sebalik kajian IKAM terhadap data sejarah Operasi Divisyen Hanzar!

Pendedahan itu menimbulkan kekeliruan mengenai siapakah sebenarnya Adolf Hitler? Dalam banyak catatan sejarah, tidak ada yang positif bagi menggambarkan pemimpin Jerman semasa Perang Dunia Kedua ini. Bukan sahaja negatif malah namanya masih dicaci sehingga hari ini kerana tragedi holocaust. Jutaan orang Yahudi mati dipercayai kononnya angkara perintah Hitler.

Bagaimanapun, sesuatu yang menghairankan sebaliknya terjadi. Hitler didapati masih mempunyai nilai toleransi yang tinggi dengan membenarkan penubuhan beberapa divisyen tentera beragama Islam di dalam kem atau menjadi sebahagian daripada bala tentera nazi Jerman.

Menurut Jeneral Leon Degrelle, seorang komander divisyen Waften SS (askar rakyat) Jerman, ada tiga divisyen Waffen SS yang 90 peratus anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota dalam ketiga-tiga divisyen ini pula berjumlah 60,000 orang.

Antara tiga divisyen tentera beragama Islam Waffen SS ini, divisyen tentera paling terkenal adalah Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar. Divisyen ini beroperasi di Balkan dengan 90 peratus anggotanya berbangsa Albania, Bosnia dan Croatia yang beragama Islam. Bakinya orang Croat beragama Kristian Katolik yang berjumlah 21,000 orang.

Operasi Divisyen Hanzar mendapat perhatian IKAM kerana ia sesuatu yang sangat unik dan menakjubkan. Operasi tentera udara sukarela Croatia berjaya menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera udara Rusia (komunis) sedangkan kapal terbang mereka yang dimusnahkan tentera udara Rusia kurang daripada 10 pesawat ketika Perang Dunia Kedua tercetus di Balkan.

Hanzar adalah perkataan Arab, Bosnia dan Croatia yang bermaksud parang. Parang hanzar ini dipilih sebagai nama rasmi dan juga simbol bagi Divisyen ke-13 Waffen SS.

Pakaian rasmi Divisyen Hanzar pula sama seperti pakaian rasmi Waffen SS yang lain. Cuma bezanya, anggota tentera Divisyen Hanzar memakai tarbus. Dari segi persenjataan, anggota pasukan ini juga dilengkapkan dengan senjata seperti anggota Waffen SS lain.

Namun IKAM mendapati apa yang lebih menarik ialah terdapat seorang tokoh Islam yang mampu menjalinkan hubungan baik dengan Hitler. Dia turut berperanan sebagai pemimpin Divisyen Hanzar.

Beliau ialah Mufti Besar Baitulmaqdis, Haji Amin Al Husseini. Beliau ialah pemimpin yang berpengaruh di Wilayah Arab terutama di kalangan pemimpin Arab Palestin.

Sepanjang Perang Dunia Kedua itu, Amin Al Husseini menetap di Jerman bagi menentukan pembentukan koordinasi antara fahaman Nazi dan polisi Arab sehingga membawa kepada pembentukan Divisyen Hanzar pada Februari 1943.

Divisyen Hanzar dihantar mengikuti latihan ketenteraan di Perancis sebaik sahaja penubuhannya. Ia mula beroperasi di Balkan pada Februari 1944. Divisyen ini beroperasi dengan jayanya menentang gerila komunis Partisan pimpinan Josip Broz Tito dan juga tentera Rusia.

Walaupun jawatan Muftinya dilantik oleh kerajaan British yang ketika itu menjajah Palestin, namun Amin Al Husseini merupakan seorang yang sangat membela Islam. Beliau juga bertanggungjawab menyekat kemaraan dan kemasukan beramai-ramai Yahudi ke Eropah setelah kaum itu gagal di sekat memasuki wilayah Palestin.

Generasi sekarang hanya mengenali Hitler namun ketokohan Amin Husseini sebagai pejuang Islam pada Perang Dunia Kedua sangat jarang diketahui. Malah beliau seorang yang banyak berjasa menggerakkan kebangkitan orang Islam selepas kekalahan kerajaan Uthmaniah (Ottoman) di Palestin diikuti Mesir dan Iraq.

Malah beliau merupakan mentor perjuangan kepada pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Allahyarham Yassier Arafat dan ketua pemimpin dan pejuang Islam yang lain.

Walaupun ada laman web yang memburuk-burukkan nama Amin Al Husseini kerana dituduh terlibat dalam pembunuhan orang Kristian di Balkan namun paparan gambar sepanjang hayat beliau jelas menunjukkan tokoh ini mampu menerokai hubungan antarabangsa yang cukup luar biasa terutama berjaya menjalinkan satu hubungan dengan Hitler.

Presiden IKAM, Norul Ridzuan Zakaria berkata, adalah satu isu yang sangat menarik apabila Hitler memberikan persetujuan untuk menubuhkan Divisyen Hanzar dan toleransinya terhadap kegiatan anggota divisyen berkenaan yang majoritinya terdiri daripada orang Islam.

“Sebelum ini begitu banyak fakta menjelaskan bahawa Hitler adalah se-

orang diktator yang kejam dan tidak bertoleransi terhadap keagamaan, apa tah lagi Islam,” katanya dalam satu rencana yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Menurut Norul Ridzuan, setiap batalion atau rejimen dalam Divisyen Hanzar akan dilengkapi seorang imam dan seorang guru agama yang bertugas untuk memastikan setiap anggota divisyen ini terus mengekalkan cara hidup sebagai muslim.

“Di samping itu, divisyen ini kerap menerima kunjungan Mufti Baitulmaqdis Imam Amin Al-Husseini yang melengkapkan pengisian rohani anggota divisyen ini,” katanya.

Sebagaimana fakta sejarah merekodkan kekalahan tentera-tentera Nazi dalam Perang Dunia Kedua itu, begitu juga nasib yang diterima oleh tentera Divisyen Hanzar yang terpaksa menyerah diri pada Mei 1945 apabila pasukan tentera Jerman berundur dari Balkan. Lebih malang lagi kesemua mereka kemudian dibunuh oleh diktator Tito yang disokong oleh British dan Rusia.

Mungkin satu semakan semula sejarah Hitler perlu dibuat. Ini kerana hubungan baik Hitler dan Amin Al Husseini tentunya tidak terhad atas kepentingan politik dan mengembangkan pengaruh masing-masing.

Pasti masih ada sesuatu yang telah disembunyikan daripada pengetahuan umum di sebalik Hitler yang sering diburukkan dengan holocaustnya itu. Benarkah beliau sekejam itu?

Persoalan ini ditimbulkan oleh Pesiden Iran, Ahmadinejad baru-baru ini mengenai sejauh mana kebenaran holocaust. Ujar pemimpin itu, jika benar ia wujud maka itu sepatutnya menjadi dosa orang Eropah.

“Tetapi mengapa rakyat Palestin dan umat Islam yang terpaksa menanggungnya. Namun, kita meyakini Barat sebenarnya telah berjaya diperalatkan oleh Yahudi untuk menghancurkan negara Islam demi kelangsungan rejim dan puak Israel,” katanya. - sumber

Jomo: Ini kejahatan ZIONIST... Semoag kita terus berdoa saudara-saudara kita di Palestine terus cekal dan selamat... Semoga syahid yang menunggu mereka...